Wednesday, February 8, 2012

Tragedi Sahabat BSMM. Al-Fatihah

Salam,



Hari ini adalah hari kesedihan buat aq sebab dah kehilangan seorang yang aq anggap kawan yang banyak menceriakan hidup orang lain selain aq. Telatah dan gurauannya pasti membuatkan orang ketawa. Jam 1308 aq mendapat sms dari junior aq di Politeknik yang mengatakan ikan bilis dah tak ada, mulanya aq tak begitu paham dengan sms yang dihantar oleh junior aq tu. Tapi bila aq ingat blk, ya, Izam. Kawan yang lebih dengan panggilan ikan @ ikan bilis. Memang tersentak hati nie dan sebak sangat-sangat seolah-olah tak percaya berita yang aq dapat. Balik dari Latihan Industri terus sms kepada giey(salah seorang kawan rapat aq dan ikan). Dan dia juga susah nak percaya akan pemergian sorang kawan yang banyak menceriakan semasa semester dua dahulu. Kemalangan ngeri menimpa arwah sewaktu hentak pergi ke Latihan Industri. Rasa sedih bila tengok video yang ada dalam link nie. Beg purple tu memang selalu dibawa oleh arwah. Mungkin semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga arwah. Pemergianya tak akan ada ganti. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin.


Link video
Link Akhbar


Kadang-kadang berita yang menyayat hati macam nie masih mampu lagi orang lain ketawa dan membuat lawak bodoh yang tak habis-habis. Sedangkan mati dibuat gurauan memang hebat manusia akhir zaman. Langsung tak ada secebis perasaan simpati dan hiba. Mungkin hatinya telah mati untuk merasakan perasaan sebegitu. Pada pemikiran aq orang sebegini langsung tiada sekelumit pun perasaan lain selain gembira dan ketawa dengan lawak-lawak bodohnya. Bila hilang agama dalam pegangan, hidup mati hanya gurauan. Ya Allah, bukakanlah pintu hati ini untuk kembali ke jalanMu, sedarkan hamba-hambamu yang leka ini dari terus tenggelam dengan arus dunia yang semakin terpesong dari jalanMu. Lembutkanlah hati ini untuk kembali sujud padaMu, berikan kekuatan untuk diri ini untuk taat dan melakukan perintahmu. Berikan kekuatan untuk diri ini menghadapi dugaan dan cabaran yang kian menguji keimanan dan kesabaran. Lindungilah diri ini dari segala musibah dan kesusahan yang bakal menimpa. Semoga peristiwa ini akan membuatkan diri ini sedar dan menjadikan pengajaran dalam kehidupan yang mendatang. 
Sekian.
Daaaaaaaaa

No comments: