Saturday, January 28, 2012

7 Hari Mencintaiku (Da Best Novel)



Salam,


Alhamdulillah, akhirnya selesai jua aq membaca novel 7 Hari Mencintaiku nie. Pendapat peribadiku, novel nie sangat best la. Dari bab pertama sehingga bab 132 kot kalau tak silap, memang penuh perasaan la penceritaan novel nie... Si penulis berjaya membawa pembaca untuk masuk ke dalam kisah novel. Kalau awek-awek kat luar sana yang baca novel nie mesti akan berharap pakwe diaorg seperti Khuzairi, seorang yang penyabar, tenang, hormat ibu bapa, dan sanggup berkorban untuk orang tersayang. Dia jugak orang yang berada dalam dilema la sebab nak kena pilih diantara isteri tercinta atau keluarga. Dan aq pun ada jugak menyimpan angan-angan untuk bertemu wanita seperti Mia Adriana tapi Mia Adriana yang watak pada bab 80 hingga tamat.. Perghh memang layan abis la baca novel nie. Orang nak kata aq jiwang karat ke lantak la.... kalau nak dengar cakap orang nie sampai mati pun diaorag tak akan puas mengkritik orang lain. Novel nie berkisarkan tentang kisah kehidupan Mia Adriana yang merupakan seorang peguam dan anak kepada Dato' Megat Idrus. Di hari pernikahannya, tunang Mia Adriana, iaitu Khalil(sepupu Mia) tidak muncul kerana dia dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan orang lain. Khuzairi kebetulan hadir bersama bapanya Pak Samad(kawan baik Dato' Megat Idrus) hadir ke majlis pernikahan Mia Adriana. Khuzairi diminta oleh Dato' Megat untuk menikahi Mia untuk menutup malu disebabkan Khalil yang tidak hadir di majlis pernikahannya dengan Mia. Bermula la segala drama, romantis dan lucu diantara Khuzairi & Mia Adriana. Kemunculan Alisa dalam kehidupan Mia dan Khuzairi mengeratkan lagi hubungan mereka berdua walaupun pelbagai dugaan dan penghinaan yang terpaksa dihadapi oleh Mia dan Khuzairi. Lebih kurang bab 80 hingga tamat lebih banyak mood sedih, penginsafan dan saat-saat terindah dibawa oleh penulis, saat suspen dan kejutan jugak banyak terdapat di bab sebelum tamat. Antara watak-watak yang terdapat dalam novel nie ialah,


Pak Samad: bapa Khuzairi, suami kepada Mak Limah, bapa mertua Mia Adriana. Seorang yang tegas dan ketua keluarga yang baik, menyayangi Mia seperti anaknya sendiri.
Mak Limah: ibu tiri Khuzairi, isteri Pak Samad. Seorang yang pandai memasak, kuat berleter, menyayangi anak tirinya, benci Mia Adriana(sebelum mengetahui kebenaran mengenai Syakila).
Nadia: adik Khuzairi, anak kepada Mak Limah dan Pak Samad. Menyayangi Mia Adriana, benci terhadap Syakila, anak yang baik, bakal isteri Zaidi.
Helmi: adik kepada Khuzairi, rakan sekelas Mia semasa sekolah, anak kesayangan Mak Limah. Seorang kutu rayau yang malas berkerja, ganas, sanggup megkhianati abangnya dan kembali ke pangkal jalan apabila Mia dan Sofi menyedarkannya.
Syakila: tunang Helmi, anak saudara kesayangan Mak Limah. Menyimpan perasaan terhadap Khuzairi, seorang perempuan murahan, sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup keaibannya.
Sofi: sepupu Mia, isteri kepada helmi, adik kepada Khalil. Seorang yang baik, anak yang tersepit diantara konflik keluarganya, menyayangi Mia dan seorang peguam.
Khalil: abang kepada Sofi, sepupu Mia, anak kepada Dato' Johari. Seorang yang menjadi mangsa akibat hutang bapanya, mencintai Mia, sanggup melakukan apa saja untuk meraih kembali cinta Mia, bodoh.
Shahrul/Buntat: anak kepada Mak Andak dan Pak Andak, anak angkat Mak Limah. Seorang yang terencat akal(lembam), disayangi oleh Mak Limah sekeluarga, mempunyai kambing bernama Kojol. Mati dibunuh oleh Khalil dan menyayangi Mia.


Itu lah serba sedikit huraian yang dapat aq kongsikan disini. Nak tau lebih bacalah dan memang layan abis la novel yang penuh dengan emosi nie... hehehe setakat itu sahaja untuk entry kali nie. 
Sekian....


Daaaaaaaaaa.............. ^_^

Alahai Tak Dapat Nak Buat Page Baru Dekat Blog

Salam,

Sedih je bila tak dapat nak buat page baru dekat blog nie macam page lain yang ada dekat sebelah kanan atas tu. Bukan apa, dah cuba buat tapi kualiti gambar dan keadaan dalam page tu tak begitu memuaskan hati aq nie. Lagipun gambar tu saiznya agak besar la so bila upload je kat dalam page yang baru aq create tu, kualitinya tak cantik macam yang aq nak... So aq delete je la gambar-gambar yang dah upload... Sekarang tengah upload dekat Facebook aq. Kalau nak tengok boleh la >>KLIK DISINI<< . Harap ok la bila upload kat facebook tu. Gambarnya tak ada la menarik sangat pun, aq tangkap pun sebab dah tak tau nak buat apa bila balik rumah mama aq. Nak mengadap netbook nie seharian pun bosan jugak... Santai je la dekat halaman rumah mama sambil snap gambar-gambar disekeliling..... Cer tengok dan kalau rajin like+komen sekali la ye?? Hehehe

SEKIAN......
Daaaaaaaaa

Monday, January 23, 2012

Nera AF9 - Hatimu Milikku

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Sunday, January 22, 2012

Saat Terakhir Pertemuan Kita

KLIK KAT GAMBAR ATAS NIE.

Salam,

Segalanya adalah ketentuanNya, rasa sedih dan kecewa yang teramat sangat aq rasakan sepanjang hari sabtu (21/01/11) nie. Sesuatu yang aq tak duga akan jadi macam tu. Hurmm niat aq kalau boleh apa yang jadi pada malam sebelumnya aq nak lupakan je dan tak nak apa yang jadi kat skype tu berpanjangan. Tapi hari sabtu tu, memang tahap kesabaran selama nie benar-benar teruji dengan sikap si 'dia' yang masih tak berubah dengan kata-kata si 'dia' tu. Aq memang tak pernah rasa marah sampai tahap macam tu dan rasa bengang sangat-sangat bila si 'dia' suruh datang ke rumah, lepas tu cakap lain pulak. Ingat aq bola nak sepak ke sana ke mari?? Aq pun dah rasa penat layan karenah si 'dia' yang tak pernah berubah sikap yang menjadi salah 1 punca putusnya hubungan ini. Kalau sikap macam tu berterusan aq pun tak tau siapa yang mampu bertahan. Untuk aq, setelah barang-barang dia aq pulangkan, segalanya tentang si 'dia' aq dah kuburkan dari ingatan aq. Aq tak nak fikir lagi tentang hal nie dan nak mulakan hidup baru dengan tenang. Pada aq, segala kisah aq dan si 'dia' hanya sejarah yang tak mungkin berulang dan titik permulaan untuk aq bencikan perempuan. Semoga tak akan ada lagi apa-apa kaitan antara aq dan si 'dia' lagi lepas nie. Rasanya tak guna kalau ada hubungan sebagai kawan pun kalau sikap yang sama masih ada. Untuk aq, segala salah dan silap aq dah mohon maaf dan terpulang la kalau tak nak maafkan pun. Buat si 'dia' apa yang dah jadi antara kita cukup la sampai disini dan harap jangan ada apa-apa kaitan dengan hidup aq lepas nie. Terima kasih atas segalanya selama kita berkawan dan bercinta. Selamat Tinggal dan Lupakan Aq. Daaa

Wednesday, January 18, 2012

Semakin Bosan, Rindu, Maafkanku....

