Saturday, August 25, 2012

"Jika Suatu Hari Nanti"

Salam,

Entry kali nie adalah entry terakhir sebelum aq pulang ke rumah sewa... Malas sebenarnya nak balik ke rumah sewa dengan keadaan demam dan sakit tekak nie tapi esok dah ada kelas pukul 8.00 pagi so kena balik jugak la hari nie... Entry kali nie dah lama nak taip tapi masih belum berkesempatan... Lepas skype kelmarin baru tergerak untuk tulis entry kali nie...

Jika suatu hari nanti ditakdirkan jasad dan nyawa ini bercerai, jangan ditangisi pemergian ini.
Jika suatu hari nanti jari-jemari ini berhenti menaip disini, tutuplah blog ini dari terus dibaca,
Jika suatu hari nanti tiada lagi status di facebook, skype, dan lain-lain lagi, deactivekan kesemua account tu.
Jika suatu hari nanti si dia nak jauhkan diri dari aq, aq terima dan rela, untuk lihat si dia bahagia.
Jika suatu hari nanti aq sudah tiada, padamkan segala memori 4 Mac 2009 buat selamanya.
Jika suatu hari nanti si dia dah bahagia dengan orang yang tercinta, lupakan aq untuk selamanya.
Jika suatu hari nanti hidup aq berakhir di dunia nie, aq tinggalkan nota di dalam laptop ini buat semua,
Jika suatu hari nanti  aq sudah tiada disini, aq harap si dia sudi terima kembali barang yang pernah si dia kembalikan pada aq dahulu.
Jika suatu hari nanti aq sudah tiada lagi di dunia ini, aq harap si dia akan terus tersenyum dan gembira disamping orang tersayang,
Jika suatu hari nanti ucapan innalillahiwainnailaihirojiun buat aq dilafazkan sedekahkan aq dengan surah Al-Fatihah dan Yasin untuk aq serta maafkan segala dosa-dosa aq...

Kadang-kadang dalam hidup ini kita pasti akan melalui suatu saat dimana kita merasakan seolah-olah kematian semakin hampir dengan kita, hidup dan mati itu adalah kerja Maha Pencipta. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan bersedia menghadapi hari yang PASTI tiba buat kita. Entry ini sekadar meluahkan perasaan dikala keadaan tak sihat... Aq cuma inginkan semuanya yang terbaik buat semua orang... Maaf andai tersalah dan terkasar bahasa.... Cukuplah nukilan kali nie sebelum pulang ke Jitra... thanks 4 reading...

Sekian!!!

Skype Buat Kali Terakhir...

Salam,

Selamat pagi semua, hari nie hari sabtu 25 Ogos 2012, hari terakhir aq menghabiskan cuti raya bersama keluarga yang tercinta... Untuk entry kali nie aq nak kongsikan kisah tentang aq dan si dia di skype kelmarin... Aq sebenarnya nak sangat-sangat online skype dengan dia macam masa bercinta dulu, bukan ape, rasa happy dan ceria je dapat bergurau senda dengan dia macam dulu... Lagipun tak ada lagi orang yang mampu gantikan dia dalam hidup aq sebagai teman yang boleh membuatkan aq tersenyum sepanjang masa... 


Persoalan yg aq nak tahu dah terjawab...
Aq selalu bertanyakan diri aq sendiri kenapa la macam susah je dia nak contact aq sejak couple dengan orang baru tu... Andaian aq mungkin takut bf dia jelouse dan marah bila contact dengan aq... Tapi ternyata andaian aq meleset... Dia sedang cuba melupakan aq dengan menjauhkan diri dari kehidupan yg berhubungkait dengan aq... Kehadiran bf yang baru ini pun bukanlah atas dasar cinta tapi sekadar pelengkap hidup bagi melupakan kenangan masa silam....

Perasaan sendiri tak dapat dijelaskan apa yang dirasa...

Bila si dia tanyakan tentang perasaan terhadap bf baru... si dia sendiri pun tak dapat nak jawab apa yang si dia rasakan... Pada pendapat aq, dia belum bersedia untuk jatuh cinta lagi... Mungkin ada benarnya jika si dia menjauhkan aq dari kehidupannya untuk memberikan ruang buat orang baru untuk menjadi pelengkap hidupnya semula... Kalau itu mampu membuatkan si dia dan bf baru bahagia... Aq sedia undur diri dari apa jua kaitan dalam hidupnya... 


Aq dah kenal parents dia dah lama.... Hari khamis nie si dia akan terbang ke Sarawak...
Bf si dia nie masih baru dan belum faham lagi keadaan si dia yang ada peraturan dalam keluarganya..  Selama aq bercinta dengan si dia, rasanya hanya beberapa kali sahaja kami keluar bersama dalam tempoh dua tahun bersama, kalau tak silap tak sampai 5 kali pun... So buat si bf baru nie, jangan anggap si dia nie sama macam gurlz yang lain, yang senang-senang je nak ajak keluar pun... Be patient ok... Aq memang dah kenal lama parents si dia sejak first time datang beraya ke rumah si dia. Cuma hubungan kami semasa bercinta tu cuma adik si dia je yang tahu, bukan apa. Setiap keluarga  khususnya ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran bukan sebelum pergi ke arah lain... So parents dia pun rasanya inginkan perkara yang sama buat si dia.... Hubungan rahsia kami itu kekal sejak mula hinggalah ke akhirnya tanpa pengetahuan mama papa si dia... 

Hari khamis nanti, si dia akan terbang ke Sarawak bagi menyambung pelajaran di UNIMAS... Si dia ada jugak bertanyakan kepada aq samada apakah aq akan menangis semasa menghantar si dia ke lapangan terbang nanti?? Hehe aq menjawab tanyalah sama mama si dia... Dan si dia menjawab kembali, 'mama cakap awak akan menangis'. Dia jauh lebih kenal aq, hampir 7 tahun perkenalan kami, pasti sukar untuk menipu apa yang dirasa bukan??

kata terakhir sebelum offline...
Sebenarnya masih terlalu banyak perkara ingin aq katakan dan luahkan pada si dia, tapi waktu membataskan kami untuk terus berhubung... So si dia ada katakan samada ingin berhubung lagi pada  malam tu... Aq katakan aq akan online sahaja pada malam tu... Tapi sayangnya aq hanya menunggu dan menunggu bermula jam 9.00 malam sehingga jam 1.00 pagi semata-mata untuk online dengan si dia dan terlelap dihadapan netbook nie... 

Jam 5.00 pagi aq terjaga dari tidur dan terus menunggu si dia untuk online.... Aq terfikir kembali, kenapa aq perlu buat semua ini??? Kenapa aq perlu tunggu si dia lagi??? kenapa aq sanggup tunggu berjam-jam untuk online dengan si dia??? Jawapannya cuma 1, si dia masih sebahagian dalam hidup aq... Itu jawapan bagi semua persoalan tu...

Maksudnya si dia masih lagi penting dalam kehidupan aq, cuba lihat kembali, kenapa masa open house tu aq datang jugak walaupun dalam keadaan hujan??? kenapa aq hantar je topup kat si dia walaupun bukan untuk menghubungi aq??? kenapa aq sanggup tunggu walaupun dalam keadaan sakit macam nie untuk lihat si dia di Skype... Jawapan tetap sama iaitu... Dia masih sebahagian dari hidup aq meskipun sekadar kawan baik kini... 

Maaf andai entry kali nie tak sesuai, aq sekadar ingin tuliskan diari untuk kenangan abadi hidup aq, walaupun cuma beberapa minit aq di skype, bagi aq cukuplah untuk aq coretkan dan simpan kenangan aq dan si dia disini andai suatu hari nanti aq sudah tiada disini... Buat si dia, semoga cepat sembuh sakit tekak tu dan semoga selamat tiba di bumi kenyalang serta mulakan pengalaman baru disana dengan sebaik-baiknya... 

Aq tak tahu apa yang akan jadi lepas nie... Cuma 1 je harapan aq, kalau masih ingat dan ingin contact aq, carilah aq disini... Aq sentiasa ada disini menunggu si dia suatu hari nanti... Mudah-mudahan segalannya untuk si dia dipermudahkan disana... Next entry mungkin "Jika Suatu Hari Nanti". Insyaallah akan di-update sebelum aq pulang ke Jitra...

Sekian!!!



Friday, August 24, 2012

Raya Kedua~~~

Salam,

Lambat sungguh aq nak update entry sekarang nie.. Sibuk sungguh dengan aktiviti raya nie... Hari nie hari jumaat 24 ogos, hari yang paling letih la sebab semalaman aq ada dekat Penang berubat abang sulung yang kena lagi dengan sihir-sihir nie... Alhamdulillah semuanya dah selesai... Lepas subuh tadi baru sampai Kedah... Malam nie baru berkesempatan nak update entry raya kedua... 

hehehe so untuk raya kedua, aktiviti pertama yang aq buat ialah pergi ke Open House rumah ex awek aq di Pokok Sena... Mulanya macam tak jadi je nak pergi sebab masa raya pertama tu abang sulung ada mintak aq teman dia pergi kulim untuk buat gas check.. tapi tak jadi la pulak... so dalam pukul 12.30 tengahari aq pun pergi la ke rumah ex aq tu...

Yang kat belakang tu adik dia... ^^
hehehe ok tak gambar sebagai kawan baik?? nampak ada ruang disitu?? actually aq tak kisah kalau dia nak dekat masa bergambar, tapi risau yang kat belakang tu je...hehe adik dia garang taw... aq pun heran jugak kenapa perlu jarak macam tu.. tak berani nak mintak dia dekat sikit. Susah bila orang dah berpunya, kena jaga hati bf dia jugak takut jelouse pulak bergambar dengan ex dia walaupun cuma sekadar kawan baik.. apa-apa pun syukur masih diberi kesempatan untuk beraya disini lagi tahun nie... Tahun depan?? hehe tak tau la... Pesan untuk si dia, lepas dah fly ke Sarawak nanti, belajar elok-elok, dan jaga diri... Semoga bahagia dengan orang baru yang lebih sayangkan dia dari aq... 

Dekat rumah si dia jugak aq dapat jumpa kawan zaman sekolah dulu iaitu Along & HFAR, masing-masing nampak berbeza dan matang je... Aq pun tak banyak sangat berborak dengan diaorag sebab rasa macam dah lama je beraya rumah si dia nie... So aq mengundurkan diri untuk pulang ke rumah untuk next activity.

Sampai je dekat rumah dah penuh dengan saudara-mara sebelah mama aq iaitu Pak Andak sekeluarga & Abang Zaki... Meriah jugak la suasana dekat rumah aq nie... Nasib la kakak dan abang aq tak ada so rumah tak la ramai sangat dengan cucu-cucu mama aq... Sebelum balik tu ada la ambil gambar sebagai kenangan...



Semoga raya tahun hadapan akan jadi lebih happening dan lebih meriah untuk tahun nie.. Tapi raya tahun nie rasa puas jugak sebab dapat berbuka puasa sepenuhnya bersama family tersayang... next update mungkin tajuknya 'Jika Suatu Hari Nanti'... Insyaallah....

Sekian!!!


Tuesday, August 21, 2012

Suasana Raya Pertama Family Samprit Ungu.... ^_^

Salam,

Hehe hari nie dah masuk hari raya ke-3 dah.. tapi entry pasal raya aq tak update lagi... alahai, busy bebenor mengemas rumah nie.... lagipun baru je siap memilih dan meng-edit gambar-gambar masa raya pertama nie... Tak mau cakap manyak-manyak... Jom tengok gambar raya family samprit ungu nie... 

Auni & Adam

Posing maintain je...

Haziq & Adam...

Aimi tak abes dengan handphone...

Haziq

Abg ipar aq tengah setting camera dia untuk gambar seluruh ahli keluarga..

Posing abes cute si kecik nie...

tak bleh blah muka... hehe

tadi setting.. sekarang, supervisor buat double check... hehe


Kakak aq yang no-2 bersama husband dan anak-anak...

kakak aq yang no-1 bersama husband dan anak-anaknya..

adik yang bongsu dan mr admin...

da best shot of da day... susah nak dapat ekspressi muka si Mia Umairah  with mak ngahnya...

Muka Bosan je...

Mia Umairah...anak buah ke-9 dlm family nie...

mama dan abang yang sulung....

Abah dan my bro....

Anak ke-2 dalam family....

Anak ke-3 dalam family....

Mama dan Abah....

Ready nak bertolak ke kampung...

Adik bongsu nak berposing jap...

Nur Hafiza....

Menunggu abah untuk berkonvoi pulang ke kampung...

Hahaha skemanya... tak pe kat blog je... kat Fb segan rasanye nak upload...

Suasanya raya di rumah Mak Long...

Testing camera....

Mama & mak long...

Ketupat daun buluh... menu wajib bila balik kampung...

kuih tradisional....

Adam peace main angry bird....

one big family.. tak lengkap sebab anak-anak dan wife bro tak beraya bersama...

Mia tengok ape tuh???

Ubah kedudukan sikit... hehe

My bro dan mr.admin(samprit ungu @ wan speck)

Mak Tok & Tok Ayah dengan cucu-cucu...

Kakak Linda dan Mama,Abah...

Adik bongsu yang tak habis berposing...


Aq, abang rizal, fiza, mama dan abah...

Versi tak ada kopiah...

Family kak tini dan mama, abah...


Mama & Abah...

Family Kak Tini...

Family Kak Linda....


Snap dalam kereta jap... On the way dari kampung...


Ambi gambar guna handphone....



Abang Yan, husband kak linda..

Auni Batrisya Safiah....

Version camera aq... hehe

Abang Shahidan, husband kak tini...

Over flash .... hehe

Adam Haikal... anak buah paling aktif la...

Tok Ayah dan Amir Haziq....
Hehe maaf la susunan gambar tu tak ikut susunan sebab gambar tu copy dari dua camera... so malas nak rename dan terus upload je... nak upload nie pun dekat 3 jam kena tunggu,... lama betul.. tapi tak pe.. yang penting kualiti gambar ok je... nak compress rasa sayang pulak gambar nie... untuk raya kali nie rasanya gambar mia dengan mak ngah dia tu la yang paling ok setakat nie... gambar time aq dan adik bongsu salam dengan mama dengan abah tak ade la sebab kami berdua jadi photographer... Tak ape la, yang penting kami sekeluarga dapat menyambut hari raya kali nie dengan sempurna dan keceriaan... Mudah-mudahan tahun depan kami semua masih diberi kesempatan... Insyaallah... Nanti akan di-update aktiviti raya ke-2... Itu sahaja buat kali ini.. terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca...

P/s: nak tergelak je tengok muka sendiri... memang tak elok bila bergambar.... ^_^

Sekian!!!!