Saturday, September 29, 2012

Coretan Seminggu Yang Indah


Salam,

hehe minggu nie aq mulakan nukilan untuk entry minggu nie dengan ketawa dulu. Banyak jugak perkara yang best aq lalui bersama kawan-kawan tersayang... Dengan novel yang baru aq mula baca, memang menarik dan membuatkan aq sendiri tersenyum sendirian bila melayan novel nie... 

Ok lah minggu nie aq mulakan dengan hari ahad yang biasa je... Tak banyak sangat aktviti yang menarik terjadi... Kelas untuk subjek IC Fabrication agak tegang la dengan pensyarah yang beleter kepada sudents yang ponteng lawatan ke UNIMAP minggu lepas... hehe itu lah degil, kalau aq yang ada kat tempat pensyarah pun mau tak bleter. Orang dah susah-susah atur program untuk mudahkan diaorang untuk faham subjek baru nie tapi buat macam nie pulak... 

Hari isnin pada paginya dapat berita gembira la bila dapat sms dari Faeizah yang bagitau kelas Project batal disebabkan lec Puan Ju MC. Aq la paling suka sebab Puan Ju tu penyelia group project aq, chewah dengan rasa bahagianya terus balik rumah... Tak lama lepas tu ada la call dari ahli group project aq Seow Khai Xiang.

aq: halo ada apa??
seow: Puan Ju nak jumpa dekat unit exam bincang pasal project... U ada mana??
aq: I ada dekat rumah la... tak pa kita jumpa sat lagi... I otw..
seow: ok ok...

Terbatas niat aq nak tarik selimut balik pagi tu... Hampeh bt0l... So dekat unit exam tu mula la melukis litar untuk project baru kitaorang iaitu Eye Blinking Sensor. lepas dah siap je terus simulate untuk dapat output daripada litar tu... hehe rasa bersyukur sangat dapat Puan Ju nie sebab memang lec yang baik sangat... yang paling best sejak semester 1 lagi aq asyik bersama je dengan Puan Ju nie... memang bertuah la... 

Dalam final project nie pun Puan Ju pun banyak membantu la aq dan kawan-kawan lain... Terima Kasih banyak Puan.... Kelas aq untuk hari isnin cuma sampai pukul 1 je... Petang memang free je la... Ape lagi, dengan hujan turun, perghhh memang aktiviti tidur amat menjadi di petang yang sejuk tu... Sebelah malam pulak mula la melayan movie sehingga lewat malam... Maklumlah kelas lewat pada pagi selasa...

Pagi selasa yang nampak tenang dan indah bertukar dengan hujan renyai-renyai... hehe akibatnya aq yang basah semasa dalam perjalanan ke poli... maklum la naik motor je... kelas pun masuk lewat jugak la untuk subjek computer network pagi tu, tapi tenang saja aq masuk ke dalam kelas sebab lecturer nie sporting giler... kelas pun tinggal beberapa orang je sebab hujan je sepanjang hari tu... kelas computer network pun cuma sejam je... hujan masih lebat, aq, wawa dan pija lepak je dekat kafe berborak je sambil wawa menunggu hujan untuk berhenti manakala aq dan pija menuggu untuk masuk ke kelas math petang tu...
Memang rancak kami bertiga berborak sampai orang sekeliling pun pandang kat meja kitaorang je... Borak punya borak sampai la pukul 12 tengahari.. Hujan dah mula reda, wawa pun dah undur diri untuk balik... 

Tinggal aq dan pija je berdua menunggu kelas math jam 2 petang... Hehe entah macam mana la boleh tersama warna baju hari tu, lagi la banyak mata memandang... duduk berdua pun bising jugak kitaorang nie.. ada je topik nak sembang sambil lunch sama-sama... Last-last bila dah pukul 1.30 je pija dah ajak pergi kelas sebab time tu dah ramai budak lelaki & perempuan asyik pandang kitaorang je... Tak selesa la bila orang dah pandang lama-lama macam tu... so pergi ke kelas pun awal lagi so mana la nak ada orang so aq stay kat luar je la... Tak kan nak berdua-duaan pulak kan?? t tak pasal je kena tangkap... hehe tunggu punya tunggu last-last kelas batal rupanya... Cis tak guna punya junior, langsung tak inform kat abang & akak diaorang nie... Penat je kitaorang tunggu 2 jam lebih...  Sebelum balik tu ada la plan nak buat group discussion dengan pija dan kamila nie pada sebelah malamnya...

Tenettt... ada sms masuk dalam inbox nie "wan, jadi tak nak jumpa malam nie, pija tak boleh keluar. Perut sakit". So mood nak keluar pun rasa macam tak jadi nak keluar jugak la... So sms la kamila tanya dia samada jadi tak nak keluar, dia cakap ok je dan kebetulan hujan turun... Aq memang dah tak ada mood dan malas je nak keluar malam tu, tapi nasib baik la cik kamila nie baik hati sudi ambik aq kat rumah sewa malam tu... Thanks yaw... Ber-dating berdua je la kitaorang malam tu di "Tat Nasi Ayam" sampai la pukul 10 malam... Alhamdulillah siap jugak kerja yang kitaorang plan walaupun aq dengan kamila dok gelak je sambil gaduh nak buat lab computer network tu... hehehe

Untuk pagi rabu kelas Puan Maryam, bila aq masuk je kelas dah kena soal siasat sebab aq tak masuk kelas dia masa hari khamis lepas... hehe jawab sambil sengih... "saya pi Unimap puan"... Puan tak cakap pe la bila aq cakap macam tu... Pada aq minggu nie rasanya, aq rasa happy bersama kawan-kawan... Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih hubungan persahabatan nie terjalin... Semoga hubungan nie akan berterusan selamanya.... Thanks 4 reading... Sekadar mengukir coretan mingguan disini...

Sekian!!!

Saturday, September 22, 2012

PTSS & Lawatan ke UNIMAP... :)

Salam,

Minggu nie agak penat la dengan aktiviti di Politeknik pada hari rabu dan khamis. Selama dua hari nie aq berada di Perlis je dengan kawan-kawan. Jom aq story untuk hari rabu dulu... Pada pagi rabu tu cuaca nampak cukup cantik dengan langit pun cerah je.... hehe so macam biasa la aq bangun dan bersiap la untuk ke kelas En.Syakir sebab ada kuiz pagi tu. 

Lebih kurang jam 7.30 pagi je, tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Aq dah risau dah takut tak dapat pergi ke kelas pagi tu... Tunggu punya tunggu sampai la jam 7.50 pagi hujan tak reda-reda jugak. Kebetulan kawan sekelas aq Faeizah ada singgah rumah sewa aq pagi tu so aq pun tumpang dia je la pergi kelas pagi tu. Lega sangat bila dapat ambil kuiz pagi tu, bukan apa, aq tak suka tangguh-tangguh kalau bab kuiz & test nie.. takut ada masalah pulak nanti... 

Petang tu dalam pukul 1.15, semua pelajar DEP bertolak ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) untuk kelas lab fiber optic. Hehe lama la jugak nak siapkan lab yang ke-4 tu. Lebih kurang jam 5 petang baru la bertolak pulang dari PTSS. Sampai je rumah memang terasa penat yang teramat sangat la. Dengan sakit kepala teruk, rasa macam nak tidur terus je petang tu... Tapi tak elok la tidur lepas asar dan dekat-dekat magrib macam tu. 

Time magrib je aq dapat sms dari Faeizah. Serius terlupa yang dah janji nak keluar & siapkan soalan math tu sama-sama... So malam tu keluar jugak la jumpa dan siapkan soalan math tu di kedai makan Mahani Johari. Hehe selama aq tinggal dekat rumah sewa tu, tak pernah perasan langsung nama kedai tu... Pening jugak la nak mencari malam tu... So jam 8.30 malam kitaorang start study sampai la jam 11 malam baru selesai soalan math tu.. Memang mencabar kepala otak betul la... 

Keesokan pagi iaitu khamis(20/09/12) ialah 1 hari yang boleh dikatakan padat jugak la dengan aktiviti. Pagi tu semua kawan-kawan rumah sewa aq masih diselubungi selimut sebab hampir kesemuanya dah plan tak nak pergi ke UNIMAP bersama pensyarah untuk lawatan tentang IC Fabrication & Clean Room... Yang aq nie 50-50 je nak pergi ke tak pagi tu... Fikir punya fikir tup tup Faeizah & Kamila sampai kat rumah sewa aq.... 

Waktu study math malam semalam, diaorang pun macam aq jugak, 50-50 je nak pergi ke tak ke UNIMAP tu... Last-last pagi tu diaorang cakap jadi pulak nak pergi... Bukan apa takut tak ada wakil dari kelas kitaorang, mengamuk pulak lecturer yang mengajar subjek IC tu... So aq pun jadi pergi jugak la, at least tak la nampak tak ramai sangat yang tak pergi pagi tu... Kelam kabut jugak la pagi tu, dengan assignment math yang nak kena hantar, moto aq pulak kena block dengan moto kawan-kawan lain, dengan tak mandi lagi pagi tu... Hehe memang susah nak percaya la apa yang jadi pagi tu... Aq nie kategori slow la dalam menyiapkan diri dan buat kerja pa pe pun... tapi pagi tu, dari mana datang semangat ntah sampai segalanya aq dapat siapkan dan sampai di parking bas dlm masa 25 minit je.... 

