Monday, April 30, 2012

Selamat Tinggal Awk!! Terima Kasih.

Salam, 

minggu nie adalah minggu yang banyak dengan kenangan yang jadi dalam kehidupan aq. Ada yang membuatkan aq tersenyum dan ada juga yang menyedihkan. Minggu nie adalah minggu terakhir aq berjumpa dengan rakan muka buku(facebook) aq yang paling rapat setakat ini. Rasa gembira bila dapat jumpa & berborak sepuas-puasnya malam tu. Sebelum nie selalu juga keluar dengan dia, tapi tak ada la sampai lama macam tu. Macam-macam cerita kami kongsikan bersama sebelum terpisah untuk masa setahun jugak la. Dia pun dah habis paper final pagi kelmarin dan malam tadi dah bertolak pulang ke negeri asalnya. So hari khamis(26/04/12) tu aq pergi la jumpa dia macam selalu. Tapi agak mengecewakan ler sebab kedai yang selalu kitaorang jumpa tutup pulak hari tu. Dah la kali terakhir nak dapat keluar bersama macam tu. Tak pe la. Dah tak ada rezeki kami agaknya. So kami pun berjumpa di kedai yang lagi 1. Kedai tu selalunya time petang je kitaorang, lepas aq abes kerja je nak jumpa kat situ untuk sembang-sembang dan hilangkan penat. Lama jugak la sembang-sembang kat situ dengan dia. Lepas habis je makan aq ngan dia sambung lagi sembang dekat depan first copy. Rasa macam best sangat malam tu, ada je topik yang nak sembang... So masa bersembang tu ada la tercetus idea nak create relationship kat facebook. Ye la kitaorang dah mula rapat so rasa macam dah kenal lama je. Lepas bincang dengan dia tentang relationship kat facebook tu akhirnya jadi la macam kat bawah nie....

Facebook Relationship

hehe sebenarnya aq dengan dia masih lagi berkawan sahaja. Saja je create relationship nie untuk suka... Tapi kalau orang nak salah paham yang kitaorang COUPLE pun terpulang la... Kitaorang just in relationship as a best friend forever je.... Lagipun aq selesa dengan hidup sekarang tanpa sebarang apa ikatan dengan sesiapa. Untuk aq, relationship dekat facebook tu just untuk merapatkan lagi hubungan persahabatan kitaorang je... Ye la perkenalan dari facebook sampai la bersua muka bagi aq sesuatu yang menarik la. Sebab susah orang nak serasi dengan aq nie. Sebelum dia balik, aq dah pulangkan pendrive yang dia bagi untuk copy movie. Dalam tu aq ada selitkan satu surat untuk dia ingat akan pertemuan terakhir kami bersama dan luahan hati seorang Sahabat untuk seorang sahabat. Harap dia dah baca apa yang aq luahkan dalam surat tu bila dia dah sampai di sana. Biasalah orang pendiam susah nak luahkan dengan kata-kata so dengan cara tu rasanya mungkin lebih baik. Pada aq bertemu dengan dia adalah suatu kenangan yang aq akan coretkan disini untuk selamanya menjadi memori terindah dalam kehidupan Aq dan Dia... Apa yang boleh aq katakan disini.....


AQ GEMBIRA DAPAT MENGENALI SAHABAT YANG BAIK SEPERTI DIA... TERIMA KASIH AWK!!!


SEKIAN. 

Sunday, April 22, 2012

Demam lagi, Gempa Bumi!!

Salam,

Alhamdulillah dapat jugak online dan meng-update lagi blog kecik nie. Walaupun bukan ada pembaca pun, sekurang-kurangnya dapat jugak la melepaskan penat, tension, boring dan macam-macam lagi dekat sini. So apa yang aq nak luahkan kat sini adalah hak peribadi dan tak ada sapa pun yang berhak nak pertikaikan. Demam oh demam, students lain kat poli tu tak pe la kalau nak demam pun sebab diaorang tengah bersedia untuk final exam. Aq nie demam sebab rehat yang tak cukup, dengan tekanan keadaan sekeliling lagi. Pergghh serius tension bt0l... Kenapa la asyik kena uji je dengan manusia yang tak guna??? Tak tau la apa lagi salah dan silap aq nie. Tak pasal je kena hentam dengan perkataan ******* tu. Tak ape lah. Ujian untuk orang sabar, kalau orang lain confirm dah kena tetak lau kata macam tu. Cakap macam mak dia punya TUT je. Hehe dia tak kena buku dengan ruas lagi. Tunggu je lah nanti. Ramai orang dah target tu. Hoho gempa bumi punya story pulak... Baru-baru nie gempar dengan gempa bumi yang berlaku dekat indonesia. Kuat la jugak sampai terasa kat utara nie. Tapi biasa la, kat facebook pun cuma kecoh kejap je. Lepas tu manusia-manusia dah kembali normal la. Takut pun kejap je... Gambar-gambar kat facebook yang dedah sini sana upload balik. Hakikatnya itu la realiti kehidupan sekarang. Biar je la... Hidup masing-masing kan?? so fikir lah sendiri. Aq pun tak perfect so tak nak komen lebih-lebih. Malas nak tulis panjang sebab bukan ada ramai orang baca pun... Layan movie dan main cityville lagi best. Daaaaaaaa

Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya Update Jua Blog Nie...

Salam,

alhamdulillah dapat jugak aq post entry untuk kali nie... Last week memang dah nak update dah tapi disebakan tak ada elektrik. Ceritanya macam nie, aq lau nk update blog mesti akan taip dekat notepad dulu sebelum post dekat blog... Kisah minggu lepas, aq punya la syok menaip sampai beratus-ratus perkataan last-last, pap!!! skrin laptop gelap. Kalau nak cerita pasal bengang, memang rasa nak bersembur je dengan perkataan tak elok dari mulut nie. Geram btol. Tapi nak buat macam mana, dah biasa lau nak update selalunya akan taip kt notepad dulu, susah la nak ubah tabiat nie. Lepas dah jadi macam tu rasa malas nak post entry panjang-panjang dah. Untuk minggu nie rasanya tak banyak sangat cerita menarik cuma kelmarin je dapat makan Cendol paling best la. Serius sedap gler la. Hehe apa-apa pun thanks untuk Kak Shah yang buat kenduri Mee Kuah kelmarin. Semoga dimurahkan rezeki akak lepas dah naik pangkat nie...Biasa la, orang bukan bleh tengok kita lebih dari orang, mesti ada yang dengki. Orang baik-baik selalu diuji kak oiii.. hehe sabor je la. Adik pun sama jugak. Yang penting buat tak tau je, dan pikir itu cuma dugaan kat dunia nie. Berbaloi lau sabar sekarang sebab hidup kat dunia nie tak lama pun, akhirat pasti ada untuk semua. So sabar & pedulikan orang-orang yang menyakitkan hati kita. Senyumlah walaupun hati ini sakit kerana senyuman itu umpama Pain Killer.

Sekian!!!