Showing posts with label puas. Show all posts
Showing posts with label puas. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Cinta Hati 29 Oktober... Selamat Tinggal Mr.H...



29 Oktober 2014

Setelah sekian lama Mr.H menyepikan diri ini. Hari nie baru la berkesempatan dengan sedikit masa yang ada untuk meng-update sedikit kisah gembira dalam kehidupan.  Ada apa dengan Cinta? Ada apa dengan tarikh yang dinyatakan? Meh Mr.H nak kongsikan buat pengetahuan semua. Selamat datang ke dalam kehidupan Mr.H buat Cik Aein Mushi Comel. Siapa pulak Cik Aein nie? Inilah story yang Mr.H nak kongsikan untuk entry kali nie. Nama diberi Nurul Ain Binti Baharum. Perkenalan yang tidak diduga suatu masa dahulu telah menjadikan hubungan Mr.H dan Cik Aein nie kepada hubungan yg kami sendiri tak menduga akan seperti sekarang.



 

Jom back to da past kejap dimana perkenalan kami bermula. Cuba tengok dekat gambar di atas, pada gambar nie perkenalan kami bermula. Mr.H ada komen untuk mintak izin nak gunakan gambar Cik Aein nie untuk tukar DP Insta Mr.H. Saja ja rasa nak guna gambar orang lain dekat Insta tu. Kebetulan nampak gambar Cik Aein nie comel jugak. So request la untuk mintak izin untuk gunakan gambar dia. Ada 2 gambar yang Mr.H pilih. Diantara 2 gambar tu gambar yg kiri seperti yg tertera di bawah nie Mr.H gunakan untuk DP Insta Mr.H.





Lepas dah bertegur dan pinjam gambar nie. Ada jugak la tegur menegur dari Cik Aein nie dekat wechat bertanyakan tentang handphone je. Memang tak ada la topik-topik berkaitan perasaan nie sebab mode berkawan je masa tu. Tapi siapa sangka kan akan terjalin suatu hubungan yang tak diduga. Pernah jugak hati nie terdetik "kalau la dia jadi awek aq", dan akhirnya pada 29 Oktober 2014 tercapai jua apa yg diharapkan. Selama berkenalan dengan lebih mendalam nie, masing-masing mengharapkan yang terindah dalam hubungan nie. Apa yang kita harapkan tak semuanya akan bisa jadi kenyataan, kerana sebaik-baik perancangan itu adalah datang dariNya. Mr.H mendoakan yg terbaik utk hubungan nie ye sayang.




Semalam Cik Aein nie ada la men-story-kan sedikit tentang Mr.H kepada Mamanya. Feedback yang dapat Alhamdulillah respond yang baik dan suatu petanda yang baik jugak untuk berusaha mendapatkan Cik Aein ini dengan cara yang sebaiknya. Apa yang Mr.H plan sekarang cuma nak kerja dan simpan duit cepat-cepat. Tak nak buang masa takut apa yg digenggam terlepas kepada yang lain. Cinta tu mesti la dah ada kan? Cuma nak lagi best bila dah halal bersama. Lagi sweet kot? Insha Allah. Semoga ini sebaik-baik pilihan hati buat Mr.H dan keluarga. Welcome to my heart Nurul Ain. Love You dear. Selamat tinggal kenangan lalu. Izinkan daku mulakan hidup yang baru dengan insan ini. Terima kasih utk segalanya. Mungkin ini penutup buat Mr.H. Selepas ini tiada lagi Mr.H di dalam entry akan datang. Mr.Apit akan menggantikan Mr.H disini. 


 


Thanks for reading. Entry baru bersama orang yang baru.  Mr.Apit & Mrs.Aein...

Tuesday, August 12, 2014

Daku Kembali Merncoretkan Disini...



Lamanya tak mengupdate apa-apa kat blog tersayang nie. Dan tahun nie merupakan tahun yang paling malas buat Mr.H disebabkan pelbagai aktiviti dalam kehidupan nie. Dari habis study, menganggur, kerja dengan abang Mr.H seketika  then kerja di Prai Power Plant sampai la sekarang nie sambung training di UUM Sintokyo nie. Seriously tahun 2014 nie adalah tahun yang teramat sibuk la.

Update yang dijanjikan iaitu Koh Lipe For Da Second Time pun tak sempat nak update lagi sebab nak mengadap laptop nie pun rasa malas yang amat la. Bila on ja confirm layan movie saja. Then shut down. Facebook pun dah semakin Mr.H tinggalkan sebab masa dan malas nak mengadap lama-lama. Cuma yang aktif sekarang hanya di :


  1. Instagram- pena_jiwa23
  2. Wechat- samprit_ungu
  3. Whatsapp- mintak ler no I ok?... hehe


Entry nie pun sebenarnya malas nak update. Tapi disebabkan Mr.H bosan mengadap suasana bosan dalam makmal komputer nie so menaip la kejap. Oh ye cerita di UUM Sintok nie. Mr.H bukan la sambung buat degree ke ape cuma ada training untuk aplikasi fon. So selama 3 bulan nie memang Mr.H stay dekat sini la dan sekarang nie dah sebulan lebih Mr.H berada disini. Aplikasi fon yang Mr.H study kat sini macam game-game yang anda download kat Playstore dan Apps Store tu la. Tu la tujuan program nie sebanarnya. Tapi rasa lawak pun ada sebab memang tak ada kena mengena langsung dengan kos yang Mr.H belajar dulu. Memang main redah je nie.

Diharapkan selepas program nie maka hadirlah wahai kerja-kerja yang akan membina masa depan Mr.H. Dah umur 22 tahun dah tapi masih tak menetu lagi arah tuju kehidupan. Risau jugak. Insha Allah ada la kot nanti. Cuma tak  sampai lagi masa untuk rezeki tu hadir. Rasanya cukup la buat masa nie nak merepek dekat sini. Nanti ada masa Mr.H story lagi. Sekali lagi maaf dari Mr.H atas kesepian blog nie. Mood raya masih ada kot? Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berpuasa 6 dibulan syawal.

Sekian Coretan Hati...

Wednesday, December 11, 2013

Cerita Balik kampung.. Bateri Handphone Clone...



Hai, dah lama rasanya Mr.H tak update cerita diari kehidupan Mr.H kan? Asyik berjiwang dan dengan puisi saja. Hari jumaat yang lepas Mr.H dan Akak sekeluarga balik ke Kedah. Ye la, sedar tak sedar dah lebih dari sebulan Mr.H menetap di Manjung nie... Memang tak sabar sangat nak balik sebab dah rindu sangat kat mama walaupun baru je 2 minggu lepas mama ada datang kat sini... Lagipun nak hilangkan stress la bila abang Mr.H macam marah je bila Mr.H stay kat sini. Target Mr.H memang nak terus menetap disini je. Macam malas dah nak kembali ke Penang dan Kedah untuk kerja kat sana. Tapi tak tau la kan kalau rezeki Mr.H ada kat sana..

