Thursday, January 31, 2013

Ringkasan Kehidupanku untuk 1 Minggu...


26 Januari 2013 (23:24)

Sms yang ke-30 telah aq hantar sperti biasa pada jam 22:46 ... disusuli dengan paggilan telefon... Namun tidak dijawab oleh si dia... Apakah mungkin si dia masih lagi dilanda kesedihan yang melandanya pada petang tadi... Hurmm mungkin salahku jugak kerana memaksa untuk meluahkan apa yang si dia rasa dalam keaadaan si dia yang masih belum bersedia... Aq rasanya tak sanggup untuk menunggu jawapan yang pastinya mengecewakan buatku dalam tempoh yang lama, meskipun berat untuk menerima hakikat ini namun semuanya harus terjadi seperti yang ditetapkan Illahi... Aq cuba menghubunginya sebanyak 4x namun masih tidak berjawab... Aq berandaian mungkin si dia penat dan telah tidur... Tapi hati nie tidak berfikiran seperti itu... Apakah si dia tidak mahu lagi mendengar suara ini lagi?? Argghh pergi jauh-jauh andaian burukku itu... Yakinlah si dia mungkin ada hal lain yang perlu dilakukan... Think positive.. Rasa sunyi dan sepi sangat malam nie bila tak dapat mendengar suara dan gelak tawanya... Sebentar tadi aq ada la stalker di facebook si dia dan si dia telah menukar gambar profil yang baru.... Rasa nak like dan komen tapi mungkin lepas online guna laptop nanti je la... via mobile nie susah sikit...  Tak tau la aq nak cakap macam mana...Tapi aq akan terus berharap dan menanti kesudahan yang baik dalam hubungan ini... Jika sebaliknya yang terjadi... Mungkin doaku masih belum cukup untuk memiliki hatinya... Semoga Allah dapat membantu merungkaikan kerumitan masalah dalam perhubungan ini... Aq hanya berserah pada masa dan takdir untuk menetukan yang terbaik.... Aq rindu sangat-sangat kat dia disaat ini... Rasa macam nak menangis lagi je...  :'(
Tapi jam 23.46 ada sms dari si dia "Hi Please Call Me Back". Senyuman mula terukir... Rupa-rupanya si dia menonton tv dan handphone ditinggalkan di dalam bilik.... Bikin risau aja sih kamoo... haha bermulalah cerita kami berdua sehingga si dia mengantok.... 

27 Januari 2013 (21:00) 

Permulaan hari ini dimulakan dengan keceriaan semasa kelas Puan Nora iaitu kelas Microwave System... So minggu nie group lab aq kena cari nota dekat Library... tapi biasa la, nakal tu tetap ada kan dalam budak-budak elektronik... 2 jam yang diberikan adalah masa untuk aq dan kawan-kawan kelas breakfast di kedai mamak... Entah macam mana aq boleh order Milo Kosong ais... Bila bro tu hantar, aq pun senyum sorang-sorang... Hadoi, tetiba je pandang milo tu teringat kat Lia... Ingat lagi masa cerita hari pertama dia practical di parkson hari tu... Ade la cerita pasal air milo, air soya dan roti bilis... Tapi roti bilis tu suggestion aq la lau tak silap... Dia suka air soya tapi Uncle Mad Shalan suruh minum milo.... Story yang aq tetiba je boleh terbayang time minum milo tu... Hari tu diteruskan dengan kelas Entrepreneurship... Tetiba je aq boleh pergi stalker facebook time dalam kelas tu, bosan sangat dengar cerita En Entrepreneurship tu...  Sempat send 1 msj dekat facebook... Hariku diteruskan dengan kelas math, petang nie kira penting la sebab aq ada ujian so tengahari sempat la study kejap... Soalan pertama agak susah jugak... tapi soalan kedua rasa senang je... So time tengah menjawab tu tiba-tiba ada sms yang bertubi-tubi masuk... Ingat tak nak baca, ye la time ujian kot nak main handphone... cari nahas la.. tapi macam penting je sms tu aq gamble je la baca sms tu.. Kalau kantoi pun kantoi je la... Sms yang meruntuhkan semangat aq untuk terus jawab soalan... terus stapler kertas soalan, jawapan dan terus hantar... Memang tertekan sangat time tu, lepas jawab tu ada lagi lecturer tu sambung buat kelas pun aq dah tak boleh nak fokus dah.... Semua gara-gara blog nie la buatkan orang lain sakit hati... Aq akui memang sebelum nie memang aq banyak buat silap.. tapi tahun baru nie memang aq betul-betul berazam nak berubah dengan sepenuhnya... Cuma aq harap jangan ada sapa-sapa ganggu kehidupan baru nie... Cukuplah dengan Final exam semester lepas yang aq dah hancur gara-gara fikirkan permainan yang tak pernah berlaku pun... Seronok sangat game tu... Memang penuh dengan stress la petang nie.. Aq rasa lepas entry nie mungkin aq tak akan update dah cerita Aq dan Lia lagi atas perbincangan kami bersama.. Biarlah aq menyepi dari hidup ini dari terus menyakiti... Aq akan mengundur diri dari coretan indah kehidupan baruku demi kebahagiaan orang lain... Mungkin hanya update-update yang biasa sahaja akan kelihatan disini... Sedih sangat untuk meninggalkan blog yang aq cinta tapi, Cinta tu perlu pengorbanan untuk lihat orang lain bahagia... Aq rela dan redha dengan pengunduran ini... Semoga dikau bahagia Blackgurlz... sms ke-31 untukmu has been send to my Lia... 

29 Januari 2013 (1:08)

Sepatutnya aq menaip lebih awal untuk coretan 28 Januari 2013 nie... Hari ini dimulakan dengan kelas pagi yang ditunda kepada jam 10:30 pagi disebabkan pensyarah ada mesyuarat... So macam biasa la. Kalau tak ada kelas time pagi tu, aq dan kawan-kawan mesti akan breakfast sama-sama... Menu aq pagi tu cuma milo o ais je... Kawan-kawan lain semua makan nasi lemak, aq tengok je la sebab sambal tu tengok macam pedas je, lagipun ulser dekat mulut nie tak sembuh-sembuh lagi... Time breakfast tu ada la muncul ilham untuk cipta sms-sms indah buat si Lia yang ke-32 hari nie... Tanpa membiarkan idea indah itu berlalu pergi terus aq taip dalam draft sms di handphone... Dapat jugak 3 ilham masa tengah minum tu... hehe ada je idea yang datang tanpa diduga... Pelik betul... Mungkin bagi sesetengah orang.. Hanya orang gila je mampu buat macam apa yang aq tengah buat sekarang nie... Ingat senang ke nak cipta suatu kata-kata indah buat orang yang kita sayang.... tapi semua tu dengan izin Allah la sebab niat aq cuma untuk buat si dia tersenyum setiap hari untuk selamanya bila bersamaku.... Pada petangnya aq ada dapat sms dari seseorang... Suatu sms yang aq harapkan dalam setiap doa-doaku... Aq tak ingin lagi seseorang tu mengganggu kehidupan baruku ini... Relakan aq mencari ketenangan dalam kehidupan baru ini tanpa lagi sejarah silam dalam hidupku... Sms itu membuatkan aq tenang sepanjang hari ini... Dalam pukul 6.30 macam tu la.. aq pun keluar cari makan malam... Mulanya plan nak makan nasi goreng kampung je, last last tukar menu kepada Nasi Goreng Cinta dan milo o ais lagi... Memang terbaik la bila cili api dan gabungan sambal belacan dalam tu.. Pedas la jugak... Time malam, aq ada assignment nak kena selesaikan so aq dan kamila buat Circuit Analysis punya presentation dan Cik Faeizah(Pija) buat Entrepreneurship... Penat jugak la nak menulis dekat kertas majong tu... Nasib la ada Cik Lia yang teman borak, tapi spoil mood aq dengan line maxis nie... Teruk pulak line malam nie... Kredit pun banyak la tarik sebab aq buat call untuk 1 jam... Nak buat macam mana... Tak ada rezeki untuk kita gelak puas-puas... tak ape la.. dengar suara pun dah cukup untuk melengkapi kehidupan Samprit Ungu yang semakin hari dipenuhi dengan rasa Sayang yang terindah walau bukan untuk selamanya.. Terima kasih pinjamkan aq dengan perasaan sayangmu itu Lia..
* Nasi goreng Cina ye kat atas tu.. Bukan Cinta.. hahaha teettttt...

29 Januari 2013 (19:59)

Jam dah menunjukkan pukul 12:30 tengah malam... Mata ini dibuai dengan mengantok dan keletihan menyiapkan kertas kerja untuk presentation Circuit Analysis... Sambil melayan lagu di telefon ini aq dibawa belayar ke mimpi yang lena... hehe aq pun tak dapat ingat apa yang aq mimpikan semalam sehingga membuatkan mata ini terjaga dari tidurku pada jam 03:30 pagi... Tapi seingat aq mimpi tu memang mengerikan buat aq dan si dia... Lalu handphone ku genggam untuk sms si dia tapi takut menggangu tidurnya lalu aq menghantar mesej di facebook... Tak tau la kenapa rasa perlu luahkan jugak mimpi ngeriku itu... Takut sangat akan kehilangan dia... Alahai susahnya bila hati ini seperti hidup kembali setelah lama hilang rasa untuk Cinta, Sayang dan Rindu... Permulaan pagiku dimulakan dengan stalker di facebook si dia dan ada balasan mesej darinya yang membuatkan aq tersenyum bahagia... Rasanya tiada apa yang menarik sangat yang berlaku sepanjang hariku berada di politeknik... Cuma semasa rehat 1 jam sementara kelas Data Communication, aq hanya duduk bersendirian di cafe sementara kelas jam 11:00 pagi bermula... Entah dari mana datangnya ilham mencurah-curah untuk aq cipta 10 sms cinta buat si dia bagi melengkapkan koleksi sms yang ke-60... Alhamdulillah... Harap dapat la aq ciptakan sehingga sms ke-100 buat si dia... Walaupun aq dan dia bukan bercinta & couple tapi rasanya hubungan seperti sekarang adalah lebih baik buat kami... Andai si dia tinggalkan aq dan temui kekasih hati yang sebenar... Aq tumpang bahagia bila ada orang yang dapat membuatkan si dia bahagia daripada insan ini yang penuh dengan kekurangan dan penuh dengan sejuta harapan yang menggunung untuk bersama si dia yang umpama langit dan bumi denganku... Tapi menjadi sahabatnya dan membuatkan si dia ketawa dengan 100 kata-kata yang tidak seberapa cukup bermakna buatku sepanjang kehidupanku... Yang terindah itu cuma pandangan bagi diri ini yang tidak selayaknya... Terima kasih untuk kehadiran semula dalam membantuku kembali kepada kehidupanku yang telah banyak berubah ke arah kebaikan... Mungkin Allah kirimkan dirimu untuk sementara memimpinku kembali ke jalan yang diredhaiNya sebelum melepaskanmu untuk pergi kepada insan yang jauh lebih layak memiliki Cinta, Kasih sayang, Rindumu dan Mendampingimu buat selamanya.... Jika sememangnya kita ditakdirkan untuk bersama... Tiada kata yang mampu bibir ini luahkan selain Alhamdulillah atas setiap doa-doaku setiap hari yang telah termakbul... Amin...

30 Januari 2013 (09:35)

Pagi yang tenang je... Alahai subuh terlewat lagi gara-gara alarm yang aq matikan dari terus berbunyi... Selepas subuh mata ini ingin menyambung tidur disebabkan kelas yang aq ada untuk hari ini cuma pada jam 4 petang nanti sahaja... tapi mata nie tak rasa mengantuk pulak... Rasa bosan bila sendirian dan kawan-kawan lain masih nyenyak dibuai mimpi... Baru teringat yang aq ada berniat nak kemas bilik hari tu, jadi daripada aq membuang masa berbaring tanpa membuat apa-apa lalu aq kemas bilik nie sehingga bersih... Kesian pulak aq tengok labah-labah yang bertempiaran lari bila aq membersihkan sarang mereka.. tapi kalau tak dibersihkan nampak serabut pulak... Dengan habuk yang banyak, punca aq akan dapat selsema... Arlegik jugak dengan habuk nie kadang-kadang... Selesai kerja mengemas bilik aq membaringkan badan ini semula sambil melayan lagu-lagu kegemaran di handphone ini, antaranya lagu blog ini Permata Yang di Cari-D'Hearty, Cerita Dia-Drama Band, Lagu Untuk Adinda-Khalifah, Harga Diriku-Wali Band, dan Cinta Tak Bersyarat-Element sambil dibuai angan-angan pertemuan aq dan Lia suatu hari nanti... Arghh best sangat.... Sambil-sambil tu dapat jugak aq menaip entry terakhir (mungkin la) tentang Lia iaitu 7 Tahun Suatu Penantian Dalam Kesabaran.. Entry selepas entry ini la yang akan aq publish... Jam 1.oo petang aq dan kawan-kawan ke politeknik untuk sesi fotografi kelas... Adoi memang best la... Tak sabar nak tengok gambar candid... Siap abang photographer tu tegur(masa gambar formal), "adik yang pakai spek tu, senyum la sikit". Tak pasal je jadi bahan gelak kawan-kawan... Bukan tak nak senyum tapi tetiba rasa penat sangat time tu... Dalam gambar tu aq ada dekat tengah, haha maklumlah, antara student yang tinggi jugak dalam kelas kena la berdiri dekat barisan belakang sekali.... About my Lia macam biasa la stalker jugak dekat facebook tadi tapi tak tegur pun... Esok dah nak jumpa dan jalankan rancangan untuk jangka masa panjang kami di laman sosial nie... hehe insyaallah pasti dapat buat esok(31 Januari 2013) andai tiada apa-apa halangan. Sms Indah yang ke-34 hari nie rasa lebih ok la dari semalam... Hope si dia membacanya dengan penuh senyuman... "Ya Allah, kurniakanlah pemikiran yang lebih luas untuk aq ciptakan lebih banyak kata-kata indah untuk buat si dia gembira walau cuma untuk seketika bersamaku... 7 tahun yang akan ku tunggu... Kesudahan sebuah hubungan yang penuh kenangan, harapan dan perasaan"... Penantian penuh kesabaran dalam menanti suatu Cinta yang sejati yang akan hadir dengan penuh keikhlasan dari hati seorang wanita yang aq nantikan... Insyaallah.

