Saturday, August 25, 2012

Skype Buat Kali Terakhir...

Salam,

Selamat pagi semua, hari nie hari sabtu 25 Ogos 2012, hari terakhir aq menghabiskan cuti raya bersama keluarga yang tercinta... Untuk entry kali nie aq nak kongsikan kisah tentang aq dan si dia di skype kelmarin... Aq sebenarnya nak sangat-sangat online skype dengan dia macam masa bercinta dulu, bukan ape, rasa happy dan ceria je dapat bergurau senda dengan dia macam dulu... Lagipun tak ada lagi orang yang mampu gantikan dia dalam hidup aq sebagai teman yang boleh membuatkan aq tersenyum sepanjang masa... 


Persoalan yg aq nak tahu dah terjawab...
Aq selalu bertanyakan diri aq sendiri kenapa la macam susah je dia nak contact aq sejak couple dengan orang baru tu... Andaian aq mungkin takut bf dia jelouse dan marah bila contact dengan aq... Tapi ternyata andaian aq meleset... Dia sedang cuba melupakan aq dengan menjauhkan diri dari kehidupan yg berhubungkait dengan aq... Kehadiran bf yang baru ini pun bukanlah atas dasar cinta tapi sekadar pelengkap hidup bagi melupakan kenangan masa silam....

Perasaan sendiri tak dapat dijelaskan apa yang dirasa...

Bila si dia tanyakan tentang perasaan terhadap bf baru... si dia sendiri pun tak dapat nak jawab apa yang si dia rasakan... Pada pendapat aq, dia belum bersedia untuk jatuh cinta lagi... Mungkin ada benarnya jika si dia menjauhkan aq dari kehidupannya untuk memberikan ruang buat orang baru untuk menjadi pelengkap hidupnya semula... Kalau itu mampu membuatkan si dia dan bf baru bahagia... Aq sedia undur diri dari apa jua kaitan dalam hidupnya... 


Aq dah kenal parents dia dah lama.... Hari khamis nie si dia akan terbang ke Sarawak...
Bf si dia nie masih baru dan belum faham lagi keadaan si dia yang ada peraturan dalam keluarganya..  Selama aq bercinta dengan si dia, rasanya hanya beberapa kali sahaja kami keluar bersama dalam tempoh dua tahun bersama, kalau tak silap tak sampai 5 kali pun... So buat si bf baru nie, jangan anggap si dia nie sama macam gurlz yang lain, yang senang-senang je nak ajak keluar pun... Be patient ok... Aq memang dah kenal lama parents si dia sejak first time datang beraya ke rumah si dia. Cuma hubungan kami semasa bercinta tu cuma adik si dia je yang tahu, bukan apa. Setiap keluarga  khususnya ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran bukan sebelum pergi ke arah lain... So parents dia pun rasanya inginkan perkara yang sama buat si dia.... Hubungan rahsia kami itu kekal sejak mula hinggalah ke akhirnya tanpa pengetahuan mama papa si dia... 

Hari khamis nanti, si dia akan terbang ke Sarawak bagi menyambung pelajaran di UNIMAS... Si dia ada jugak bertanyakan kepada aq samada apakah aq akan menangis semasa menghantar si dia ke lapangan terbang nanti?? Hehe aq menjawab tanyalah sama mama si dia... Dan si dia menjawab kembali, 'mama cakap awak akan menangis'. Dia jauh lebih kenal aq, hampir 7 tahun perkenalan kami, pasti sukar untuk menipu apa yang dirasa bukan??

kata terakhir sebelum offline...
Sebenarnya masih terlalu banyak perkara ingin aq katakan dan luahkan pada si dia, tapi waktu membataskan kami untuk terus berhubung... So si dia ada katakan samada ingin berhubung lagi pada  malam tu... Aq katakan aq akan online sahaja pada malam tu... Tapi sayangnya aq hanya menunggu dan menunggu bermula jam 9.00 malam sehingga jam 1.00 pagi semata-mata untuk online dengan si dia dan terlelap dihadapan netbook nie... 

Jam 5.00 pagi aq terjaga dari tidur dan terus menunggu si dia untuk online.... Aq terfikir kembali, kenapa aq perlu buat semua ini??? Kenapa aq perlu tunggu si dia lagi??? kenapa aq sanggup tunggu berjam-jam untuk online dengan si dia??? Jawapannya cuma 1, si dia masih sebahagian dalam hidup aq... Itu jawapan bagi semua persoalan tu...

Maksudnya si dia masih lagi penting dalam kehidupan aq, cuba lihat kembali, kenapa masa open house tu aq datang jugak walaupun dalam keadaan hujan??? kenapa aq hantar je topup kat si dia walaupun bukan untuk menghubungi aq??? kenapa aq sanggup tunggu walaupun dalam keadaan sakit macam nie untuk lihat si dia di Skype... Jawapan tetap sama iaitu... Dia masih sebahagian dari hidup aq meskipun sekadar kawan baik kini... 

Maaf andai entry kali nie tak sesuai, aq sekadar ingin tuliskan diari untuk kenangan abadi hidup aq, walaupun cuma beberapa minit aq di skype, bagi aq cukuplah untuk aq coretkan dan simpan kenangan aq dan si dia disini andai suatu hari nanti aq sudah tiada disini... Buat si dia, semoga cepat sembuh sakit tekak tu dan semoga selamat tiba di bumi kenyalang serta mulakan pengalaman baru disana dengan sebaik-baiknya... 

Aq tak tahu apa yang akan jadi lepas nie... Cuma 1 je harapan aq, kalau masih ingat dan ingin contact aq, carilah aq disini... Aq sentiasa ada disini menunggu si dia suatu hari nanti... Mudah-mudahan segalannya untuk si dia dipermudahkan disana... Next entry mungkin "Jika Suatu Hari Nanti". Insyaallah akan di-update sebelum aq pulang ke Jitra...

Sekian!!!



No comments: