Cepat sungguh masa berlalu tanpa aq sedari, dah 12 Disember 2011 hari nie. Hari yang aq tunggu-tunggu dah pun tiba... Hari keputusan peperiksaan akhir sesi Jun 2011 diumumkan... Perghh risau, tak sedap badan, nak demam, & macam-macam lagi la aq rasa sebelum tibanya hari yang dinantikan. So dari pagi aq asyik buka je website poli aq, kot-kot la ada link untuk check result. Bukan apa, poli lain semua dah boleh check mulai jam 12.00 tengah malam. Tapi macam biasa la, poli aq selalu yang terakhir la dan menjadi kebiasaan dikritik oleh para pelajar. Seperti acara sukan tahunan, facebook poli aq akan dibanjiri dengan komen-komen oleh para pelajar yang ghairah menantikan link untuk menyemak keputusan masing-masing, dan tak terkecuali aq salah seorang peserta yang akan menyibuk kat situ. hehe, tepat jam 12.00 tengah hari berpusu-pusu warga poli aq menerjah ke website poli untuk check result, malangnya link yang dinanti-nanti tak muncul tiba so dekat facebook poli akan keluar la macam-macam ragam la kat situ, geli hati bila baca komen-komen para pelajar nie. Tak kurang ada ramai juga yang mengkritik tentang pengurusan oleh pihak poli aq yang tak pernah ambil berat kritikan yang sememangnya membina untuk menambahbaikan khidmat mereka terhadap para pelajar seterusnya mengangkat mereka sebagai antara pengurusan terbaik di poli-poli Malaysia. Tapi diaorg suka dikritik agaknya, cakap student nie ibarat "mencurah air di daun keladi". Suma tak ada account facebook kot sampai tak tau luahan hati para pelajar kat facebook poli aq nie... Kencing la kalau kata tak ada facebook, Galaxy Tab reti lak guna tak kan untuk baca paper online je kot?? hahaha kembali kepada cerita aq tadi( jauh juga aq melencong) so bila dah boleh masuk no matrik dan no ic, perkara pertama yang aq tengok adalah bahagia kanan sekali mcm yang aq bulatkan dalam gambar kat bawah nie,
No comments:
Post a Comment