Salam,

Semakin hari semakin membosankan je Latihan Industri kat kilang yang aq buat practical nie. Kerja dah makin kurang, report pun rasanya makin susah la nak tulis. Buku laporan pun 1 tandatangan pun belum, walaupun dah sebulan lebih aq kat kilang tu. Tetiba rasa macam nak bayangkan je situasi pada masa akan datang jika aq dapat kerja macam kat tempat LI nie. Serius tak best sangat sebab kerja tak menarik sangat, tapi situasi hubungan antara pekerja memang best, semua dah macam family je, lebih kurang macam dekat tempat kerja part time aq kat Malakoff tahun lepas je. Rindu pulak kat Malakoff tu. Rindu kat akak-akak angkat aq. Kak Erni dan Kak Syaimaa, adik harap akak berdua sihat-sihat dan dan tak lupakan adik ye? hehehe Lama berhubung dengan diaorang berdua. Nak buat macam mana, sekarang memang sibuk dan penat dengan aktiviti harian, novel 7 Hari Mencintaimu pun baru 20 bab aq baca. Lambat betul la nak habiskan, setakat yang aq baca sekarang nie, komen aq rasanya menarik novel nie. Minta-minta aq dapat jadi orang macam watak Khuzairi la. Anak yang taat, suami yang penyabar, dan baik hati. Amin, hehe tapi serius novel nie memang aq rasa tak rugi la baca walaupun tebal gila. Jadual / perancangan aq untuk minggu nie nak siapkan laporan harian, nak mulakan taip report penuh, download movie dan Camfrog @ skype dengan si 'dia'.

Maafkan diri ini andai terlanjur kata yang mengguris perasaan kamu, tiada secebis pun niat untuk menyakiti hati yang telah terluka disebabkan diri ini, meskipun maaf ini tiada makna dan nilai dari pandanganmu, ingin jua aq ucapkan dan inginkan darimu. Buat si 'dia' yg pernah mewarnai kehidupan ini, maafkan aq dan terima kasih atas segala curahan kasih sayang, perhatian dan cinta yang telah diberikan. 

Aq dah gagal untuk kawal kata-kata aq yang mungkin menyakitkan hati si 'dia' samada dalam keadaan sedar @ tak. Hurmm, aq tau apa kesudahan kisah aq dan si 'dia' nie... Macam tiada penghujung..... Good Night.... Daaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, January 15, 2012

Rumah yang kian Sunyi

Salam,

Tengok tajuk pun mood aq dah slow dh, sama la dengan cuaca pun yang mendung dan hujan je berterusan. Entry kali nie rasa macam nak cerita sikit la tentang keadaan kat rumah aq nie. Sekarang nie makin sunyi la bila adik aq dah masuk asrama, so tinggal mama dan abah je la kat rumah nie. Rupanya macam nie kehidupan, dulu masa aq dan adik beradik yang lain masih kecik, semua ada kat rumah. Bila tiba masa, seorang demi seorang akan meninggalkan rumah untuk ada kehidupan sendiri. Hurmm agaknya macam nie juga la keadaan bila aq dah ada keluarga nanti. Anak-anak akan membesar dan tinggalkan aq dengan si 'isteri'. Chewah berangan sebentar... Kahwin?? Semalam je cakap ngan kawan aq tentang hal nie, ok pe kalau umur 30 baru kahwin, time tu rasanya semuanya dah stabil dari segi kewangan... hehe biasa la. Nak juga hidup senang macam kakak & abang aq. So untuk ke arah itu, langkah pertama ialah fokus pada study aq la... Kalau yang tu pun tak boleh buat, maka angan-angan akan tinggal angan-angan je la. Semalam ada la test guna software yang aq baru tahu Camfrog Video Chat, komen aq tentang software nie hurmm bagus dari skype dan yahoo messengger la dari segi video kualiti. Kalau kakak aq baca entry kali nie, cer try guna ye.. hehehe.  Cerita tentang rumah tadi, sekarang nie ok la juga walaupun aq ngan adik tak ada kat rumah, ada juga anak buah aq yang tinggal dengan mama sementara tunggu bibik dari Indon sampai... So tak la sunyi sangat mama sensorang kat rumah tu. Apa-apa pun tak kira hujan, panas aq akan balik setiap minggu sebab boring la duduk kat sana. Biasa la "rumah ku syurgaku", rumah sewaku cuma hotel bagiku". hehehe k lah nak rehat & kembali untuk LI. Daaaaaaaa

Friday, January 13, 2012

Sedikit Luahan Hati & Kisah Minggu Ini

Salam,


Kadang-kadang dalam hidup ini rasa macam tak adil. Apabila kita melakukan salah, orang akan hentam kita cukup-cukup. Tapi apabila orang melakukan salah mereka akan diam seribu bahasa. Memang best kan dapat BOM orang lain, tapi cuba fikir macam mana rasanya bila kita ada pada situasi itu. Mesti sakit hati kan? Tapi bagi aq, diam bukan bermakna takut untuk melawan, tapi itu lebih baik dari kita menyakiti hati orang lain. Amalkan 2S je tips mudah tapi tak semua manusia boleh buat. SABAR & SENYUM je kalau dalam situasi hadapi manusia-manusia sebegini. ^__^  


Untung kan la ada orang topup pahala?
Dulu, Kini & Selamanyaa.... Alhamdulillah...



Minggu nie, agak memenatkan la buat diri ini, banyak juga kerja nak dibuat. Dengan demam malam yang tak sembuh-sembuh lagi, memang dugaan la buat aq. Kisah di tempat Latihan Industri, macam biasa je. Kerja pun dah tak banyak sangat dah sekarang nie, lebih banyak relax. Laporan harian pun alhamdulillah, 80% dah siap untuk ditandatangani oleh penyelia. Target for this week, insyaallah dapat lengkapkan report 100% dan terus hantar. Laporan penuh rasanya dah nak mula tulis sikit-sikit. Lega sangat minggu nie tak ada Overtime. Dapat la rehat lebih sikit. Cerita tentang si 'dia', setakat nie alhamdulillah masih lagi ok dan hubungan kawan masih lagi tenang walaupun tak la seindah dulu. Alhamdulillah si 'dia' dah banyak berubah. Aq tumpang gembira si 'dia' begitu dan tahnia juga atas result Muet yang si 'dia' dapat. Semoga kita masih lagi berhubung sebagai kawan dengan tenang dan tanpa secebis pun titik permulaan untuk bertikam lidah lagi. Minggu nie juga aq dah mula balik untuk isi sedikit masa terluang bila balik dari kerja untuk baca novel, 7 Hari Mencintaiku, 




setakat nie agak menarik isi kandungan novel ini. Tapi buat masa sekarang nie nak fokus baca susah sikit la disebabkan masa yang terhad. So sementara tunggu magrib, sempat la aq layan 2-3 bab. Untuk adik-adik jiran sebelah rumah sewa, terima kasih sebab tolong hantar kad dan peta kat poli. Nasib la ada diaorg tolong. Kalau tak, tak tau la bila kad biru tu nak hantar. Apa-apa pun minggu nie banyak lagi kerja nak dibuat walaupun balik rumah mama, nak kena renew lesen, repair motor & macam-macam lagi la.... Hope demam nie cepat la sembuh, dan aq dapat jalani kehidupan dengan lebih tenang dan selesa. Doa-doakan. Nite.
Daaaaaaaaaa



Sunday, January 8, 2012

'Thumb print'... Rumah sewa... Futsal...

Salam,

urmm minggu nie minggu yang sangat memenatkan bg diri ini... serius penat dengan macam-macam keadaan yang dilalui dalam kehidupan seharian. Ok, situasi pertama keadaan kat tempat LI la. Minggu nie memang banyak kerja nak kena buat. Dengan assembly board la,potong papan, sambung papan, & macam-macam lagi la. Tapi yang tak boleh blah sekali bila ada satu hari yang aq tak boleh 'thumb print' langsung. Memang bebal sangat-sangat. Rasa macam nak tendang je tempat 'thumb print' tu. Akhirnya aq terpaksa tukar jari sebab ibu jari nie dah tak boleh detect langsung dah. Bodoh punya kilang Jepun. Situasi dua, rumah sewa. So duit PTPTiPU dah masuk. Tuan rumah sewa pun sms la 'Bila ye nak bank in duit umah sewa?' Semua Rm2XXX. Dah tu, nak kena bayar sampai bulan Jun. Aq ngan kawan-kawan dah tamat LI bulan Mei, so buat apa nak bayar kalau bulan Jun dah nak pindah. Esoknya sms pulak kata duit yang kawan aq bank in xmasuk sesen pun... Memang bikin panas la... Heran jugak sebab 3x buat cash deposit kat no account yang laki dia bagi, bleh cakap xmasuk sesen pun.. Last-last dia yang silap sebab salah check account. Itu la, lembu makan rumput kat padang, cari dekat KFC memang tak jumpa la cik kak oii.... Situasi ketiga, gelanggang futsal. Sempat jugak la main futsal minggu nie walaupun baru habis O.T dalam pukul 8 malam. Lama betul tak main, sampai terjatuh & peha nie rasa sakit je. Rasanya macam tersalah urat je. Serius sakit. Mintak-mintak cepat la ok, nak berjalan pun xtahan dah sakit nie... Sekrang hanya menghitung hari, bilala nak abes practical nie. Tak larat dah nie... hahahaha report tak lengkap-lengkap lagi. Insyaallah minggu nie akan cuba lengkapkan dan terus antar kat penyelia. Tak nak dah tangguh-tangguh lagi. Update lagi nanti.. Daaaaaaaaaa

Tuesday, January 3, 2012

Panda & Kek Lapis Sarawak

Salam,

Penatnya hari ini, sampai terlelap lepas asar tadi... Banyak kerja nak kena buat hari nie, sebab tu rasa letih je badan nie. Demam pun tak surut-surut lagi, ulser alhamdulillah da kurang sikit & hampir sembuh bila guna ubat jenis serbuk yang ada jual kat kedai ubat cina. Mujarab jugak la ubat tu. So malam nie nak story sikit la kisah hidup aq di hari ini. Bangun pagi td punya la awal, coz semalam terlelap depan netbook. Terjaga je dari tidur, dengan facebook tak log out, skype pn still online & blog nie pun still tak sign out. Semalam ada la skype dengan si dia, dan pagi tadi seperti yang telah dijanjikan aq pergi rumah si dia untuk ambil buah tangan dari sarawak. Cer tengok kat bawah nie,

Comel x panda tu?? ^_^

Suma sedap-sedap... Thanx buat 'Si Dia'
barang yang first tu panda kat fon tu. Bagi aq itu adalah buah tangan yang paling comel la yang pernah aq dapat. Selalunya barang-barang yang dia bagi kebanyakan aq simpan dalam laci peribadi la sebagai kenangan. Key chain, kad aniversary, pen, pemotong kuku, surat dan macam-macam lagi la barang-barang yang aq dapat dari dia. Sampai coklat pun aq still simpan sebab rasa sayang sangat nak makan pun. Yang second tu pulak of course la kek lapis sarawak, memang favourite aq la... tapi dalam gambar tu da tinggal sikit je lagi nak abes, manis memang manis la, air mineral pun da dekat 3 botol abes. Nak simpan takut berkulat la pulak, lagipun pemberian sesorang yang pernah mewarnai kehidupan aq, so setiap pemberiannya adalah semuanya bernilai bagi aq. Walaupun semalam pun gaduh lagi pasal nak bagi 2 benda nie tapi pagi tadi rasanya tak seperti semalam. Apa-apa pun bagi aq kenangan hari ini aq nak catatkan disini sebagai yang terindah di permulaan tahun baru ini. Masa untuk menulis laporan latihan industri.

Daaaaaaaa......

Apa yg Aq Rasakan Kini

Salam,

Dalam hidup nie macam-macam dugaaan perasaan yang kita akan rasa kn?? Sedih, marah, ceria, gembira & macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa sedih itu adalah rasa terindah dalam kehidupan, contoh macam aq nie, sedih memang selalu aq rasakan tak kira masa bercinta dulu ataupun lepas putus cinta nie, biasa la naluri perasaan seorang manusia, normal untuk merasakan sebegitu, apa yang aq maksudkan dengan sedih itu indah. Sedih itu mengajar kita erti kesabaran & ketabahan dalam melalui saat-saat duka dalam kehidupan, contoh yang mudah untuk aq gambarkan disini adalah kesedihan selepas putus cinta, rasa sedih yang dilalui adalah lebih manis dan lebih indah apabila mengenangkan saat-saat ketika masa bercinta, saat itu adalah saat yang paling bahagia dan amat istimewa buat kita dan si dia suatu ketika dahulu. Meskipun diri dilanda kesedihan samada ditinggalkan @ meninggalkan, tapi kenangan masa bersama dahulu mungkin bole menjadi sedikit penawar dalam merawat perasaan sedih. Biarpun aq dan si dia hanya sekadar kawan tapi aq rasa seolah-olah tidak ada keserasian lagi walaupun sekadar kawan. Sukar untuk aq gambarkan apa yang bermain dalam hati ini. Sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Pada aq biarlah hubungan aq dan si dia berkekalan meskipun sekadar kawan kerana kawan yang baik sukar dicari ganti.... Semoga dia mulakan tahun 2012 ini dengan semangat dan hidup yang baru. Insyaallah... Amin.
Daaaaaaaa