Tuesday, October 30, 2012

Sekadar Luahan...


Salam,

Mungkin aq agak terlewat dalam sesuatu perkara namun pada aq masih belum terlewat untuk aq meluahkan apa yang terbuku di hati kecil ini... Rasa Cinta sememangnya suatu rasa yang cukup indah untuk dikenang buat aq yang pernah melalui detik-detik indah itu semasa alam remaja yang masih mentah dalam mengenali erti kehidupan yang sebenar. Suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Suatu perkongsian perasaan bersama orang yang kita sayangi dan suatu perasaan yang inginkan diri ini dicintai dan disayangi... Permulaan kepada sebuah percintaan ialah persahabatan dimana akan lahirnya suatu rasa sayang dan ingin melindungi antara satu sama lain... Disaat ini sedikit demi sedikit perasaan itu akan menimbulkan bibit rasa yang seterusnya membawa kepada sebuah perasaan yang jauh lebih mendalam... Rasa yang ingin lebih menyayangi dan disayangi, rasa cemburu yang semakin serius, rasa kerinduan yang teramat dikala berjauhan... oh Cinta... suatu rasa yang tak dapat aq ungkapkan maksudmu dengan kata-kata...

Lelaki, kadang-kadang mereka ini sukar untuk meluahkan perasaan yang terpendam di hati mereka dek kerana ego yang menggunung, rakan-rakan yang mengejek jiwang dan sifat malu yang menebal... Mereka juga sebenarnya takut untuk meluahkan perasaan kerana takut perumpamaan bagai "langit dengan bumi" dan "ukur baju dibadan sendiri" akan kedengaran seolah-olah mematahkan semangat dan keinginan diri mereka... Cinta itu bukanlah sekadar rupa paras, dan harta semata-mata kerana itu adalah suatu perasaan yang sementara sahaja... pabila rupa paras ditelan masa yang meninggalkan kita dan harta yang semakin berkurangan maka akan pudarlah dan akan berakhirlah Cinta tersebut... Lelaki yang mencintai seseorang itu kadangkala tidak akan menunjukkan perasaan itu dengan ungkapan "saya cintakan awk" / "I love you". Tapi dengan perhatian dan tingkah lakunya sahaja mungkin bagi seorang wanita itu untuk memahami akan dirinya sedang dicintai... Bukti perasaan cinta itu bukanlah dengan hadiah pada hari ulangtahun perhubungan, janji yang dipatrikan, ucapan selamat hari lahir tapi cukuplah dengan sepenuh perhatian yang diberikan untuk kita dikala susah dan senang... Sesungguhnya Cinta seorang lelaki yang ikhlas itu adalah suatu anugerah yang sukar ditemui buat wanita yang inginkan sebuah percintaan yang tulus dan suci...

Wahai wanita, anda telah diciptakan dengan penuh sifat penyayang, lemah lembut dan sabar yang melengkapi segala kekurangan yang ada pada lelaki. Kesempurnaan adalah keinginan setiap insan di dunia ini dalam setiap perkara termasuklah dalam mencari pasangan hidup... Lelaki inginkan wanita yang cantik, baik, dan solehah untuk dijadikan isteri, begitu jugalah dengan si wanita yang ingin mencari lelaki yang soleh untuk membimbing dirinya, penyabar dan penyayang... Tapi segala ciri-ciri itu perlulah kita lihat pada diri kita dahulu.... Inginkan yang solehah, apakah kita sudah menjadi lelaki yang soleh?? Ingin yang penyabar, apakah diri ini sudah lengkap dengan sifat tersebut?? Apabila terlalu mencari kesempurnaan pastinya itu hanya sia-sia kerana kita diciptakan dengan segala kekurangan, kekurangan yang bakal diisi oleh orang yang telah ditentukan buat kita... 

Dalam kehidupan dunia hari ini sukar untuk mencari lelaki / wanita yang baik dan ikhlas. Jika kita inginkan seseorang yang ikhlas menjadi teman hidup kita, ikhlaskanlah hati dan diri kita dahulu. Peganglah pada kata setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya... Sedarlah bahawa setiap tindakan itu merupakan cermin pada diri kita, ingin yang baik, lakukan perkara yang baik. Begitu jua sebaliknya.... Manusia pada hari ini kebanyakan lemas dibawa arus dunia yang semakin jauh dari kehidupan yang sebenar... Ini hakikat yang sebenar jika kita menghayati perjalanan kehidupan kita... Banyak perkara yang hanya sia-siakan kehidupan di dunia ini terjadi... Kata-kata ini aq coretkan sebagai perkongsian buat tatapan bersama dalam mencari si hawa yang akan memiliki hati Samprit Ungu... Semoga dipertemukan.... 

Sumber inspirasi: Movie HACKS...

Berkawan itu tidak semestinya bercinta

Menyayangi itu tak semestinya mencintai

Mencintai itu seharusnya jujur dan ikhlas.


Sekian!!!

Saturday, October 27, 2012

Aidiladha... Raya oh Raya...


Salam, 

hari nie dah 27 oktober 2012, hari raya kedua... hari nie mama aq ada la join untuk buat korban tahun nie dengan orang-orang kat taman nie.... Aktiviti hari nie agak sibuk jugak la macam semalam jugak... tapi sibuk aq nie dengan my bro je, layan AXN je The Voice season 3 sambil download lagu kat internet... Entry nie pun nasib je ada masa sikit malam nie untuk update, kalau tak nampaknya berhabuk la blog kecik nie... hehe

kelmarin seharian jugak la beraya... pagi tu macam biasa la aktiviti tradisi family, pergi sembahyang raya, lepas balik dari masjid kitaorang akan breakfast bersama sebelum salam dan bermaafan... hehe sebelum balik kampung tu, sempat la aq dan adik aq menggedik(wink3) kejap... hehehe

My sis dgn family

Samprit Ungu & adik

My Adek


Posing2... haha

Santai je

Poyo je... haha

Dah selesai bersalam, aq dan family mula la bertolak pulang ke kampung... raya haji nie berbeza sikit la aktiviti.. selalunya kitaorang akan ziarah kubur dulu bila sampai kat kampung tapi disebabkan raya haji nie jatuh pada hari jumaat dan kitaorang pun sampai kampung pun da dekat waktu tengahari so tak jadi la nak ziarah kubur sebab tak sempat... Lepas je selesai solat jumaat aq, akak dan adek terus balik ke rumah mama balik, tinggal mama dengan abah je dekat kampung lagi.... 


Sampai dekat rumah mama je terus masuk dapur, tu la... Mak long dah suruh makan dulu lepas balik dari sembahyang jumaat tapi dah kelam kabut nak balik rumah mama so tak sempat nak makan... Lepas je makan akak aq ajak pergi Giant Alor Setar cari Shelf untuk letak decoder astro sebab Tv dah ubahsuai letak dekat dinding... Ramai jugak orang time raya nie pun dekat Giant... Tapi biasa la raya haji so tak terasa sangat suasana raya nie... 



Keupat daun buluh versi daun palas

Raya style...

Mangsa kecederaan.. Jatuh bilik air... Keadaan: bibir luka...

Mia Umairah

3 Sepupu

Peminat setia Hantu Kak Limah
Tak larat nak menaip panjang-panjang dah entry kali nie.. cukuplah sekadar berkongsi sedikit keceriaan suasana Aidiladha bersama family terchenta... Esok dah nak balik rumah sewa... alahai rasa malas mula datang kembali... Terima kasih sudi membaca... 

Sekian!!!!


Sunday, October 21, 2012

Selamat Hari Lahir Ayong!!!


Salam,

minggu nie lambat sikit nak update untuk entry yang berikutnya... tak tau nak story ape sangat minggu nie... kisah rumah parents aq yang dalam renovation, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar je. Rasanya dah 80% dah siap dah.. yang tinggal rasanya dekat tempat parking kereta je tengah pasang mozek. Hope sempat la siap sebelum raya haji nie... 

hari nie 21 oktober 2012 adalah hari lahir adik angkat aq yang pertama yg kini berusia 18 tahun... Selamat Hari Lahir Nurul Adilla Binti Adree... Lama sungguh aq tak berjumpa dengan adik angkat yang nie, rasanya kali terakhir aq jumpa sebelum spm dulu je.... lepas tu kitaorang terpisah sebab aq da tamat sekolah dan dia pulak dah balik ke Penang sambung sekolah kat sana pulak... Lost contact la jugak time tu, tapi biasa la, my space dan facebook mempertemukan kembali kami untuk terus berhubung.... Alhamdulillah adik aq nie sekarang dah sambung study dekat UIA. Abang dia nie je yang masih dekat poli... hehehe entah bila la aq nak buat jejak kasih dengan adik aq nie pown tak tau la.... rasanya bila dah kerja nanti baru la dapat jumpa agaknya.... 
Apa-apa pun yg aq nak luahkan kat sini "abang rindukan adik la". Seronok bila terkenangkan kembali perkenalan aq dan adik aq nie masa zaman persekolahan dulu. Adik aq nie kat sekolah memang famous dengan nama Ayong. Aq pun tak tau mana datangnya nama tu sebab tak pernah terlintas untuk bertanya... Masa tu ayong nie tingkatan 1 dan aq pulak tingkatan 3. Perkenalan kami bagi aq agak menarik sebab aq mula berhubung melalui Surat. Hehehe masa berutusan surat nie, kawan sekelas aq la yang bernama Fazeera menjadi pembawa utusan surat aq dan ayong... Semasa hubungan surat menyurat nie aq sebenarnya tak kenal pun ayong nie yang mana 1.... So bila dah lama berhubung teringin jugak hati nie nak mengenali si penulis surat nie... Akhirnya kami bertemu jua... Tak sangkat comel jugak adik aq nie... Pernah jugak terdetik di hati nie nak berkenalan dengan lebih lagi(nak mintak couple la) tapi masa tu, rasa takut dan malu masih terlalu tebal lagi dalam diri nie... Nak bercakap dengan perempuan pun susah dan berat sangat mulut nie untuk berkata-kata.... Apa-apa pun aq harap hubungan adik dan abang angkat yang terjalin selama lebih kurang 5 tahun nie akan berkekalan selamanya... walaupun jauh di mata tapi akan sentiasa dihati.... Insyaallah kita akan berjumpa jugak suatu hari nanti.... 

20/10/12 aq dilanda sakit yang teramat sangat la... Bermula dengan bengkak di pipi seperti kena tumbuk, mulut yang susah nak buka, gigi yang sakit dan tekak yang pedih, seterusnya membawa kepada sakit yang lebih teruk iaitu migrain yang memang menyakitkan sangat-sangat... So petang 20/10/2012 nie mama dah bawa aq pergi klinik dengan ditemani kakak aq yang no 2... Doktor just bagi ubat surut bengkak, antibiotik dan tahan sakit je... tapi sakit kepala nie memang berterusan la sampai saat aq meng-update blog nie... Hope cepat sembuh la untuk jalani hari-hariku sebagai seorang pelajar.... Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan.... Thanks for reading....

Sekian!!!

Saturday, October 13, 2012

Rumah Dalam Pengubahsuaian

Salam,

Pagi-pagi lagi aq dah mengadap laptop nie memandangkan hari nie dah nak balik ke rumah sewa, so kena la gunakan masa yang ada untuk online sepuas-sepuasnya sebab cuma hujung minggu je aq dapat lepaskan ketagihan online aq nie... Entry kali nie aq nak story tentang keadaan rumah parents aq yang sedang dalam pegubahsuaian. Masa aq balik hari rabu petang tu, kebanyakan dah siap dah dari tebuk ruang tamu, pasang tiang pagar dan lantai bilik, cuma tunggu pemasangan 'awning' je untuk siapkan lantai dekat porch kereta.







Gambar yang last nie tempat sementara aq... tengok la habuk atas speaker tu... hehe banyak kan??? bla la nak siap.. hope sempat la sebelum raya haji nanti... hehe thanks for reading..

sekian!!!!

Friday, October 12, 2012

Luahan Kecil Seorang Lelaki

Salam,

Minggu yang masih menyedihkan lagi buat aq... Masih susah untuk terima suatu Kebenaran yang sememangnya Kenyataan yang harus aq redha... Redha dengan apa yang terjadi ini sebagai suatu hikmah dalam kehidupanku... Aq semakin mendiamkan diri dari kehidupannya seolah-olah aq membencinya, tapi hakikatnya pasti sukar melenyapkan perasaan sayang yang telah lama bertapak di hati ini, dengan kenangan-kenangan terindah semasa zaman persekolahan dahulu sentiasa bermain di fikiran ini.. Tidak pernah terdetik di sudut hati ini untuk melahirkan rasa benci terhadapnya, apa yang terjadi pastinya sukar juga buat si dia untuk menerima situasi yang telah berlaku... Apa yang aq lakukan kini cuma ingin bersendirian dan cuba untuk belajar menerima suatu kenyataan yang abadi.... Si dia pasti akan faham kenapa aq semakin renggang dengan si dia sekarang, bukan kerana benci.... bukan kerana benci.... Cuma perlukan sedikit masa untuk belajar menerima hakikat dan belajar untuk memaafkan orang lain... Maaf sekadar ucapan sesiapa saja boleh mengatakan tapi belajar memaafkan dengan seikhlas hati, diri ini masih belum mampu untuk tahap sebegitu... Persepsi aq terhadap kaum hawa pastinya memberikan impak perbezaan yang cukup ketara dengan apa yang telah aq lalui sepanjang hidup ini.... Pada aq apa yang terjadi ini mungkin suatu hikmah yang aq perlu ambil iktibar dari segala kejadian ini.... Mudah-mudahan segalanya akan selesai dan berakhir dengan kesudahan yang baik....

Sekian!!!!

HARGAI DIA SEBELUM TERLAMBAT.... :)

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha.. OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan.. Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply.. Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die......... "SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima.. Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku... Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4... Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe..Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku.. Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas.. Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah.. Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni..Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin.. Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

copypaste from facebook untuk perkongsian bersama....

Saturday, October 6, 2012

Kebenaran Itu Menyakitkan...

Salam,


Pagi sabtu yang sayu buat diriku.... Aq mengharapkan hari ini akan menceriakan kehidupan aq dengan senyuman dan gelak tawa terhenti bila mengetahui suatu kebenaran yang telah mengubah segalanya dalam hidupku... Suatu perkara yang sememangnya tak pernah aq duga akan melaluinya.... Dahulu cuma sekadar gurauan aq dan dia sahaja untuk menguji perasaanku terhadapnya... Namun umpama mimpi menjadi realiti, gurauan menjadi kenyataan. Gurauan yang cukup menguji kesetiaan, kesabaran dan kekecewaan diri ini... Sesungguhnya semua ini berada jauh dari kotak pemikiran aq... Tak pernah terlintas walau sedetik pun perkara sebegini akan terjadi jua kepada diriku. Ini lah dugaan yang diberi untuk aq tempuhi, dugaan untuk aq muhasabah diri kepada Yang Maha Berkuasa. Berat sangat dugaan yang diberikan kepada diri ini untuk aq tempuhi. 

Hanya linangan air mata mengalir untuk menggambarkan bertapa kecewa dan hancurnya hati ini akan kebenaran yang harus aq ketahui. Semasa pertemuan terakhir, saat mata ke mata berpisah dari pandangan, saat itu jua yang melahirkan suatu impian, harapan dan azam yang kuat untuk menjadikan kesemua itu suatu kenyataan... Aq pendamkan semua itu untuk luahkan apabila akan tiba masa yang sepatutnya... Namun segalanya musnah hanya dalam sekelip mata... Setiap sms yang diterima pasti akan terukir senyuman menggambarkan rasa gembira dan melahirkan rasa kerinduan yang teramat sangat meskipun baru beberapa hari terpisah... Setiap panggilan juga menggambarkan keceriaan dan melepaskan sedikit kerinduan yang terbuku pabila terdengar suaranya... 

Setelah kebenaran yang aq ketahui, apakah mungkin kesemua kerinduan, sayang dan Cinta itu bertaut kembali?? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang tersemat di hati ini. Kata-kata tekanan study dan tenangkan diri sendirian di tasik pada lewat malam telah buatkan aq sendiri dapat menangkap sesuatu yang tidak kena sedang terjadi. Pagi ini telah menjadi saksi segalanya... Namun apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya buat aq dan dia... Mungkin aq akan lebih belajar dari apa yang terjadi... Adat la sebagai manusia, bila kita terlalu sayangkan seseorang, tak ada satu perkara pun yang kita tak percaya kan?? 

Apa-apa pun segalanya telah berlaku dan aq mengetahui kebenaran daripadanya sebelum aq sendiri mencari kebenaran itu... Hidup perlu diteruskan, walaupun sebagai kawan aq akan tetap setia... "Only one thing I wanted from her .. Please be honest in all things related to me after this". Biarlah luka ini terus kekal sampai ada yang mampu mengubatinya selepas ini. Terima kasih atas sudi meluangkan masa membaca luahan hati kecil ini....

Sekian!!!