Thursday, April 30, 2020

2019... Mr.H Kembali

Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 tahun menghilang, hari nie 25 September 2019(Rabu) Mr.H kembali disini. Last entry sebelum nie memperkenalkan Cik Eyka sebagai teman hidup yang baru. Masa tu masih dalam perkenalan. Alhamdulillah, 2019 penamat zaman bujang Mr.H. 18 Januari 2019, Mr.H dan Cik Eyka selamat disatukan dalam ikatan yang Sah. Semua berjalan dengan lancar dan mudah. Cukup setakat itu.

Bab majlis kawen tu nanti Mr.H buat 1 entry khas. Untuk entry kali nie cuma nak mengembalikan mood penulisan yang dah terlalu lama ditinggalkan. Masih ramai ke tak agaknya yang masih singgah di sini? Insha Allah Mr.H akan kembali aktif dalam dunia blog nie.

Sekian nukilan buat pengubat kerinduan pada semua. Jumpa lagi pada entry yang berikutnya. Insha Allah. Salam kerinduan buat semua.