31 Januari 2013

Hari ini rasa kosong sangat hidup ini... Langsung tiada rasa apa... Pagi tadi pun terlewat jaga walaupun semalam awal je aq tidur... Mimpi pun tak ada... Kelas Microwave pagi tadi pun ke mana fikiran aq melayang pun tak tau la... Cik Pieja pun ada jugak buat lawak tapi mood nak gelak pun rasa macam tak ada je hari nie... Pukul 09:30 kelas tamat, aq pergi lepak dekat cafe sementara tunggu kelas project... Cik kamila dan Cik Pieja pun temankan aq breakfast pagi nie... Yang orang sekeliling tengok pe kes?? Salah ke makan dengan kawan-kawan?? Errr tumbuk kang haaa.... Jam 10:00 pagi aq dan dua budak cina nie pergi ke Unit Exam untuk jumpa penyelia project aq iaitu puan Juliana... Lecturer kesayangan aq dari sem 1 sampai sekarang mengajar aq untuk bincang tentang pasal progress project attendent board... Seow la yang banyak cakap, aq tak ada mood je so dengar dan senyum je la... Dah selesai kelas project, aq balik rumah sorang-sorang dan sambung edit slide presentation tamadun islam... Wawa pulak tak datang untuk group aq... So tinggal aq, azira dan amalina je la yang present... habis je kelas tadi terus kemas beg and balik rumah mama... masa on the way tu tetiba je kena attack dengan migrain... nasib la tak jauh dah nak sampai rumah mama... tahan la kejap... adoi sampai je rumah mama, terus solat asar dan terbaring je... Mungkin perut masuk angin agaknya... Sebab tak makan nasi langsung hari ini... Serius tak ada selera... Lemahnya badan nie... Kenapa la tetiba je jadi macam nie.... ?? Hurmm ntah la.. Tak tau nak cakap pe dah untuk hari ini... itu je k0t... Sekian...

Rangkuman 1 minggu kehidupanku... semoga akan jadi kenangan sehingga ke hujung nyawa... Thanks for reading.. Sekian...

Saturday, January 26, 2013

Tiada Lagi Tangisan Darimu Inginku Dengari...


Salam,

Entry terakhir sebelum aq kembali ke rumah sewa... Petang yang penuh dengan emosi... Alhamdulillah selesai jugak perubahan blog yang aq lakukan... Harap lebih elok dari yang sebelum ini... Aq jugak berharap akan lebih banyak entry dapat aq coretkan disini sebagai mengubat kerinduan status facebook yang aq telah hentikan update... Bukan tiada idea, cuma hati dah penat menulis disitu, biarlah segala isi hati aq curahkan disini sebagai tempat perkongsian bersama... Sebentar tadi aq ada chat dan komen bersama Cik SYadada BaDr a.k.a Cik Eida, aq ada pesan dekat dia supaya bila jumpa Nina nanti tolong buat dia ceria dan tersenyum... Aq takut aq dah tak mampu untuk buatkan si dia tersenyum lagi.... Dan beberapa jam selepas tu aq dapat komen dari gambar Cik Eida tag pada facebook aq... Nak tengok???? Nie haa kat bawah nie...




Nama SU=Samprit Ungu disitu... Hanya mampu tersenyum melihat kretiviti dua sahabat nie bila bertemu... Dan beberapa ketika Cik Eida ada memberitahuku yang Nina menangis disaat bertemu dengannya... Aq yang membaca terus dihimpit dengan perasaan risaukan Si Dia... Lalu terus aq capai handphone disebelahku lalu menelefon Si Dia... Saat mula bicara aq sedang membaca intonasi suaranya... memang si dia baru lepas menangis... Sukar untuk kita tipu orang yang kita sayang bila si dia sedih, sebab orang yang sayangkan dia pun dapat rasakan perkara yang sama jugak... Si dia ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada aq cuma tak sampai hati, kerana risau aq akan bersedih...

Tapi aq akan jadi lebih tak tenang bila si dia pendamkan dari pengetahuanku, lebih baik ceritakan dengan segera dari memendam terlalu lama... aq tahu aq akan kecewa dengan apa yang aq akan ketahui tapi lebih baik aq kecewa daripada si dia tertekan dengan masalah antara aq, si dia dan ex si dia... Macam rumit je kan?? Tak pun... Andai aq korbankan perasaan aq dengan undur diri dan biarkan si dia tenang dan menjalani kehidupannya dengan tenang aq rela... Daripada kita menyiksa perasaan orang yang dalam dilema antara Cinta lama dan Sayang.... aq akui memang aq sangat sayangkan dia... Bila perbualan telefon tadi, hanya cerita dalam tangisan yang mampu aq dengar darinya... Aq tahu si dia sayangkan ex boyfriend si dia... dalam masa yang sama sayangkan aq... Yang terbaik aq rasakan aq akan teruskan hubungan ini setakat yang termampu...

Andai dia Jodohku, aq terima dengan hati yang terbuka, jika sebaliknya aq redha dengan ketentuanNya... Mungkin untuk bercinta belum tiba masanya untuk aq dan dia... Aq sedang belajar menerima kenyataan... Insyaallah moga diberi ketabahan dan keredhaan dalam hubungan ini... Hanya mampu berserah pada takdirNya dan berdoa yang terbaik untuk Si Dia... Gelak tawanya lebih penting dari bahagiakan hati ini... Umpama lilin yang membakar dirinya sendiri demi menerangi sekelilingnya... Aq cuba menjadi seperti lilin itu... Jangan fikirkan lagi tentang Cinta kita ok? Diri ini cuba menerima kenyataan yang aq belum layak untuk bercinta lagi... Kita sama-sama berdoa untuk yang terbaik dalam hubungan ini... Insyaallah moga dipermudahkan ye? 

Aq harap tadi adalah tangisan terakhir aq dengar darimu... tak ingin aq dengar lagi tangisan itu jika aq yang membuatkanmu menangis... Terima kasih kerana sentiasa fikirkan hati ini jugak walaupun dirimu terluka... Nasihatku, janganlah diputuskan persahabatan kita kerana Cinta... Nilai sebuah persahabatan adalah terlalu bernilai dari sebuah percintaan kerana Cinta boleh datang dan pergi tapi persahabatan tak akan putus walau hingga hujung nyawa... Insyaallah.... Biarlah kita bina hubungan dari bawah, dan semoga hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat kita... Aq hanya mampu berdoa yang terbaik untukmu, jangan menangis lagi kerana lelaki... Tentang ex tu, fikirlah yang terbaik samada teruskan atau terhenti buat selamanya.. Jika kini dia hanya mencari bila perlu, tak mustahil dia akan buang bila dia tak mahu... Bukan niat nak merosakkan hubungan, cuma sebagai seorang sahabat, diri ini tak mahu melihat air mata seorang wanita mengalir lagi untuk seseorang yang tidak tahu menghargaimu...



Andai dialog diatas terjadi ke atasku, maafkan aq kerana menyimpan perasaan lebih dari sayang untukmu, maafkan aq diatas sikapku yang mungkin menyakitimu, maafkan aq kerana tidak mampu membuatkan dirimu tersenyum lagi dan maafkan ku atas air mata yang gugur keranaku.... Semoga pengakhiran yang baik buat kita... Jangan fikirkan kesedihan orang lain Nina, kerana itu akan membuatkan dirimu rasa bersalah... Anggap saja segalanya telah ditakdirkan buat kita... Insyaallah ada Jodoh kita bertemu dan bersua muka sebagai sahabat yang disayangi... Aq cuba memadamkan Cinta yang hadir pada bukan masa yang sepatutnya dan menyemai rasa sayang yang telah kau berikan untukku buat selamanya... Sekali lagi maaf atas coretan yang mungkin mengusik jiwa... Sekadar nukilan hatiku dipetang yang sayu... 

Sekian luahan hatiku untukmu... "Usah bazirkan air mata pada insan yang melukakan, tangislah dalam setiap doa yang kau ucapkan, moga Allah mendengarnya dan memakbulkan doamu, insan yang keliru... Nina Amalina."




Sekian Coretan!!!!

Cinta, Renungan, Keluarga & Harapan


Salam, 

Selamat pagi, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini bagi meneruskan kehidupan sebagai hambaNya... Berat sangat mata nie nak buka sebab rasanya terlalu banyak air mata yang berguguran semalaman... Air mata kesedihan dan penyesalan oleh dua orang wanita yang sangat istimewa... Pertama disebabkan Cik Nina yang aq sayang la... Tak salah rasanya kalau kita luahkan rasa Sayang kita dengan tangisan.. Suatu kepuasan jugak buat diri ini yang dah lama tak diuji dengan perasaan yang sebegini rupa... Terlalu indah untuk diperkatakan... Terlalu sukar untuk dilupakan... Semoga hari ini Allah akan membantuku untuk mendapatkan ilham yang terindah untukku mencipta sms-sms yang indah buat insan yang teristimewa untukku.. Insyaallah jika kita ingin membantu membuatkan orang lain bahagia dan tersenyum gembira, Allah pasti akan bantu kita... Amin... Bila difikirkan kembali rasa sayang sebenarnya nak padam sms-sms yang indah tu. Bukan mudah sebenarnya nak cari idea untuk cipta segala kata-kata tu, kerana semuanya terbit dari hati yang berkata-kata... Namun, semua tu tidak lagi seindah dulu... Hakikat yang pahit harus ditelan dan terus hidup dalam kehidupan yang penuh dengan duka dan sebagai kenangan silam untuk suatu masa yang panjang.... Mungkinkah??



Dua wanita istimewa... Siapa lagi sorang?? Haaa nie yang nak citer nie... Semalam jugak ada seorang sahabat telah berkongsi dengan aq tentang sebuah kisah yang sangat menyayat hati la... Opss lupa nak mention nama kawan yang share tu... Nama dia di facebook (SYadada BaDr) ataupun lebih dikenali dengan nama Cik Eida.. Thanks atas perkongsian dari blog From Me For You... Suatu kisah rentetan saat-saat terakhir kehidupan seorang wanita yang cukup istimewa diuji dengan penuh ujian dan kesabaran... Hanya dengan air mata mampu aq terjemahkan bila membaca kisah yang ditulis oleh ibu al-marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang telah kembali pada jam 9.20 pagi 20 Januari 2013... Anda boleh membacanya disini >>Klik Sini<<. Rasa sedih dan sebak sangat bila baca kisah saat-saat terakhir kehidupannya yang diuji dengan pelbagai dugaan... Namun kesabaran dan nama Pencipta yang maha berkuasa tidak pernah lekang dari bibirnya... Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidupnya membuatkan aq tersentuh dan terfikir sejenak... Apakah pengakhiran hidupku ini mampu lagi untuk aq mengucap sebelum meninggalkan dunia ini untuk selamanya?? Hanya takdir yang menentukan hidup dan mati kita sebagai seorang hambaNya... Wajib baca kisah tu tau untuk mendalami sendiri apa yang arwah rasakan semasa saat-saat terakhirnya di dunia ini... Semoga dapat dijadikan teladan dan mendekatkan diri kita semula kepadaNya.. Insyaallah...

Semalam jugak rasa terkejut dengan Abangku yang sulung... Rasanya macam mimpi bila dia keluarkan Rm700 untuk diberikan pada Mama, Abah, Aq dan adik... Selalunya mama dan abah je yang akan dapat... Tapi kali nie aq dan adik(Semperit Ungu), (poyo je copy paste nama den), hahaha pun dapat duit sorang Rm100... Mungkin dengan wang yang tidak seberapa tu akan menambahkan rezekinya selepas nie... Insyaallah... Rasanya dia tengah happy sekarang nie dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya yang tak pernah putus dalam business yang dia ceburi... Insyaallah semoga Allah izinkan aq untuk dapatkan segulung diploma dan membantu abang aq untuk menjalankan business dia tu... Mudah-mudahan dipanjangkan umur ini... Amin... Haaa nak tolong promote sikit... Kalau yang ada facebook tu tolong la Like sikit dekat facebook Renzo Ventures nie k... Aq pun kadang-kadang jadi admin jugak untuk pemasaran company nie.. Setiap like anda amat bermakna... Support us k... Bila kami sekeluarga duduk semeja semalam rasa seronok dapat berborak bersama-sama dalam 1 keluarga yang besar nie... Tapi selalu aq akan jadi topik untuk masa depan la... Nak buat macam mana, anak lelaki harapan cuma sorang nie je yang akan membahagiakan semua orang dalam family so berat tanggungjawab tu... Doa seorang ibu dan sokongan dari keluarga akan buatkan aq lebih berusaha disamping semangat Nur Amalina yang buatkan aq kuat untuk teruskan kehidupan ini.... Amin...

Sekarang nie makin panjang je kan entry aq nie... Entahlah mungkin terlalu banyak untuk diceritakan dan diabadikan disini sebagai kenangan dan memori terindah untuk awal tahun 2013 nie... Semoga dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat... Dan entry terakhir aq akan sediakan dalam bentuk draft di dalam blog atau laptop nie... Andai nafas ini terhenti, aq harap blog ini akan terus menjadi tatapan buat semua dengan kisah-kisah ceria dan dukaku sepanjang kehidupan di dunia ini... Harap akan ada orang tolong publishkan entry terakhir tu bila aq tiada lagi... Selalunya beginilah, bila hati tak tenang dan dilanda kesedihan, kematian adalah memenuhi fikiranku, tidak salah untuk kita memikirkan sesuatu yang pasti kan??? tapi apakah aq bersedia dengan apa yang aq kerjakan di dunia ini sebelum mengadap Illahi?? Insyaallah selagi masih bernafas, masih belum terlambat untuk aq sedar... Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan seseorang yang memimpin aq untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.... Semoga hubungan ini berkekalan dengan keredaanMu... Amin...



Setakat itu sahaja entry untuk kali nie... ... 

Sekian....

Wan & Nina kembali... Perginya AD untuk seketika..


Salam,

Aq dapat rasakan kesedihan sedang terjadi antara aq dan Nur Amalina... Walaupun gelak tawa dan serba sedikit gurauan dikongsi bersama di Skype sebentar tadi bukanlah menggambarkan perasaan aq dan dia yang sebenar... Masing-masing dilanda kesedihan dan dilema dalam perhubungan yang tak pasti bagaimanakah akhirnya... Sebenarnya aq tak ingin dia rasa serba salah dengan apa yang terjadi, semuanya berpunca dari aq yang terlalu menyimpan perasaan terhadapnya... tapi seperti kata-katanya tadi, aq juga tak mampu sembunyikan kesedihan hati ini daripadanya... Perkenalan kita bukan sekejap, tanpa berkata-kata aq sudah dapat membaca dirinya sedang dilanda kesedihan dan rasa bersalah atas apa yang terjadi... 




Si dia minta untuk aq berjanji... terdiam aq tanpa kata-kata, bukan ape, cuma aq tak nak janji aq sekadar janji sebab aq tahu sifat aq nie macam mana... Kalau aq dilanda kesedihan air mata nie tetap akan gugur walau dimana jua aq berada... Jujur aq katakan, aq tak seperti lelaki lain yang kuat hatinya, ego dan tak kan menangis dihadapan perempuan... tapi itu bukan aq... Aq tak mampu untuk menipu perasaanku sendiri, cuma untuk menggembirakan orang lain mungkin akan ku simpan jauh-jauh dalam hati ini dan kelihatan tenang di hadapan orang yang aq sayang... biarlah orang yang kita sayang terus ketawa dan ceria sebab itu adalah ubat buat kita yang sedang terluka... 

Megukir janji adalah sesuatu yang mudah, tapi untuk mengotakannya itu perlukan kekuatan, keikhlasan dan keyakinan yang tinggi untuk melakukannya... Dari awal lagi aq stalker dekat facebook dia tengok status kebanyakan berkaitan dengan blog nie je... Hurmm rasa berat hati nak teruskan penulisan, tapi aq perlu meluahkan jugak disini untuk ketenangan jiwa yang sedang tak tentu arah nie... tapi aq jugak tak nak dengan apa yang terjadi ini mengganggu fokus LI si dia nanti... tapi aq jugak still rasa sedih dengan jawapan "stop dan tak berani nak teruskan semua nie". Egokah aq?? Sebab itu jugak cara aq chat dan skype dengan dia begitu ketara sekali perubahan sebentar tadi... 

Wan dan Nina muncul kembali walaupun dia membahasakan dirinya dengan paggilan Lia, namun aq tetap dengan panggilan Wan dan Nina, bukannya Abang dan Lia seperti selalu... Cermin mata yang jarang aq pakai boleh dikatakan sepanjang berborak aq pakai...Kenapa?? Sebab hanya Wan sahaja yang akan pakai cermin mata, bukannya Aariz... Rasa sedih lebih dalam rasanya bila paggilan abang itu digunakan lagi... Memang si dia akui sayangkan aq... Cuma aq je yang tak dapat terima cuma sekadar sayang...Rumitnya mengenali Aariz Danial dan Samprit Ungu nie kan?? Izinkan jari-jemari ini untuk terus mengukir coretan tentang dirimu.. Kehadiranmu terlalu indah untuk mewarnai hidupku dengan sisa-sisa hari yang berbaki untuk kita bersama... 

Sebelum nie aq dah siapkan hampir 50 sms.. 30 telah aq hantar dan 20 daripada baki masih di draft hanphone yang aq telah delete kesemuanya... bagi aq ayat-ayat yang telah aq cipta tidak sesuai dengan situasi kini yang tidak semanis dulu... Untuk si dia yang aq sayang, aq akan terus cipta sms-sms yang terbaik untuk tatapanmu.. Insyaallah... Wan akan cuba cipta sepertimana Aariz Danial telah cipta untuk Dahlia... Perlukan masa untuk terima hakikat yang kita cuma kawan... berat untuk hati nie terima sekadar Kawan sahaja... tapi aq akan cuba demi dia yang aq sayangi... Amin... Moga diberi sinar keceriaan buat aq dan dia menjalani kehidupan kami... Aq tetap menanti dengan penuh sabar... Tulisan bersama linangan air mata yang tidak mampu untuk disekat lagi... Maafkan diri ini... Hanya melayan hati yang sepi dan kesedihan .. 



26 Januari 2013(Jam 3.23 pagi)
Sekian!!!

Friday, January 25, 2013

Terima Kasih... 100 sms untukmu...


Salam,

Rasanya seperti baru sahaja hati ini ingin melonjak kebahagiaan dikala sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan kehidupan ini mula dikecapi semula... Tapi benarlah seperti kata-kata "Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Segalanya sekadar beberapa jam mimpi untukku... Tak sangka jugak mimpi ngeriku ini akhirnya menjadi kenyataan. Suatu kenyataan yang aq redha dan menerima dengan hati yang tabah... Sesungguhnya hakikat dalam membina suatu perasaan terhadap seseorang lalu tidak berbalas adalah sesuatu yang menyakitkan dan mengecewakan, namun kita perlu sedar akan realiti kehidupan ini, perasaan itu adalah ikhlas dan tidak boleh dipaksa. Bila kita sayangkan seseorang itu dengan seikhlas hati kita, mungkin perasaan tu akan dirasakan jugak buat orang yang kita sayang... Tapi semuanya bergantung pada ketentuanNya, jika Allah tak izinkan untuk kita terus bersama, mungkin Allah akan simpan seseorang yang jauh lebih baik untuk kehidupan kita yang mendatang... 

Hakikat yang aq lalui sekarang nie bohonglah kalau cakap tak sedih & kecewa kan?? Perkenalan semula yang berakhir dengan suatu memori duka adalah suatu yang sukar untuk dihadapi oleh seseorang yang mula menyimpan rasa... Kali ini baru aq benar-benar rasa macam mana sakitnya dalam bercinta, rasa yang aq tak pernah lalui sebelum ini.. mungkin ini yang pernah orang yang aq sakitkan pada suatu ketika dahulu rasa... dan kini ia kembali padaku pula... Walau sedih macam mana pun hidup ini perlu diteruskan dalam menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang mendatang... Jadikan pengalaman ke-2 ini suatu pengalaman untuk aq lebih mengenali erti Rindu, Cinta dan Sayang yang sebenar-benarnya... Sememangnya, perasaan ini cukup indah buatku walau kehadirannya cuma untuk beberapa ketika... Aq bersyukur kerana Allah mempertemukan kami kembali setelah sekian lama menyepi untuk aq kembali berada dilandasan yang betul dalam menjalani kehidupan aq sebagai hambaNya... Banyak perubahan yang ketara aq rasakan dalam kehidupanku semasa kehadirannya... Contoh terbaik, sebelum kami berborak di Skype, si dia selalu mengajakku untuk solat isyak sebelum kami memulakan bicara... Solat yang dahulunya aq selalu lewat-lewatkan dah semakin aq lakukan dengan segera... bukanlah bermaksud aq solat cuma kerana si dia.. tapi maksud aq, si dia menjadi pendorong yang baik untuk membimbing aq ke arah yang lebih baik dari kehidupan aq yang sebelum ini yang terlalu lalai... 

Aq mengerti jawapan si dia berikan padaku pada pagi Jumaat ini(25 Januari 2013), kekecewaan Cinta sebelum ini masih menghantui dirinya dan membuatkan si dia takut untuk bercinta lagi, kerana takut untuk dilukai dan melukai perasaan orang lain... Mungkin aq yang tak dapat terima kenyataan tu untuk saat ini kerana rasa sayang telah menutup hati ini untuk menerima jawapan selain dari "saya cintakan awak". Itu sekadar mimpi indahku sahaja untuk menerima ucapan keramat dari hati sekeping hati yang keliru... Buat diri aq disaat ini, sememangnya kekecewaan itu sedang memenuhi ruang kehidupanku kini, namun aq masih ingat yang semua ini hanya ujian untuk aq lebih tabah menghadapi ujian dariNya... Aq pernah berkata andai kali ini berakhir dengan kedukaan pasti sukar untuk aq temui Cinta yang mendatang... Rasanya kata-kata itu akan ku kotakan...Hati ini terus tertutup untuk bercinta lagi... Samprit Ungu akan kembali kepada sifat pendiamnya, kosong keceriaannya dan seorang yang menyepi dari gelak tawanya... Mungkin itu yang terbaik disaat ini... Tiada lagi status-status Cinta dan Coretan kata-kata indah di facebook akan kelihatan setelah entry ini dilepaskan... Jari jemari ini terus terkunci dari terus meluahkan isi hati disitu.... Blog ini akan terus bernyawa untuk aq luahkan sisa-sisa hidupku dalam menjalani kehidupan sebagai insan yang mencari Cinta yang selayaknya untukku... 

Buat si dia, akan aq kotakan janjiku untuk 100 sms indah buatmu sebelum diri ini menyepi buat selamanya... Semoga kehadiranku semula untuk 101 hari ini akan menjadi ingatan buatmu. Mungkin aq bukan orang yang selayaknya untukmu tapi cukuplahh sekadar menjadi insan yang mencoretkan sedikit keceriaan dalam beberapa hari kita bersama ini... Bagi aq, kehadiranmu dengan penuh keceriaan, gelak tawa dan sifat manja dah cukup membahagiakan aq untuk menutupi kesedihan masa laluku... Kau mengajar aq untuk lebih tabah dalam menghadapi kehidupanku sendiri... terima kasih atas kebahagiaan seketika Lia... Aq sedar ini cuma hubungan maya yang kita sendiri cipta untuk menceriakan hidup masing-masing... Hingga 100 sms yg terakhir akan ku coretkan untukmu... Selamat tinggal 2 insan yang menceriakan kehidupanku, Dahlia Darius & Nur Amalina... Semoga kita akan bertemu lagi suatu hari nanti dan kau akan temui kebahagiaan yang kau cari... Kehadiranku cuma sekali dalam hidup ini... Perginya aq pasti akan ada Teman Pengganti buatmu terus tersenyum selepas ini... Kalau berkesempatan, akan ku coretkan cerita pertemuan kita disini untuk diabadikan sebagai kenangan bersama...

Insyaallah... Jika umur kita masih panjang, ingin aq bertemu secara realiti insan yang pernah membuatkan aq bahagia walau untuk seketika... Doaku tidak pernah putus untukmu.... Jangan pernah sedih dengan semua ini, mungkin ini takdir kita bersama... Allah pisahkan kita cuma untuk seketika sebab belum tiba masanya untuk kita terus berhubung secara lebih mendalam... Kalau ada jodoh kita pasti dapat bersama lagi nanti... Aq sentiasa bersamamu sehingga sms terakhirku... Terima Kasih atas pertemuan kita ini... Apa yg aq boleh katakan, aq rasa bahagia bila bersamamu... Jangan terus bersedih dalam kehidupanmu, fikirkan perkara yang gembirakan hatimu... Aariz Danial & Samprit Ungu mengundur diri dari terus berharap dan menunggu...Bukan bermaksud membenci cuma ingin mencari ketenangan hati.. Maafkan diri ini andai ada salah dan silap serta buatkan Lia dan Nina tak selesa semasa kita bersama... Harap kesudahan yang baik buat kita bersama... Salam terakhir... 




Sekian!!!

Thursday, January 24, 2013

Aku Berserah Pada TakdirNya...


Salam,

Entah kenapa hati ini di selubungi rasa sebak dan sedih dikala suatu persoalan diajukan kepadaku "hurm mcm mne klu syg ckp syg dh ad org lain?" . Terkelu lidah nie untuk berkata-kata... terasa seolah-olah seolah-olah langit sedang menimpa diri ini, aq mengambil masa beberapa ketika untuk mencari kekuatan dan ketenangan bagi menjawab persoalan yang paling aq takuti di saat ini... Ku Akui kata-kataku dulu cuma sekadar menggembirakanmu dengan 100 sms kata-kata indah untukmu, dan aq tidak akan membuatkan dirimu jatuh Cinta denganku... Tapi kini sebaliknya terjadi, aq sendiri mula dibuai rasa Cinta, Rindu serta Sayang yang teramat sangat kepadamu... Kalau tidak, mana mungkin dengan pertanyaan sebegitu mampu membuatkan hati ini tersentak dan sedih memikirkan hakikat yang Cerita aq dan dia akan berakhir cuma sekadar 100 sms indah itu je... Mungkin silap aq gagal untuk mengawal perasaanku sendiri, tapi apakan daya, rasa hati yang dikurniakan illahi tak mampu aq menolaknya untuk menyimpan perasaan indah kepada si dia.... Sehinggakan nama penuhnya sentiasa ku sebutkan dalam setiap doa-doaku... Apakah aq akan dikecewakan lagi untuk kesekian kalinya??? Rasa seperti tidak sanggup untuk menghadapi saat-saat getir seperti itu dikala hati ini sedang menikmati suasana dan memori-memori indah bersama si dia... Setelah 100 sms ku kirimkan buatnya aq akan mendapat keputusan yang paling penting buat aq disaat ini samada Kebahagiaan ini mampu diteruskan atau Hakikat kekecewaan berpanjangan perlu aq hadapi untuk kesekian kalinya... dan mungkin menutup terus pintu hati ini untuk Cinta yang bakal hadir andai kegagalan kali ini menjadi suatu kenyataan... Mengapa perasaan kali nie terlalu kuat jika dibandingkan dengan apa yg aq rasa sebelum nie??? Setiap kali semasa berdoa, terasa seolah-olah hati ini dicengkam rasa takut akan kehilangan si dia. Kenapa? Kenapa hati ini tiba-tiba rasa macam nie... Hurmm sedih la... 2-3 hari nie pun rasa lain macam je sebelum kakak aq tegur semalam... Now aq tak boleh layan sangat perasaan risau, takut dan sedih nie... Belum pasti lagi kan keputusan tu akan mengecewakan hati lelaki ini sekali lagi... Apa yang penting aq akan cuba gembirkan si dia semampu yang mungkin, buat si dia ketawa bila bersamaku, dan paling penting, si dia rasa selesa serta jujur dengan rasa hatinya... Apa jua keputusan si dia aq tunggu pada hari ke-100 pada 6 April 2013... Macam lambat lagi tapi sabar menanti dengan penuh harapan... Ya Allah, kuatkan hati ini untuk teruskan kehidupan dengan penuh rahmatmu, andai dia bukan ditakdirkan untukku, aq redha dengan ketentuanMu, mungkin ada yang lebih layak untuk membahagiakan si dia daripadaku ini, jika pengakhiran hubungan ini adalah kekecewaan buat aq, mungkin aq akan undur diri dari hubungan ini, bukanlah bermaksud membenci cuma biarlah aq mengundur diri dengan mencari penawar untuk rasa sedih yg mungkin berpanjangan... Tapi bagi aq bermula 25 Disember 2012 dimana saat kami dipertemukan semula sehingga 6 April 2013 disaat sms ke-100 ku dan berakhirnya suatu perhubungan ini adalah saat paling indah buat kehidupan ku selama aq belajar dalam menjalin perhubungan selama 101 hari yang penuh makna dan memori bersama... Kenangan-kenangan di Skype, Ym, Sms, Facebook dan perbualan di telefon akan ku abadikan disini sebagai suatu kenangan paling indah selama aq mengenalimu... Mungkin terlalu awal untuk aq luahkan disini, namun rasanya biarlah aq bersedia lebih awal andai semua ini menjadi suatu realiti yg mengguris hati ini... Buat si dia, andai dirimu sudah temui Cinta yg sebenarnya yang mampu membawakan kebahagiaan dan membimbing dirimu kearah yang lebih baik, jagalah dia dengan sebaik mungkin, "ada benar kata-katamu dulu, Cinta itu tak semestinya memiliki", lupakan segala kenangan-kenangan ini agar kau dapat memberinya ruang untuk mencipta kenangan-kenangan baru bersamamu, jangan dibuai segala mimpi-mimpi dan coretan kisah kita untuk kehidupan barumu... Dan pesan yang terakhir dari ini, semoga terus bahagia dengan insan yang kau Cinta dan kuburkan Nama ini dari kehidupanmu...Nur Amalina... Jodoh Itu Bukan Milik Kita...

Sekian!!!


Lost World Of Tambun, Perak...


Salam,

Hehe alhamdulillah, seperti yang aq katakan dalam entry sebelum nie aq dan kawan-kawan kelas akan pergi ke Lost World of Tambun. Entry kali nie aq nak share dan coretkan sebagai suatu kenangan terindah aq bersama kawan-kawan di POLIMAS... 19 Januari 2013 kami semua selamat tiba di sana... Ingatkan tak jadi dah plan aq dengan kawan-kawan nie.. tapi alhamdulillah tercapai jugak seperti apa yang dirancang. Perjalanan dari Jitra ke Tambun lebih kurang 3 jam jugak la... Tahniah kepada Abang Lee yang dah selamat memandu kami ke sana... Hahaha so dalam perjalanan nie sempat la snap beberapa gambar.. Jom layan sikit.... hehe


Abg Lee tgh drive... kbetulan keretapi lalu masa tu...
Min & Miera (enterframe Mama)
Santai... panas pagi... haha tak mau dok tepi tingkap dah.. 
Mana mau pergi?? Tanjung Rambutan?? hehe
Bergambar dalam terowong... 
Kami bertolak dari Jitra dalam pukul 9.00 pagi selepas semua orang berkumpul di rumah sewa aq, cuma 9 orang je yang dapat join ke Tambun nie... Razali(Lee), Joeherre(Joe), Hafizi(Nyok), Zulfiqar(Pak Chong), Yasmin(Min), Amira(Miera), Zalina(Mama/MakCik), Kamila dan aq. Kalau ramai lagi dapat join mesti lagi enjoy la.. Kebetulan hari tu tak ramai sangat dekat sana so memang enjoy la nak mandi dan main game kat dalam tu... 12.00 tengahari kami sampai dekat sana... memang rasa penat jugak la walaupun bukan aq yang drive, haha sampai je kat sana sesi bergambar dulu sementara nak beli tiket...


Lost World Of Tambun Aku Datang(ala2 istambul aq datang la konon2nya.. hahaha)
Den jadi photographer kejap...
Mamat mana la baju hijau tu... Santai abess... haha
Samprit Ungu yg berwarna hijau & Joe
Kamila, Amira, Zalina.. 3 aweks nie je yg dapat join...
Pak Chong & Joe
Mama & Miera...
Joe & Min
Tiket aq tak sure diaorg booking online ke atau terus beli kat kaunter je... untuk pengetahuan harga tiket untuk dewasa adalah RM45 dan bagi kanak-kanak, harga tiket yang dikenakan adalah RM38... Dah makin mahal dah tapi mungkin sebab dah macam-macam perubahan dalam tu, dengan harimaunya, buaya, dan macam-macam lagi la haiwan yang ada.. So bila datang sini bukan sahaja kita dapat enjoy dengan mandi manda tapi dapat menikmati persekitaran yang tenang dan haiwan-haiwan yang terdapat di situ... 

Oleh disebabkan kami semua nak mandi manda so risau jugak wallet, handphone dan kamera nak ditinggalkan macam tu je... tapi jangan risau sebab dekat sini ada disediakan locker untuk kita simpan barang-barang berharga... Cuma bayaran RM10 sahaja dikenakan untuk 1 locker... So boleh la nak mandi dengan tenang tanpa memikirkan barang-barang penting yang ditinggalkan... Locker nie menggunakan password key yang kita masukkan dan kita boleh guna berulang kali sehingga kita balik... Aq pun confused pada mulanya, tapi lepas pekerja kat situ dah bagi penerangan baru la faham...

Memang ceria habis la mandi manda hari tu sampai tak sedar masa berlalu... Sambil mandi-manda tu rugi pulak kalau tak bergambar sebagai kenangan kan?? Hehe jom tengok gambar masa mandi manda pulak...


Kredit pada Min yg snap pic dkt air nie...
Panasnya... tapi tetap ramai jgk orang mandi time tu..
Proses campak awek2 dari pelampung... haha
Min & Pak Chong...
Sweet Couple.. Uncle spek hitam tu pun jadi photographer kitaorang jgk... TQ uncle yg sempoi..
3 Gadis...
Abg Lee & Nyok... 
1, 2, 3 Senyum...
Samprit Ungu menjadi biru... hehe
Gambar yang pakcik spek hitam tu tolong tangkapkan...
Peace...
Gambaq paling comey dari Mama...
Masa mandi jugak aq tak lepaskan peluang untuk try la gelongsor tu.. hahaha aq nie jenis gayat so memang takut la jugak. tapi perasaan nak cuba tu yang buatkan hilang rasa takut tu, so aq dan Joe cuba la... Memang best dan enjoy walaupun macam nak tercabut je jantung nie... Laju betul... Oh ye kalau gambar anda diambil anda akan dipakaikan dengan gelang berwarna pink... Aq ada la dapat 3 tapi malas la nak ambil gambar-gambar tu... Konfirm muka lawak giler.. haha pastikan juga anda pakai seluar yang yang tidak berzip ye kalau tak jadi macam awek-awek yang 3 orang tu la, tak dapat nak cuba gelongsor tu... Serius best... Nyok dan Lee ada cuba game kapal macam dalam gambar kat bawah nie... So diaorang ada suggest dekat aq dan kawan-kawan yang lain, tapi cuma Mama, Kamila, Miera dan Joe je yang cuba... Aq dah pening masa tu sebab cuaca panas sangat... So aq cuma snap gambar diaorang je... Tengok pun aq dah pening dah dan hasilnya Miera muntah terus bila naik benda tu... Hehe nasib aq tak join sama...


Hehe nampak cantik pulak dalam gambar...
Senyum.... sebelum pening... haha
Haha enjoy my friends...
Macam best pulak tengok mama naik... hehe
Dah penat bermain air dan game dekat situ so masing-masing dah rasa lapar.. So kitaorang semua plan untuk salin pakaian dan jalan-jalan dekat zoo dalam Lost World tu... Perkara paling spoil aq punya mood hari tu camera la punya pasal... aq tak sangka bateri boleh kong pulak time tu.. Sebab malam sebelum pergi ke Tambun tu aq dah check penuh je bateri kamera tu sebab balik dari Krabi hari tu aq dah cas dan tak guna sangat pun.. Last last lepas snap gambar sampan tu terus "Please release shutter, Recharge bateri"... haha bengang abes la aq time tu... Nasib la kawan-kawan pun ada bawak kamera diaorang so aq jadi model je la hari tu... haha orang je ambil gambar kita kan?? So bila semua dah siap salin baju, aq pergi settlekan barang-barang dekat locker dan terus kitaorang berjalan ke zoo, sambil-sambil tu sempat la snap-snap... hahaha


No Caption
Min & Samprit Ungu
3 aweks...
Aq & Min
Nyok, Joe & Lee
Nyok....
Relax kejap.. Peace bro...
With Miera
Snap2 cepattt....
Depan pintu masuk zoo...
Wan A.K.A Samprit ungu, Miera & Joe
Min, Kamila & Mama
Peace Kamila...
Tukar photograper pulak...
We all here... Credit to akak zoo...
Merak....
Ape ke nama ntah...
lalalalala
white peacock
Biskut Tiger.. hahaha klau pergi pkul 3 dan 4 petang.. dpt tgk show bagi makan rimau nie...
Merak lagi....
Ingatkan burung.. tapi itik... comel sgt bila berenang...
haha banyak kan gambar yang kitaorang snap.. 3 camera digital, dan 2 camera fon... gambar-gambar nie pun setelah ditapis untuk kali ke-3 baru aq upload dekat sini... selesai lawatan di zoo, kami meneruskan aktiviti berjalan kami ke tempat seterusnya iaitu gua ape ntah, aq tak ingat nama dia... gua nie dekat je dengan tempat harimau tu... dalam gua nie tak ada yang menarik sangat... cuma batu dan ada air yang mengalir dari batu-batu tu..


Candid by Miera... 
Loving Couple... 
Peace Cik Kamila...
Sahabat dalam banyak subjek di politeknik... With Kamila Zahrani
Photo by Min..
Hanya Insan Biasa... p/s: Buleh caption tera tu?? hahaha
Mama posing!!!!
Samprit Ungu & Min... 
Joe di dalam Gua...
Jadi Promoter kejap... haha
Mama & Cik Kamila
Joe & Miera... Hehe
Posing dalam gua... Haha
With abg Lee...
Mempromosikan Lampu.. haha
mama lagi!!!
Joeherre...
Sweet dak?? hehe
Sedar tak sedar hampir sejam jugak la kitaorang berjalan-jalan dekat dalam tu, enjoy sangat sampai tak sedar masa berlalu begitu cepat... dah selesai aktiviti dekat gua tu, kita berjalan lagi tengok kucing hutan dan berjalan sehingga ke tempat kapal tadi sebelum menuju ke pintu masuk untuk pulang...


Happy Kamila & Mama
Mama & Joe
Candid... By Miera
Hehehe Tiger Valley
Sahabat Forever...
3 sahabat... 
Amboi Miera macam nak bersanding je gayanya tu... hehe
Hahaha Joe... SU santai saja...
Miera & Samprit Ungu... Panas woo.. Hitam suda speck...
With abg Lee.. 
Jalan dengan awek-awek.. haha
Model-Model Teddy Bear
Peace mama....
Dan sesi bergambar yang terakhir kitaorang di pintu masuk semula... kat sini ada la gambar yang diambil oleh pekerja disini untuk dijadikan kenangan kami bersama... Gambar terakhir yang dibawah nie adalah gambar yang aq scan dari gambar yang telah dicuci... 19 Januari adalah memori terindah buat kami semua... Hari yang penuh gelak tawa dan keceriaan kami bersama... Semoga dapat ulangi saat ini nanti ye kawan-kawan.. Love you all... Hahaha sorry kalau entry kali nie agak membosankan.. banyak sangat gambar.... Thanks for reading... 


Cak?? haha
Nie la duta Lost World yang baru... ehehe
Razali Azizuan.. 
Just Friend... Hehe 
Teman, Sahabat & Kawan untuk selamanya... 
Kredit to apek contract yg jd photographer...
Scan Picture... hehe the end...
(p/s: banyak pulak gambar aq dan cik kamila nie, jangan salah faham, she is not my special girlfriend but a good friend... My love just for u Lia A.K.A Nur Amalina... ^_^ )

Sekian!!!!