Hampir jam 9.00 pagi baru bas bertolak dari poli aq ke UNIMAP... dalam bas "menyesal aq kelam-kabut tadi". hahaha sampai nak beli breakfast pun tak sempat... Lapar la jugak bila penat-penat nie... Macam tau-tau je aq lapar, tup tup ada kuih datang dari seat blakang aq. Thanks pija sudi share breakfast dgn samprit ungu... Dalam bas memang bosan jugak la sebab duduk sorang-sorang je... student yang pergi pun cuma 8 orang termasuk aq iaitu 3 orang students india(lelaki), 4 orang lagi students perempuan iaitu Wawa, Azira, Faeizah & Kamila... Aq je students lelaki melayu yang ada pun... 

Gambar-gambar untuk lawatan nie mintak maaf ler tak dapat nak diuploadkan. Banyak gambar yang diambil oleh pensyarah UNIMAP tu tapi aq tak dapat nak search lagi la FB dia... Gambar masa dekat masjid terapung Kuala Perlis pun tak sempat nak ambil dari Cik Kamila nie... Insyaalah akan di-edit post nie lepas dapat gambar-gambar... Hampir jam 4.00 petang jugak la sesi lawatan tamat dengan lawatan ke Bilik Bersih(Clean Room) & Lab Analysis Failure(analisis kegagalan) di Kuala Perlis dan sesi bergambar bersama semua pelajar, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Staff dari UNIMAP

UPDATE(28/09/2012)
 Nie update sedikit entry diatas... Sedikit gambar semasa lawatan dari Cik Kamila.. hehe

Photo by Samprit Ungu...

Hehe Photo by wawa...

Hehe dari kiri: Azira, Faeizah, Aq, Kamila dan Wawa...

Berlatar belakangkan masjid terapung kuala perlis.. photo by lec UNIMAP.


Memang suatu kenangan dan pengalaman yang menarik la sepanjang hari tu... Rugi je kawan-kawan yang tak join pergi ke sana... Apa-apa pun kenangan tu aq abadikan disini sebagai salah satu kenangan manis sepanjang aq di Politeknik.
Sekian nukilan buat kali ini.. Thanks for reading....

Sekian!!!

Tuesday, September 18, 2012

Drama Naziha, Adam & Hawa serta celotehanku... ^^

Salam,




Mesti ramai yang dah layan cerita Adam & Hawa yang disiarkan di Astro Mustkia HD. Hehe Ramai jugak yang cakap cerita nie best so disebabkan itu jugak la aq pun layan jugak cerita nie... Setakat yang aq tengok sampai episod 12 je, alhamdulillah memang best la. Tak tau la berapa episod keseluruhan... Rasanya 80 episod. Antara watak dalam cerita ini ialah Adam Mukhriz(Am) yang berusia 27 tahun dan merupakan seorang pilot, Ain, seorang pelajar yang sedang menuggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan berkerja sebagai seorang guru ganti di tadika milik kakak Adam, Dee, seorang wanita dari keluarga yang kaya, seorang yang tergila-gilakan Am. Itu antara watak utama dalam cerita nie la. Watak-watak lain korang layan sendiri la dulu cerita nie... Confirm best...  

Setakat episod 12 nie, bagi aq cerita nie memang penuh dengan perasaan la, ada jugak lucunya, romantis, hubungan kekeluargaan dan Chentaa. Hehehe layan abes la... Dengan lagu tema Muara Cinta nyayian Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz AF nie memang cukup indah la. Aq dah suka giler dengan lagu nie. Hehe hari-hari mesti layan la... Lirik yang cukup mendalam maksudnya. Jom layan sikit lirik lagu nie "Demi Cinta dalam hatimu, kuyakin engkau untukku, meski jejak pisahkan kita, Cintakan bawa kembali....padamu". Memang dah jatuh cinta dah dengan lagu nie.... Bila dengar je, teringat pada orang yang jauh disana... Back to da story, cerita Adam & Hawa nie aq download je dekat website Teamhanna nie... Biasa la rumah mama aq tak langgan pun pakej mustika, so ape gunanya internet kalau setakat buka facebook je kan?? So balik hujung minggu je kerja aq mendownload je la cerita yang best. Insyaallah nak layan sampai abes la cerita nie dan nak cari jugak Novel Adam & Hawa nie.... 

Cerita kalau dari novel nie selalnya orang cakap tak cukup best daripada dalam novel tu.... Bagi aq pun setuju jugak dengan kata-kata tu... Biasa la, kalau semuanya ikut jalan cerita novel je better tak payah buat drama, mesti orang yang dah baca novel akan tahu la ape yang akan jadi seterusnya. Contohnya dalam novel-->>Hero selamat dari kemalangan, bila sembuh terus kahwin dengan kekasih hati(happy ending). Dalam drama pulak-->> Hero kemalangan, darah beku dalam otak, memerlukan pembedahan segera, koma lepas pembedahan, nazak dan sempat jumpa kekasih hati cakap "saya mencintai awak selamanya" and then mati... Yang si perempuan nie pulak sedih lama giler sampai la terjumpa orang yang dapat mencuri  hati dia dan last sekali kahwin (happy ending too). hehehe bukan niat nak mengutuk or menyindir.. Tapi kadang-kadang sedar tak kita tema / jalan cerita drama melayu nie sama je... yang nak tukar pun pelakon, rumah dan skrip. 

Kereta kalau mewah BMW 5 Series dengan Mercedes... kan best kalau ubah je macam nie orang kaya-kaya, rumah ok la besar pun.. tapi dekat kereta bagi naik kereta kancil secondhand je... Perghhh orang akan ingat Drama tu sampai bila-bila punya... hehehe kadang-kadang dah bosan dengan jalan cerita yang sama je... "Ermm projek di UK tu boleh untung 4-5 Juta tu". Hehehe tapi biasa la, kita semua nie cerita macam nie yang suka layan jugak kan??? tambah-tambah handsomenye pelakon lelaki tu, sexy la pelakon wanita tu... Lepas tu masing-masing mula la berangan kan best dapat pakwe romantik macam tu, kan best dapat awek yang caring macam tu... Hehe sama la dengan aq nie pun, kadang-kadang macam tu jugak... Layan je... 




Hari jumaat lepas, telah berakhirnya Drama di tv3 pada setiap jumaat jam 9.00 malam iaitu Naziha... Drama 13 episod nie memang aq layan abes la hari jumaat malam, tapi ada jugak la terlepas 1-2 episod sebab terlupa dan berebut channel dengan ahli keluarga yang lain. Cerita nie aq start tengok dari episod 1 lagi, memang agak menarik jugak untuk aq terus layan cerita nie sampai abes... Dari segi plot cerita ada sedikit kureng la. Ending pun kurang menarik sangat la... Watak-watak dalam nie pulak ialah Naziha, kekasih Adam, dipaksa berkahwin dengan Farouk setelah Adam meninggalkan kampung 3 hari sebelum perkahwinan mereka, mencintai Adam dengan sepenuh hati. Adam, seorang yang mencintai Naziha, jujur, setia dan sanggup berkorban untuk Naziha, Emaknya dan Akmal. Akmal, sepupu kepada Adam, seorang anak orang kaya dan penuh kehidupan sosial, jatuh cinta kepada Naziha. Farouk, seorang anak orang kaya jugak, ingin memiliki Naziha, sangat bencikan Adam, bekas suami Naziha. Nak rujuk sinopsis boleh klik sini -->>Sinopsis Naziha.

Hehe antara sebab utama aq layan drama nie, aq suka watak Naziha dalam cerita nie... Rasa cute sangat-sangat la, time yang pakai tudung tu lagi la nampak cantik sangat... Hehehe apa-apa pun orang kat dalam hati nie lagi cantik la... Pelakon tu mungkin cantik tapi orang berjaya mendapatkan tempat dihati nie semestinya orang tu lebih istimewa kan??? Admire tak semestinya Cinta dan Cinta pulak adalah Tetap.... hehehe so menyayangi orang yang dicintai adalah keutamaan dan orang yang admire adalah hiburan... Beza & betul kan??? Aq pun tak tau kenapa rasa nak merepek je sekarang nie... Sorry kalau entry nie membosankan... Sekadar menghilangkan rasa bosan dan menghilangkan tekanan dalam study je... Terima kasih kerana sudi singgah dan baca celoteh coretan hati nie... Setakat itu sahaja buat kali nie... 

Sekian!!!!

Monday, September 17, 2012

Hubungan Jarak Jauh(Couple In Love)

Salam,


Rasanya entry kali nie lain dari lain sikit sebab kali nie aq rasa nak bincangkan tentang perhubungan jarak jauh. Apa itu hubungan jarak jauh?? Percintaan jarak jauh or persahabatan jarak jauh... Macam mana hubungan jarak jauh tu ye??? Adakah hubungan sebegitu mampu berkekalan untuk suatu tempoh masa yang lama?? Ok jom kita bincang satu per satu... Contoh dalam situasi nie orang bercinta la(Couple)... Orang bercinta nie kebanyakan mesti la nak berada disamping orang yang tersayang... Betul kan?? tapi bila tiba suatu keadaan yang memisahkan antara satu sama lain seperti tempat kerja yang di negeri yang berbeza, berpindah ke negeri yang berlainan dan belajar di IPT/Universiti yang berbeza dan jauh antara satu sama lain pasti akan merubah keadaan sesuatu perhubungan. Perkara pertama yang paling penting dalam perhubungan jarak jauh nie ialah,

KEPERCAYAAN. 
Kepercayaan adalah asas yang paling penting dalam membina suatu perhubungan... Boleh ke kita membina hubungan tanpa ada rasa kepercayaan sesama pasangan?? Mustahil bukan.. Kalau kita dah mula menyayangi pasangan kita pasti sifat percaya itu akan wujud diantara kita dengan pasangan. Begitu jugak dalam menjalani perhubungan jarak jauh nie, kepercayaan antara kita dan pasangan amat penting untuk memastikan tidak akan timbul syak wasangka dan konflik yang mungkin bakal mengeruhkan hubungan... Kepercayaan yang dibina juga adalah berdasarkan rasa cinta dan sayang kita terhadap  pasangan. Apabila wujud dua element penting ini maka kepercayaan juga pasti akan diberikan dengan sepenuh hati diantara satu sama lain...

JUJUR & KESETIAAN 
Kedua-duanya adalah sifat yang paling diperlukan disaat hubungan jarak jauh ini terjalin kerana apabila kedua-dua berjauhan, pasti akan ada dugaan yang mendatang dalam menguji kejujuran kita mahupun pasangan... Sebagai contoh, semasa hubungan jarak jauh, kita didatangi oleh insan lain yang cuba memainkan peranan seperti pasangan kita. Si dia mengambil berat dan cuba rapat dengan kita dikala pasangan kita jauh disana... Disaat ini sebenarnya kejujuran & kesetiaan kita sedang diuji samada mampukah kita untuk terus setia pada pasangan kita yang jauh disana atau mengmbil kesempatan dengan curang bersama si dia yang cuba menambat hati kita... Oleh kerana itu, kejujuran dan kesetiaan terhadap pasangan adalah amat penting bagi menguatkan hubungan meskipun pasangan kita jauh disana... Sekiranya kita memilih untuk curang pada pasangan kita, fikirkan bahawa, perkara yang sama jugak tidak mustahil untuk terjadi pada diri kita... Awas!!!

SENTIASA BERHUBUNG 
Ini adalah kunci kepada sesuatu hubungan jarak jauh ini kerana dengan cara ini pasti akan membuatkan hubungan yang terbina akan terus erat dan kukuh walaupun masa dan tempat menjadi penghalang untuk kita bersua muka. Dengan teknologi yang semakin maju telah membuatkan perhubungan kita menjadi lebih mudah walau di mana kita berada. Contoh mudah ialah Facebook atau Skype... Medium perhubungan ini sememangnya popular dikalangan remaja mahupun orang dewasa kerana memudahkan perhubungan walau dimana kita berada... SMS juga mampu menghadirkan rasa Cinta dengan kata-kata romantis bagi menghargai pasangan kita... Cukuplah dengan ucapan "saya rindukan awak" pasti akan membuatkan dirinya sentiasa diingati oleh pasangannya... Tiada alasan untuk katakan Tidak untuk menghubungi pasangan kita kerana dengan medium sedia ada ini pasti akan dapat mengubat sedikit kerinduan antara kita dan pasangan.... Jika inginkan perhubungan menjadi lebih bermakna dan sentiasa segar... Berutusan surat adalah cara yang terbaik, dengan tulisan tangan dan luahan isi hati kita terhadap pasangan... Pasti akan meninggalkan suatu kesan yang mendalam dan akan sentiasa diingati serta tersimpan sebagai setiap kenangan yang terindah...

REDAKAN SIFAT CEMBURU. 
Sifat ini adalah normal bagi pasangan yang bercinta kerana kata orang "cemburu itu tandanya sayang" tapi awas, kalau berlebihan begini pulak jadinya "kerana cemburu cintaku melayang"... Tidak salah untuk mempunyai perasaan sebegitu terhadap pasangan cuma dikhuatiri apabila terlalu cemburu yang berlebihan akan menyebabkan pasangan menjadi tertekan dengan sikap kita... Sebagai pasangan yang meletakkan kepercayaan pada pasangan kita, seharusnya sifat cemburu ini perlu diminimum terhadap pasangan kita... Bukan apa, apabila perhubungan jarak jauh nie, jika berlaku pertelingkahan diantara kita terhadap pasangan, sudah tentu sukar untuk menyelesaikan masalah dan konflik yang timbul kerana perjumpaan dari mata ke mata adalah cara yang terbaik untuk berbincang dan menyelesaikan masalah.... Oleh itu, perkara sebegini perlu dititikberatkan bagi mengelakkan dari terjadinya konflik.

MEMAHAMI PASANGAN ANDA. 
Perkara utama dalam memahami pasangan anda nie adalah, keadaan pasangan disana. Sebagai contoh seorang mahasiswa. Seperti yang kita tahu, aktiviti sebagai mahasiswa/mahasiswi nie memang penuh dengan aktiviti seperti kuliah, kokurikulum, dan lain-lain lagi... Oleh itu kita sebagai pasangan perlu memahami keadaan pasangan kita. Kadang-kadang cuma dengan panggilan tidak dijawab telah mencetuskan pergaduhan. Cuba kita berfikiran lebih luas dari biasa untuk situasi tersebut, mungkin pasangan tersebut masih ada kuliah, mungkin ada ujian, mungkin tengah mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Jika kita sayang akan seseorang, hindarkanlah hati daripada membuat andaian negatif pada orang yang kita sayang. Cuba fahami keadaan pasangan kita yang mungkin sedang menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut. Apabila perasaan saling memahami ini ada dalam hubungan kita, sudah tentu pertelingkahan sesama pasangan dapat dielakkan bagi menjalinkan hubungan yang lebih ceria dan harmoni.

MENDOAKAN YANG TERBAIK.
Doa adalah suatu perkara yang paling baik untuk kita lakukan... Mendoakan yang terbaik buat pasangan kita adalah ibarat hadiah yang paling bermakna buat si dia... Mungkin dalam keadaan yang dipisahkan dengan jarak dan masa yang membataskan untuk kita bertemu, namun begitu insyaallah dengan mendoakan yang terbaik untuk pasangan dan hubungan yang dibina mungkin akan memberi manfaat buat kita dan si dia... 


Rasanya cukuplah setakat itu saja coretan dan perkongsian buat tatapan bersama... Segalanya adalah cetusan idea diri ini dan seseorang yang berada jauh disana... Sekadar berkongsi apa yang dirasakan bersama... Terima Kasih kerana sudi membaca.. Setakat itu sahaja coretan untuk kali ini... Maaf andai ada silap dan salah dalam penulisan... 

SEKIAN~~~

Saturday, September 8, 2012

Coretan Mingguan....

Salam,

Minggu nie rasanya tak banyak sangat kisah yang nak aq luahkan disini... Cerita aq dan si dia, kami masih lagi contact walaupun si dia jauh di sana... Petang khamis(6/9/2012) si dia ada SMS aq yang bf baru dia dah putuskan hubungan diaorang.. Bagus la macam tu, couple tak sampai beberapa bulan dah putus, siap ada awek baru pulak mesej si dia nie... Tak ape lah, putus lebih baik dari si dia tergantung je. Hope lepas nie boleh si dia fokus dengan study kat sana... Aq pun tak mau dah ganggu sangat.... Biar masa je yang akan tentukan ape yang akan jadi dalam hubungan kitaorang nie pulak...

Cukup cerita tentang si dia... Sekarang aq nak continue pulak dengan kisah aq dan study... Hari isnin yang cukup best la sebab kelas 1 hari batal, susah betul nak dapat peluang tu.. Kenapa la hari isnin tu tak jadi sebelum si dia pergi sana?? Kalau tak satu hari tu dapat habiskan masa bersama si dia... Tak ape lah, so kelas tak ada hari tu, aktiviti aq di rumah sewa cuma mengadap netbook dan buat difragment dalam external hardisk yang dah nak penuh dengan movie. Rasanya lebih dari 100 movie yang dah ada dalam hardisk tu. Ingat nak beli lagi 1 external hardisk 1TB tapi harga tak turun-turun lagi... Cer tengok senarai kat bawah nie...


semua harga atas Rm300 lagi... So memang mahal la... Nak beli yang 500GB rugi la sebab tambah sikit je dah boleh dapat 1TB... Tunggu je la harga turun lagi sikit nak sambar lagi 1 benda alah nie....

Hari selasa merupakan hari yang agak memenatkan la, bila hari isnin tak ada kelas, hari selasa nie aktiviti aq jadi sibuk sungguh, dengan kena mengadap lecturer yang mulut lazer tu... Fuh dugaan betul.. Aq bukan tak suka dengan lecturer tu mengajar tapi mulut dia tu kadang-kadang pecah jugak, cakap sesedap rasa je... Contohnya 2 minggu lepas, aq tak tau nak jawab soalan latihan yang dia bagi, so bila tak tau kena la bertanya kan?? Nak tau dia cakap pe? "Pakai jam Casio, yang nie pun tak tau". Ape kena la dengan Encik tu... Masalah betul. Soalan elektrik dengan Jam casio= ada kena mengena ke?? Dengan budak perempuan pun lagi la dia anti, kawan aq yang sorang tu kalau masuk kelas, wajib kena perli terbaek punya... 

Tapi minggu nie best la, semua muka ketat giler time dia masuk kelas... Habis je kelas semua gelak berdekah-dekah... Sejam k0t tahan senyum, boleh putus urat pipi tu... hehehe Bukan ape, kalau tak buat macam tu, entah ape lagi la kitaorang nak kena perli dengan lecturer tu... Biar la kat dia, malas aq nak ingat. Sakit kepala je. Hari rabu yang dinantikan untuk aq dan semua budak-budak DEP untuk buat lab di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis... Kitaorang terpaksa la menumpang di PTSS nie untuk buat lab work untuk salah satu subjek disebabkan poli kitaorang tak ada alat yang mencukupi... First time aq pergi ke sana, keadaan poli diaorang memang jauh beza la dengan poli aq. Besar dah macam Universiti dah... Biasa la poli baru. 

So lab yang dijalankan oleh aq dan kawan-kawan adalah proses mencantumkan fiber optic yang besar dia macam sehelai rambut je... Memang halus bebenor, dalam group aq, keje aq cuma ambil bacaan je sebab kalau buat confirm tak boleh sebab rabun... hehe lama la jugak buat lab tu... balik je ke poli aq pun dah pukul 6 petang dah... Memang best jugak la hari rabu tu sebab semua aktiviti aq jadi kelam kabut je hari tu, dari pagi sampai la petang... Apa-apa pun syukur sangat-sangat sebab semua urusan dalam minggu lepas berjalan dengan lancar dengan izinNya... Ok lah, tak tau nak merepek ape lagi kat sini. Nanti akan diupdate lagi... Thanks for reading... Daaaaaa

Sekian!!!!

Monday, September 3, 2012

"Minggu Terakhir Yang Terindah Bersamamu"

Salam,


Minggu yang terindah aq rasakan apabila sepanjang minggu lepas, masa aq sentiasa bersama si dia disaat-saat akhir si dia di negeri Kedah ini.... bagi aq saat-saat begini adalah sukar untuk aq dan si dia lupakan ditinggalkan waktu, "seperti debu yang hilang ditiup angin".... Terlalu indah untuk kenangan kami bersama, walaupun sukar untuk kami bertemu antara satu sama lain, namun kalau itu sudah takdirNya. Tiada apa yang dapat menghalang untuk kami terus berhubung...  SMS dan Skype adalah medium perhubungan kami disamping beberapa pertemuan sehingga yang terakhir iaitu hari khamis lepas(30/8/2012).... Saat-saat kami bersama banyak dihabiskan dengan berborak tentang kenangan masa bercinta dulu, kawan-kawan, boyfriend(bf) baru si dia, dan macam-macam lagi la... Gurau senda nie memang selalu la terutama bila Skype, ada je perkara yang akan buat masing-masing ketawa... Susah nak digambarkan perasaan gembira apabila bersama, rasanya seperti kami masih lagi bersama seolah-olah masa bercinta dahulu... 

Memang tak dapat dinafikan la, selama hampir 7 tahun perkenalan sejak kami di alam sekolah menengah dahulu, terlalu banyak kenangan yang aq dan dia tak akan dapat lupakan. Sejak form 1 lagi kami telah kenal sebab masa tu kami belajar di kelas yang sama sehingga la form 2... Form 3 hubungan kami menjadi  lebih akrab lagi kearah rakan karib... Apabila melangkah ke alam menengah atas (Form 4). Hubungan rakan karib menjadi lebih rapat lagi dan aq sering menjadi tempat perkongsian masalah si dia...  Kemesraan yang terjalin antara kami tidak terhenti disitu, tetapi terus erat melalui percintaan yang dibina atas ikatan persahabatan... 4 Mac 2009 adalah tarikh yang pasti tidak dapat kami lupakan... Pada jam 10.30 pagi di kelas 5 Sains 1, aq meluahkan apa yang terbuku di hati ini... Terlalu banyak kenangan bersama untuk aq coretkan disini... Biarlah yang selebihnya menjadi kenangan abadi yang akan sentiasa terpahat di hati kami sebagai Cinta di alam persekolahan... Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad adalah saksi perhubungan kami... Segalanya telah menjadi suatu kenangan yang paling indah dan tidak mungkin dipadamkan dari memori hati ini.... 

Kini si dia telah berada jauh di sana, jauh meninggalkan aq untuk mencapai cita-cita dan impian dirinya serta kedua ibu bapanya... 3 tahun disana mungkin akan menjadi suatu titik tolak dalam perhubungan aq, dia dan bf baru dia... 2/9/2012( 8:07 pagi) aq ada dapat sms dari dia yang bf baru dia seolah-olah nak putuskan hubungan diaorang yang masih belum beberapa bulan bercinta... Mungkin rasa tekanan agaknya bila baru hendak bercinta dan bermesra, si dia telah jauh meninggalkan bf baru dia untuk menyambung pelajaran... Si dia seolah-olah tidak berasa menyesal dan sedih apabila bf barunya kata macam tu sebab dia dah sedar yang tujuan sebenar dia ke sana... Pada aq keputusan yang tepat la sebab bf bukan penjamin masa depan tapi memenuhi kehendak keluarga adalah yang sebaiknya... 

Sepanjang minggu terakhir aq bersama si dia hampir setiap malam aq online skype dan facebook semata-mata untuk berborak dan bergurau dengan si dia... Hari selasa pagi (28/08/2012) adalah tarikh yang paling aq akan ingat selama kami berhubung, aq dan dia menghabiskan masa bersama bila aq pergi berjumpa dengan si dia... 45 minit pertemuan kami itu bagi aq terlalu indah buat kami... Semasa pertemuan kami, segala barang yang pernah si dia pulangkan masa putus hubungan dahulu aq pulangkan kembali dengan harapan si dia akan ingat akan aq disini... Jika si dia membaca entry ini pasti si dia akan tersenyum mengenangkan saat-saat yg cukup indah bersama... (29/08/2012) kami cuma berhubung melalui sms sahaja sebab aq tak dapat balik ke rumah mama... Hujan pun agak lebat pada sepanjang hari tu... Si dia mula dibuai rasa sedih dan sayu bila mengenangkan saat-saat terakhir berada di rumah... Biasalah, 20 tahun tak pernah berpisah dengan mama papa si dia, kali nie si dia akan meninggalkan orang-orang yang rapat termasuk aq, pasti tak akan terlepas dari perasaan yang bermain di hati... 

(30/08/2012) hari terakhir aq dan dia bersua muka... Jam 1:10 petang, selepas habis kelas Embedded System, aq terus pergi berjumpa dengan si dia untuk kali terakhir, si dia ada memberikan Panda yang aq letakkan di fon nie... Semasa pertemuan terakhir tu, kami saling berpesan antara 1 sama lain dan antara pesanan si dia "Tunggu si dia balik"(aq gunakan kata ganti la.. mana boleh bagitau aq panggil apa kat si dia... hehe)... Semasa nak balik tu, aq memang tak pandang muka si dia sebab aq tau si dia mesti akan menangis lepas aq bergerak balik... Sms menjadi peneman sepanjang hari itu... Hari nie dah (03/09/2012) si dia telah memulakan minggu orentasi di sana... Setiap hari selepas jam 11 malam kami pasti akan sms sekejap melepaskan kerinduan masing-masing sehingga si dia tertidur... 

Bagi aq tak pernah rasa rindukan sesorang sehingga tahap macam nie, kalau boleh nak je dengar suara si dia setiap saat... 3 tahun di sana, memang suatu tempoh penantian yang lama buat aq disini... Jika ada kesempatan bertemu lagi selepas ini, pasti saat (28/08/2012) pasti akan berulang untuk melepaskan kerinduan bersama... Pesan terakhir itu menjadi ingatan setiap detik yang berlalu, aq pasti akan tunggu, pasti tunggu... Harap pesan aq jugak akan dijadikan ingatan buat si dia, jaga diri elok-elok kat sana, fokus study elok-elok dan pilih kawan yang baik.... Panda di fon nie akan menjadi pengubat rindu aq bila tiada sms darinya... Nanti kita coretkan lagi kenangan jarak jauh ini lagi dengan cara kita.. Selamat menempuhi dunia baru di sana... Maaf entry kali nie terlalu panjang dan membosankan, ini sekadar kenangan dan coretan saat-saat terindah buat seseorang yang berada di ingatan ini... Insyaallah akan cuba diperbaiki cara tulisan yang lebih menarik... Thanks for reading... ^_^

Sekian!!!

Saturday, September 1, 2012

Terima Kasih Yu...

Salam,

Minggu nie lambat sikit nak update untuk entry terbaru, terlalu sibuk diri ini dengan macam-macam kerja dan aktiviti di Politeknik... Apa-apa pun syukur alhamdulillah, hari sabtu nie dapat jugak aq update untuk kisah aq dan rakan facebook nie... Sebelum nie rakan facebook aq tu iaitu cik nurul shaidatul(Yu) ada menghantar sms mengatakan yang dia nak hantar barang dekat aq... Kalau tak silap rasanya kopiah k0t... So aq pun bagi la nama penuh serta alamat rumah mama aq. Minggu lepas aq terima bungkusan daripada POS LAJU... Bila tengok alamat dan nama pengirim dari Kelantan, memang sah cik Yu nie yang hantar... Hehe yang herannya bila pegang bungkusan tu, berat semacam je... Cik yu nie cakap nak hantar kopiah je... Bila dah buka je bungkusan tu, rupanya bukan kopiah tapi kuih simpulan kasih... Patut la berat semacam je.. Banyak jugak cik Yu nie hantar..



Hehe cuba tengok kat gambar ke-2 tu, macam hancur je kan?? biasa la pos laju.. Bungkusan campak-campak je.. Tak kisah la, yang penting kuih nie selamat sampai di tangan aq... Terima Kasih banyak Cik Yu atas penghantaran jauh dari Kelantan... hehe insyaallah nanti akan berbalas lepas nie... Lama sungguh tak jumpa dengan Cik Yu nie sejak sebelum cuti semester hari tu... Tak apa la, nanti bila Cik Yu dah balik ke Kedah, boleh la jumpa dekat kedai Siam yang selalu kita makan bersama tu... Hehehe itu sahaja untuk dikongsikan dalam entry kali.. Nanti akan di-update tentang "Minggu Terakhir Yang Terindah Bersamamu" khas untuk si dia...

Sekian!!!!