Wednesday, August 1, 2012

Bye-Bye Rumah Sebelah....

Salam,


Petang nie aq nak story sikit la pasal rumah sebelah nie... Actually rumah sebelah rumah aq nie kosong sebab mama aq plan nak beli la, senang cerita nak perluaskan la rumah sedia ada nie. Harga rumah nie masa mula-mula beli dulu lebih kurang RM50k je tapi yang sebelah rumah aq nie nak jual tak munasabah langsung RM110k. Mahal giler la sebab rumah nie pun dah teruk dah. Owner asal rumah nie arwah husband mak cik nie la. So bila husband dia dah meninggal rumah nie dia dapat free je la. 


Apa yang aq nak pertikaikan kat sini sikap mak cik yang terlalu EGO, SOMBONG, BERLAGAK TAHAP TERUK dan RASA MACAM mama & abah aq nie terdesak sangat nak beli rumah dia tu. Pada aq la, aq tak heran langsung dengan rumah mak cik tu, sebab bagi aq tak berbaloi langsung la dengan harga. Dengan tempoh 2 tahun urusan jual beli yang tak sudah-sudah, mengalahkan nak beli ISTANA je. Sikap tak bertolak ansur mak cik tu buat aq bengang sangat-sangat. Dah banyak kali mama aq mintak kunci rumah nie tapi dia keras hati tak nak bagi jugak padahal duit pendahuluan dia dah ambik dah RM11k. Itu pun nak tuduh kitaorang menceroboh kalau masuk rumah tu. Fikir guna akal la sikit kan? Dah bayar duit pendahuluan dan ada surat perjanjian dah pun tetap dengan pendirian tak mau bagi kunci jugak. 


Time nak duit dulu laju je datang ambik sampai ugut mama aq tak jadi jual kalau tak bagi duit pendahuluan tu. Memang aq respect la kat mama & abah aq sebab sabaq giler tunggu rumah tu dalam masa dua tahun nie. Tapi sayangnya mak cik tu kaki belit, macam-macam alasan dan putar belit dia main. Kalau nak kata perkataan yang tak sepatutnya tak boleh la sebab puasa-puasa nie, tapi family aq nie semua jenis berlembut hati sangat. Ikut je telunjuk mak cik nie... 


Semalam balik je terawih mama memang melenting dan naik angin betul. Dekat sejam jugak la dia beleter je. Tekanan sangat la bila fikirkan tentang urusan jual beli rumah nie. Bukan apa, raya nie ramai yang nak beraya kat rumah mama nie, mama cuma nak bagi semua orang selesa je. Korang bayangkan la. Ahli dalam family aq nie ramai la jugak. Mama dan abah. Adik beradik(abang, kakak-kakak, adik dan aq) dah 5 orang. Campur dengan menantu mak aq dah 3 orang. Anak-anak buah dah 9 orang dan bibik 2 orang. Rumah kecik je. Anak-anak buah pun jenis nak tidur air cond je. Berlagak. Nak buat macam mana, kecik-kecik dah ajar macam tu. Balik kampung susah la nak share bilik. 


Tujuan utama nak beli rumah tu cuma nak selesakan semua orang je. Tapi mungkin Allah nak menguji lagi family aq nie dengan dugaan kesabaran menghadapi perangai manusia yang cukup dasyat macam nie. Pagi tadi mama aq call la mak cik tu sekali lagi nak mintak jasa baik dia bagi kunci tapi hati yang dah mati mana ada simpati dan belas kasihan kan?? Dia tetap berkeras tak mau bagi. Perang besar jugak la pagi tadi dalam telefon sampai jiran-jiran dengar. 


Geram sangat-sangat aq dengar mama cerita. Rasa macam nak santau je semua ahli family mak cik tu. Nak main-main sangat dengan family aq. Ingat bola ke boleh sepak sana sini... Hari nie sebenarnya rakan sekelas aq ada plan berbuka puasa ramai-ramai di Restoran Bendang, Kelubi, Jitra. Tapi aq tak boleh join sebab nak kena jaga anak buah seorang nie. Letih jangan cakap la. Rasa macam nak tertidur je bawak motor tadi. Untuk mama, tak ada alasan untuk katakan TIDAK.... Selamat Berbuka Puasa...


Sekian!!!
Post a Comment