Sunday, September 29, 2013

Coretan Cinta Buat Insan Terindah...

Melihat status-status di facebook menceritakan keindahan bila mempunyai pasangan... Kadangkala terasa ingin menikmati rasa itu jua, namun apabila memikirkan kenangan lalu, keinginan itu lenyap hanya dalam sekelip mata. Kenapa begitu? Mungkin kenangan lalu telah mencalarkan segala rasa indah untuk bertapak dihati ini lagi. Luka lalu yang diriku ukirkan terlalu sukar untuk aku lupakan. Bak kata orang "Cinta pertama sukar untuk dilupakan". Luka itu jua yang mengajar untuk menghargai seseorang dan erti sebuah Cinta yang aku sia-siakan. Usia mudaku membuatkan aku mentah dalam menilai sebuah Cinta. Aku belum bersedia untuk merasai Cinta yang sebenar-benarnya diketika itu. Cuma mengikut keadaan sekeliling yang ingin mempunyai pasangan dihati. Kini semua yang berlalu, hanyalah catatan sejarah dalam segenap ruang hidupku. Aku sendiri disaat ini tanpa sesiapa yang yang menghuni daerah hati nie. Biarlah rasa ini berkekalan sehingga si dia yang telah ditentukan untuk melengkapkan sekeping hati ini tiba pada TakdirNya. Mungkin esok, 5 tahun lagi atau 10 tahun lagi si dia akan muncul tiba. Dimana, siapa dan bilakah akan bertemu hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tertulis dalam Takdirku... Aku akan terus menantinya. Andai Jodoh ini bukanlah dengan insan yang bergelar Hawa. Aku redha jika Jodohku berakhir dengan hembusan nafas yang terakhir. Pasti itu yang terbaik dariNya buatku... Cinta yang paling indah adalah Cinta padaNya yang Maha Berkuasa. Usah jadikan Cinta sesama manusia melebihi segalanya kerana itu hanya sementara... Jangan dek kerana Cinta kita buta untuk menilai diantara kaca dan permata. Kerana salahnya langkah kita, pasti impaknya akan terpahat dalam kehidupan kita buat selamanya. Belajarlah dari salahku ini agar dirimu tidak tersalah langkah dalam berCinta. Biarlah orang lain berkata-kata pada dirimu yang keseorangan tanpa pasangan. Dari memulakan suatu noktah dosa yang akan membawa kepada suatu sesalan dalam hidupmu. Matangkan dahulu dirimu dengan kehidupan, belajarlah menCintai ibu bapamu sebelum mencintai orang lain, langkah mulamu biarlah mengenali Cinta padaNya yang Esa kerana semua itu akan membawamu kepada insan yang benar-benar memberikanmu dengan sebuah Cinta yang sejati.... To My Future... Dimana awak berada, siapa diri awak, dan bila kita akan dipertemukan sebagai Jodoh dariNya, saya harap awak sentiasa dilindungi, diberi kesihatan yang baik dan simpan Cinta awak untuk saya. Semoga awak adalah Jodoh yang terindah untuk saya. Insyaallah dengan izinNya kita pasti bertemu. Saya Sayang awk!!! ^_^

Sekian coretan nota-nota dari hati ini...




Saturday, September 28, 2013

Coretan Hati Mengingati Diri

kadang-kadang dalam hidup ini tidak selamanya kita akan terus berjalan dalam ketawa, tak selamanya rasa yang indah itu milik kita, kerana rasa yang indah itu kadang kala membuatkan kita leka dengan keseronokan dan kebebasan dunia yang bukan selamanya untuk kita, akan ada suatu ketika kita akan merasa sakit dalam kejatuhan yang menimpa diri kita, musibah yang dihadirkan buat kita sebagai ujian dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran dan segala bentuk pancaroba yang membuatkan kita tersungkur terus dari bangkit semula. Sedarlah disaat itu, adalah bertujuan untuk menyadarkan kita dari kelekaan yang kita sendiri ciptakan. Itulah tanda sayangnya yang Maha Pencipta pada kita. Disaat kita didatangkan ujian sebegitu, apakah masih ada insan yang sanggup berada disamping kita membantu, menyokong, setidaknya memberikan semangat serta kekuataan disaat kita sangat memerlukan seseorang untuk menjadi seperti kayu penyokong pada dahan yang akan patah menyembah bumi. Andai ada mungkin cuma 1 dalam sejuta. Tapi sukar untuk kita temukan seseorang yang mampu berada disaat jatuh dan bangunnya kita. Hanya Dia yang sentiasa ada buat kita, namun kita hanya mencarinya disaat kita benar-benar memerlukan bantuan dariNya. Bertapa hinanya dengan sikap kita yang sebegitu rupa. Sebagai insan biasa, salah dan silap itu adalah lukisan hidup kita. Tidak kira walau cantiknya lakaran itu di atas sehelai kertas namun masih akan tercipta secalit kesalahan. Itulah lumrah kehidupan kita, namun dari kesalahan itu yang akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Biarlah kita salah ketika ini dari kita terus hanyut dan tenggelam dari kesalahan yang tidak pernah kita sedari yang hanya akan mensia-siakan perjalanan hidup kita didunia ini. Tiada yang sempurna namun sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik adalah warna yang harus dilakarkan dalam potret kehidupan setiap insan. Diri ini jugak tidak terlepas dari melakukan kesalahan tetapi akan tiba suatu ketika hati ini disentuh dalam mengingatkan agar jangan menjadikan kehidupan ini seolah-olah tiada harga. Kerana belajarlah untuk menghargai sesuatu yang tidak dapat dinilaikan dengan segalanya. Sayangi diri anda untuk selamanya...

p/s: Sekadar mengingati diri ini yang senantiasa melakukan kesalahan....


Friday, September 27, 2013

Lawatan ke RTM, Airport, Test Math... Coretan 23-26 September 2013.



Hai semua, Mr.H kembali lagi mencoretkan kisah kehidupan disini. So minggu nie adalah minggu getir buat Mr.H sebabnya ada test math yang paling Mr.H takut. Bukan apa sebab test kedua nie memang kena score habis-habisan sebab test pertama boleh dikategorikan hancus la. Khamis(26/09/13) adalah hari yang dinantikan. Tapi nanti la Mr.H story. Kita start dengan hari isnin dulu. Pagi nie (23/09/13) adalah hari yang paling tak best sebab kelas awal dan subjek yang berat kepala la.

Tapi best tak best tetap kena pergi jugak kan? so sampai awal jugak la sebab tak nak kena halau dengan lecturer. Disiplin kan poli nie? Dah macam sekolah menengah dulu je. So pagi nie subjek microwave system ada buat lab work. So Mr.H la punya tugas catat report dan ahli group Mr.H yang lain relax dan borak-borak je. Alahai, nampak muka nie je, mesti Mr.H jugak yang kena buat. So catat je la hasil lab work tu dan selebihnya Mr.H serahkan kat ahli yang lain. Habis je lab, Mr.H temankan geng trio Mr.H(Cik Pieja dan Cik Kamila) tengah kelam kabut siapkan assignment math yang nak kena hantar.

Copy paste je la Mr.H punya assignment. Nasib la Mr.H punya kerja dah settle sebelum tidur semalam. Kalau tak kelam kabut jugak dibuatnya. Masa kelas Engineering math cuma buat tutorial exercise saja. Best jugak sebab soalannya memang buatkan diri ini stress sampai hilang selera nak makan tengahari. Dalam pukul 4:00 petang baru ada selera nak makan. Hadoi teruk betul.Hari selasa punya cerita kelas Mr.H batal so kiranya cuti la hari nie. Tak tau nak buat apa seharian di rumah sewa. Pukul 8:30 pagi Mr.H dah merempit ke UTC Alor Setar untuk buat kad pengenalan baru. Lama dah rancang nak buat. Tapi asyik ada halangan je. Tekad jugak la nak pergi buat hari nie.

Resit buat IC
Mr.H dengan Alor Setar nie tak berapa familiar sangat dengan jalan di sini. So sms Cik Pieja je la mintak pandu arah. Akhirnya tiba jugak di UTC. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mr.H sebab tak ramai sangat orang pagi nie, so tak perlu tunggu lama-lama...Selesai je urusan di UTC so terus balik rumah. Hujan rintik-rintik turun. Ape lagi laju jugak la Mr.H bawak moto. Kejap je dah sampai Jitra. Kawan umah sewa yang baru bangun tidur pun heran Mr.H pergi mana awal-awal pagi nie. Diaorang ingatkan Mr.H balik rumah mama Mr.H. Sebab selalunya macam tu la bila tak ada kelas. Ingat nak balik, tapi bila difikirkan assignment yang tak siap memang tak sempat la nak balik. Malamnya memang sibuk dengan assignment la sampai jawab soalan kawan-kawan pun dalam sms je. Hehe siapa lagi kalau bukan Cik Pieja. Maklumlah nota untuk soalan tu ada dekat Mr.H so kena la bantu dia. Jam 2 pagi jugak mata ini terlelap.

Hahaha nie ja cara yang dapat tolong...
Pagi rabu Mr.H dan rakan kelas ada lawatan ke RTM Kedah dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk subjek wireless... Seramai 21 orang yang terlibat dalam lawatan kali nie. Actually Mr.H dah pernah pergi semasa semester lepas tapi semester nie lecturer suruh pergi lagi so pergi je la. Tapi tak bestnya Cik Pieja dan Cik Kamila tak ikut so kesorangan je la hari nie... Aduhai sedey la... Sedey la sangatttt(tangan atas bahu mata ke atas). Dalam bas pun still sms Cik Pieja lagi...hewhewhew.. So bas gerak dalam pukul 8 pagi tapi Mr.H perlu ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk hantar assignment semalam tu dulu. Kelam kabut jugak la pagi nie. Part paling penat nak kena naik tangga sehingga tingkat 5. Hadoi, pagi-pagi dah bersenam. Masa masuk dalam Jabatan tu ada lecturer tegur. "eh awak bukan terlibat dengan lawatan pagi nie ke? kenapa tak pergi lagi?" Eh kenal pulak puan nie kat Mr.H. Slumber je la Mr.H jawab. "On da way puan, on da way puan". hahaha

Sepanjang perjalanan Mr.H cuma layan lagu di fon dan duduk sensorang je. Malas nak bertegur sapa. Depan Mr.H ada seorang awek yang comel tengah snap gambar dengan BFF dia. Bila tengok dia teringat kat Ex Mr.H. Hehe akhirnya sampai jugak di RTM Kedah. Sementara menunggu orang yang akan mengiringi kami semua melawat di sekitar kawasan Operasi, Mr.H terserempak dengan seorang akak yang rasa macam pernah tengok je. Laaaa Kak Nurul rupanya. Kak Nurul nie sahabat Mr.H di facebook dan merupakan senior Mr.H zaman sekolah dulu. Tak sangka Mr.H dapat jumpa kat sini. Lecturer dengan kawan-kawan pun heran sape la yang borak dengan Mr.H tu. Selepas tu kami di bawa melawat ke Main Control Room(MCR) dan dapat berada di Konti radio yang tengah Live bersiaran bersama DJ. Memang best sebab semester lepas kami tak dibenarkan masuk.

Dalam bas...
Nak kena lintas jalan.. Depan tu je RTM..
RTM... dua lecturer pengiring.. Puan Nui dan Puan Harisson...
Rakan Sekelas... 
Tak ingat nama apa mesin nie.. tapi kiranya alat yang sangat penting la...
Penerangan oleh kakitangan RTM tentang peralatan dalam konti...
Sesi penerangan rakaman berita wilayah yang selalu ke udara petang-petang tu... hehe
Selesai lawatan di RTM, kami meneruskan lawatan ke Airport pulak. Hadoi, mentang-mentang la Mr.H dah pernah pergi lawatan nie. Lecturer asyik bertanya je dekat Mr.H, "Hazwan, hari tu pergi kat mana dulu, Hari tu ada lecturer ada bawak surat kebenaran tak? Sampai airport dalam pukul berapa?" Macam-macam soalan nak kena jawab. Ai maklum la, Mr.H supersenior kat poli tu. Hahaha so lawatan di Airport kali nie agak berbeza sikit. Kami cuma dibenarkan melawat di Menara Bomba sahaja kerana tiada surat kebenaran untuk ke Menara Kawalan. Tapi pengalaman di sini lagi best sebab ada demonstrasi dari pegawai bomba tentang jentera yang digunakan untuk memadamkan kebakaran sekiranya berlakunya kemalangan pesawat terhempas. Memang terbaik dan jarang kita dapat lihat. Terpesona seketika melihat kecanggihan jentera yg bernilai hampir RM5 juta ini beroperasi...

Pesawat MAS yang baru mendarat...

Rakan yang mencuba baju bomba airport..

Jentera yang digunakan bomba airport...

dua orang tu kawan kelas Mr.H... Tan dan Zati...
Mungkin nasib kami agak baik hari nie bila dapat tengok pesawat MAS yang mendarat di lapangan terbang nie. Cuma tak bestnya tak dapat tengok macam mana komunikasi antara menara kawalan dengan pilot tu disebabkan tak boleh melawat menara kawalan tanpa surat kebenaran. Apa-apa pun banyak info yang dapat dipelajari semasa berada disini... Lebih kurang jam 2 petang kami selamat sampai di Politeknik. Penatnya tapi best sebab pengalaman baru dapat diperolehi dalam lawatan kali nie. Turun dari bas terus ke parking motor dan gerak balik rumah. Memang tak lunch dah sebab kepala pening so selera nak makan pun hilang. Balik je rumah sewa terus mandi dan gerak ke UTC untuk ambil IC.

Hehe horrayy dah pun siap... Tapi standard la. Gambar IC tetap tak boley blah punya. Sabar je la... Cuaca pun nak hujan so merempit la Mr.H di jalan Istana Anak Bukit nie. Lama kapcai nie tak test speed so try je la dekat jalan nie. Tapi tak macam dulu la performance dia. Mungkin nak kena buat maintenance agaknya. Maksimum cuma 130 km/j sahaja yang mampu. Saje je tak ada kerja kan bawak lelaju macam tu? Hahaha sampai je kat rumah terus on netbook dan layan KL Zombie sampai la KL Zombie tu tengok Mr.H balik. Eh tak sedar mata nie terlelap. Kepenatan yang teramat sangat jelas terasa... Malamnya memang sibuk la dengan siapkan assignment lagi dan study untuk test math pada khamis. 

Oh assignment... -_-
Mr.H sensorang je study dalam bilik manakala kawan-kawan lain semua study kat luar. Bukan apa, bilik Mr.H nie bising sikit bila Mr.H buka lagu kat speaker nie. Memang tak boleh fokus la kalau terasa gema lagu jiwang dan dangdut nie.. Hahaha Mr.H ok je study dalam keadaan macam tu. Tapi Mr.H nie kategori budak poli yang nakal jugak la dalam diam. so soalan test untuk esok, malam nie dapat soalan ramalan dari rakan kelas lain. Hehe so boleh la fokus study bab-bab yang penting kan? Maklumlah bab untuk test esoknya ada 5 subtopik, so Mr.H fokus 3 subtopik yang mudah je la. Thanks untuk kawan kelas lain yang sudi share. Sebelum jam pukul 12 tengah malam ada reminder kat handphone nie berbunyi. Laaaa hari lahir Miss.H rupanya. So cepat-cepat prepare ucapan untuk si dia. Tak ada la jiwang sangat. Sekadar ucapan kepada seorang sahabat. hehe

Khamis yang ditunggu telah pun tiba. Ketaq tu tetap ada la sebab tak confirm lagi soalan ramalan tu betul atau tak... Alhamdulillah bentuk soalan tu sama cuma nilai je berbeza, dapat jugak la jawab dengan sebaik mungkin. Hope sukses la dengan izinNya. Insyaallah. Habis je kelas nak hantar assignment tetiba Cover page Mr.H dan Cik Pieja tersalah la pulak so kena print out kat luar la. So keluar la kami berdua ke kedai print yang tak jauh dari poli nie. Dah settle je kembali ke Jabatan untuk submit assignment nie. Penat jugak la berjalan. Masa dekat bengkel ada lecturer nie tegur Mr.H dan Cik Pieja. "Haaa pi mana berdua tu? hehe". Boleh pulak lecturer nie perasan kami lalu dekat situ."Hantaq assignment ja Encik". 

