Thursday, December 29, 2011

Coretan diMalam Jumaat. (Luahan Hati)

Salam,

Kadang-kadang dalam hidup nie susah jugak kan nak puaskan hati semua orang. Mesti ada je yang tak kena dimata orang lain. Ada je salah yang kadang-kadang bukanlah berpunca daripada diri ini. Tapi apakan daya sebagai manusia biasa hanya mampu mendengar dan menerima apa jua kata-kata meskipun ianya menyakitkan hati. Bagi diri ini, bersabar dan diam adalah kunci perjalanan menempuhi kehidupan seharian daripada bertikam lidah dan mengeluarkan kata-kata yang mungkin mengguris hati dan perasaan orang lain. Biarlah hati ini terluka daripada lahirnya sebuah dendam yang mungkin tiada penghujungnya. Pepatah dulu ada mengatakan, "Langit tak selalunya cerah" Dalam melalui kehidupan ini, pasti akan ada dugaan dan cabaran yang akan mewarnakan kehidupan ini, dan persoalannya bagaimana untuk bertindak dan menyelesaikan dengan bijak. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berjaya adalah manusia yang berjaya mengawal dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya walau apa jua cara. Tapi bagi diri ini, aq masih belum menemui kunci yang aq perlukan dalam menjalani kehidupan aq. Macam mana ye caranya?? Aq akan fikirkan.....

Minggu nie memang penat la dengan Latihan Industri kat kilang. Serius memang busy sangat-sangat, laporan harian pun tak sempat lagi nak tulis. Dengan keadaan demam+ulser+selsema, memang sesuatu yang amat-amat menguji kesabaran dan tahap ketahanan diri la... Baru-baru nie ex aq ada mesej bagitau yang dia dah sampai balik dari sarawak, so tak pe la. Tiba-tiba mesej macam marah sebab aq macam lupakan dia, tak ambik berat kat dia, hurmm memang sedih la bila baca mesej macam tu, dia tak paham keadaan aq yang dah semakin busy dengan kerja dan macam-macam lagi hal kat sini, nak mesej pun cuma pukul 6.30 petang sampai 10 malam je sebab masa tu je yang aq boleh luangkan sedikit masa. Lepas pukul 10 dah tidur sebab penat sangat-sangat seharian dengan kerja. Serius letih kerja kat kilang nie. Tak semua orang paham kan keadaan dan situasi yang diri kita alami?? Hanya diri ini dan yang Menciptakan diri ini sahaja yang tahu bertapa penatnya jasad ini. Kat sini aq just mintak maaf kalau terasa dengan sikap aq, tapi masa dan keadaaan yang memaksa diri ini untuk busy. Susah jugak kan hidup ini, bila terikat pun banyak masalah, dah bebas pun tetap ada masalah. Inilah kehidupan. Kadang-kadang menceriakan bak madu sang lebah yang begitu manis, dan kadang-kadang menyedihkan ibarat kopi hitam tanpa gula, pahit tak terkata. Sebagai manusia, hanya perlu fikir dan cari penyelesaian terbaik dan elakkan jadi lebih buruk.

P/S: Malam yang masih busy dengan Laporan yang perlu dihantar.
MOOD: Sedih, Letih, Bosan



My Great Web page




Saturday, December 24, 2011

LI Permulaan Suatu Episod Cabaran yang Baru

Salam,

Alhamdulillah, berlalu sudah minggu pertama aq menjalani Latihan Industri nie. Masih ada 4 bulan lebih lagi untuk keluar masuk ke kilang tu... Adoyai, tak larat dah rasanya walaupun baru seminggu start buat LI kat situ. Sekarang baru la aq tau rupanya penat gila kerja kat kilang nie. Dah la gaji tak seberapa, kerja pun teruk, bos lak yang naik gaji. Lepas LI nie aq dah kena wat preparation habis-habisan la nampaknya untuk study tahap gaban. Tak sanggup aq nak kerja macam tu kat kilang. At least jadi Engineeer pun jadi la... hehe tudia angan-angan. Moga-moga tercapai la impian dan harapan tu. Kisah LI aq tadi, minggu nie baru first week tapi kerja tak banyak sangat cuma penat berdiri je dekat 9 jam sehari. Rasa macam nak tercabut je ginjal nie. Minah-minah kilang nie pun boleh tahan jugak daya tarikan diaorg... Mantap-mantap bt0i. Amboi gatai lak... hahaha tp sekadar cuci-cuci mata je bagi hilang mengantuk. Kalau nak cari awek pun tak kan standard minah kilang je k0t?? Kena cari yang ok sikit.. Bab pengurusan students LI macam aq nie kat kilang tu, aq vote 0% la sebab teruk la. Tak ada orang nak pantau pun aq ngan kawan-kawan buat kerja. Tak macam kat Lumut Power Plant dulu, best je aq tengok akak-akak angkat aq buat LI diaorg. Elaun pun banyak. hahaha tapi nak buat macam mana, tak ade rezeki aq nak buat kat sana. Tentang report LI pulak, langsung aq tak tulis apa-apa lagi sebab kepala nie blank je. Tak pe lah, tunggu akak aq antar format & contoh report dulu la sebagai rujukan. Takut tersilap tulis je nanti, jadi dua kali kerja pulak kn?? hehe hope hari-hari mendatang akan lebih menarik dan lebih ceria buat aq. Insyaallah. Amin.
Sekian. Daaaaaaaa



My Great Web page




Saturday, December 17, 2011

FACEBLOG

about

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Thursday, December 15, 2011

Coretan Sepanjang 2011 & Azam 2012

Salam,

Alahai, kejap je dah masuk pertengahan bulan 12, tinggal beberapa hari je lagi tahun 2011 akan ditinggalkan, macam-macam kenangan dan peristiwa yg telah dilalui dalam kehidupan aq nie. Mungkin bagi orang lain awal lagi kot nak cakap tentang tahun 2012 nie, tapi bagi aq dah nak tutup dah tirai 2011 nie... Banyak la kenangan-kenangan dan coretan peristiwa yg berlaku la sepanjang 2011 nie. Antaranya Kem Softskill, putus couple, gaduh  dengan kawan serumah, result final, dan macam-macam lagi la. Tapi antara peristiwa yang aq rasa lawak dan aq masih ingat la, masa suatu hari yang aq pun tak duga akan jadi coretan yang manis la untuk dicatatkan disini. Kejadian tu terjadi diantara pukul 1.30 petang hingga 4.00 petang. Masa tu aq dalam perjalanan untuk ke poli la, sampai je kat traffic light dekat dengan poli sangat-sangat dah, hujan tiba-tiba je turun. Kalau renyai-renyai tak pe la jugak, nie lebat btol. Lencun jugak la aq, kalau ikutkan hati rasa macam tak nak pergi dah kelas petang tu walaupun dah sampai kat poli, tapi dah ada kuiz ke test ntah so kena masuk jugak la dengan baju dan seluar yang basah.. Air dalam kasut jangan cakap la, hehehe nasib la hari tu pakai baju warna hitam, dapat la cover sikit... Tapi lepas result dah keluar nie, rasa pengorbanan masuk kelas tu dalam keadaan basah lencun adalah sesuatu yang amat berbaloi. Terima kasih la buat En.Roszwan yang sememangnya pensyarah yang paling sempoi la, masa kelas pertama dulu pun dia dah bagi semangat dah untuk aq dan rakan-rakan lain berjaya.. Hope semester 5 nanti aq akan dapat study lagi dengan En.Roszwan.. TERRBBAAEEKK... Story tentang ex-girlfriend aq pulak, alhamdulillah. Banyak dugaan jugak la aq lalui sepanjang tahun 2011 nie... Tapi sekarang aq dan dia dah OK sebagai teman tapi mesra. Semoga hubungan nie kekal la tenang, ceria dan happy macam sekarang nie. Kalau nak huraikan la kisah-kisah sepanjang perjalanan hidup aq tahun 2011 nie memang dah boleh buat karangan STPM dah.. Tak larat dah jari nie nak menaip. Lepas nie dah nak start LI so mungkin lambat la nak update blog nie lagi, biasa la... Banyak dah target dalam perancangan aq bila dah start LI nanti, hehe untuk azam 2012 nie banyak jugak la. Salah satu azam 2012 nie, nak upgrade pointer dan tak ada lagi paper yang Kantoi. Insyaallah. Hope tercapai la... Rasanya cukup la entry untuk kali nie. Kalau ada masa mungkin aq akan update lagi.. Kisah tentang aq, aq abadikan disini sebagai suatu memori dan catatan terindah buat tatapan semua. Maaf jika kisah aq membosankan untuk dibaca. Sekian. Assalamualaikum. Daaaaaaa


My Great Web page




Monday, December 12, 2011

Sejarah, Penantian Result dan Harapan

Salam, 

Cepat sungguh masa berlalu tanpa aq sedari, dah 12 Disember 2011 hari nie. Hari yang aq tunggu-tunggu dah pun tiba... Hari keputusan peperiksaan akhir sesi Jun 2011 diumumkan... Perghh risau, tak sedap badan, nak demam, & macam-macam lagi la aq rasa sebelum tibanya hari yang dinantikan. So dari pagi aq asyik buka je website poli aq, kot-kot la ada link untuk check result. Bukan apa, poli lain semua dah boleh check mulai jam 12.00 tengah malam. Tapi macam biasa la, poli aq selalu yang terakhir la dan menjadi kebiasaan dikritik oleh para pelajar. Seperti acara sukan tahunan, facebook poli aq akan dibanjiri dengan komen-komen oleh para pelajar yang ghairah menantikan link untuk menyemak keputusan masing-masing, dan tak terkecuali aq salah seorang peserta yang akan menyibuk kat situ. hehe, tepat jam 12.00 tengah hari berpusu-pusu warga poli aq menerjah ke website poli untuk check result, malangnya link yang dinanti-nanti tak muncul tiba so dekat facebook poli akan keluar la macam-macam ragam la kat situ, geli hati bila baca komen-komen para pelajar nie. Tak kurang ada ramai juga yang mengkritik tentang pengurusan oleh pihak poli aq yang tak pernah ambil berat kritikan yang sememangnya membina untuk menambahbaikan khidmat mereka terhadap para pelajar seterusnya mengangkat mereka sebagai antara pengurusan terbaik di poli-poli Malaysia. Tapi diaorg suka dikritik agaknya, cakap student nie ibarat "mencurah air di daun keladi". Suma tak ada account facebook kot sampai tak tau luahan hati para pelajar kat facebook poli aq nie... Kencing la kalau kata tak ada facebook, Galaxy Tab reti lak guna tak kan untuk baca paper online je kot?? hahaha kembali kepada cerita aq tadi( jauh juga aq melencong) so bila dah boleh masuk no matrik dan no ic, perkara pertama yang aq tengok adalah bahagia kanan sekali mcm yang aq bulatkan dalam gambar kat bawah nie, 


yg warna purple tu, rahsia la.. mane ley gtau. kantoi pointer rendah


hehe lega sangat-sagat bila dah tengok result dan syukur alhamdulillah tak ada paper yang GAGAL untuk semester nie, so nak pergi Latihan Industri pun rasa tenang sikit. Sasaran utama dah tercapai untuk semester nie, sasaran seterusnya adalah nak tingkatkan lagi pointer nie, dan yang paling penting doa dan restu ibu bapa, terima kasih buat mama yang dah bacakan surah Yassin setiap kali aq menjawab paper final, berkat doa mama aq yang membuatkan kejayaan ini lebih bermakna. Doa seorang ibu itu adalah sebaik-sebaik doa. Semoga perjalanan hidup aq sebagai seorang pelajar IPT, remaja yang hidup dala dunia tanpa sempadan, anak kepada mama & abah aq, warga masyarakat setempat, penduduk nomad di daerah, anak kelahiran sebuah negeri yang aman, dan salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya akan terus melangkah dengan cemerlang dalam meniti arus dunia yang semakin mencabar dan maju. Moga-moga segala urusan dan perjalanan hidup aq dipermudahkan Allah S.W.T. dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Insyaallah. Selamat Malam. 
DAAAAAAAA



Saturday, December 10, 2011

2B------->>=Blender & Bleter

Salam,
10 Disember 2011

Gambar hisan coz blender mama aq tak la baru macam dalam gambar diatas

Haha tudia gambar blender yang awal-awal keluar kat entry kali nie. Today, I want to cerita tentang blender mama aq yang da berusia berpuluh tahun rasanya. Dan hari ini, masa persaraan dari berkhidmat telah tiba. Sebab blender juga la aq kena beleter ngan mama dan aq didakwa merosakkan blender tersebut, sedangkan hakikatnya aq tak sentuh pun blender tu sepanjang berada dirumah nie. Actually bukan apa, mama aq cari point ja nak bleter kat aq... Biasa la orang perempuan, kalau tak beleter tak sah rasanya. Bak kata ustaz Kazim berleter itu adalah hiburan buat kaum Hawa nie. So bagi aq best juga kena beleter nie, time sorang-sorang tu la rasa Rindu sangat-sangat. Tak percaya? Cer suruh mama anda beleter. Bila tinggal jauh nanti mesti ingat leteran tu. Penyelesaian bagi masalah tersebut ialah mama terus ke Jitra untuk dapatkan blender baru....
Sekian..... 

p/s: Sorry kalau cerita ini memboringkan. Blog lelaki mana la ada daya tarikan sangat macam blog perempuan kan3?? hehe

Cinta Dalam Hati

Salam,

Semalam, 9 Disember 2011 adalah suatu tarikh yang sangat bermakna dalam kehidupan aq dan ingin sekali aq abadikan sejarah itu disini. Seperti hari-hari yang sebelumnya, aq melalui kehidupan seharianku dengan suasanya yang tenang dan relax. Tapi semlam telah mengubah segalanya. Alhamdulillah, termakbul jua doaku. Aq sememangnya menantikan saat-saat malam tadi. Syukur aq rasakan tentang peristiwa semalam, terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan suatu kesempatan buat diri ini. Terima kasih buat seseorang yang cukup bermakna dan pernah mewarnai hidupku sebelum nie. Mungkin keputusan itu adalah yang terbaik buat kita bersama. Apa yang telah kita lalui, jadikan sebagai pengajaran untuk mematangkan kehidupan dalam menempui cabaran yang mendatang. Walaupun hubungan kita sekarang adalah sekadar sahabat, tak bermakna perasaan sayang tiada diantara kita. Bg aq, Cinta itu tak semestinya memiliki tapi melihat orang yang dicintai bahagia juga adalah suatu cinta yang terindah, Cinta dalam Hati. Selepas peristiwa semalam, tak bermakna 14 Disember nie adalah pertemuan terakhir buat kita, kalau masih berkesempatan Insyaallah kita akan berjumpa lagi di lain masa dan ketika.Terima kasih juga buat seorang lagi kawan yang selalu ceriakan aq. Thanx again Daaaaaaa.


Thursday, December 8, 2011

Aku Bukan Tomboy versi Download

Salam

Yes, akhirnya dah keluar pun movie nie. So ape lagi, masa untuk mendownload ler... hehe agaknya bila la movie Real Steel nak keluar format blue ray... Tak larat nak tunggu dah. Johnny English Reborn pun lambat bt0l nak keluar format AVI or MKV. huh





klik kt sini untuk link download ->> ^o^ ^o^ ^o^

credit to teamhanna.




Sunday, December 4, 2011

Rindu Nak Drive!!!!!!

Salam, bosan t0l aq rasa sekarang nie.... bosan sangat-sangat. aktiviti time cuti nie pun sama je. bangun pagi, makan nasi lemak, main facebook and then download movie. Nie nak cerita kelmarin la, my bro ada sms mintak tolong teman dia drive pergi KL untuk pergi buat gas check tangki air SYABAS, tapi aq rasa takut dah nak drive sebab lama dah tangan nie tak pegang steering kereta. So terpaksa la cakap aq ada hal lain. Risau la nak bawak long distance macam tu. Sorry ye bro. Nanti kalau ada masa, rasanya nak belajar balik la drive. rugi kan kalau ada lesen tapi tak guna. Thanx juga untuk mama yang tiap-tiap hari call... hehehe cepat la balik ye, tak larat dah makan lauk kedai...





Saturday, December 3, 2011

Cuti, Facebook, & Edit Blog

Salam,

Kejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi nak masuk tahun baru. 19 haribulan nie, aq pun dah mula latihan industri(LI). Xpuas lagi rasanya cuti kali nie... Aktiviti time cuti nie xde buat apa sangat. Cuma rehat dan santai-santai kat rumah je. Banyak masa aq habiskan dengan main game facebook je.



Dah rasa fanatik dan obses lak dengan game kat facebook. Antara game yang jadi favourite, cityville dan texas poker la.

dah lama main tapi lambat bt0l nak besar bandar aq nie
hehe akhirnya berjaya juga dapat 1 juta
hohoho memang rasa nak gila aq main dua-dua game nie. Nak buat macam mana. Aktiviti nie je la yang boleh aq buat nak hilangkan bosan. Kawan-kawan nak berborak pun xada. Mama pun lambat lagi nak balik. Peerrrgghh lagi la bosan... Kalau xmain game pn selalu aq habiskan masa dengan download movie kat Teamhanna atau Teamaryzs. Blog nie pun da lama xedit so semalam selesai juga edit sikit-sikit. Susah bt0l nak cari template yang cantik-cantik. Kalau sape-sape ada link download template cantik & sempoi. Suggest kat aq k. Daaaaaaa