Friday, August 10, 2012

Kuih Makmor & Mazola..... ^^

Salam,

Selamat pagi dan selamat menjalani ibadah pada beberapa hari lagi di bulan ramadhan nie... Jarang aq tulis blog pagi-pagi macam nie... Hari nie pelik jugak sebab selalunya aq mesti terlelap sekejap lepas sahur atau selepas subuh... Tu pun bila hari yang aq ada kelas la... Macam hari minggu nie tak mengantok pulak mata nie... Sekejap lagi nak sambung buat kuih pulak untuk tempahan terakhir jiran-jiran di sekeliling rumah nie... Semalam memang penat sangat buat kuih makmor, memang rasanya antara kuih paling penat la dari kuih samprit. Aq dan mama mula buat jam 3 petang kelmarin sampai la jam 8 malam baru siap. Susah nak jaga proses pembakaran dia je. Takut tak masak dan terlebih masak pulak... Jom tengok sikit gambar-gambar di bawah nie....

Kuih Makmor sedia untuk dibakar

Siap dibakar dan disalut dengan gula halus

No Caption

Proses menyalut gula selepas dimasak

Kuih Mazola

Nampak macam sedap je kan?? haha

Kuih Makmor siap untuk dijual...

Ini salah siapa?? Bukan aq yang bakar ok bahagian nie... hehe

Hehehe penat la... Serius mengantok la lepas siap buat kuih makmor dan mazola hari nie... dua round kowt... Pagi tadi mazola, lepas semayang jumaat tadi sambung dengan kuih mazola pulak. Rasa macam nak tercabut je pinggang nie... Update post nie pun dari subuh tadi lagi, tapi petang nie baru boleh publish.... Sibuk bebenor buat kuih dengan mama tersayang nie... Walaupun kuih mazola tu tak segak sangat rupa parasnya, tapi budi pekerti(rasa) ok kot... Chewah...hehe Nak rehat dan layan movie jap... Thanks 4 reading...

Sekian!!!