So dalam pukul 7 malam jugak la kami bertolak dari Manjung nie sebab akak baru habis kerja. Penat wooo balik dari kerja terus balik kampung... Tapi masa-masa macam nie je la nak curi untuk balik pun. Sepanjang perjalanan Mr.H hanya melayan instagram je sambil gelak tengok gambar-gambar sahabat di Instagram. Lebih kurang jam 12 tengah malam baru kami selamat sampai di Kuala Nerang, Kedah. Mama dah tidur masa kami sampai. Cuma abah je masih berjaga sambil menonton tv. Penat memang penat. Mengantok pun ada tapi sempat lagi la Mr.H masuk dapur dan makan nasi. Hehe selera bila balik rumah mama nie...

Keesokkan harinya, sabtu pagi masuk dapur terus salam dan peluk mama. Rindunyaaaaa... Kebiasaannya macam tu la. Sebab Mr.H antara anak mama yang tak pernah tingggal di asrama so memang rapat la dengan mama. Pagi tu jugak dekat 5-6 kali mama cakap "hang pi potong rambut". Mr.H gelak je sebab memang sayang nak potong rambut waktu zaman belajar nie. Panjang tu memang la panjang dan bila bangun pagi macam rupa singa pun ada... Hahaha so dah siap mandi dan ready nak pergi potong rambut. Tapi motor pulak tak ada sebab abah bawa pergi ke kebun. 

So mintak kunci gebu(kereta mama) la nak drive. Dah lama Mr.H tak drive so bawak je la. Memang rasa lain sangat sebab rasa takut tu still ada lagi... Sampai je kat kedai gunting rambut kena pulak tunggu hampir 1 jam sebab ramai pulak yang mewarna rambut hari nie. Siap je potong rambut terus balik rumah dan mandi... Aktiviti petangnya cuma ber-dating dengan mama je la sambil makan buah pelam yang di petik kat pokok depan rumah nie. Mama ada jugak cerita ada orang mengandung mintak buah pelam(mangga) dekat depan rumah nie. Mengidam. Alhamdulillah pokok nie pun selalu je ada buah dan dapat jugak orang dekat taman nie merasa. Hope buahnya tak pernah putus dari terus berbuah.


Memang best pekena dengan kuah rojak Mak Bee.... Sedap!!!
Keesokan paginya, Mr.H dah pergi ke bank untuk keluarkan duit mama. Sememangnya Mr.H la akan diberi tanggungjawab untuk keluarkan duit dari account nie. Masa dalam perjalanan ke Bank tu. Ada la ternampak seorang awek nie dari jauh. Tapi Mr.H tak sure la samada betulkah si dia atau Mr.H yang tersalah pandang. Bila update di instagram. Rupanya memang si dia.Dia komen "rasanya macam nampak cik abg nie td, hehe...  Salah seorang sahabat di Instagram. Cantik orangnya. Mr.H tak perasan sangat wajahnya tapi seluar jeans yang dipakai itu yang membuatkan Mr.H teringat pada si dia... Insyaallah nanti kita bertegur sapa dan berborak-borak ye dik...

Awal jugak kami bertolak balik sebab kalau balik petang takut hujan malam pulak di Manjung nie. So sebelum balik ke Manjung, kami singgah dulu di Kedah Medical Center(KMC) untuk ambil duit claim bila anak buah masuk dekat sini hari tu. Selesai je kat situ kami bergerak ke Sentosa. Kat sini adalah pusat / gedung telefon bimbit yang besar di Alor Setar. Ala macam low yat tuuu... Buat apa kat sini? Ceritanya malam sebelumnya, Mr.H ada meng-google nak cari info samada bateri original boleh tak digunakan untuk handphone clone. Maklumlah, Mr.H guna handphone clone je.


Kedah Medical Center (KMC)
Akhirnya maklumat yang dicari dapat jugak. Yup. Boleh guna bateri ori pada handphone clone tapi kena tengok jugak kesesuaian dari saiz, power support dan jenis handphone jugak. Macam Mr.H nie guna handphone Samsung Galaxy Grand GT-19082 tapi clone Malaysia bukan Taiwan ye. Lega bila tukar bateri sebabnya dulu dekat 10 kali sehari cas handphone nie. Baterinya macam orang tengah penat berjogging minum air mineral je. Memang cepat cas dan cepat kong... Lepas je selesai di Sentosa, kami bergerak ke Perkarangan Stadium Darul Aman untuk beli barang-barang sekolah anak buah sempena karnival kembali ke sekolah...


Kiri Bateri Clone dan Kanan Original... Memang berbeza...

Bateri dah dapat ... Kita minum dulu... Favourite...
Sepanjang perjalanan Mr.H just tengok je kereta kat sebelah kiri, macam-macam ragam boleh tengok, ada yang si isteri tengah lena, couple bermanja dan macam-macam lagi la. Jam 3:00 petang kami singgah di RnR Bukit Merah untuk lunch di KFC. Ramai jugak orang singgah masa kami sampai. Selesai je makan terus continue perjalanan dan pit stop di RnR Taiping pulak untuk Solat Jamak Zohor dan Asar di situ...Lebih kurang jam 5:00 petang kami sampai di Manjung, Perak. Mak aiii memang penat... Tak sempat nak masuk rumah lagi mama dah call tanya samada dah sampai ke belum...


KFC pulak... Memang tak sihat la sebulan nie asyik bantai fast food macam nie je... Hehe
Seriously dapat balik dua hari pun dah cukup happy bila dapat menatap wajah mama dan habiskan masa mendengar cerita dari mama disamping hal tak diduga bertemu dengan rakan instagram. Memang suatu kenangan yang best la. Entah bila nak balik Kedah pun tak tau la sebab macam lambat lagi je nak balik sana semula.... Apa-apa pun fokus kembali mencari kerja sampai dapat dulu... Maaf kalau entry nie panjang dan membosankan... Tulis diari memang suka merepek 2-3kilo baru best... Thanks for reading dan support Mr.H disini, Instagram dan Fan Page Diari Samprit Ungu di Facebook.... 

Sekian Coretan Hati....

Thursday, November 14, 2013

Selamat Hari Lahir Miss.Lia. 12 November 2013. Best memories for Mr.H...


Hai semua, tetiba rasa nak update something pulak. Pada 12 November 2013 adalah saat yang Mr.H nantikan la untuk bulan november nie. Nak tau kenapa? Of course la itu adalah tarikh lahir Miss.Lia.... Kalau yang mengikuti blog Mr.H nie of course dah kenal kan siapa orangnya? Kalau yang baru boleh la usya-usya entry dalam bulan Januari-Febuari 2013.... Banyak kisah Miss.Lia disitu. So Mr.H sebenarnya risau jugak takut terlambat wish dekat Miss.Lia nie sebab 11 November 2013, pada malamnya Mr.H masih dalam perjalanan dari Kedah ke Manjung,Perak.

Takut lambat sampai nanti lambat la nak dapat online dan lambat jugak la nak wish kan? Alhamdulillah la Mr.H sampai lebih kurang jam 11:30 malam, terus on laptop dan buka facebook.Ye la dekat facebook je la Mr.H nak ucapkan pun sebab tak ada no hanphone Miss.Lia nie. Dulu ada dia bagi tapi kejap dah tak guna no nie la, last-last terus lost contact dekat fon. Lebih kurang jam 12:10 pagi Mr.H wish dekat wall dia. Cer tengok gambar kat bawah nie... 



Lega rasanya hati dapat jugak wish kan reminder dekat hanphone nie pun lambat je bunyi. Nasib reminder di hati nie tak pernah melupakan. Haha jiwang pulak ayat Mr.H nie. Badan pun dah penat. Tak ada ape sangat nak melayan facebook dengan penat perjalanan 4 jam dari Kedah nie. Keesokan paginya Mr.H ada dapat 1 panggilan dari no yang tidak Mr.H kenali. Selalunya Mr.H memang tak kan angkat tapi risau jugak kalau-kalau panggilan penting dan kecemasan ke so angkat jugak la. Dengar macam suara perempuan je. Tapi still tak boleh nak teka sebab tak tau nak agak siapa yang call...

Tapi bila dengar orang tu ketawa je dah dapat tau Miss.Lia rupanya. Ya Allah, rasa happy sangat bila dapat dengar suara dia... Dia call no celcom Mr.H so Mr.H sms la no maxis Mr.H dekat dia dan dia call semula. Maklum la birthday girl. Maxis bagi la call free 1 hari. So berborak la kami berdua dengan cerita kehidupan masing-masing walaupun tak begitu lama perbualan kami berdua tetap menceriakan hari Mr.H sebenarnya. Mungkin dah terlalu lama masing-masing menyepi dan dunia Mr.H pun sunyi je sebab memang status single nie macam nie agaknya. Tambahan pulak Mr.H nie kurang berkawan.

Memang nak dengar sms masuk dalam inbox tu  jarang la kecuali operator celcom atau maxis je yang selalu hantar. Apa-apa pun bagi Mr.H ia adalah suatu kenangan yang Mr.H nak pahatkan di blog nie buat kenangan yang terindah Mr.H dalam bulan November nie. Sekali lagi Mr.H ucapkan Selamat Hari Lahir Miss.Lia, Nur Amalina, Dahlia Darius dan Nina... Walaupun orang yang sama je dalam 4 nama tu bagi Mr.H kesemuanya dah cukup untuk mengisi kekosongan hati nie dengan sedikit sinar keceriaan dari kesunyian yg berpanjangan. Insyaallah impian Mr.H cuma 1 je. Dapat duduk semeja dan minum bersama pun dah cukup dah. Mungkinkah akan jadi kenyataan? Kita nantikan bersama... 

Setakat itu sahaja update yang simple dan ringkas dari Mr.H.... Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati...

Saturday, June 22, 2013

"Jangan Paksa Aku"


Hai masih lagi sempat untuk jari ini meluahkan rasa disini. Tengok tajuk macam geram je kan? Memang geram sangat pun. "Jangan Paksa Aku", macam tajuk novel pulak. Hahaha sempat lagi nak cerita bab novel tu. Ish ish ish.. Sebenarnya macam nie, Mr.H tak suka la bila kena paksa buat sesuatu yang Mr.H tak minat. Kalau korang pun mesti tak suka kan bila kena paksa macam nie. 



Bukan la nak kurang ajar tapi fikir la perasaan orang lain jugak kan? If nak buat something tu jangan la terlalu kejar duit sangat. Ye tau, berniaga nie memang boleh dapat banyak duit tapi tengok la keadaan jugak. Macam Mr.H nie kan masih lagi study. Tambahan pulak semester akhir nie lagi la pack jadual nie so mana la ada masa nak setup semua benda dalam berniaga nie. Lagipun minat tu 'ZERO' la.

Kalau boleh pun rasanya bila bulan 12 nanti la baru free dari study nie mungkin boleh la cuba-cuba buat. Tapi sekarang nie fokus Mr.H cuma nak habiskan 4 paper final nie je. Hope tak nak la fokus nie terganggu dengan desakan untuk libatkan diri dengan perkara yang Mr.H langsung tak minat. Nanti lain jadinya. Menyesal nanti tak guna dah. Seriously memang rasa tertekan la dengan arahan buat itu buat ini. Hadoi, rasa macam nak jerit "Aku nak bagi habih study dulu laaaaa", tapi tak ape la. Jerit dalam hati suda. Malas nak bising-bising.

Hope mama boleh la nasihatkan anak dia yang sorang tu supaya jangan ganggu Mr.H nak fokus study bagi habis dulu. Bukan masanya lagi untuk buat semua tu. Memang la betul cakap orang. Kita nak mulakan sesuatu perniagaan kena mula dari awal. Tapi untuk Mr.H nak fokus dua perkara dalam 1 masa, Mr.H tak mampu la. Mr.H bukan jenis macam tu. Hope orang tu faham la. Tadi dah mengadu kat mama dengan abah. Tak tahan sangat la bila rasa pressure macam nie. Mr.H nak fokus study je sekarang nie. Bukan fikir tentang kerja lagi. Tolonglah faham. 

Maaf luahkan disini. Sebab bukan ada sesiapa yang akan dengar pun apa yang Mr.H nak. Serabut sangat walaupun baru nak mulakan semester baru nie. Hope lepas selesai 1 perkara nie. Stop cakap pasal projek bisness tu atau nak angkat call pun Mr.H dah tak mau. Ingat la. Tak semua orang ada minat yang sama dengan kita, kalau tidak semua yang ada di dunia nie nak jadi yang sempurna kan? Memang semua orang nak berjaya. Tapi setiap orang ada corak kehidupan masing-masing dan hormati kehendak orang lain jugak. Thanks for reading..

Sekian Coretan Hati...

Saturday, April 20, 2013

Ceritaku 14-18 April 2013....


Salam,

14 April 2013

Kalau nak ceritakan permulaan hari nie rasanya dah Mr.H letakkan dalam entry sebelum nie... Mama dan abah Mr.H dah selamat bertolak untuk menunaikan umrah... So untuk entry kali nie, Mr.H mulakan dengan selepas hantar mama dan abah tu. Dalam jam 5:10 minit pagi Mr.H dan Kakak balik ke rumah. Terus Mr.H on laptop dan tulis entry sebelum entry nie.. Bukan ape, mata nie mengantok tapi kalau tidur memang tak pergi kelas la jawabnya.... Online je la sampai masuk waktu subuh, terus pergi mandi, solat dan balik ke Jitra... Alahai, mood nak balik pagi nie rasa slow sangat... Bawak moto pun perlahan dan malas giler. Tak seperti selalu... Hampir 1 jam baru sampai.. Nampak tak tahap kemalasan tu? hehe selalunya 30-40 minit je. Sampai je rumah sewa, sapu sampah sikit dan pengang nota untuk study re-quiz Microwave System. Tapi mata nie asyik layan karoot Komedia X yang baru download dekat Tab... Hahaha biasa la student engineering memang macam nie caranya study... dalam pukul 8:10 pagi handphone no celcom bunyi. Hai sape pulak sms pagi-pagi nie... Rupa-rupanya En.Entrepreneurship yang sms bagitau yang dia nak buat test 2 tajuk Sources of Capital and Support System... Terus Mr.H foward sms tu kat Cik Pieja... Macam biasa sahabat baik kan? so kena la bagitau informasi nie.. Masa baca sms kat inbox no celcom tu, terbaca balik sms-sms dari Miss Lia semalam, hadoi lawak betul... sweet habis la... dah macam twitter dah rasanya... Ending setiap sms yang Miss Lia nie hantar ada je kata-kata yang buatkan Mr.H tergelak... Well Mr.H la mulakan kata tu. Tak sangka boleh pulak jadi sweet macam tu... Best jugak dapat berborak dengan dia semalam.... Dapat lepas rindu nak dgr suara sebab dah lama tak skype dengan dia... Semoga account skype aariz.danial akan online kembali lepas nie... 

suka baca ayat-ayat dalam kotak merah tu... hehe

So kelas pagi nie postpone pukul 10 pagi. Tapi pukul 9:00 pagi Mr.H dah sampai ke poli. hehe nampak tak semangat tu? Chewah. Tak ada la. Saja pergi awal sebab tak nak mata nie terpejam kat rumah sewa tu. Lagipun Cik Kamila sorang-sorang so Mr.H temankan la dia study sambil breakfast sama-sama... Cik Pieja tak dapat join sebab dia tak nak ambil re-quiz dah. Dah selesai makan terus masuk kelas dan ready untuk re-quiz. Selesai je kelas terus ke bilik lukisan 1 untuk test Entrepreneur. Soalan boleh tahan la.. ada susah dan ada senang. Mood Encik tu macam tak ok je. Macam tak happy. Selalu tak macam tu... Gaduh dengan bini k0t? hahaha memandai je Mr.H berteka teki... Dia ada bagi assignment dan masa tu dia pandang je mata Mr.H. Encik marah ek?? SORRY la Encik... Bukan niat nak ponteng pun... Migrain teruk sangat hari tu... Baru sekali je tak datang kelas... Hadoi... So lepas kelas Entrepreneur, Mr.H dan Cik Pieja ke pejabat Hal Ehwal Pelajar sebab Cik Pieja nak ambil sampul transkrip untuk konvo... Bila tanya je dekat orang kat HEP tu diaorang buat layan tak layan je.. Biasa la... HEP memang macam tu.. Ramai dah komplen pasal layanan teruk staff dekat situ tapi tak ada tindakan jugak dari semester 1 sampai sekarang... Last-last Cik Pieja bebai dan terus blah. Pastu kitaorang pergi ke Unit Exam pulak sebab tadi Cik Pieja cakap dia confused samada HEP atau Unit Exam... Dan akhirnya sampul tu ada kat Unit Exam la... Hadoi, gelak je la kami berdua bila salah informasi. Masa tengah berjalan tu rasa macam ada sesuatu je kat speck nie, laaa bulu mata gugur lagi... Ada orang rindukan Mr.H ke?? Kalau ada terima kasih ye... Mr.H pun rindukan kembali kepada orang tuu... hehehe Jam baru pukul 12 lebih, rasa macam awal lagi nak balik pun... Kesian jugak tinggal Cik Pieja sensorang... Selalu Cik Kamila teman... Tapi hari nie dia balik rumah  pulak Cik Kamila nie... So berborak je la kami berdua sampai la datang geng klas DEP6A kat tempat duduk kitaorang... Hehehe kacau daun betul... tapi best jugak ada diaorang kejap... Ada je lawak diaorang nie... Dalam pukul 12:50 tengahari, Mr.H balik rumah dan Cik Pieja pun keluar beli nasi bungkus... So kitaorang janji la nak jumpa balik lepas tu.. Mr.H ingat tak nak balik dah tapi buku math pulak ada dekat rumah so memang kena balik jugak la... Sampai je rumah, mandi dan kemas beg, terus datang poli balik. So call Cik Pieja dan kami sekali lagi lepak di Bengkel Pendawaian pulak. Banyak sungguh masa dihabiskan bersama sahabat nie... Antara topik yang berborak pasal family la.. Mr.H just dengar je cerita Cik Pieja nie.. Macam la Miss Lia pun lebih banyak Mr.H dengar je dari bercakap... Dan sekali lagi jugak geng kelas DEP6A nie mucul kat tempat kitaorang duduk... Hahaha siap tanya lagi "wan, hang couple dengan pija ka?". Mr.H jawab "dak aihh, kami kawan ja". Memang orang yang tak kenal mungkin akan anggap kami berdua nie Couple sebab selalu nampak kami bersama. Nak buat macam mana. Dia je kawan yang memahami watak Mr.H nie macam mana... Susah nak dapat kawan yang 1 kepala dengan kita nie... Couple dengan dia?? Mungkinkah??? Tak k0wt... Dia dan Mr.H lebih sesuai berkawan... Sebab Mr.H ada buat analisa sikit-sikit la, tentang Mr.H dan Cik Pieja nie... Peratusan untuk kitaorang lebih dari sebagai kawan baik adalah tipis... Sekian... Hahaha hati Mr.H nie untuk orang lain la rasanya... Dalam mimpi macam nak nampak dah tapi kabur-kabur lagi... Siapa la agaknya pemilik hati nie ye? hehe tak pe Mr.H sabar dan tunggu je orang tu datang sentuh hati nie.... Hope salah 1 dari mereka yang terindah nie la.. Amin... Doaku setiap hari.... Haaa aktiviti petangnya Mr.H tertidur sehingga magrib... Akibat terlalu mengantok dan penat... 3 jam je tidur semalam memang tak cukup la... Malamnya tiada aktiviti menarik Mr.H buat kecuali melayan lagu-lagu di handphone je la... Facebook tak online pun guna handphone hari nie.. Malas... Rindu la kat Miss.H dan Miss Lia.. Ape diaorang tengah buat sekarang ye? Mr.H teka... Miss Lia dah tidur dan Miss.H buat assignment... Confirm betulll.. hahaha macam la Mr.H nampak diaorang berdua... hahaha da macam gila bayang pun ada dah... "Hembusan nafasku yang membawa sejuta rindu ku sampaikan kepada mereka dengan penuh harapan agar dirku tidak akan dilupakan walau sesaat diingatan mereka, Insyaallah semoga aq jua berada dalam luahan doa mereka setiap hari. Amin". Selamat Malam... (12:30 pagi 15 April)

15 April 2013

Pagi nie Mr.H terjaga dari tidur awal 5 minit sebelum alarm berbunyi. Terus bangun dan solat subuh. Selesai je, terus kembali terbaring dan tengok handphone. Ada sms yang tak sempat Mr.H balas kerana terlelap. Mengantok dan penat sangat agaknya... Dalam pukul 8.05 pagi terus capai tuala dan mandi. Entah kenapa rasa malas je pagi nie... Alahai, mata nie pun macam malas je nak bukak. So dah siap je terus pakai baju bengkel dan bertolak ke poli dengan kawan-kawan. Sampai je kat poli, terus menuju ke banggunan tingkat 7 sebab sepatutnya hari nie ada amali di makmal. Tapi Puan Ju cancel dan tukar kepada buat presentation chapter 6... So group Mr.H adalah group pertama kena present dan Mr.H orang terakhir yang akan present... Part paling bengang time Mr.H present, kawan group Mr.H semua kembali ke tempat duduk kecuali kawan projek akhir Mr.H je ada kat sebelah Mr.H. Hadoi, teruk punya perangai. At least dah nama pun group presentation so biarlah semua selesai dulu baru duduk. Sebab tu Mr.H selesa berkawan dengan budak bukan melayu. Lantak lah... Masing-masing punya perangai. So selesai je kelas Puan Ju, terus Mr.H ke taman siswa cari makanan untuk Lunch. Menu hari nie, daging merah bersama bergedel dan air hijau(rasanya air F & N k0t). Daging merah nie sebenarnnya tak suka sangat sebab pernah beli dulu rasa masin sangat-sangat... Tapi masa makan dengan Cik Pieja dan Cik Kamila hari tu, ok pulak rasanya... Memang best. Lagipun jemu je tengok ayam bakar tu. Errr... Selesai je makan terus lepak dengan budak rumah sewa sampai la kawan Mr.H (min) balik dan bagitau kelas Circuit Analysis jam 2:00 petang dibatalkan. Fuhhh best sangat-sangat sebab mood tengah malas tu dah dalam 70% dah masa tu... So aktiviti petangnya cuma layan movie dan tidur je la... Alahai nikmatnya hidup sebagai students. hahaha jam 5:05 petang Mr.H terjaga dari tidur dan terus solat asar. Selesai je apa lagi, terus keluar cari makan malam la... Awal kan? Hehe selalu memang macam tu... So menu hari nie Nasi Goreng Ayam dan air Barli ais... Hehehe tapi terkejut jugak la masa beli tu, cepat sangat makcik tu masak. Ada dua orang awek poli nie pun order makanan jugak tapi diaorang datang dulu la sebelum Mr.H sampai. Last-last Mr.H punya pesanan yang siap dulu. Diaorang pandang je... hahaha sorry I am regular customer here... lalalala... terus balik rumah makan sambil tengok movie... Tabiat biasa la kat rumah sewa nie... Sambil-sambil tu buka jugak facebook dekat handphone dan ada la komen dari kakak yang pesan macam-macam kat status Mr.H tu... Hehehe jangan risau la.. I am 20 years old and going to be 21 on 8 July 2013... Bukannya budak-budak lagi... Malamnya jam 8:00 malam, Mr.H ada tengok handphone, senyap je. Tak ada sms dari group trio nie... Diaorang nie lupa ke yang kita ada Case Study 2 nak kena bincang sama-sama. So terus send mesej kat dua-dua awek nie... Sorang reply dan sorang lagi senyap... Cik Pieja cakap dia terlupa dan pukul 8:30 dia datang ambil Mr.H kat rumah sewa dan buat discussion dekat kedai Football Mache. Yang Cik Kamila nie dia cakap pukul 9 dia sampai sebab ada hal sikit... So berbincang la kami berdua dia kedai tu... Rasa tak selesa pun ada jugak sebab agak bising dekat situ dan mata-mata yang memandang pun ramai... Tambah-tambah budak lelaki yang duduk dekat meja belakang Mr.H duduk. Asyik usya je Cik Pieja nie... Hadoi, yang Cik Pieja nie pun tak bagitau, kalau Mr.H tau memang dah tukar tempat dengan dia... Tak suka jugak orang pandang lebih-lebih bff Mr.H nie... Teeettttt.... Macam jeles je bunyinya... Memang pun... Mana boleh tengok lama-lama... Hahaha gurau je la... dalam jam 9 malam Cik Kamila pun sampai... Time Cik Kamila sampai je, saja ja Mr.H tengok dekat meja kat sebelah tu... Awek-awek tu pandang je... Ingat Mr.H dating dengan Cik Pieja ke? Sorry ye, kami sentiasa bertiga je. Jarang sangat nak berdua-duaan nie... Haha Pukul 10.30 malam Cik Pieja hantar Mr.H balik rumah sewa... Serius penat sangat... dan tidur pun awal sampai buat sahabat Mr.H nie tertunggu sms balasan dari Mr.H sampai jam 5 pagi... Hadoi rasa bersalah je. Memang selalu sms Mr.H akan tertidur macam tu kalau penat sangat... hehe Sorry tau sahabat.... Berakhir sebuah hari yang kisah harian kehidupan seorrang lelaki... bersambung pada esoknya...

16 April 2013

Pagi nie Mr.H terjaga awal dan terus solat subuh. Lepas solat subuh baru perasan ada sms yang tidak berbalas oleh Mr.H kat sahabat nie... Hadoi rasa bersalah la, tapi nak buat macam mana, balik dari jumpa Cik Pieja dan Cik Kamila memang penat sangat... So kelas pagi nie start pukul 9 pagi... Tapi 8.30 pagi Mr.H dah sampai kat poli, masa sampai dekat pintu pagar tu ada la tengok budak semester berapa entah kena saman dengan ketua trafik poli (pensyarah famous dekat poli nie) sebab tak ada stiker kerendaan rasanya... Masa dekat tempat parking tu Mr.H dapat sms dari Cik Pieja "Awainya wan mai. hehe". Hairan jugak sebab tak nampak pun bayang-bayang Cik Pieja nie... Rupa-rupanya dia pun sampai awal pagi nie dan tunggu kat dalam kereta. Sms la kejap sementara nak jumpa dalam kelas jap g. Chewah.. kalah orang bercinta... hahaha well sahabat macam tu la... Mr.H terus naik tangga sampai la ke tingkat 5 dan tunggu kat koridor tu. Dari jauh nampak awek yang sms Mr.H tu berjalan... So Mr.H pun tunggu la dalam kelas sorang-sorang sementara kelas nak mula... Sampai je Cik Pieja kat kelas macam biasa la sembang-sembang dan bergurau tu perkara wajib la... Ada ja cerita kami berdua... So kelas pagi nie cuma buat test saja... Dan habis je kelas terus Mr.H balik rumah sewa. Lagipun kelas berikutnya pukul 4 baru bermula... Sempat jugak la terlelap kejap... dalam jam 2:30 petang Mr.H dapat sms dari Cik Pieja bertanyakan tentang assignment Case Study yang belum siap... So Mr.H ajak la Cik Pieja datang poli awal. Dalam jam 3:20 dah nampak Cik Pieja sampai dan terus berjalan sama-sama ke banggunan tingkat 5... So Cik Pieja on la laptop dia sebab nak minta Mr.H check report projek yang dia dah siap buat. Sambil-sambil tu macam-macam jugak la topik yang kami berdua berborak sampai orang bunian pun jadi cerita kami berdua... Seronok dapat habiskan masa berdua macam tu... Plan nak buat Case Study dah tersasar... hahaha dalam pukul 3:45 petang, Cik Kamila dan geng rumah sewa Mr.H pun sampai. Hadoi kelas petang nie bosan giler, cuma buat revision je... dah la total student pun 6 orang je yang hadir... Rasa menyesal pulak datang.... Habis je kelas terus balik rumah sewa dan solat asar. dalam pukul 5:30 petang terus Mr.H balik ke rumah mama untuk start enjin kereta seperti yang mama pesan... Sebelum nak balik of course la beli makan malam siap-siap. Nasi lemak royale tapi kuah asing... Bukan apa, takut nasi tu tak sedap plak bila lama sangat letak kuah. So sampai je rumah dan buka pintu. Rasa seram pun ada bila tengok dalam rumah nie... Gelap je... Biasa la rumah tak ada orang memang rasa macam tu. So terus letak beg dan ambil kunci kereta untuk panaskan enjin... Lepas tu tengok pokok bunga kertas mama Mr.H dan pokok pegaga tu macam kering semacam je so siram la kejap... Pokok bunga kertas tu dah macam bongsai dah Mr.H tengok. Umur dia pun rasanya hampir sama dengan umur kakak Mr.H... Memang dah tua sesangat dah pokok tu. Untuk aktiviti malamnya tak ada apa sangat Mr.H buat kecuali menaip entry jiwang sebelum entry nie la... Time sunyi nie mudah nak dapat Ilham bila terlalu rindukan orang yang kita suka... Sambil-sambil tu Mr.H buat assignment tamadun islam sehinggalah membawa mata ini terlelap jam 2:30 pagi...

17 April 2013

Pagi ini dikejutkan dengan kesejukan pagi dan bunyi hujan yang turun... Hujan?? Alamak macam mana la nak balik kalau keadaan hujan nie... So sementara nak tunggu hujan reda tu Mr.H print out la assignment yang dah siap sejak malam tadi.... Dalam 8:30 pagi tu hujan masih lebat... Ini tak boleh jadi nie sebab walau macam mana pun Mr.H kena balik jugak ke Jitra sebelum pukul 10 pagi. So dah siap print out, mandi dan check keseluruhan rumah sebelum bertolak balik. Well nak buat macam mana... Hujan pun terpaksa redah je la dengan pakai baju hujan... Tapi agak gila jugak la Mr.H nie bila hujan-hujan nie laju pulak bawak motor. Selalunya kalau hujan nie dalam 60 km/j je, tapi kali nie dekat 100 km/j. Mungkin trauma bawak moto time hujan dah makin hilang agaknya... Alhamdulillah selamat jugak sampai dekat rumah sewa pukul 9:45 pagi sebelum bersiap untuk ke kelas jam 10 pagi... kelas pagi nie bosan je sebab badan Mr.H dah mula panas kerana kena hujan.... Tengaharinya beli nasi bungkus. Nasi dan ikan Rm7??? First time beli nasi rasa mahal gila... Selalu paling mahal pun Rm6.00 je... Serius kedai tu Mr.H tak mau pergi dah... Memang cekik darah sikit awek pendek tu... Tengok muka pun rasa macam nak sepak ulang alik je rasanya... So lepas makan terus layan movie je sehingga tertidur. Sehinggalah jam 3.30 petang kawan masuk bilik Mr.H bagitau ada kelas ganti jam 4.00 petang... Kepala hotak kau bagitau Mr.H lewat-lewat macam tu... Memang bengang sangat sebab time tu dah memang time rehat Mr.H dan tak nak diganggu... Boleh pulak bagitau kelas ada last-last minit macam tu... Mood memang dah tak ada nak pergi pun.. tapi pergi jugak la sebab ada slide presentation yang tak persembahkan lagi kat ustaz... Hadoi. Last-last ustaz cakap tak payah present dah... Fuhhh lega... dan masa kelas tu ustaz cuma dapatkan tajuk-tajuk penting untuk final test keesokkan harinya saja... Fuh lega... Balik je terus solat asar dan sambung layan movie je sehingga malam... Aktiviti malamnya cuma selesaikan End Of Chapter Data Communication sehingga jam 2.00 pagi sebelum mata ini dibawa belayar mimpi... hari yang memenatkan... *opss maaf atas penggunaan perkataan yang tidak sopan diatas... Terlepas geram kat situ pulak.. Ahaks... hehehe

18 April 2013

Pagi nie dimulakan dengan alarm fon yang vibrate di telinga nie. Selesai solat subuh terus pergi mandi dan bersiap untuk ke poli.. Hari nie ada test tamadun islam jam 8:30 pagi di bilik kuliah 40 iaitu bilik yang digunakan oleh pelajar Akauntansi. Fuhhh dah la sempit je kelas budak akaun nie. Ustaz pulak pergi gabung pelajar dari dua kelas dalam satu kelas je... Dah macam ikan sardin je rasanya... Soalan test banyak guna logik akal je... so dalam 20 minit je 1 kelas siap jawab. Ingat nak study la kejap untuk kuiz Circuit Analysis. Last-last Min bagitau yang kelas Circuit postpone pukul 1 tenghari... Yahoooo... terus balik rumah sewa dan berehat sambil makan nasi lemak dan air justea kotak purple.... Hehehe nak jugak warna purple tuuu... Sambil makan memang tak sah la kalau tak tengok movie. So dah siap makan terus sambung tulis end of chapter yang nak kena hantar hari nie. Jam 1 petang. Mr.H dah sampai poli dan tak ramai sangat student yang ada.. Banyak yang dah balik kampung minggu study week nie... Kelas petang nie cuma habiskan kuiz 5 je. Tapi bising jugak la Puan tu sebab 1 kelas tak tau nak jawab soalan yang dia bagi tu... Memang susah pun... So selesai kelas Mr.H tak balik lagi tapi temankan Cik Pieja kejap sambil perhatikan gelagat 3 orang students sem 5 nie... Lawak la bila watak tiga-tiga mereka sama je... tengok cermin pastu snap gambar dengan muka secomel mungkin. Tak apa la. Mr.H tengok kejap je, nak tergelak jugak tapi senyum je kat mereka bertiga... Salah seorang tu memang comel pun... So tak boleh tengok lama-lama nanti terpikat susah... Teetttt... Haiphaipp... jangan-jangan, awek orang tu... Kembali fokus pada Cik Pieja, Mr.H duduk dan tengok je dia buat kerja yang nak kena hantar sampai la geng rumah sewa Mr.H nak balik baru Mr.H follow diaorang... Petangnya ada aktiviti jamuan dengan bersama Penasihat Akedemik dan rakan-rakan sekelas DEP6C di resotran D'Dapur Ibuku Alor Setar yang terletak bersebelahan dengan masjid zahir.  Maaf la tak ada gambar masa jamuan nie diadakan... ada kat kawan-kawan yang lain... tak sempat Mr.H nak bluetooth sebelum balik hari tu. Nanti Mr.H update semula entry nie... So sebelum makan ada la kata-kata aluan dari Cik Narsuha a.k.a wawa sebagai tanda penghargaan dari kami sekelas kepada PA yang dah 3 tahun menjadi Bapa kami di Politeknik nie... Acara makan bermula selepas sepatah dua kata oleh PA, Mr.H join makan dengan ayahanda(PA) la serta dua orang budak india. Mulanya nak duduk sebelah Cik Pieja, tapi ada orang lain pulak nak duduk dekat dengan awek dia... So duduk je la sebelah PA. Dah selesai makan aktivit bergambar la beramai-ramai... dan kat bawah nie cuma gambar awek-awek DEP6C je Mr.H dapat upload dulu... nanti ada lagi gambar bersama PA akan diupdate selepas ini.... 

Gegirl bersama ayahanda

gambar bawah dari kiri: Zalina, Cik Kamila, Narsuha, Azira, Cik Pieja, Amira, Amalina...

So dah selesai makan Mr.H kembali ke rumah sewa untuk ambil baju yang nak dibawa balik untuk basuh. Sambil-sambil tu ada la sms dari adik Mr.H nie suruh abang dia nie beli nasi bungkus. Sampai je rumah sewa terus pergi kedai beli nasi goreng kampung kat adik tersayang nie. Ingat nak bertolak balik, tapi jam dah menunjukkan pukul 7.15 dah. Kejap je lagi nak masuk magrib, better bertolak selepas magrib la... Bahaya nak balik time magrib macam tu sebab jalan nak balik rumah mama nie kena redah jalan yang orang cakap memang kawasan hutan jugak la dan ada 1 kem PLKN yang dah lama tutup. Memang menyeramkan kalau lalu kat situ. So sepanjang perjalanan Mr.H nak balik rumah mama nie... Banyak kali Mr.H nyaris-nyaris nak eksiden. Part paling bengang bila ada 1 kereta tiba-tiba berhenti tengah-tengah jalan. Rasa macam nak baling je kunci tayar nie... Bahayakan orang dekat belakang dia je... At least nak stop pun berhenti la tepi jalan. Perjalanan malam nie memang macam-macam dugaan la... Sebenarnya dah lama Mr.H tak bawak motor bila malam macam nie, ingat last bawak pun masa bulan puasa tahun lepas. Now mata nie pun dah makin rabun so kalau malam memang tak jelas sangat la... Jam 8:30 malam Mr.H sampai di rumah mama. Terus onlne tengok facebook dulu... Jam 9:30 malam baru mandi... Hari nie ada kelainan sikit la, sebab selalu chat je dengan Cik Eida nie. Tapi malam nie Mr.H ajak Skype... Bosan jugak kalau chat je kan? Lagipun my ex dah tak online, tunggu Miss.H tak muncul-muncul, sibuk agaknya, dan Miss.Lia pulak ada masalah line internet... Mengadap Facebook pun bosan jugak lama-lama... Ok la, cerita di Skype pulak, mula-mula Mr.H pun malu-malu la nak buat video call dan akhirnya dapat jugak skype dengan Cik Eida nie... Tak banyak sangat berborak dengan Cik Eida nie sebab keadaan agak bising la dengan kawan-kawan dia... Especially Cik Miera yang buat Mr.H segan dan malu-malu... Memang kerja gelak je la skype kitaorang bertiga nie... Part paling best bila tengok Cik Miera nie dikenakan oleh kawan-kawan dia letak bedak penuh 1 muka... Terkejut jugak bila dia muncul di skype. Actually 19 / 4 / 2013 adalah birthday Cik Miera nie... So Mr.H pun tak lepaskan peluang untuk wish dekat dia... Serius Cik Miera nie klakar habis la... Mr.H pulak rasa malu dan segan borak dengan dia... Plan dengan Cik Eida nak skype sampai jam 2:00 pagi je. Tapi bila Cik Miera dah join sekali, hampir jam 3:00 pagi jugak la baru Mr.H log out... Hadoi, hari yang ceria jugak la... Nampak Miss.H online jugak sebelum tu... Tapi dia tak tegur pun... Busy agaknya... Tak ape la... Semoga perkenalan dengan Cik Eida dan Cik Miera nie akan menambah keceriaan kehidupan Mr.H selepas nie... Insyaallah... kawan biar beribu kan? nak cari yang yang terbaik itu susah tapi tak mustahil untuk kita temui suatu hari nanti....

