Saturday, August 25, 2012

"Jika Suatu Hari Nanti"

Salam,

Entry kali nie adalah entry terakhir sebelum aq pulang ke rumah sewa... Malas sebenarnya nak balik ke rumah sewa dengan keadaan demam dan sakit tekak nie tapi esok dah ada kelas pukul 8.00 pagi so kena balik jugak la hari nie... Entry kali nie dah lama nak taip tapi masih belum berkesempatan... Lepas skype kelmarin baru tergerak untuk tulis entry kali nie...

Jika suatu hari nanti ditakdirkan jasad dan nyawa ini bercerai, jangan ditangisi pemergian ini.
Jika suatu hari nanti jari-jemari ini berhenti menaip disini, tutuplah blog ini dari terus dibaca,
Jika suatu hari nanti tiada lagi status di facebook, skype, dan lain-lain lagi, deactivekan kesemua account tu.
Jika suatu hari nanti si dia nak jauhkan diri dari aq, aq terima dan rela, untuk lihat si dia bahagia.
Jika suatu hari nanti aq sudah tiada, padamkan segala memori 4 Mac 2009 buat selamanya.
Jika suatu hari nanti si dia dah bahagia dengan orang yang tercinta, lupakan aq untuk selamanya.
Jika suatu hari nanti hidup aq berakhir di dunia nie, aq tinggalkan nota di dalam laptop ini buat semua,
Jika suatu hari nanti  aq sudah tiada disini, aq harap si dia sudi terima kembali barang yang pernah si dia kembalikan pada aq dahulu.
Jika suatu hari nanti aq sudah tiada lagi di dunia ini, aq harap si dia akan terus tersenyum dan gembira disamping orang tersayang,
Jika suatu hari nanti ucapan innalillahiwainnailaihirojiun buat aq dilafazkan sedekahkan aq dengan surah Al-Fatihah dan Yasin untuk aq serta maafkan segala dosa-dosa aq...

Kadang-kadang dalam hidup ini kita pasti akan melalui suatu saat dimana kita merasakan seolah-olah kematian semakin hampir dengan kita, hidup dan mati itu adalah kerja Maha Pencipta. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan bersedia menghadapi hari yang PASTI tiba buat kita. Entry ini sekadar meluahkan perasaan dikala keadaan tak sihat... Aq cuma inginkan semuanya yang terbaik buat semua orang... Maaf andai tersalah dan terkasar bahasa.... Cukuplah nukilan kali nie sebelum pulang ke Jitra... thanks 4 reading...

Sekian!!!
Post a Comment