Monday, November 10, 2014

Cinta Hati 29 Oktober... Selamat Tinggal Mr.H...



29 Oktober 2014

Setelah sekian lama Mr.H menyepikan diri ini. Hari nie baru la berkesempatan dengan sedikit masa yang ada untuk meng-update sedikit kisah gembira dalam kehidupan.  Ada apa dengan Cinta? Ada apa dengan tarikh yang dinyatakan? Meh Mr.H nak kongsikan buat pengetahuan semua. Selamat datang ke dalam kehidupan Mr.H buat Cik Aein Mushi Comel. Siapa pulak Cik Aein nie? Inilah story yang Mr.H nak kongsikan untuk entry kali nie. Nama diberi Nurul Ain Binti Baharum. Perkenalan yang tidak diduga suatu masa dahulu telah menjadikan hubungan Mr.H dan Cik Aein nie kepada hubungan yg kami sendiri tak menduga akan seperti sekarang.



 

Jom back to da past kejap dimana perkenalan kami bermula. Cuba tengok dekat gambar di atas, pada gambar nie perkenalan kami bermula. Mr.H ada komen untuk mintak izin nak gunakan gambar Cik Aein nie untuk tukar DP Insta Mr.H. Saja ja rasa nak guna gambar orang lain dekat Insta tu. Kebetulan nampak gambar Cik Aein nie comel jugak. So request la untuk mintak izin untuk gunakan gambar dia. Ada 2 gambar yang Mr.H pilih. Diantara 2 gambar tu gambar yg kiri seperti yg tertera di bawah nie Mr.H gunakan untuk DP Insta Mr.H.





Lepas dah bertegur dan pinjam gambar nie. Ada jugak la tegur menegur dari Cik Aein nie dekat wechat bertanyakan tentang handphone je. Memang tak ada la topik-topik berkaitan perasaan nie sebab mode berkawan je masa tu. Tapi siapa sangka kan akan terjalin suatu hubungan yang tak diduga. Pernah jugak hati nie terdetik "kalau la dia jadi awek aq", dan akhirnya pada 29 Oktober 2014 tercapai jua apa yg diharapkan. Selama berkenalan dengan lebih mendalam nie, masing-masing mengharapkan yang terindah dalam hubungan nie. Apa yang kita harapkan tak semuanya akan bisa jadi kenyataan, kerana sebaik-baik perancangan itu adalah datang dariNya. Mr.H mendoakan yg terbaik utk hubungan nie ye sayang.




Semalam Cik Aein nie ada la men-story-kan sedikit tentang Mr.H kepada Mamanya. Feedback yang dapat Alhamdulillah respond yang baik dan suatu petanda yang baik jugak untuk berusaha mendapatkan Cik Aein ini dengan cara yang sebaiknya. Apa yang Mr.H plan sekarang cuma nak kerja dan simpan duit cepat-cepat. Tak nak buang masa takut apa yg digenggam terlepas kepada yang lain. Cinta tu mesti la dah ada kan? Cuma nak lagi best bila dah halal bersama. Lagi sweet kot? Insha Allah. Semoga ini sebaik-baik pilihan hati buat Mr.H dan keluarga. Welcome to my heart Nurul Ain. Love You dear. Selamat tinggal kenangan lalu. Izinkan daku mulakan hidup yang baru dengan insan ini. Terima kasih utk segalanya. Mungkin ini penutup buat Mr.H. Selepas ini tiada lagi Mr.H di dalam entry akan datang. Mr.Apit akan menggantikan Mr.H disini. 


 


Thanks for reading. Entry baru bersama orang yang baru.  Mr.Apit & Mrs.Aein...