Bagi Mr.H minggu nie agak penuh jugak dengan aktiviti Mr.H. Pergi buat IC, lawatan, assignment dan test. Dengan harapan yang tinggi semoga segala kenangan ini akan terus abadi disini... Bila check semalam, bulan 8 adalah bulan yang paling sikit Mr.H update sebab sibuk sangat. Hope bulan 9 akan lebih banyak coretan Mr.H disini. Setiap saat dalam hidup Mr.H adalah terlalu bernilai untuk dibiarkan begitu sahaja tanpa coretan kenangan... Thanks sudi baca kisah hidup Mr.H disini... Insyaallah Mr.H akan kembali update lagi lepas nie... 

Sekian Coretan Hati....

Sunday, September 22, 2013

Coretan Mingguan 16-19 September 2013... My Life...


Hai semua, alhamdulillah masih lagi berkesempatan mencoretkan coretan kehidupan Mr.H disini. Oh ya, walaupun dah terlewat tapi tetap nak ucap Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2013 yang lepas. So maksudnya apa ye? Maksudnya dapat cuti laaa... Start dari hari Jumaat sehingga Isnin la cuti untuk minggu nie. Alhamdulillah lega sangat dan boleh la rehat panjang. Coretan kali nie rasanya tak panjang dan mungkin simple je kot sebab tak banyak sangat moment yang Mr.H dapat ingat. Kita mulakan dengan hari Isnin, keesokan harinya Mr.H dah start kelas so banyak la barang nak kena bawak balik ke rumah sewa. Kebetulan mama dan akak nak pergi ke Jitra so ikut sekali la pergi hantar barang kat rumah sewa.

Lepas je hantar terus mama dan akak ke Nagoya Jitra untuk shopping kain nak buat baju kurung. Haha masuk je kedai tu rasa macam nak juling mata nie tengok banyak sangat kain. Macam-macam jenis. Dan dalam kedai tu boleh dikatakan 98 % orang perempuan la. Haha cuci-cuci mata je la Mr.H tengok salesgirl kat situ. Tapi bukan awek la. Kebanyakan macam akak-akak yang berpangkat isteri orang la... Hahaha  ada seorang dua je yang macam budak lepas spm. Cer tengok gambar yang sempat Mr.H snap.

Mama dan Akak yang tengah pilih kain
Shopping punya shopping selesai jugak mama dan akak nie borong kain. Beratus jugak la habis. Yang penting puas hati... Mr.H sebagai tukang penasihat je. Yang mana Mr.H cakap ok, yang tu la diaorang pilih. Hehe so sebelum nak balik ada la singgah kejap dekat gerai tepi jalan nie untuk beli donut dan burger goreng. Memang Mr.H suka sangat beli kat sini sebab donut kat sini lembut sangat. So lunch Mr.H hari nie itu je la. Tak berapa nak selera nak makan nasi hari nie... Pada pagi selasa Mr.H ada kelas Wireless seperti biasa... Mood cuti masih menebal dalam kepala nie. Malas je rasanya nak pergi ke poli.

Donut yang sangat lembut
Gerai tepi jalan berhadapan sekolah dan mahkamah...
So sampai je kat poli lecturer pun macam tak mengajar sangat. Aktiviti Mr.H, Cik Pieja dan Zalina cuma bergurau, main game dan part paling best buat checklist senarai menu yang reti masak. Entah ape-ape la kami bertiga mengarut. Oh ya, Cik Kamila tak datang hari nie sebab demam. So tinggal kami bertiga je la hari nie. Hari rabu tibalah masa untuk presentation Microwave Devices. Hadoi ketaq sangat subjek nie. Sebab kena bersedia dengan lecturer yang agak lazer la mulut dia. So tibalah group Mr.H kena present. "boom" bunyi effect bom. Haha group Mr.H dah kena hentam sebab first slide dah salah buat. Dah la part tu Mr.H yang present. Memang terbaik la.

