Friday, October 12, 2012

Luahan Kecil Seorang Lelaki

Salam,

Minggu yang masih menyedihkan lagi buat aq... Masih susah untuk terima suatu Kebenaran yang sememangnya Kenyataan yang harus aq redha... Redha dengan apa yang terjadi ini sebagai suatu hikmah dalam kehidupanku... Aq semakin mendiamkan diri dari kehidupannya seolah-olah aq membencinya, tapi hakikatnya pasti sukar melenyapkan perasaan sayang yang telah lama bertapak di hati ini, dengan kenangan-kenangan terindah semasa zaman persekolahan dahulu sentiasa bermain di fikiran ini.. Tidak pernah terdetik di sudut hati ini untuk melahirkan rasa benci terhadapnya, apa yang terjadi pastinya sukar juga buat si dia untuk menerima situasi yang telah berlaku... Apa yang aq lakukan kini cuma ingin bersendirian dan cuba untuk belajar menerima suatu kenyataan yang abadi.... Si dia pasti akan faham kenapa aq semakin renggang dengan si dia sekarang, bukan kerana benci.... bukan kerana benci.... Cuma perlukan sedikit masa untuk belajar menerima hakikat dan belajar untuk memaafkan orang lain... Maaf sekadar ucapan sesiapa saja boleh mengatakan tapi belajar memaafkan dengan seikhlas hati, diri ini masih belum mampu untuk tahap sebegitu... Persepsi aq terhadap kaum hawa pastinya memberikan impak perbezaan yang cukup ketara dengan apa yang telah aq lalui sepanjang hidup ini.... Pada aq apa yang terjadi ini mungkin suatu hikmah yang aq perlu ambil iktibar dari segala kejadian ini.... Mudah-mudahan segalanya akan selesai dan berakhir dengan kesudahan yang baik....

Sekian!!!!

No comments: