Sunday, February 26, 2012

Oh Tidakkk!!!!

Salam,


Aduhai sibuk bt0l la minggu nie. Dah la hari sabtu kena OT. Tak best bt0l cuti hari ahad je. Rasa tak puas langsung. Bukan apa, bila balik rumah mama je yang dapat download sepuas-puasnya. So lepas OT kelmarin sampai pukul 4 petang. Aq call mama sebab rasanya time tu mesti mama nak hantar adik aq balik asrama so nak mintak singgah ler dulu kat rumah sewa nie datang ambil aq untuk buat spek. Malang bt0l la spek aq pecah masa kat kilang hari itu. 




Sedih bt0l. So kerja aq pening je la... Tak tahan bt0l. Lepas je hantar adik aq terus pergi ke Tesco untuk buat spek kat kedai De Vision. Kedai nie memang kedai tetap la sebab harga dia ok jugak & service dia pun aq suka.... Tapi lepas check mata nie rupanya power & silau aq tak naik pun. Kencing bt0l la kedai kat perak tu kata "you punya silau naik banyak, power ada naik sikit". Tak guna bt0l. Kalau aq pergi lagi kedai tu, "You punya mata manyak silau la, gua mau kasi lagi silau mau??". Kurang ajar bt0l. Hahaha tapi best jugak la sebab time pergi check hari tu dia punya ayat sampai la nak suruh aq buat spek kat kedai dia. Last-last "xpa la, saya just tengok-tengok ja". Pastu terus keluar dari kedai dia... Membazir je air liur promote kat aq. Nak kencing sangat. Masa kat Tesco kelmarin best jugak cuci-cuci mata tengok ragam orang. Macam-macam gelagat manusia. Lepas dah siap buat spek aq terus pergi pacific nak tukar tali jam adik aq. Jumpa la dengan anak jiran lama aq, Alia(anak mak cik mai). Serius nampak matang budak tu, beza la dari dulu. Biasa la anak sulung selalu akan nampak matang. Dah selesai kat pacific terus parents aq hantar balik rumah sewa. Lepas magrib aq balik rumah mama aq, risau gak sebab mata memang tak clear la lau tak pakai spek & waktu malam lak tu. Hehehe takut-takut pun redah jugak balik sebab kesian lak kat si "dia" tengah tunggu kat skype. Takut demam pulak lau tak dapat skype minggu nie.... Jalan nak balik ke rumah aq tu dah la gelap & seram. Kereta pun jarang-jarang ada. Yang lawak tu ada sebuah kereta potong dari belakang aq, terus aq kejar kereta tu sampai dia slow. Hehe mesti dia ingat aq marah dia potong aq, tapi sebenarnya aq yang takut, sebab tu aq follow je rapat-rapat. Biasa la, pengaruh cerita seram tu ada jugak bila lalu jalan sunyi macam tu. Lagi pun banyak orang cerita jumpa itu ini la. Hehehe lagi laju la aq pecut. Sampai rumah je tengok rumah gelap lagi, aik tak sampai lagi ke parents aq nie?? Call my dad terus & diaorg tengah makan so terus la join sekali. Balik jer rumah terus online skype dengan si'dia'... Rasa bahagia dengan hubungan sekarang. Rasa tenang dan sedikit demi sedikit timbul balik rasa masa bercinta dulu. Hurmm semoga rasa begini berterusan. HEHEHE Nitez... Daaaaaaaa


Sekian!!!

Sunday, February 19, 2012

Selamat Tinggal Movie-Movie

Salam,

Akhirnya ada jugak masa untuk aq update blog yang tak seberapa nie. Sibuk sikit minggu nie, banyak sangat kerja kat tempat LI. So balik rumah mama aq je, masa untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya. Sampai nak skype dengan si 'dia' pun tak sempat. Kulit dekat jari nie pun banyak dah koyak sebab terlalu banyak wayar yang aq nak kene potong kat tempat LI tu... serius masa first time potong rasa macam nak tercabut je pinggang & bahu nie. Habis kebas 1 badan nie. Minggu nie agak malang jugak la bagi aq sebab tersilap format external hardisk 1 Terabyte yang penuh dengan movie-movie yang aq dah lama kumpul. Rasa nak menjerit pun ada, nak menagis lagi la... sedih kot sebab lama gila nak kmpul dekat 500 movie dalam tu. Sabar je la... benda dah jadi tak boleh nak buat apa dah. Nampaknya nak kena kumpul balik la pelan-pelan semua movie favourite tu. 500, bukan sikit la bagi aq. Ambil masa jugak la nak dapat movie-movie yang berkualiti dan best macam tu. Sekelip mata je dah hilang. Baru pasang niat nak beli lagi 1 Terabyte external hardisk dah jadi macam nie so tak jadi la nak beli. Esok dah hari Isnin, malasnya nak pergi LI.... tapi nak buat macam mana kena tetap pergi jugak.. So nak balik Jitra dulu... Daaaaaaaaaaaa
Sekian!!!

Wednesday, February 8, 2012

Tragedi Sahabat BSMM. Al-Fatihah

Salam,



Hari ini adalah hari kesedihan buat aq sebab dah kehilangan seorang yang aq anggap kawan yang banyak menceriakan hidup orang lain selain aq. Telatah dan gurauannya pasti membuatkan orang ketawa. Jam 1308 aq mendapat sms dari junior aq di Politeknik yang mengatakan ikan bilis dah tak ada, mulanya aq tak begitu paham dengan sms yang dihantar oleh junior aq tu. Tapi bila aq ingat blk, ya, Izam. Kawan yang lebih dengan panggilan ikan @ ikan bilis. Memang tersentak hati nie dan sebak sangat-sangat seolah-olah tak percaya berita yang aq dapat. Balik dari Latihan Industri terus sms kepada giey(salah seorang kawan rapat aq dan ikan). Dan dia juga susah nak percaya akan pemergian sorang kawan yang banyak menceriakan semasa semester dua dahulu. Kemalangan ngeri menimpa arwah sewaktu hentak pergi ke Latihan Industri. Rasa sedih bila tengok video yang ada dalam link nie. Beg purple tu memang selalu dibawa oleh arwah. Mungkin semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga arwah. Pemergianya tak akan ada ganti. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.


Link video
Link Akhbar


Kadang-kadang berita yang menyayat hati macam nie masih mampu lagi orang lain ketawa dan membuat lawak bodoh yang tak habis-habis. Sedangkan mati dibuat gurauan memang hebat manusia akhir zaman. Langsung tak ada secebis perasaan simpati dan hiba. Mungkin hatinya telah mati untuk merasakan perasaan sebegitu. Pada pemikiran aq orang sebegini langsung tiada sekelumit pun perasaan lain selain gembira dan ketawa dengan lawak-lawak bodohnya. Bila hilang agama dalam pegangan, hidup mati hanya gurauan. Ya Allah, bukakanlah pintu hati ini untuk kembali ke jalanMu, sedarkan hamba-hambamu yang leka ini dari terus tenggelam dengan arus dunia yang semakin terpesong dari jalanMu. Lembutkanlah hati ini untuk kembali sujud padaMu, berikan kekuatan untuk diri ini untuk taat dan melakukan perintahmu. Berikan kekuatan untuk diri ini menghadapi dugaan dan cabaran yang kian menguji keimanan dan kesabaran. Lindungilah diri ini dari segala musibah dan kesusahan yang bakal menimpa. Semoga peristiwa ini akan membuatkan diri ini sedar dan menjadikan pengajaran dalam kehidupan yang mendatang. 
Sekian.
Daaaaaaaaa

Sunday, February 5, 2012

Ahli Baru, Permulaan Tahun Yang Terindah

Salam,

Last week tak sempat lagi nak update blog nie disebabkan aktiviti yang totally padat la. Dengan aktiviti Latihan Industri yang semakin sibuk sampai ada 1 hari tu, dekat  pukul 12.00 tengah malam baru habis kerja. Serius penat sangat-sangat. Tapi tak pe lah, semua tu pengalaman dan cabaran yang mungkin akan aq lalui bila dah kerja nanti. Dalam beberapa hari nie jugak aq dah dapat seorang lagi anak buah yang ke-9. Baby girl. Nama dia masih belum dikenalpasti tapi dengar-dengar macam Mia Umairah. hehe sedap jugak kalau nama tu. Apa-apa pun semoga baby tu sihat dan menjadi anak yang baik serta ahli keluarga yang baik untuk family nie. Hope family aq nie akan bertambah lagi la nanti... Permulaan tahun nie jugak bagi aq adalah baik jugak sebab suatu penantian yang bertahun lamanya aq tunggu akhirnya tiba. Orang yang pernah membuatkan diri ini ceria melaui zaman persekolahan bersamanya telah kembali dengan 1 azam baru yang kembali membuatkan diri ini kembali senyum. Rasa seronok bila kata-kata dibawah nie dibaca,


hanya ucapan alhamdulillah dapat aq ucapkan. Semoga hubungan persahabatan yang dah lama terputus akan berkekalan sehingga akhir hayat. Tak nak lagi kehilangan kembar aq nie. Cerita pasal si 'dia' semakin hari semakin ceria hidup nie dengan gelak tawa dan gurauan bersama si 'dia'. Walaupun hubungan kini hanya sebagai kawan tapi kemesraan yang diberikan sangat bermakna buat diri aq. Untuk aq kehadiran mereka berdua adalah suatu anugrah terindah dalam kehidupan aq. Aq tak nak kehilangan kedua-duanya lagi dalam kehidupan aq. Sayang sangat-sangat kedua-duanya. Kehadiran mereka membuatkan hidup ini lebih indah dan bahagia. Tentang soalan semalam yang ditanya oleh si 'dia' aq masih tak ada jawapan sebab hati ini masih belum terbuka untuk menjawab soalan tu. Aq harap dia faham akan situasi aq sekarang. Maafkan diri ini. Tentang diri aq nie, masih sama jugak, demam je memanjang. Tak tau la bila nak sembuh. Apa-apa pun permulaan tahun baru nie aq harap akan menjadi tahun yang terindah buat diriku, Samprit Ungu.
Sekian....
Daaaaaaaaaaaa.... ^_^