Ramai jugak la yang kena hentam hari nie... Tak terlepas dari yang kena adalah Cik Pieja la. Hadoi sabaq ja la dengan karenah seorang lecturer yang klakar nie. Pada khamis pulak seperti biasa ada kelas Engineering Math la. Awal pulak Mr.H sampai hari nie. Dah la pakai baju sama warna dengan Lecturer math nie. Masa kelas math nie jadi target lecturer nie la nak tanya soalan. Ada 1 soalan tu Mr.H tak dapat nak jawab. Lecturer tu cakap, "Hazwan, kalau awak tak boleh jawab soalan nie tak boleh Kahwin". Mr.H heran jugak la sebab kenapa cakap macam tu pulak. Apa kena mengena math dan kahwin? Adakah tok kadi nak tanya Formula untuk cari Sin, Tan dan Cos masa akad nikah? Hahaha senyum tanda ketenangan je la....

Haaaa cerita hari khamis jugak masa Mr.H nak pergi hantar external Hardisk dekat Yu di First Copy, entah macam mana boleh terserempak dengan Zati(kawan sekelas Mr.H). Mulanya tak perasan lagi. Tengah leka borak dengan Yu, baru nampak macam ada awek pakai tudung biru kat dalam kedai pandang Mr.H. Yu pun ada tanya Mr.H, "budak kelantan kan?". Hehe ye, Zati nie orang kelantan jugak. Mesti dia ingat Yu tu awek Mr.H. Hehe kami kawan baik je la... Apa-apa pun best jugak la kenangan-kenangan untuk minggu nie. Part present tu memang akan Mr.H kenang buat selamanya. Setakat itu saja untuk minggu ini... Thanks for reading.

Home Sweet Home
p/s: gambar semua printscreen dari account instagram saja sbb snap pakai handphone akak...

Sekian nukilan hati...   

Sunday, September 15, 2013

Kisah Mingguan Indah (7-14 September 2013)...


Hoho alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk jari-jemari ini mencoretkan kisah kehidupan Mr.H. Minggu nie tak banyak sangat kisah kehidupan Mr.H untuk dikongsikan bersama. Ok lah. Kita mulakan dengan hari sabtu (7 September 2013). Cuaca pagi nie hujan dengan lebatnya. Mr.H pulak ada kelas ganti untuk cuti raya hari tu. So dalam dilema la nak pergi ke tak kelas hari tu. Kalau tak pergi masalahnya subjek tu ada lab work so malas la nak kena buat sensorang. Fikir punya fikir, akhirnya ambil keputusan pinjam kereta mama je la balik rumah sewa. Hehe mama macam tak nak bagi. Ye la anak teruna nie tak berapa cekap sangat. Alhamdulillah sampai jugak dekat rumah sewa, terus salin baju dan kebetulan Min baru sampai jugak kat rumah sewa. 


Habis lencun dia sebab bawak motor. Tak lama lepas tu ada salah seorang kawan kitaorang nie call bagitau yang kelas pagi nie batal... Ya Allah sabaq je la, penat je balik pagi nie. So apa lagi terus balik ke rumah mama je la. Hari yang sia-sia... Next day, tak ada apa sangat la yang menarik sangat. Cuma masa hari rabu ada kelas Microwave Device. Hujan turun dengan lebatnya.Petang tu ada presentation plak. Hadoi dengan slide yang tak siap memang rasa malas giler nak pergi kelas pun... tapi dah kerja berkumpulan tak best pulak lau tak pergi kan? so pergi jugak la dengan malasnya... sampai je kat poli tak ada plak kelas hari nie. Bahagianyaaaa... hahaha macam orang mengantuk disorongkan bantal je. Memang semua lecturer busy dengan Majlis Konvokesyen yang ke-27 pada hari rabu (11 September 2013).

Bila kelas tak ada so 1 kelas semua berkumpul kat kedai makan nie...Kedai makan akak cun nie.. haha dia selalu pandang bila Mr.H pergi beli makan kat kedai sebelah. Mungkin sebab Mr.H selalu sangat beli makan kat kedai mak cik sebelah kot? Hahaha Lepak dan santai kejap sebelum balik rumah. Dalam pukul 5.00 petang Mr.H dah sampai rumah dan relax kejap. Bila pengang fon tengok ada miss call dari Cik Pieja. So Mr.H call la balik Cik Pieja. Owh. Nak datang rumah dan copy movie rupanya. So tunggu je la sehingga Cik Pieja sampai... Tak banyak sangat stok movie Mr.H untuk minggu nie... Maklumlah internet slow so setakat 1-2 movie tu ada la... Sementara copy tu kalau tak bergurau dan berborak memang tak sah la kami berdua nie.

Masa tengah rancak berborak tu tetiba Cik Pieja macam ada sesuatu yang sentap mood ceria dia... Heran jugak takut Mr.H ada tersalah cakap ke masa bergurau dengan dia... Rupanya ada mamat sebelah rumah Mr.H nie usyaa je kat Cik Pieja nie. Dia memang pantang orang lelaki yang pandang dia lama-lama. So dia pandang je mamat tu sampai mamat tu blah. Rasa lawak pun ada. Tapi ye la, rasa tak selesa jugak orang pandang kita lama-lama tanpa sebab kan? Biasa la orang comel nie selalu jadi perhatian. Maksud Mr.H, Cik Pieja la. Nanti korang ingat Mr.H pulak perasan comel. Hahaha cerita untuk hari berikutnya iaitu khamis (12 September 2013). Kelas pagi nie cuma Engineering Math je. Berat jugak la kepala nie rasanya sebab susah jugak subtopic untuk hari nie.

Habis je kelas terus call Nurul Shaidatul @ Yu. Salah seorang sahabat fb yang Mr.H jumpa di politeknik. Lama dah tak jumpa dengan dia. So dating kejap la kat kedai mamak nie sampai tengahari jugak la sebab dia nak copy movie. Banyak jugak la movie yang Mr.H copy untuk dia. Tapi nak copy running man la paling lama... Tu pun tak sempat nak habis sebab baterry netbook Mr.H dah habis. Apa-apa pun seronok jugak dapat jumpa dia... Lepas rasa rindu kat sahabat. Banyak jugak cerita dikongsikan bersama. 

Hari yang berikutnya adalah jumaat dimana plan nak dating dengan adik angkat Mr.H yang kedua iaitu Syiera. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat Mr.H nak jumpa si adik nie yang dah 4 tahun terpisah. Ye la last jumpa masa zaman persekolahan dulu. Terkejut jugak masa jumpa dia sebab ingatkan dia datang seorang je. Rupanya dia bawak cousin dia Fazera @ kawan 1 kelas Mr.H. Memang meriah jugak la dengan sifat Fazera yang memang happy go lucky sejak zaman sekolah lagi... Hari yang indah buat Mr.H hari nie... Terima kasih Ya Allah telah mempertemukan kami semula... Semoga hubungan abang dan adik ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Tapi silapnya Mr.H lupa nak snap gambar. Entah la. Segan nak mintak ambil gambar bersama. Mana tau nanti pakwe si adik nie jeles tak pasal boleh gaduh pulak. Pagi sabtu pula adalah coretan terakhir buat Mr.H untuk entry kali nie. So pagi nie Mr.H ditegur oleh Miss.Lia. Ada la gurau senda seperti biasa antara kami berdua. Mr.H jugak ada la bagi pendapat untuk Miss.Lia yang dalam dilema untuk sambung study. So Mr.H just share apa yang Mr.H tau. Alhamdulillah. Terubat jua rindu seketika bila dapat chat dengan Miss.Lia.. Lama jugak kitaorang tak bertegur sapa. Mr.H nak mulakan memang tak la. Bukan sombong cuma segan. Sekadar Menanti.... 

Lepas dah habis chat je terus pergi ke pasar hari untuk cari Clariderm. Clariderm nie la Mr.H gunakan untuk hilangkan parut jerawat. Memang berkesan sebab ada 1 parut jerawat kat pipi nie... So nak hilangkan la... Lepas dah selesai ke pasar hari, mama suruh Mr.H ke bank pulak untuk cash out duit. Alahai saje je mesin atm nie nak menguji kesabaran den nie haaa... Duit tak cukup la resit tak ada la. Dan mesin yang terakhir jugak yang berfungsi. Masa berjalan nak balik dari bank Mr.H sempat pandang seorang awek cun nie. Rasa macam kenal je. Laaaa seorang adik kat fb nie rupanya... Alahai comelnya. Mr.H ada follow dia jugak. Aina Shafina. Ingatkan dia tak kenal Mr.H. Insyaallah ada peluang boleh kita berkenalan ye dik. 


Itulah kisah kehidupan Mr.H untuk minggu lepas. Hari nie dah ahad. Isnin dah habis cuti. Alahai tak bestnya. Apa-apa pun semuanya bagi Mr.H untuk Mr.H sweet la. Seronok dapat lalui hari-hari yang indah. Hope keceriaan seperti ini akan berterusan. Setakat itu sahaja coretan Mr.H untuk minggu ini... See you next entry ok? Thanks for reading. 

Sekian Coretan Hati....


Friday, September 13, 2013

Open House Rumah Lecturer


Hoho orang dah habis cerita kisah raya tapi Mr.H baru nak update dekat sini... Nak buat macam mana. Lepas raya nie busy mengalahkan menteri je. Memang sibuk sangat dengan aktiviti dan life as a student. So coretan kali nie Mr.H nak share la tentang open house yang diadakan oleh lecturer Mr.H untuk semua students yang dia mengajar.

Sebelum bertolak ke rumah Cik Khaizilah nie ramai yang berkumpul di rumah sewa Mr.H sebab cuma beberapa orang je yang tau jalan nak ke rumah Cik Khaizilah nie... Lebih kurang pukul 2:30 petang kami berkonvoi 3 buah kereta. Mr.H tumpang kereta Cik Miera je. Hehe biasa la. Nak merempit rasa macam jauh jugak nak ke Hosba tu.


So sampai je dekat simpang nak ke rumah Cik Khaizilah nie ada jugak rakan Mr.H yang tersalah simpang nak masuk sebab agak mengelirukan. Hehe tapi alhamdulillah kami semua selamat sampai disana... Eh baru perasan yang Mr.H, Cik Pieja dan Cik Kamila pakai warna purple... Haha macam berjanji pulak kami bertiga nie... Jom layan gambar yang disnap oleh Kak Amy(kawan kelas Mr.H).

Cik Khaizilah... Sporting Lecturer
Dari Kiri Mat Rock, Razali dan Aqeel
Roy dan Mat Men
Mat Arif... lewat sampai...
Gegirl...
No Caption
Santai sambil layan citer Hindustan...
Purple... Sama pulak dengan Mr.H... hehe
Zalina, Cik Miera dan Cik Kamila...
Kenapa dengan Mr.H tu? hahaha
Ketupat dan Kuih Raya...
Zati dan Cik Khaizilah
Students dari kelas lain yang turut join open house...
Ape punya snap la... Terlena pulak kat situ.. haha
All gegirl... Cerianya Cik Pieja.. Hehe
Mr.H, Cik Pieja dan Cik Kamila... Apa punya muka la kami bertiga nie.. hahaha
Santai~~~
Senyum Min....
Ceria Semua.....
Peace~~~
Snap2 lagi...
Cik Khaizilah bersama puteri-puteri DEP6A dan DEP6C
Relax baru lepas makan dan tunggu kawan yang tak sampai-sampai lagi...
Mr.H di tengah...
Senget kepala sikit... hehe
Eh ada orang la kat belakang Mr.H... Tak perasan pulak... Hehe
4 Sahabat... Comel abis depa nie... haha
Hehe meriah je kan? gabungan pelajar junior dan senior. So lepas dah habis open house Mr.H tak balik ke rumah sewa lagi tapi kami berempat(Mr.H, Miera, Zalina dan Min) ke Kuala Kedah untuk lepak dan ambil angin petang di Marina Bay.


Tapi sayangnya tak dapat nak singgah sebab orang terlampau ramai. Maklumlah 31 Ogos kan? So ramai la yang cuti dan bawak 1 family riadah dekat situ... Tapi memang best la aktiviti untuk hari nie. Walaupun ada jugak kerisauan bila tengok Cik Miera nie drive. Macam racer wooo... Hehe setakat itu saja coretan yang lambat update nie... Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati...