Tuesday, July 31, 2012

Aq rela undur diri untuk si dia bahagia~~~

Salam,


Lewat malam update... Tadi sibuk sangat dengan melayan bola sepak diantara Manchester City dengan Malaysia... Sambil tu tangan nie pun sibuk jugak menaip sedikit introduction untuk report(contoh litar) yang kena hantar esok. Sambil-sambil buat report tu facebook aq online la jugak k0t-kot ada orang nak chat dan borak-borak. Tapi sayang tak ada sapa pun nak tegur. Huhuhu tapi target aq memang nak o9 dengan si dia je. Orang-orang kat facebook pun tak akan nampak aq online di chat sebab memang aq off je chat tu.


Sekarang, aq perlu menerima hakikat yang si dia telah ada yang memiliki... kalau dulu nampak je aq online mesti terus tegur dan seronok sangat berborak... Tapi sekarang, bila dah ada Cinta baru aq rasakan diri ini terus lenyap dari kehidupan si dia... Ye betul... Kalau la ada orang yang berada di tempat aq sekarang mesti akan rasakan perkara yang sama. 6 tahun lebih menjalinkan hubungan, baru kini aq rasa betul-betul jauh sangat dari kehidupan si dia... Rasa terpinggir dan tercampak terus dari hidup dia...


Entah la kenapa aq rasa macam tu, mungkin betul jugak kot apa yang aq rasakan tu, semalam pun macam gangguan je... Selama bertahun kitaorang online sama-sama, semalam la ada macam-macam gangguan seolah-olah, jangan berhubung lagi je dengan si dia... Hurmm mungkin itu lebih baik untuk dia... Pada aq, aq rela undur diri untuk dia bahagia... Tahun nie mungkin aq tak akan pergi dah k0t open house rumah dia macam tahun-tahun yang sebelum nie dan beberapa hari yang lepas mungkin jugak saat-saat terakhir mata ini melihatnya...


Sekian!!!

Sunday, July 29, 2012

Yang Berlalu Biarkan Ia Pergi~~~

Salam,


Sayu je kan tajuk entry lewat malam nie. Sebenarnya mata dah mengantuk dan badan pun letih dengan aktiviti seharian... Tapi memikirkan sesuatu yang terbuku dalam hati nie, rasa ingin dikongsikan jugak buat semua pembaca disini... Semua orang pasti dah biasa ber-CINTA kan??? Bila sedang jatuh Cinta nie macam-macam perkara yang indah-indah je kita akan rasakan dan lalui hari-hari yang mendatang bersama si dia yang ter-CINTA. Macam la dengan aq yang pernah melalui saat-saat indah itu dulu... Banyak kenangan yang akan tercipta disaat ber-Cinta tu kan??? Dating, study sama-sama, dan macam-macam lagi la...


Kini, aq kembali sendirian dan semakin menyepi kehidupan seharian yang hanya ditemani blog kecil ini untuk aq luahkan segala curahan isi hati, coretan kehidupan seharian dan pelbagai lagi kisah serta kenangan dalam kehidupan yang aq lalui... Sememangnya Cinta itu aq akui ia Terindah. Suatu perasaan yang wujud antara dua insan yang saling berkongsi antara satu sama lain. Perasaan yang tidak dapat diterjemahkan dengan hanya kata-kata 'I LOVE YOU' atau 'Saya Cintakan Awak'. Ianya wujud atas perkongsian antara dua hati. Bagi aq yang melalui Cinta Persahabatan. Itu jauh lebih indah untuk digambarkan kerana Cinta yang terbina melalui Persahabatan adalah ibarat menanam pokok...


Bermula dengan menabur benih umpama permulaan hubungan Persahabatan yang mulai terjalin. Benih yang ditabur seterusnya disiram dan tumbuh tunas-tunas kecil yang keluar dari benih seperti hubungan Persahabatan yang disemai dengan Keikhlasan, Kejujuran dan Kesetiaan yang akan menimbulkan bibit-bibit perasaan sayang dan bertanggungjawab antara satu sama lain, lalu tunas-tunas kecil itu seterusnya akan membesar dan mempunyai struktur batang yang kuat dan kukuh berdiri ibarat perasaan dua hati manusia yang bersahabat akan menjadi lebih erat dan bertambah sayang diatara mereka. Daun-daun hijau akan mula tumbuh dan kelihatan segar melengkapkan pohon yang kukuh berdiri yang dapat diumpamakan sebagai keakraban yang terbina antara dua sahabat mula berputik sedikit perasaan yang melebihi perasaan terhadap seorang sahabat. Pohon yang berdiri akan terus berdiri dan meneruskan kehidupan dengan hadirnya kelopak-kelopak bunga yang menghiasi keindahan pohon yang semakin lengkap kitaran hidupnya. Jika dapat kita bayangkan, bunga-bunga ini umpama kehadiran suatu episod baru dalam kehidupan dua sahabat ini yang mengukuhkan hubungan mereka iaitu Cinta... Bunga yang segar akan terus hidup dipohon dan berkembang dengan cantik dan dihiasi dengan haruman serta lebah yang sering hinggap untuk mendapatkan madu. Kehidupan dalam per-Cintaan mereka mula melalui episod-episod indah dan nikmat-nikmat ketika alam per-Cintaan mula dirasakan ketika bersama mahupun berjauhan... Kitaran hidup pohon dan bunga pasti tidak terlepas dari cabaran dan dugaan dalam menghadapi cuaca yang mungkin boleh membunuh mereka, setidak-tidaknya mungkin menguji struktur akar yang mencengkam tanah samada kuat atau tidak. Dalam alam percintaan, cuaca yang dimaksudkan terhadap pohon itu adalah dugaan bersama yang dilalui oleh pasangan ber-cinta untuk menguji kekuatan Cinta, dan sifat mempercayai antara satu sama lain dan kekuatan iman yang senantiasa menduga. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Bunga yang kembang mekar di pohon pastinya akan tiba saat layu dan gugurnya ketanah apabila takdir telah menentukan waktu dan ketika... Hubungan dua hati yang telah melafazkan janji setia dan Cinta akan mengakhirinya dengan dua cara samada berakhir dengan Perpisahan atau Perkahwinan.... Kedua-dua huruf ini pasti menjadi Persoalan kepada mereka yang sedang dilamun Cinta... Apakan Cinta yang telah mereka bina selama bertahun lamanya akan berakhir dengan salah satu P??? Pepisahan atau Perkahwinan?? Hanya Tuhan yang menentukannya....


Buat Cinta pertama aq yang telah melalui Perpisahan aq terima ketentuan ini dengan hati yang terbuka kerana masih terlalu muda untuk aq kenal apa itu Cinta yang sebenarnya... Masih banyak ruang yang terbuka semasa melalui Cinta pertama ini yang telah membuatkan aq sedar bahawa terlalu banyak yang perlu aq perbaiki untuk menjadi lebih baik... Malam ini adalah saksi bahawa Cinta lama aq telah menemui Cintanya yang sebenar... Aq tumpang gembira dengan senyuman yang dilemparkan sebentar tadi yang membuatkan aq tersedar dan tersentak dengan lamunan mimpi yang aq rasakan... Si dia sudah menemui insan yang mampu membuatkan dia terus tersenyum selamanya...


Buat aq, rasa sedih itu masih mengiringi diri ini meskipun aq yang menggugurkan bunga itu, tapi setelah kenyataan yang membuatkan aq sedar sebentar tadi, aq akan terus berubah dan terus berdiri seperti pohon itu. Sesungguhnya Cinta silam itu adalah kenangan, samada yang terindah buat kita atau yang paling pahit untuk dikenang... Hidup dalam kenangan adalah hidup aq, namun tak mustahil untuk aq ciptakan sebuah kenangan baru dalam kehidupan aq yang mendatang... Hidup perlu diteruskan walau apa jua yang perlu dilalui.


Sorry kalau entry kali nie agak jiwang terokkk...Sekadar melayan perasaan yang terbuai seketika... Semoga akan ada bidadari yang akan memiliki hati ini suatu saat yang pasti akan tiba... Thanks for reading... 


Sekian !!!

Saturday, July 28, 2012

Testing update via android

salam,

sekarang jam dah pukul 0022. mata nie sebenarnya.dah mengantuk teramat sangat tapi saja la berjalan-jalan di playstore dan android market jap cari software terbaru untuk si comel galaxy y nie...akhirnya dipertemukan dengan software update blog melalui handphone ini... hehe dunia hari nie canggih sungguh... lepas nie apa pulak la benda lain orang akan cipta ye agaknya.... hehe nak taip banyak-banyak pun susah jugak sebab kepad fon nie kecik sangat-sangat... nak tidur dulu... takut terlepas sahur pulak... sekadarmencuba sesuatu yang baru... selamat malam...

sekian!!!

Friday, July 27, 2012

Menu Berbuka, Project dan Movie

Salam,

Hari nie rasa penat makin bertambah pulak walaupun cuma ada 1 kelas je pagi kelmarin. Dengan assignment bertubi-tubi datang. Memang tak cukup rehat la hujung minggu nie. Aq plan nak buat Header baru untuk blog pun rasanya macam nak kena postpone dulu la nampaknya. Serius pack sangat jadual, dengan presentation, english research, final project circuit, self learning fibre optic, pergghhh memang penat la. Kuih raya mama aq pun tak stop lagi operasi, banyak jugak yang dah buat. Cuma biskut Mazola dan Makmur je tak tau nak mula buat bila. Banyak lagi la nampaknya kuih yang aq nak kena bakar lepas nie.

Rombakan Group Final Project
Kelmarin, aq ada la terdengar budak rumah sewa cakap yang lecturer yang urus tentang final project dah buat rombakan untuk setiap group yang ada ahli lebih daripada 3 orang(termasuk group aq la). Dan dengar-dengar ahli yang terkeluar dari senarai group aq ialah Nur Faiezah. Aduh masalah besar jugak la kalau apa yang aq dengar tu betul. 

Habis la perancangan untuk mudah kerja masing-masing. Sebabnya Nur Faiezah nie orang yang mudah dalam bekerjasama dalam kumpulan... Lagipun tajuk project pun banyak cadangan dari dia. Bila dia dah terkeluar, maksudnya kena susun balik la plan untuk final project aq.
Aduh dugaan betul la last-last minit macam nie. Terpaksa la guna backup plan aq iaitu mintak tolong akak aq yang no dua. Ingat nak simpan backup plan nie masa degree nanti. Tapi dah emrgency macam nie rasa kena guna jugak la. 

Pagi nie time subuh Pija(Nur Faiezah) dah sms tanya tentang group project dan tajuk project. Fuh pening kepala dah pagi-pagi nie. Dengan assignment lagi. Aq rasa macam nak jumpa je penyelaras project tu dan nak mintak Pija masuk balik group aq. Bukan apa kesian kat dia la kena cari tajuk baru la pulak untuk group baru tu. Idea dalam group aq pun idea dia. Nak bagi tajuk tu pun dah tak boleh sebab group baru kena cari tajuk baru. Alahai...

Khasidah dan Nasi Kerabu...
Nie story berbuka puasa semalam la, hari nie belum lagi la sebab aq menaip entry nie pun baru jam 8.02 pagi. Hehe Khasidah?? Siapa tu?? Awek baru aq??? Oh tidak sama sekali... Dia ialah sejenis kuih... Hahaha nama cukup cantik macam rupa parasnya jugak... Putih dan ada bawang goreng kat atas tu. Kalau dibayangkan perempuan yang bernama Khasidah tu la kan, ibarat wanita yang berkulit putih ala-ala amoi or minah salleh celop dengan rambut perang. Comey kowt... Hehehe ops... Puasa-Puasa... Tak boleh lebih-lebih... alhamdulillah dah tercapai jugak keinginan nak makan dua menu makanan nie iaitu Cik Khasidah dan Nasi Kerabu. Nak kata favorite tu tak ada la sangat.. Tapi jatuh cinta jugak la dengan dua menu tu. Khasidah semalam memang sedap la, lama rasanya tak makan. Ingat last pun masa sem dua dulu. Pija yang buat. Pun sedap jugak. Hehehe rindu pulak rasanya nak makan macam sem dua dulu.

Masa yang Sempit
Cerita tentang masa pulak membuatkan aq terbatas dengan aktiviti sampingan dan aktiviti membuang masa macam dulu. Ye la kelas, assignment, presentation dan macam-macam lagi nak buat. Hobi or minat masa lapang pun tak cukup masa nak buat. Apa yang aq maksudkan disni ialah Koleksi Gambar kat menu blog nie la... Tak sempat nak upload gambar-gambar baru. Kelmarin ada capture sikit gambar tapi memang tak sempat la nak meng-Edit nie... I am too busy right now... Betul ke english aq nie?? hahaha pagi-pagi cakap omputeh.. Dok kedah ja pun... HEHEHE

Aku, Kau & Dia...


Sapa yang dah layan citer nie?? Aq baru je tengok kelmarin.. Biasa la... Layan yang free je.... hehe dah lama download tapi kelmarin baru berkesempatan nak tengok... Boleh tahan jugak cerita dia... Meh dengar ulasan aq tentang filem nie...
  • filem nie membawakan suatu emosi yang berat(bagi orang yang betul-betul membawa diri mereka bersama-sama dalam filem nie.)
  • Cerita yang simple dan ringkas jalan ceritanya.
  • Sedikit komedi.
  • Pengarah membawakan cerita ini seolah-olah realiti yang berada di dalam mimpi.
  • Save budget.(pengarah jadi watak Extra, watak kepada abang si Haris)
  • Watak yang pelakon wanita tu cun la... Terpesona sebentar... Hehehe
  • Lagu dalam filem tu pun best.
  • Fantasi dan Realiti.
  • Cinta itu Indah.
Amacam ulasan ringkas aq. Boleh diterima?? hehe tu pendapat peribadi aq la... Kalau rating ikut bintang... Dari 5 bintang keseluruhan aq bagi 3.5 la... Sebab apa 3.5?? Jalan cerita tak cukup smooth la... Hehe aq nie boleh request untuk jadi juri program realiti(nyanyian sahaja). Komen pertama nak bagi, suara awak sedap, pitching ok, gaya menarik cuma kurang 1 je. Aurat tu terbuka, balik nanti bungkus elok-elok, datang sini amek sijil je... sy bagi terus juara.... Hahaha chewah cakap pasal aurat konon. Diri sendiri pun tak cukup perfect lagi... Apa daaa hang nie samprit ungu....

"Manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, ketidaksempurnaan itu adalah untuk kita sendiri mencarinya bagi melengkapkan diri dengan kekurangan yang ada".
NOBODY PERFECT RIGHT??

Thanks for reading.. Selamat Meneruskan Ibadah Puasa Semua...
Sekian!!!

Wednesday, July 25, 2012

Penatnya~~~Duit Ibarat Ayaq!!!

Salam,


Hari nie 25 Julai 2012, hari ke-5 kita semua berpuasa kan?? Aktiviti aq pada hari nie memang pack la sejak sahur tadi lagi... Bangun je pagi tadi dah pukul 4 lebih, terjaga dengan surah yasin bacaan ustaz Dzulkarnain yang aq pasang dekat handphone sebelum tidur semalam. Bukan apa, tiba-tiba rasa macam tak sedap badan je semalam, rasa seram sejuk je. Tak nak la fikir sangat, buat tambah rasa takut je. 


Ok la, back to da bangun sahur. Aq terus mandi dan bersahur dengan segelas air soya je. Tak ada selera nak makan nasi langsung. 4.55 pagi aq memulakan perjalanan pulang ke rumah sewa di Jitra sebab ada kelas jam 8 pagi. Hehe bawak motor time macam tu memang rasa seram jugak la sebab memang sunyi dan sejuk je. Aq balik ikut jalan jauh la sebab nak ikut short cut memang tak berani langsung dengan cerita-cerita seram yang aq dengar dengan bila lalu jalan tu. So jalan jauh nie pun aq tetap takut jugak sebab aq nie dikategorikan sebagai rabun dan silau jugak. Kalau bawak motor malam or gelap macam sebelum subuh tu, mata hanya tengok line jalan je... 


Sampai je kat area pokok sena motor macam tak stabil je, aq dah rasa tak sedap hati dah takut pancit ke, so masa sampai kat traffic light pertama aq stop dan check tayar ok je. Start je dari traffic light kat pokok sena tu langsung aq langgar je traffic light sampai la depan hospital sultanah bahiyah Alor Setar. Memang tak stop langsung. 


Lebih kurang jam 5.35 pagi aq sampai di rumah sewa. Masuk je dalam rumah sewa, terus terbaring dalam bilik aq beberapa minit... Baru je mata nie nak terlelap azan dari surau belakang rumah dah berkumandang. Dari nak tertinggal subuh tu baik aq solat siap-siap dan terlelap lepas tu sampai pukul 7.15 pagi. Serius penat giler bawak moto time macam tu. 


Kelas hari nie pun boleh dikatakan pack jugak la dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 tenghari. Habis je kelas terus balik rumah sewa jap, ambik beg dan terus balik rumah mama aq sebab esok kelas aq pukul 10 so sempat la aq balik lepas subuh. Petang tadi dekat 1 jam aq dekat bengkel motor, buat maintenance sikit. Hehehe Aduhai terbang jugak la RM160. Tapi untuk safety tak kisah la kan?? Macam kata cina kaya la. "Lu ada duit manyak, kalau mati duit tak boleh bikin apa lagi". Tak tau nak merepek ape dah malam nie... Esok je la update cerita best sikit... Selamat Malam... Thanks for reading... :)

Monday, July 23, 2012

Letihnya...Kesedaran..Samprit Segar... Final Project....

Salam,


alhamdulillah hari nie dah masuk beberapa hari dah kita berpuasa... letih sangat-sangat puasa tahun nie, rasa beza sangat-sangat daripada tahun yang sebelum nie... Mungkin sebab tak bersahur agaknya. Itu la Energy kureng sikit tu. Nak buat macam mana stay kat rumah sewa memang susah la nak bangun sahur. Kalau kat rumah mama nie boleh la mama tolong kejutkan. Aq pun sejak mula puasa nie tak berbuka puasa lagi di Jitra. Asyik balik rumah mama je sebab nak kena tolong mama aq jaga anak buah nie. Mama aq cakap "kalau hang tak balik, mama tak buleh pi semayang terawih la". Betul jugak. Kalau aq tak balik memang mama tak boleh pergi la solat terawih. Cuma aq la rasa penat gila ulang alik dari Jitra nie. Jauh jugak tu. Aq balik rumah mama lepas habis kelas, buka puasa dan tunggu mama balik terawih pastu baru aq balik Jitra dalam pukul 11 malam. Penat dan mengantok jangan cakap la. Sampai rumah sewa terus makan sahur dalam pukul 12.30 mlm dan terus tidur. Tak ape la, pengorbanan di bulan ramadhan.


Kesedaran.
Semalam rasanya adalah kali terakhir aq jumpa dia di skype, dia betul-betul dah berubah sepenuhnya. Alhamdulillah, ramadhan kali nie dah membawa banyak kebaikan untuk dia dan aq. Insyaallah aq akan mengikut jejak langkahnya. Rasanya aq akan jumpa dengan si dia buat kali terakhir sebelum dia pergi jauh meninggalkan aq. Nanti aq akan hantar semula barang-barang yang dia mahukan... Maafkan atas semuanya yang jadi antara kita....


Samprit Segar...
YES... Iklan samprit segar dah keluar pun di Mudah.my.. Baru tengahari tadi aq berkesempatan tengok. hehe busy bebenor sejak masuk bulan ramadhan nie... kalau nak tengok boleh klik >>SINI<< .. Semoga dengan iklan nie akan banyak lagi tempahan yang akan menyusul. Setakat nie pun dah macam tak sempat je nak buat. Murah rezeki mama aq. Semoga bisness samprit nie akan lebih baik dan terkenal lagi lepas nie...


Final Project...
Hari nie dah start kelas untuk final project aq untuk semester 5 & 6...  Fuhhh rasa macam berat je nak buat project akhir nie.. Banyak sangat benda yang orang dah buat... So sapa-sapa yang ada final project untuk kos Elektronik boleh la share kat aq... Aq pun blank nak pikir tentang project nie. Hari rabu nie dah nak kena submit tajuk project & dah nak start buat proposal dah... Tapi mungkin Allah nak permudahkan perjalanan aq di Politeknik nie. Aq dapat ahli yang memang hebat dengan kemahiran masing-masing. Syukur alhamdulillah. Meh nak perkenalkan sikit diaorang nie. 


Yang pertama Nur Faiezah / Pieja (member yang paling rapat dan mudah berkerjasama). Dia nie practical kat kedai elektronik yang buat projek akhir student poli dan Universiti so dia pro jugak la bab-bab litar nie. Yang kedua Seow Khai Xiang. Dia nie ketua kelas merangkap student yang paling tinggi pointer dalam kelas aq. So rasanya idea dia nie mungkin hebat jugak untuk final project nie. Yang ketiga iaitu Phun Chan Cuan. Dia nie macam slow sikit tapi idea dia boleh tahan gila jugak la... Memang cun la kalau dia ada sebab project akhir nie perlukan pemikiran yang diluar kotak pemikiran biasa. Dan aq ahli kumpulan yang terakhir. Rasanya tak ada keistemewaan macam diaorang. Tapi bab presentation boleh serah kat aq la k0t. Hehehe 


Entry kali nie macam lain sikit kan?? aq main tulis je. Nak campur aduk semua kat atas tu rasa macam susah korang nak baca. Hope enjoy reading... Thanks...


Sekian!!!

Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan!!!!

Salam,



alhamdulillah, diam tak diam esok kita akan berpuasa di bulan ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu, apakah ramadhan kali ini yang terakhir bagi aq?? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Malam nie dah mula solat terawih. Tak tau la aq dapat pergi ke tak malam nie. Kalau tak dapat pergi maksudnya aq kena ganti mama la jaga anak buah aq malam nie. Bukan apa, semalam sebelum tidur mama ada la sembang dengan aq kejap. Mama cakap nak pergi solat terawih tahun nie walaupun cuma untuk 10 malam pertama, tapi dah ada anak buah aq kat rumah so susah la mama nak pergi. Bila pikir balik semalam, aq rasa nak kena ulang alik dari rumah ke poli la dalam tempoh sebulan nie untuk balik jaga anak buah aq tu, tak ape la aq tak dapat pergi solat terawih pun tahun nie, asalkan mama dapat pergi cukup la. Kalau ada kesempatan aq pun nak jugak solat terawih bagi habis. Rugi kot terlepas ibadah besar yang hanya setahun sekali nie. 

Syukur jugak semalam dah selesai packaging untuk samprit segar, dapat dalam 18 bekas la. Maksudnya dah 1000 biji lebih la yang dah berjaya mama buat... Hope tempahan akan meningkat lagi dalam bulan ramadhan nie. Bukan setakat kuih raya je, aq harap bisness abang aq pun akan berjaya la untuk family kitaorang. Insyaallah, doa mama, abah dan adik-adik sentiasa ada untuk abang. Amin. Thanks for reading. Selamat Berpuasa Semua!!!

Sekian!!!

Thursday, July 19, 2012

Samprit Segar dan Agar-Agar Kering!!!

Salam,


alhamdulillah, seperti yg aq janjikan hari nie nak update pasal kuih raya yang sedang mama aq buat. Samprit Segar dan Agar-Agar Kering. Jom layan gambar dulu.... Hehehe


Adik aq yang tengah potong ceri

Dah siap dibakar...


Testing oven baru... Fail.. hehe

Kaki dia terlebih bakar..

Sexy ladies.. hahaha

Lipstick (ceri)

Original dari tangan seorang ibu....

Proses meletak ceri

Cantik tak??

Menunggu giliran untuk dibakar...

Kami di dalam oven!!!

Sedang dibakar...

Oven baru... Lembab sikit tapi boleh la...

Siap dibakar. Macam samprit susu kn??

Proses menyimpan sebelum packaging...

Tukang bakar kuih merangkap senior engineer packaging. haha


Samprit Segar... Asli buatan Cik Nab.....

Siap untuk dijual 40 biji Rm13 sahaja...

yang nie 60 biji Rm 23 sahaja....

Haaaa kat atas tu la produk family dan resepi rahsia krabby patty... hahaha mengarut... tu la proses membuat kuih raya oleh keluarga Cik Nab. Samprit Segar tu adalah menu utama la. Budak yang bakar tu menyebok je nak masuk gambar dia dalam blog kecik nie.. hahaha memang pakai tangan ye kuih buatan Cik Nab nie.. Tak de guna mesin untuk tekan kuih guna acuan antik tu. Tak ada jual dah acuan tembaga tu.. Kalau ada pun yang plastik. Tapi bunga dia tak cantik macam yang acuan tembaga nie. Untuk tempahan nanti tengok ikalan dekat mudah.my. Taip je Samprit Segar. Malam nie baru nak masuk iklan. Segala urusan hanya dengan assistant account+promoter merangkap kakak aq yang no 2. Hahaha COD area Kuala Nerang, Jitra, Kulim, Penang(seberang jaya sahaja).Jom layan gambar kat bawah pulak

Agar-agar kering yang belum kering. hehe

Zoom in sikit...

haa yang nie dah nak kering.. kalau jemur 2-3 hari lagi baru kering sepenuhnya..

Putih+Hijau.....

Hijau dan Oren...

Oren......

Yang kat atas nie agar-agar kering.. Proses nak membuatnya memang ambil masa sebab kalau cuaca panas memang cantik la. Nak buat agar-agar kering nie agak rumit la, nak kena jemur lepas tu nak kena alihkan supaya semua bahagian kering dengan sempurna. Kalau dekat Pekan Rabu Alor Setar rasanya RM10 untuk 1 tuppaware nipis tu dlm 200 gram macam tu la... Tapi yang nie kitaorang jual 500 gram. Harga aq tak sure la berapa. Tapi rasanya dah tak ade dah untuk tempahan sebab memang limited offer je... Sorry....

Sememangnya buat kuih nie penat giler. Serius, aq yang tukang bakar nie pun rasa tak larat sangat-sangat. Tapi sebab nak tolong mama, tak kisah la. Kalau dulu awek nak jumpa, walau jauh pun sanggup pergi. Ini dengan mama sendiri tak kan nak berkira kan?? Semoga Samprit Segar mencapai target tahun nie... Insyaallah.. Thanks for reading... 

Sekian!!!


Wednesday, July 18, 2012

The End Of Presentation!!!

Salam, 


17 Julai 2012 


alhamdulillah itulah ucapan yang dapat aq luahkan dari bibir ini. Rasa bersyukur sangat segala urusan aq di politeknik dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Dari pendaftaran modul sehinggalah ke presentation(interview) oleh pensyarah. Rasa lancar je hari-hariku di Politeknik. Aq nie sememangnya akan rasa takut bila dengar perkataan PRESENTATION, tak tau la kenapa rasa macam fobia je dengan perkataan tu. Mungkin keyakinan dalam diri ini masih kurang lagi. Tapi masa presentation kepada pensyarah tadi aq macam tak percaya itu aq sedang buat presentation dengan santai dan relax je. Mana datangnya semangat tu ye?? Bila dengar tentang presentation minggu lepas, aq dah rasa tak tentu arah dah sebab penyakit darah gemuruh nie susah bebenor nak hilang. Apa yang aq mampu hanya berdoa dan mintak supaya semuanya berjalan dengan lancar serta perjalanan hidup aq dipermudahkan. Masa presentation tadi aq rasa tenang sangat-sangat dan sungguh selesa berdepan dengan pensyarah. Aq harapkan semoga perkara sebegitu akan berterusan. 


Petang tadi Kak Shahrom(akak kat tempat aq practical) ada sms mintak link blog nie. Rasa rindu je kat dia dengan kak Asiah. Time beli makan dekat Medan Taman Siswa tu teringat kenangan-kenangan manis dengan semua warga Engineering. Kak Shah, Kak Asiah, Abang Ad, Mie, Jie, Kak Azza, Kak Amy, Kak Iera, Abang Jat, Krie, Pak Tam, Wan, Elyas, An, Abang Ed, Abang Shidi, Cik On, Yon, En. Zarif, En. Khalid, En. Haris, Helmi Unikl, En. Syam, Wan Unikl dan geng PTSS. Ada dua orang lagi yang aq tak ingat nama, sorang technician yang macam Cik On yang selalu buat kerja dengan abang Ed dan seorang lagi technician yang macam ustaz sikit tu. Maaf terlupa nama. Tak lupa jugak akak yang selalu lambai dan senyum dalam bilik masa aq nak pergi surau iaitu kak Elly. Hehe rindu aih kat diaorang semua. Insyaallah rasa perhubungan diantara aq dan tempat industri tak akan terputus setakat masa latihan industri. Kak Shah pun selalu jugak sms kat adik dia nie... hehe So tak akan lost contact la. Lagipun blog nie selalu jugak akak aq tu melawat so ada la cerita serba sedikit tentang kehidupan aq. Bulan puasa pun dah nak dekat, kan best kalau dapat berbuka puasa dengan nama-nama kat atas tu. Seronok jugak kan?? Lama jugak aq tak jumpa lepas habis LI hari tu. Masa kenduri En.Khalid hari tu memang plan nak pergi tapi abang dan akak-akak aq pulak buat plan last minute nak buat makan besar dekat Penang so tak dapat la jumpa warga Engineering masa tu. Banyak sangat kenangan dekat tempat LI yang aq tak akan lupa sampai bila-bila pun terutamanya surat buat Kak Shah. Rasa macam lawak pun ada jugak. Tapi aq memang macam tu, lebih suka menulis sebab dengan cara itu lebih bermakna kan?? 


Rasa tak sabar nak balik jumpa mama, nak peluk dan cium puas-puas. Tak tau la kenapa rasa rindu sangat-sangat walaupun baru beberapa hari tak jumpa. Kalau nak cakap aq nie manja ke terpulang la. Tapi dengan mama aq memang manja pun. Kalau orang lain pun aq rasa susah kot nak jumpa orang seusia 20 tahun macam aq nie boleh peluk dan cium mama kalau depan orang ramai. Pada aq, aq suka macam tu, sebab mungkin bagi sesetengah orang(lelaki) malu nak buat macam tu. Ye la kecik-kecik dulu boleh la... Bagi aq selagi hayat masih ada aq akan terus peluk dan cium... Tak sabar nak balik tolong mama buat kuih samprit. hehehe Hari tu dah buat 4 adunan, dalam 500 biji jugak la dapat. Walaupun aq penat baru sampai dari rumah sewa dan terus buat kuih raya, tapi senyuman dari mama tu cukup untuk menghilangkan keletihan. Insyaallah minggu nie target 1000 biji rasanya boleh k0t?? Nanti ingat nak letak dekat mudah.my. Taip je Samprit Segar. hehehe harap Samperit Segar Enterprise akan bangun kembali setelah lama berehat panjang. Tak sabar jugak nak update cerita samprit segar nie... Gambar dah snap dan nak siap edit dah. Khamis malam akan di-update lagi. Insyaallah. 


Bila dah dekat ramadhan nie, rasa tak sabar nak tunggu kehadirannya. Rasa telalu banyak sangat dosa yang aq lakukan tahun lepas. Mudah-mudahan segala dosa-dosa lalu akan diampunkan. Solat terawih pun harap dapat buat dengan penuh la dengan puasa tahun nie. Haaa my ex girlfriend ada hantar sms beberapa hari lepas. Alhamdulillah dia dah dapat masuk Univesiti Malaysia Sarawak kos Sains Kognitif. Tak tau la sempat ke tak jumpa dia sebelum dia pergi daftar 1 dan 2 september nanti. Semoga dia dapat belajar dengan baik dan mulakan hidup baru kat sana. Mudah-mudahan segala urusan si dia dipermudahkan. Amin. Dah tak tau nak story ape dah, kepala pun dah pening tengok netbook lama-lama, nak rehat dan tidur awal. Thanks for reading. Maaf kalau ada salah silap.


Sekian!!!

Saturday, July 14, 2012

Sejarah Hitam

Salam,


Sebenarnya aq nak update tentang samprit segar. Tapi disebabkan tak sempat lagi nak update aq akan postpone lepas entry kali nie. Aq nak share la tentang apa yang terjadi kelmarin 13 Julai 2012. Aq dan family terkejut dengan paggilan telefon oleh abang aq yang sulung yang mintak mama dan abah untuk pergi ke rumah dia di Penang. So lepas mama dan abah berbincang semua ahli keluarga setuju berkumpul di Kulim. Tujuan kami sekeluarga berkumpul adalah untuk membantu abang yang sulung nie yang terkena "santau". Ada sapa-sapa yang pernah tengok tak proses nak keluarkan benda tu dari tubuh badan? Ala macam Expose Mistik kat astro tu. 


Dalam pukul 6.40 petang aq, abah, abang sulung dan abang ipar aq bertolak ke Penang untuk pergi ke rumah bomoh dekat area kepala batas. Sampai je dekat dengan masjid kitaorang singgah dulu untuk solat magrib. Memang benda yang mengganggu abang tu ada masa kami dekat masjid, abang, abah dan aq pun boleh rasa kehadiran benda tu. Lepas salam akhir oleh imam masjid tu aq tengok abang macam dah tak tenteram je. Aq pun dah rasa lain masa tu. Walau macam mana pun perjalanan kami diteruskan. Sampai je di rumah bomoh tu rasa hairan bila tak ada orang lain selain aq dan keluarga je. Bukan apa, selalunya memang ramai yang datang berubat dekat situ sampai nak kena tunggu giliran. Mungkin Allah nak permudahkan urusan kami sekeluarga. Aq membawa botol sos yang kosong dan sebotol air masak untuk dijadikan air penawar. Setelah masuk ke dalam rumah pak cik bomoh tu yang kami semua panggil Wak, rasa suasana berubah seketika. Aq tengok abang asyik memandang pintu dan keadaan tak tenang. Aq perasan masa dia mengambil pemotong kuku dan bermain-main dengan benda tu. Masa tu aq pun da rasakan macam ada yang tak kena je. Tapi tak pe lah, aq diam dan berborak je la dengan Wak tu sementara proses rawatan akan dimulakan. 


Apabila dah sedia, Wak dah mulakan proses rawatan dengan cara dia yang bagi aq memang pelik. Masa berborak tadi dia cakap melayu je. Lepas dah start je, dia dah start cakap indon(jawa). Memang dasyat cara rawatan dia. Aq first time tengok benda-benda mistik macam nie, serius takut gila. Mula dengar suara abang aq lepas tu dah berubah macam petir je. Serius meremang bulu roma nie. Aq ada record video dari mula sampai la tamat rawatan tapi tak nak la upload kat sini sebab serius menakutkan la semasa proses rawatan dijalankan. Insyaallah kalau aq nak letak nanti aq bagi tajuk video kat youtube. Kalau korang yang ada masa rawatan tu rasanya seram sejuk la. Masa rawatan sedang dijalankan, Wak menyuruh abah dan abang ipar aq soal macam-macam kat benda dekat dalam badan abang aq tu. Dia jawab semua soalan bermula dengan 'Siapa tuan dia? Kenapa masuk dalam badan abang aq? Dan siapa dia? Masa soalan last memang seram cara dia jawab. Dengan mengilai dia cakap 'Aku hantu raya'. Astagfirullahalazim, sebak aq dan abah bila benda tu cakap macam tu. Apa la salah abang aq sampai orang tu sanggup buat macam tu? Proses rawatan diteruskan lagi oleh Wak dengan menyuruh benda tu untuk masuk dengan botol sos tu. Memang terseksa sangat-sangat masa benda tu nak keluar. Benda tu siap berlakon lagi cakap yang dia dah habis keluar, tapi ilmu yang ada pada Wak nie bukan calang-calang orang ada. Wak paksa sampai la semua benda tu keluar dari badan abang aq. Ada jugak darah, tapi tak banyak sangat sebab baru lagi dan nasib baik family dapat kesan awal. Benda macam nie kalau biar lama-lama memang cukup bahaya. 


Setelah selesai tudung botol ditutup dan Wak meneruskan rawatan dengan zikir untuk mengembalikan semangat dalam badan. Kemudian botol sos yang telah ditutup dibasuh dan Wak menyuruh aq mengeluarkan camera untuk ambil gambar benda yang ada dalam botol tu. Kesemuanya ada 4. Satu jasad manusia dan tiga hantu. Gambar keempat-empat tu tak clear sangat sebab botol tu basah. Cuma salah 1 hantu tu nampak jelas la. Gambar hantu langsuir dengan mulut ternganga. Kalau tak percaya terpulang la. Aq tak nak upload kat sini sebab aq sendiri pun takut tengok. Orang yang menghantar benda tu pun menurut kata Wak, akan sakit berpuluh kali ganda dengan apa yang diaorang lakukan dekat abang aq nie. Dan orang yang menghantar benda tu pun SMS maki macam-macam selepas abang aq selesai rawatan. Dah tak tahan sakit la agaknya. Selepas selesai berubat Wak jemput tengok ada persatuan silat dekat kampung nie buat mandi minyak. Ramai jugak orang. 


So lepas tu kami semua bertolak balik ke Kulim. Sampai je dekat area tol sungai dua. Ada operasi JPJ, Traffic, Polis dan macam-macam lagi la. Kereta abang ipar aq kena tahan sebab cermin gelap tapi kebetulan ada bas dekat situ nak berhenti jugak. So terus blah la. Kalau tak confirm kena saman jugak malam tadi. Perjalanan menuju ke Kulim lama jugak la sebab sampai rumah akak aq pun dah lewat dah. Tapi disebabkan abang aq ada kerja dekat Penang. So nak kena hantar abah balik dulu dan aq teman abang aq pergi Penang balik buat kerja. Dari Kulim lagi aq tengok abang aq macam dah tak stabil je drive pun. Aq nak drive pun rasa tak yakin sebab dah setahun lebih tak pegang sterring kereta. So lepas jambatan Pulau Pinang aq tengok kereta dah macam bergerak ke pembahagi jalan, rupa-rupanya dia dah separa terlelap, nasib aq sempat kejut, kalau tak tau la apa akan jadi. Aq bercakap je dari Penang sampai la balik ke Kulim tak nak bagi dia mengantok. Sampai je rumah dekat pukul 2 pagi, terus solat isyak dan tidur.


Keesokkan pagi mama, adik dan kedua orang kakak aq nak tengok video proses rawatan tu, kesemua mengalirkan air mata kerana tak sanggup tengok orang paling kami sayang dan sebagai tulang belakang family kami terseksa sebegitu rupa. Mama memang tak akan maafkan seluruh keluarga orang yang buat tu dan kami sekeluarga pun tak akan pernah memaafkan. Ini dah kali ke-2 abang aq kena macam nie. Mungkin ini takdir keluarga kami. Dugaan begitu besar diuji oleh Allah buat kami sekeluarga. Kami redha menerimanya dan berharap semua ini akan ada kesudahannya. "Ya Allah, kami sekeluarga memohon keampunan dariMu, berikan kesudahan yang baik buat kami sekeluarga, berikan perlindungan kepada kami sekeluarga dan kuatkan iman kami untuk menghadapi dugaan ini, berikan petunjuk dan kesedaran kepada mereka yang melakukan perkara syirik ini agar mereka kembali ke jalan yang benar". Amin. Aq akui aq bukan manusia yang sempurna tapi semua makhluk di dunia ini layak kan untuk memohon sesuatu? Mudah-mudahan kesemuanya dipermudahkan. Sorry kalau entry kali nie cukup panjang. Sekadar perkongsian kesedihan hati kecil aq dan keluarga. Semoga ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. Next week aq update pasal samprit segar tu. Insyaallah. 


Sekian!!!

Thursday, July 12, 2012

Back To Student Life~~~

Salam, 


alahai, baru beberapa hari balik ke Politeknik dah rindu nak balik rumah. Rindu sangat dekat blog kecik nie.. hehe rasa tak best bila jari jemari tak menaip dekat sini. Alhamdulillah, aq dah selesai menjalani proses pendaftaran semula ke Politeknik setelah 5 bulan menjalani latihan industri. Fuhh rasa macam tak biasa pulak bila dah lama tinggalkan alam kehidupan sebagai pelajar di dalam Politeknik tu. 


Malam sebelum pendaftaran (10 Julai). Aq pada mulanya rancang nak tidur awal la sebab tak nak la terlewat jaga untuk sesi pendaftaran. Laporan Akhir semuanya aq dah siapkan. Sampai je rumah sewa, semua kawan-kawan dalam rumah sewa tu sibuk bebenor menaip report sampai aq sekali join dalam menyiapkan report diaorang. Macam-macam masalah bt0l masa nak siapkan report tu, ada yang tak susun turutan la, masalah nak setup page number la, nak convert daripada microsoft word ke format pdf la. 
Buat punya buat sampai la jam 5 pagi aq terlelap depan netbook sampai subuh. Bangun je rasa ringan je kepala nak pergi mendaftar pun. Tak pe lah. Orang tak suka kita pun kita tolong je. Sebab mana tahu suatu hari nanti kita pulak perlukan pertolongan orang. 


Ok masa nak mendaftar pulak, rasa ketaq(gemuruh,gugup) bila nampak lecturer yang garang giler dan siap bagi warning lagi untuk larang students pergi buat latihan industri kat kilang tu. Tapi biasa la, budak macam aq nie, yang larang tu la nak buat sangat. Hehehe nakal walaupun muka SKEMA. Nasib baik la dia tak jadi lecturer yang jaga pendaftaran untuk kelas aq DEPC(Diploma Kejuruteraan Elektronik(Perhubungan))


Masa mendaftar pulak, ntah macam mana aq boleh terjumpa dengan pensyarah yang duduk 1 taman dengan parents aq. Adoyai, macam-macam soalan lecturer tu tanya. Part paling best dia cakap dia selalu nampak aq, dan aq pulak yang tak pernah perasan pun yang rumah dia dekat je dengan rumah parents aq. Biasa la artis mana kenal semua peminat.. hahaha budget je kan?? Perasan sekali sekala... Tak ape la jangan ME-REPORT bukan-bukan kat parents aq sudah la tentang aq kat Poli tu. 


Rasa berdebar je nak melalui hari-hari di minggu hadapan. Perkara yang paling aq risau akan menjelma iaitu. PRESENTATION FINAL INDUSTRIAL REPORT kat pensyarah. Pergghh 30 minit nak kena bercakap. Dup dap dup dap je jantung nie. Aq nie nampak je dalam blog nie macam orang yang banyak cakap. Tapi hakikatnya hanya sinetron sahaja. Susah k0wt bagi aq nak bercakap depan orang ramai. Tawakal je la next week. Mungkin Allah nak bantu aq kot sebab aq dapat lecturer yang pernah mengajar aq masa semester 3 dulu. So harap tak ketaq (gugup) sangat la berdepan dengan pensyarah yang cantik, menarik, tertarik tu.. 


Hahahaha actually nak update tentang samprit segar buatan mama aq. Tapi mungkin esok je la sebab nak edit gambar dulu... Hehehe ok lah. Setakat tu je buat malam ini. Thanks for reading. ^_^


Sekian!!!

Tuesday, July 10, 2012

First Wish!!!

Salam


Hehe alhamdulillah 8 Julai 2012, aq masih diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20 tahun. Muda lagi kan?? hehe walaupun usia dah 20 tahun tapi watak dan pemikiran aq masih tak cukup matang lagi la.. biasa la lelaki, lambat sikit nak matang. So seperti biasa la, kalau tahun lepas banyak la ucapan daripada sms dekat handphone dan facebook. Tapi tahun nie agak kureng la sikit dan aq pun rasa tak excited sangat nak sambut. Bukan ape, tahun lepas mood in couple lagi so time nak sambut tu excited la jugak sebab bila dapat call free daripada maxis dan celcom boleh la bergayut puas-puas. Tahun nie call free dari maxis & celcom tak guna pun. Tak tau nak call sape. Rugi dan membazir je kan seminggu nie?? Jom tengok sikit ucapan-ucapan yang aq dapat masa birthday...



Daripada handphone... Yu dan ika... kwn yg disayangi..


Cik Hazirah... Kawan sekolah rendah yg suka bergurau kt fb...


Kembar tarikh lahir dengan aq sejak aq form 3 dulu...


Kawan kat facebook yang sudi wish.. TQ bebanyak eh.. ^_^

hehe rasa happy jugak walaupun mood birthday macam tak ada sangat tahun nie... banyak kerja nak kena siapkan tu yang mood hilang tu... Dan tempat pertama dalam memberi ucapan kepada aq ialah..... (bunyi drum)... hehehe


Taraaa!!! si dia lagi... asyik orang yang sama je setiap tahun... Apa-apa pun TQ sangat sebab ingat lagi birthday aq. Muah 1 untuk kamuu... hehe 

Thanks jugak buat mama tersayang yang dah wish dan bagi hadiah petang tadi. Rasa nak simpan dalam frame je duit yang mama bagi tu. Hadiah pertama untuk hari lahir tahun 2012 nie. Haaa 9/7 birthday cik nurul shidatul yang dah wish kat handphone aq tu dan 10/7 birthday kakak aq... Dekat-dekat je kan kami semua nie kan?? Dan cik first wish tu pulak 21/7... Hehehe Geng of July... Da best...

Sekian!!!