Sunday, August 5, 2012

Nafsu je tu.. Jangan terpedaya... ^^

Salam,


Hehe malam nie rasa malas sangat nak buat apa-apa sebab terlalu kenyang sangat perut nie. Aq pun tak tau kenapa berselera sangat aq makan hari nie, nak kata penat tu tak ada la sangat sebab kerja tak banyak sangat pun aq buat hari nie... Tolong mama buat kuih samprit dan packing kuih je. Lepas tu tolong kemas sikit-sikit. Tapi serius macam tak percaya je masa berbuka tadi aq boleh makan sebanyak tu. Aq nie macam biasa la, kalau nasi yang ada dalam pinggan, memang tak akan tambah dah masa berbuka. Sikit ke banyak ke setakat tu je yang aq makan masa berbuka. Menu hari nie:

  • ayam golek
  • masak lemak nangka
  • kari terung
  • kerabu mangga
  • kerabu jantung pisang
  • ayam kfc
  • air pepsi 
Kesemua menu hari ini dibeli sahaja... Dapur mama aq tak berasap hari nie sebab sibuk bebenor buat kuih samprit untuk pusingan terakhir. Pusingan terakhir?? Hehe ye la pusingan terakhir sebab lepas nie stok kuih mazola dan makmor akan mengambil tempat untuk tempahan. Dasyat jugak bisness kuih mama aq tahun nie sampai tak menang tangan nak buat. Tempahan terlalu banyak daripada sebelum nie. Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan... Rasanya lepas raya nie confirm tak akan stop dan akan terus prepare stok untuk agar-agar kering ... Produk nie la yang paling laris dan mendapat tempahan yang cukup banyak sebab tak ramai yang boleh buat benda nie... Target tahun depan 10 KG agar-agar mesti dapat buat la. hehehe


Petang tadi sementara menunggu waktu berbuka puasa, ada la anak buah aq nie makan nasi dengan ayam kfc sambil duduk dekat dengan aq. Ayam kfc, paham-paham je la aroma dia macam mana kan?? hahaha tengok dia makan seketul je pun dalam hati dah terdetik, lepas raya nie nak beli 1 bucket dan nak ratah puas-puas. Hehe bila time berbuka, makan nasi je dengan hampir separuh ayam golek je dah kenyang dan terfikir balik, rasa nak termuntah pulak bila fikir ayam kfc tu... Hehe tu la Nafsu nie macam-macam je nak makan masa berpuasa. Itu la bila kita pergi pasar ramadhan jadi rambang mata je nak beli. Balik rumah dan masa berbuka, minum air soya je pun dah kenyang... Hari nie dah 15 hari kita berpuasa... Sekejap je masa berlalu kan?? Biasa la... Perkara yang indah tak terasa ia sedang meninggalkan kita, tapi perkara yang kita tak suka pasti menimbulkan persoalan "bila la nak habis??". Betul tak??? Hehehe Selamat Malam~~~

Sekian!!!

No comments: