Saturday, February 23, 2013

Last Update sebelum balik ke Jitra...

Salam,

Just a short update before going back to Jitra... Rasa nak coretkan lagi macam-macam cerita lagi untuk minggu nie... tapi masa macam jeles dengan aq, apa-apa pun alhamdulillah tercapai jugak niat aq nak tukar lagu blog, edit sikit dekat blog nie, update jugak at least dua entry setiap minggu... Ingat nak nak story tentang anak buah aq yang ke-10... Maybe next week la dengan daily diary yang akan aq teruskan coretan... Terima Kasih sudi singgah dan follow disini... Ceritaku cuma mengenai hidupku, maaf kalau terlalu membosankan... Semoga minggu nie akan lebih ceria ye. Insyaallah akan cuba menceriakan hidupku sendiri. Thanks untuk 3 sahabat yang selalu tegur time online di facebook, korang pun paham kan SU nie perlu dicuit dulu baru dia ramah... Sebelum balik nie, dari hujung rambut sehingga hujung kaki Samprit Ungu mintak maaf kalau ada terlanjur kata, terkasar bahasa atau melukakan hati sesiapa dalam keadaan sedar mahupun tidak.. SU cuma insan biasa yang penuh dengan kekurangan... Mohon diampunkan salah dan silap... Insyaallah jika ada umur yang panjang aq akan update lagi kisah kehidupanku minggu hadapan... Gerak ke Jitra dulu... Assalamualaikum.... Thanks for reading...

Sekian!!!

Kembali Sedar Samprit Ungu


Salam,

Kata-kata dari ex masih bermain-main difikiranku, kata-katanya semalam penuh dengan nasihat untuk menyadarkanku dari terus dibayangi saat-saat indah semasa aq bersama lia dahulu... Ada benarnya kata-katanya... Aq berubah saat lia muncul dalam hidup aq, saat yang hampir-hampir menghancurkan hidupku, namun kehadiran lia yang menyelamatkan dan menyadarkan aq dari terus hanyut dengan duniaku, Tapi setelah Lia pergi, apakah mungkin aq dapat mengekalkan perubahan yang banyak mengubah aq dari yang negatif kepada positif kini??? Mampukah aq? Itu menjadi persoalan buat diriku sendiri... Kehadirannya umpama semangat untukku menguatkan keyakinan diriku untuk menjadi lebih baik... Memanglah bila ditanya, apa yang Lia tu buat sampai awak boleh berubah?? Apa istimewanya Lia tu? Kalau bercakap tentang keistimewaan Lia, aq sendiri tak dapat nak tafsirkan apa lebihnya dia dari perempuan lain yang pernah aq kenal.... Tapi apa yang dapat aq katakan disini, aq tak pernah rasa tenang, ceria dan bahagia seperti apa yang aq rasakan bila bersama orang lain selain dari Lia... 


Hurmm benarlah apa yang ex katakan jugak semalam, aq sentiasa inginkan semua menjadi milik aq. Tak salah untuk mengimpikan sesuatu yang indah untuk hidup kita, kalau tak dapat mungkin itu bukan untuk kita dan kita akan dapat yang lebih baik dan sempurna... Tapi susah jugak nak menerima hakikat kehidupan nie. It will take a long time... