Tuesday, March 25, 2014

Coretan Indah Buat Kekasih

Kehadiranmu suatu anugerah,
Suatu yang tidak pernah aku bayangkan,
Pabila melihat wajahmu,
Lenyap seketika masalah yg bermain diminda,
Hanya senyuman yang mampu aku ukirkan,
Kau menambah seri hidupku,
Dengan lagak gaya, 
serta kemanjaanmu,
Dikau segalanya untukku kini,
Mungkin dahulu hidupku sepi tanpa kekasih hati,
Hanya sendiri dalam dunia yg sunyi,
Tiada yg dapat menghiburkan hatiku ini,
Namun kini aku mengerti,
Indahnya nikmat kurniaanNya buatku,
Iaitu dirimu pengisi hatiku,
Penawar segala rindu,
Serta menyinari hari-hariku dengan tawamu,
Ucapan Alhamdulillah tanda syukurku,
Memporeleh Jodoh seindah dirimu,
Semoga setiamu sentiasa bersamaku selalu,
Menjadi pendamping sehingga akhir hayatku,
Kerana kita adalah satu,
Kau tercipta untukku...


#coretancintasampritungu

Saturday, March 15, 2014

Bebaskan Hatiku, Aku ingin Pergi...

Terkadang, mungkin diri ini tidak meletakkan dirimu dalam sesaat kehidupanku ini, 
namun tidak bermakna hati ini melupakan tentang dirimu, 
memang begini sifatku yg lebih banyak mendiamkan diri dari berada di ruang-ruang hidupmu, 
Hati ini sudah mula berputik sebuah perasaan yang indah kembali, 
suatu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata, 
hanya laman hati ini dapat menggambarkan apa yang daku rasakan, 
umpama daun-daun segar yang masih teguh berada di dahan-dahan, 
tapi mungkin benar kata orang, 
jika terlalu lama kita memendam sebuah perasaan, 
kita sendiri yang akan membiarkan orang yang kita sayang pergi dengan begitu saja, 
mungkin dia bukan ditakdirkan untuk kita, 
atau mungkin jugak status kita yang berbeza membuatkan kita terpisah,
Kini aku kembali menyepi, 
membiarkan deraian kepingan hati seperti daun-daun kekeringan yang berguguran
menanti ditiup angin yang akan menerbangkannya entah kemana, 
mungkin helaian daun ini akan dikutip oleh seorang insan, 
yang bakal menyimpannya sebagai penanda buku mahupun kenangan, 
seperti juga hatiku ini yang berharap cebisan-cebisan ini akan disatukan semula, 
oleh seorang Hawa yang mampu menyemai sepenuhnya rasa Cinta, Rindu dan Sayang buat kali terakhir untukku, 
dengan iziNya yang menentukan segalanya yang terbaik buat perjalanan kehidupanku, 
perancangaNya adalah sebaik-baik perancangan di dunia ini, 
usaha doa serta tawakal selalulah mendampingi diri ini agar segalanya akan menjadi lebih mudah, 
kini terbangkan helaian daun-daun ini sejauh-jauhnya dari perasaan-perasaan yang mengganggu fokus hidupku kini, 
biarkan ia bebas seketika, 
merantau dalam mencari insan yang akan menyempurnakan kehidupanku, 
yang akan membahagiakanku dengan sentuhan, belaian dan kesetiaan sehingga akhir hayatku... 
bebaskan rasa hatiku, 
aku ingin Pergi...



Sekian coretan hati...

Semalam bersama adik angkat ke-4 (Shada)


Semalam bersama adik angkat? Haaaa jangan fikir bukan-bukan pulak ye? Hehe ceritanya tentang malam 13 Mac 2014. Actually dah lama jugak la plan nak jumpa dan makan bersama dengan adik angkat Mr.H nie. Tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing so terpaksa ditangguhkan dulu la sehingga malam jumaat, akhirnya kami dipertemukan. Mr.H stay di Seberang Jaya dan adik Mr.H nie pulak stay di Teluk Kumbar. Jauh jugak la nak ke sana. Lebih kurang pukul 6.45 petang Mr.H bertolak ke sebelah Pulau.

Atas jambatan Pulau Pinang memang banyak jugak la kerendaan sebab time orang balik kerja kan? So Mr.H dah plan nak solat magrib di masjid Sungai Batu sebelum jumpa adik Mr.H lebih kurang pukul 8 malam. Selesai je solat, terus Mr.H bergerak ke Restoran Nasi Arab yg terletak berhadapan tempat kerja Mr.H yang lama. Dari jauh Mr.H dah nampak adik Mr.H dengan orang perempuan lain. So Mr.H bergerak la ke meja yang diaorang duduk. Eh ingatkan jiran yang adik Mr.H pernah cerita sebelum nie. 

Rupanya kawan baik dia iaitu Cik Mimi bersama adik dia. Cik Mimi nie Mr.H pernah jumpa pada pertemuan pertama kali Mr.H dan adik Mr.H nie. Orangnya kelakar dan slumber. Memang menceriakan suasana buat orang yg pendiam dan pemalu mcm Mr.H nie taw. Haha adik Cik Mimi nie pun comel jugak. Nampak matang sangat. Boleh jugak lau nak jadi adik angkat Mr.H yang ke-6. Amboi mai dah gatai Mr.H nie. Back to da story, menu malam nie Mr.H serahkan dekat adik Mr.H dan Cik Mimi je nak order ape pun.

Sambil-sambil tunggu order sampai sempat la borak-borak kosong. Eh lupa nak story menu apa kitaorang makan. Ok la. Mr.H tak berapa tau sangat. So adik Mr.H order nasi arab lauk ayam setengah kilo sesuai untuk 4 orang, 1 telur dadar mayonis, Mushroom soup dan air ape ntah masing-masing. Macam Mr.H standard la, mesti minum babrican la. Ok jugak la nasi arab di Teluk Kumbar nie. Tapi tak sesedap di Nasi Arab Yamen di Manjung. Kat situ memang power. Sambil-sambil makan tu sempat jugak borak-borak dan tengok gelagat masing-masing.

Alhamdulillah niat Mr.H nak jumpa dan makan-makan dengan adik Mr.H nie dah pun tercapai. Lama jugak plan, baru nak sukses.Gambar makan malam tu memang tak ada sangat pun. Cuma sekeping kat bawah nie ja yang sempat snap. Insya Allah akan diupdate lagi dari semasa ke semasa ye. Thanks for reading.

Nasi arab ayam.. Lupa nak snap gambaq adik Shada, cik Mimi dan adiknya.


Sekian Coretan Hati....

Monday, March 10, 2014

Setelah 6 bulan...


Hai, kembali meng-update blog yang tak seberapa nie, alhamdulillah berkat doa dari family dan pertolongan abang Mr.H, akhirnya tamatjugak penantian dan pencarian perkerjaan sejak 3-4 bulan yang lepas. Walaupun kerja biasa-biasa je tapi ok la jugak dari menganggur je. Mr.H kerja sebagai ape? Hehe tak payah cerita la. Back to da title, setelah 6 bulan? Ada apa dengan 6 bulan? Ada apa dengan Cinta? hehe story-nya macam nie. Masihkah ingat korang tentang Miss.H? Mesti la ingat kan? Watak penting dalam Diari Samprit Ungu nie.

Maksud setelah 6 bulan tu ialah pertemuan kami la. Kali terakhir kami bertemu pada Hari Raya ke-4 tahun lepas la. Masa tu mama Mr.H ada buat open house, so Miss.H ada la datang. Dan 6 bulan selepas tu baru la kami bertemu semula. Pada mulanya nak buat"ice kacang date". Tapi ais kacangnya kami tak dapat sebab kedai yang kami pergi tu tak buka. Hadoi, frust jugak la sebab dah banyak kali Mr.H asyik fail je nak makan ais kacang bila keluar dengan awek-awek. Chewah, macam banyak pulak kan calon-calon. 

Tak ada la, sebelum nie ada jugak plan nak makan ais kacang dengan adik angkat tapi tak dapat jugak. Dengan Miss.H pun tak dapat. Tak ada rezeki Mr.H la nampaknya. Well, pertemuan 1 jam kami biasa-biasa je. Eh tapi bukan berdua. Mesti la Miss.H bawak teman iaitu adiknya sebab tak elok orang pandang bila berdua je. Maklumlah dekat situ banyak kawan-kawan mama & abah. Takut ada mulut yang bercakap plak kan tak best. hehe

Dan agak mengejutkan pada petang tu, cuaca di Kedah nie memang dah lama panas sangat. Tanpa diduga, semasa kami berjumpa, hujan turun dengan tiba-tiba. Macam drama tv plak rasanya. Tak ada signal ape pun tetiba ja hujan turun. Hehe dah la baju pun macam nak sama je colour. Macam dah janji pulak. Apa-apa pun pertemuan kami tu bagi Mr.H suatu memori indah la sebab dah lama kami tak bertemu.

Hope lepas nie kita akan berjumpa lagi. Insya Allah, plan ke Kuala Perlis tu Mr.H akan usahakan untuk jadikannya suatu lagi memori indah buat lagi buat kita. Now busy dengan kerja lagi. Pelan-pelan kita plan ok!!! Rasanya cukuplah sekadar itu coretan pendek Mr.H untuk kali nie. Semoga memori ini akan terus abadi disini. Kerinduan di hati ini semakin dirasakan. Opss sebelum terlupa. Ada jugak sekeping gambar untuk kenangan bersama.. Hehee Thanks for reading.


Banyak orang cakap muka dengan cara senyum nak sama... hehe Mr & Miss.H



Sekian Coretan Hati....

Sunday, March 2, 2014

Koh Lipe, Thailand... Family Holiday on 2014...


Hai, wah lamanya tak update dekat sini. Maafkan Mr.H diatas kesibukan diri ini dalam mencari kerjaya masa depan yang masih belum ditemui. Mungkin bukan rezeki Mr.H lagi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap di Pulau Pinang nie. Berpuluh resume dah dihantar. Namun masih belum ada yang memanggil untuk di temuduga. Bukan itu topik utama untuk entry kali nie. Baru-baru nie Mr.H telah membuat ekspedisi bersama abang Mr.H untuk bercuti ke Thailand sekali lagi. Pada entry sebelum ini Mr.H sekeluarga telah ke Krabi(Klik sini). Disebabkan cuti tahun baru cina yang agak singkat, abang Mr.H cadangkan untuk ke Koh Lipe @ Lipe Island pula.

Sebelum tu meh Mr.H story sikit tentang Koh Lipe nie. Kalau nak dikatakan famous memang jarang la kan kita dengar orang sebut nama pulau nie. Selalu dengar pun Phuket je. Koh Lipe nie merupakan Pulau yang ke-10 tercantik di Thailand. Abang Mr.H pun tahu tentang pulau nie bila ada satu blog nie update tentang pulau nie yang tak jauh dari Pulau Langkawi, Malaysia. Dan boleh jugak datang ke Pulau nie dari Pulau Langkawi. Boleh tengok dekat sini kalau nak tau tentang sejarah dan apa yang ada di Koh Lipe nie(klik sini). Next Mr.H nak story tentang perjalanan Mr.H bersama abang, sepupu dan dua orang anak buah nie.

2 hari sebelum perjalanan kami ke Koh Lipe, Mr.H ada buat review di blog-blog yang pernah pergi ke sana. Bukan apa, ini first time kitaorang pergi dengan kerendaan sendiri so macam-macam la nak kena prepare dengan sebaiknya supaya tak ada apa-apa masalah. So macam-macam maklumat Mr.H catatkan dalam buku log @ diari external Mr.H nie. Cuba tengok gambar kat bawah nie. Perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 7:30 pagi. Sampai di Changlun kami singgah di sebuah kedai iaitu Restoran Kak Long untuk tukar duit dan beli insuran kereta. Pastikan bawak geran kereta dan salinan photostate ye. Untuk permulaan nie kami cuma tukar Rm1000 je dan rate dekat kedai nie kira ok jugak la iaitu 9.7. Insuran pulak berharga dalam Rm18 je.


GPS dan Nota Catatan Perjalanan...
Menuju ke Wang Kelian bersama Singa Putih(Toyota Camry). Haha
Restoran Kak Lang... Beli Insuran dan Tukar duit..
Perjalanan diteruskan menuju ke Wang Kelian. Kami memilih untuk masuk ke Thailand melalui Wang Kelian sebab review yang Mr.H buat dari blogger banyak yang masuk melalui Wang Kelian sebab lebih dekat dari masuk melalui Bukit Kayu Hitam. Lebih kurang jam 9:30 pagi kami tiba di Sempadan Malaysia-Thailand. Tudiaaaa ramai sungguh orang. So lama jugak la nak kena beratur panjang. So Mr.H nak suggest kalau korang nak masuk dari sini better pukul 7-8 pagi dah terpacak kat sini ok!!! haha dan satu lagi nak pesan, jangan masuk sini kalau hari Ahad, sebab kat sini ada macam pasar mingguan la. Serius lambat korang nak lepas dari ramai orang untuk masuk ke Thailand. Nasib la dah buat kajian kat blogger lain sebelum plan nak pergi sini. Oh ya, sebelum passport korang nak kena cop, pastikan letak duit dalam setiap passport Rm1. Sebagai upah diaorang la kot. Ciss ... Haha tu untuk imegresen Thai saja la.


Satun, Thailand...
Tempat cop passport
Kena beratur panjang la nampaknya...
Lebih kurang 2 jam jugak la, baru kitaorang lepas dari sempadan Thai tu. Perjalanan diteruskan berpandukan catatan buku log Mr.H tu. Korang follow je instruction yang Mr.H copy paste dari blog-blog lain dan Insya Allah korang akan sampai ke destinasi yang dituju iaitu Pak Bara. Opsss sorry lupa nak cerita flow perjalanan. Ok lah, dari Wang Kelian korang akan menuju ke Jeti Pak Bara, selepas itu korang perlu mengambil speed boat untuk ke Koh Lipe. Now Mr.H nak story dulu acaner nak pergi ke Pak Bara tu. Perjalanan ke Pak Bara nie dari Wang Kelian lebih kurang sejam setengah jugak la. Jom kita tengok cara nak pergi seperti catatan di bawah nie.

Korang mesti akan jumpa jalan-jalan bernombor 4148, 406, 416 dan 4052. Nombor-nombor nie mesti ada kalau korang on GPS. Macam Mr.H guna Sygic yang dah download map Thailand. Memamg mudah sikit la bila guna GPS nie. Kalau tak guna GPS pun korang akan jumpa signboard nombor-nombor tu dekat signboard macam gambar dekat bawah nie. So jangan risau ikut je flow yang Mr.H bagi nie. *dari Wang Kelian korang terus je di jalan 4148 sehingga jumpa T junction, kemudian belok ke kiri iaitu jalan 406, terus lagi sehingga sampai dekat pekan, belok ke kanan iaitu jalan 416, jalan terus sehingga jumpa T junction, belok ke  kiri iaitu jalan 4052 sehingga jumpa persisiran pantai dan Jeti Pak Bara.

Cuba korang tengok signboard putih tu.. Ada no 406 kan? Tu la yang Mr.H maksudkan jalan 406 dekat atas tadi...
Percutian kali nie memang kitaorang main terjah je. Tak buat preparation nak booking hotel ke ape ke. Hadoi, dari segi kos memang agak membazir la sebab Total Cost kitaorang dalam Rm1800, tapi sebenarnya boleh jimat banyak kalau betul-betul plan. Ok la. Sampai di Jetty Pak Bara, korang turun je dari kereta mesti ada agen-agen yang akan menawarkan khidmat untuk hotel dan speedboat. So kami dilamar oleh dua orang akak nie dari B And D Travel, diaorang akan lekat stiker pink dekat baju korang. So untuk chalet kami, memang agak mahal la iaitu dalam Rm480 semalam dam kos untuk speedboat pulak ialah Rm120 seorang. Di pintu masuk Pak Bara nie jugak korang kena bayar 20 baht untuk Pak Bara Entrance fee. Kat sini jugak ada sewaan parking untuk kerendaan korang iaitu kalau tak silap dalam Rm20 sehari kalau korang ada bawak kerendaan la.


Tiket Speedboat...
Jeti Pak Bara
Ikan Todak...
Peace yaw...
National Park Headquarters
Resit chalet kitaorang...
Pintu masuk ke Jeti... Bayar dulu... hehe
Sementara menanti abang Mr.H pergi settlekan penginapan dan speedboat ticket sempat la snap gambar-gambar dekat Jetty Pak Bara nie. Oh ye,  Speedboat kami adalah boat yang terakhir untuk hari tu so memang agak lama la kami menunggu. Jom tengok suasana dekat Jetty nie.Ramai kan orang? Hehe tapi nak jumpa orang Malaysia kita nie jarang la. Macam Mr.H terserempak dengan 2 orang akak nie yang datang dari Pulau Langkawi. Cuba tengok cara diaorang loading barang dalam boat. Main lambung-lambung je beg tuh. Masa Mr.H dekat Jetty nie, ada jugak beg yang dilambung dan terus terjatuh dalam laut. Habis basah la baju-baju dalam beg tu. So korang hati-hati la. Jangan letak laptop or barang-barang berharga pulak. Nanti menangis tak berlagu pulak jadinya. Hehe dah siap loading barang, korang tunjuk tiket mengikut turutan nombor yang tuan boat nie panggil ye. Lau tak kena marah.


Loading bag ke dalam speedboat...
Ramai sungguh orang... Eh akak tudung merah nie orang Malaysia lah. hehe tak sempat nak berkenalan...
Suasana dalam speedboat
Meluncur laju meninggalkan jeti Pak Bara.
Perjalanan dari Jeti Pak Bara ke Koh Lipe nie lebih kurang 2 jam jugak la. Bot nie ada jugak Pit Stop di Koh Tarutao sebab ada jugak orang yang nak pergi ke situ. Alhamdulillah kami selamat tiba jugak di Jeti Terapung sebelum menaiki taxi boat ke persisiran pantai. Speedboat nie tak boleh bawa korang terus ke pantai sebab ada batu karang yang cantik-cantik yang perlu dipelihara dari terkena kipas enjin boat. Agak malang nasib Mr.H sebab sampai lewat sebab kami terpaksa mendarat di Pantai Pattaya sebelum mengambil taxi ke chalet kami yang terletak di Pantai Sunset. Di persisiran pantai sunset air dah surut so taxi boat tak dapat nak hantar. Apa-apa pun snap dulu gambar di walking street nie. Hehe


Dalam taxi boat... Seorang 50 baht...
Sunset view dari atas taxi boat..
Anak buah snap.. ok la jugak. Huhu
Matahari yang kian terbenam... View from Pantai Pattaya..
Love this moment....
Jernihnya air ka sini... Boleh nampak dasar laut...
Taxi boat yang membawa penumpang...
Rasa macam nak terjun terus je...  hehe
Scenery from Jeti Terapung Koh Lipe...
Gelora sang senja...
Walking Street...
Taxi Boat....
Enjin boat dan air... Main snap je nie.. hehe
Inilah Jeti Terapung yang Mr.H maksudkan tu. Korang akan transit dekat sini dari speedboat.
Wajib snap gambar dekat sini kalau datang... hehe
Taxi boat disebalik senja...
Reflecion of Sunset...


Haha nak jugak gambar sekeping...
Kedudukan pantai-pantai di sini sebenarnya dekat-dekat je. Ingatkan jauh. So kami mengambil taxi untuk ke chalet yang terletak di Pantai Sunset. Sampai je terus check in, usha-usha bilik dan solat. Kami jugak ada menempah boat untuk snorkeling pada keesokan harinya. Kos untuk snorkeling nie dia kira ikut kepala. Seorang dalam Rm55. Tapi disebabkan kami punya ticket balik pukul 1 so tak nak la campur dengan orang luar. So terus booking 1 boat untuk kitaorang je iaitu Rm320 sekali dengan makan tengahari. Kami menaiki taxi sekali lagi ke walking street untuk makan malam. Untuk makan malam, kami memilih untuk makan di restoran yang banyak dicadangkan oleh blogger-blogger iaitu Bung Roon Halal Food. Restoran ini terletak di Pantai Pattaya, sebelah je signboard Welcome To Lipe tu. Agak mengejutkan la sebab Mr.H tak sangka pulak dalam kedai nie turut menyediakan arak. Memang rasa agak terkilan jugak la.


Serius best naik taxi nie... Hehe kena cuba...
TV, Peti Ais dan Tempat sangkut baju...
View dari luar di waktu malam... hehe
2 Katil yang keras.. haha
Kerusi santai..
Untuk menu malam nie kami memilih nasi goreng seafood dan tomyam ayam bersama air kosong untuk 5 orang makan. Lebih kurang Rm97 la total cost. Bestnya di Bung Roon nie anda akan dihiburkan dengan alunan musik yang best la. Lagu salim iklim pun diaorang nyanyi tau. Layan. Setelah selesai menikmati makan malam, kami berjalan di sekitar Pantai Pattaya sebelum melalui walking street. Kebanyakan kedai yang ada di walking street nie adalah kedai makan, pusat snorkeling & diving, pusat internet, pusat urutan, bar, kedai jual pakaian dan macam-macam lagi la. Anak buah Mr.H nie teringin nak makan ais krim. Mak aii boleh tahan jugak la harganya, 1 cawan tu Rm15 rasanya. Tapi memang sedap.


Nasi Goreng Seafood...
Santai mendengar musik selepas makan...
Money Changer... Tukar duit lagi sebab tak cukup setakat Rm1000 je... hehe
Restoran Bung Roon Halal Food di Pantai Pattaya...
Perjalanan diteruskan melalui walking street nie sehingga ke tempat taxi menunggu. Mr.H suka snap gambar signboard-signboard dekat sini. Memang hidup la walking street nie pada waktu malam. Kami kembali ke chalet lebih kurang jam 11 malam sebelum menikmati angin laut di beranda chalet. Sebelum tidur sempat lagi masak maggie sebab masing-masing masih rasa lapar. Haha nasib la Mr.H dah prepare makanan tambahan sebelum datang ke sini. Nak beli semua kat sini memang tak larat nak guna duit je la.






Taxi-Taxi...




Ikan Todak kat atas sekali tu...




Sebijik macam tuan kedai dia... hehe


Ais krim...
Keesokan paginya iaitu hari terakhir kami disini, Mr.H bersama anak buah berjalan-jalan di sekitar Pantai Sunset nie. Patot la boat tak dapat nak hantar. Korang tengok sendiri. Memang air surut dekat sini. Banyak batu-batu karang. Tapi yang tak bestnya memang banyak anjing la dekat sini. Rasa macam nak sepak je sekor-sekor. Haha lebih kurang jam 9 pagi kami menaiki boat untuk aktiviti snorkeling. Sebelum ke kawasan snorkeling kami singgah di sebuah Pulau yang terdapat batu-batu hitam yang bulat. Nama tempat ini adalah Koh Hin Ngam. Mesti snap gambar dekat signboard dan batu-batu kat sini. Tapi jangan kutip bawak balik pulak sebab ada abang-abang ranger tengah pantau aktiviti korang kat sini.


Lintah gergasi dan Landak Laut kot...
Anak buah 
Bot yang tersadai...
Snap-snap batu dekat sini...
Cantik hotel nie... Tepi pantai je...
Air masih lagi surut... Cantik gambar kapal nie... 
Batu karang...
Hati-hati berjalan di pantai... Takut terpijak najis anjing dan botol kaca yang pecah nie..
Awal pagi...
Bot yang tersadai...
Pelik tapi cantik...
Snap kejap di bot Kiki dan Lala nie..
Pantai Sunset...
Tudiaaa beg kami...
Cik Ketam yang cantik...
Terus checkout semasa nak pergi snorkeling,,,
Tone air yang sangat indah...
Tak ada nak tolong ambilkan... Snap sendiri pun boley.. haha
Snorkeling time..
Kawasan snorkeling.. Jernih kan?
Snorkeling area... Jernih kan?? hehe
Macam-macam bentuk ada...
Batu Karang di Pantai Sunset
Santai menuju ke tempat snorkeling..
Koh Hin Ngam... 
Batu-batu di Pulau Koh Hin Ngam...
Batu hitam di Koh Hin Ngam
Mr.H punya susunan... hehe
Keletihan sampai lena...
Taxi boat... view from jeti terapung...


Snap-snap
Kejernihan air yang menggoda...
Seterusnya aktiviti snorkeling kami pun bermula. Subhanallah, cantik sangat keadaan air kat sini. Sungguh indah ciptaannya. Kita boleh tengok batu-batu karang dan ikan-ikan yang cantik di dasar laut nie. Mr.H nak pesan nie, better korang bawak google sendiri la kalau nak lagi best buat aktiviti snorkeling nie sebab ada google yang di bekalkan ada yang ok dan ada yang tak ok. Ada 1 google yang Mr.H pakai tu siap air masuk dekat mata lagi. Hampeh betul. Untuk snorkeling nie korang kena pandai pilih la. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada 1 kedai nie Mr.H tanya cuma Rm150 untuk sewaan bot sahaja. Set untuk snorkeling dan life jacket korang kena sewa. Ok jugak, rasa macam dapat cut cost jugak kan? Tapi aktiviti snorkeling Mr.H agak rugi la sebab cuma 2 tempat je dari 5 tempat yang dapat pergi disebabkan kekangan masa untuk tiket balik.

Selesai je snorkeling terus kami menuju ke Jeti terapung menunggu speedboat yang dijadualkan pada pukul 1:00 petang. Sementara tu sempat jugak la salin baju sekejap. Perjalanan pulang ke Pak Bara mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah je. Biasa la bila balik, mesti rasa cepat je. Seronok tengok suasana dalam speedboat nie. Macam-macam ragam, ada yang tertidur, ada yang menikmati angin laut dan tak kurang jugak yang bermesra bersama pasangan masing-masing. Sebelum pulang ke Malaysia kami jugak sempat singgah di Thaleban National Park untuk melihat tasik dan suasana yang menenangkan. Tempat nie tak jauh dah dari Wang Kelian.

Alahamdulillah akhirnya, jam 6:00 petang kami selamat tiba di Sempadan Thailand-Malaysia dengan selamat. Jangan lupa cop semula ye passport korang tau. Hehe untuk pengetahuan jugak sempadan Thai Malaysia nie ditutup pada pukul 7 petang waktu Malaysia. So korang yang balik selepas jam tu, pergi masuk melalui Bukit Kayu Hitam je la. Apa-apa pun semoga perkongsian pengalaman Mr.H nie dapat dijadikan serba sedikit panduan buat korang yang nak pergi ke Koh Lipe. Seriously korang tak kan menyesal dengan apa yang ada disana. Niat Mr.H sekeluarga dah tercapai untuk melihat keindahan ciptaanNya yang cukup indah. Sekian saja coretan kali ini.
Selamat Tinggal Koh Lipe...
Thaleban National Park
Dah sampai sempadan...
Thanks for reading. Yang sudi share di media sosial korang dipersilakan share ye. Boleh jugak hit blog Mr.H nie bagi ramai sikit yang view. Sekian Coretan Hati.... Assalamulaikum. ^_^