Thanks for reading... Minggu yang tak begitu indah buat Mr.H...

Sekian Coretan dari Hati....

Saturday, March 2, 2013

Diriku & Kenangan Laluku

'Wahai hati yang kesepian, kehadirannya kadangkala merungsingkan fikiran dan mematahkan semangat hidupku, meskipun kadang-kadang rasa itu juga perlu aq rasakan untuk mengerti nikmat kehidupan yang sebenarnya. Namun bila bersamanya aq tak mampu menahan dan menanggung beban hati yang semakin menyiksa jiwa pabila kesunyian melanda... Bila bersendirian semakin kuat rasa itu menguasai segenap kehidupanku, aq diburu kenangan lalu bersamamu, kenangan saat-saat indah kita bersama, tersenyum seketika aq membayangkannya sebelum detik-detik indah itu diragut dengan kesedihan yang kau tinggalkan, suatu noktah kepada bermulanya sepinya hidupku ini, suatu permulaan kepada kesedihan yang berpanjangan buat diriku yang sentiasa merindukan dirimu setiap waktu, namun apakan daya, takdir telah menentukan kita akan begini pada saat ini, sukar untuk menerima kenyataan ini kerana disaat itu diriku masih lagi di awang-awangan arus perasaan Cinta dan bahagia yang tidak terkata, saat yang tak pernah ku rasakan selama hidupku, terlalu indah yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata, cukuplah dengan dua perkataan ini mungkin mampu menjelaskan sedikit rasaku ketika itu "aku bahagia". Saat yang tak mungkin aq lupakan dari memori kehidupanku, terlalu banyak kenangan yang membuatkan aq tersenyum ceria dan bahagia melalui hari-hariku di ketika itu, segala kesedihan dan tekanan hidup serta masalah ku rasakan umpama lenyap dibadai arus tsunami aura kebahagiaan yang kau bawakan dalam hidupku, terlalu pantas ia hadir dan pergi meninggalkan hidupku, yang tinggal kini cuma kenangan-kenangan saat kita bersama yang masih aq simpan untuk tatapan dikala ku kesepian dan keseorangan, apa yang dapat aq katakan kini semakin lemah semangat kehidupanku seperti burung yang patah sayapnya, sukar untuk terbang semula, aq perlu mencari kekuatan dan semangat baru meneruskan hidup ini tanpa Cinta pada wanita lagi, itu mungkin agak kejam, namun bila terlalu memberikan harapan akhirnya aq sendiri yang kecundang dengan kekecewaan... "biarlah diri ini memperoleh cinta dari insan yang selayaknya ingin mencintai diriku dengan seikhlas hatinya, dan aq akan cuba belajar menerima Cintanya dengan sebenar-benarnya, mungkin aq akan menemui kebahagiaan yang abadi, lupakan Cintaku pada orang yang tidak pernah menghargai diri ini, yakinkan dan tetapkan pada hati ini bahawa Jodoh Itu Rahsia Allah yang hanya kita akan ketahui bila tiba waktunya, kini langkah demi langkah perlu aq aturkan dalam meneruskan kehidupanku bagi mencapai kejayaanku dan pasti akan ku temui kebahagiaanku suatu hari nanti dengan Jodoh yang telah ditentukan sejak Azali lagi buatku, sabarlah wahai hati, ini adalah ujian Pencipta buat hambanya, usah kau rebah dengan sesuatu yang belum pasti milikmu lagi, tapi percayalah sesuatu yang lebih baik menantimu selepas ini, yakinkan dengan kata-kata yang sering kedengaran "akan ada pelangi yang indah selepas hujan". Semoga pelangi yang indah itu akan kutemui suatu hari nanti. Usah berhenti berharap dalam setiap doa, meskipun si dia telah pergi, doa buatnya jangan pernah terhenti kerana dia pernah buat diriku bahagia walau cuma seketika, teruskan berdoa sehingga akhir hayatku... Insyaallah.. Akan kutemui dirimu nanti dengan izinNya... Terima Kasih untuk Perkenalan ini... :')



Sekian...

Monday, February 11, 2013

Sepetang Bersama Sebuah Keluarga Tersayang


Salam,

Malasnya nak menaip sekarang nie... tapi saat terindah bersama keluarga rasa rugi pulak kalau tak dicoretkan disini... Actually, simple je plan kitaorang 1 keluarga... Semua ahli family berkumpul dan makan besar sama-sama.. Chewah macam nak sambut Gong Xi Fa Cai je... hahaha so plan untuk aktiviti pertama buat BBQ la macam dulu... Jom layan gambar-gambar kat bawah nie... 

Ayam yang telah diperap semalaman
Sosej, bawang & lada benggala...
Ready to be burn...
Chef Sampit Nak bako2... hehe senyum tu penting ok!!! 
Lai lai lai...
3 singgit... hehe mata pedih masuk asap...
Senyum melupakan seketika masalah jiwa...  :')
Akak den N0 2... nak jugak posing...
Daging, ayam & ayam...
Sebahagian cucu omak den...
Daging yang diperap.. Lembut je ...
Big bos... Abang yang sulung...
Ayam...
Taraaaa!!!!
Adam Haikal... Excited sosej hangit... haha
Kak Tnie with her Daughter Mia Umairah..
Jemput semua.... >_<
3 tukang bakar...  Santai suda....
Bibik & Mia Umairah...
No caption...
Mama tersayang suda datang...
Anak-anak buah sekalian...
Cinta Hati Sehingga Hujung Nyawa.. Love U Mama...
Amir Haziq... 
Tok Ayah... Abah den dengan cucu-cucunya...

So pukul 7 lebih jugak selesai acara BBQ pada petang semalam... So aktivti seterusnya diteruskan dengan solat jemaah dan bacaan yassin beramai-ramai... Memang best sangat-sangat sebab dapat berkumpul macam nie... Selalu raya je dapat jumpa macam nie... Maklumlah rumah taman nie sempit so balik ramai-ramai tak berapa nak selesa la... Sekarang dah luas skit so tak jadi masalah untuk kami sekeluarga berkumpul macam nie lagi... Pendek saja entry nie dan lepas nie... terima kasih sudi membaca..

Sekian Coretan...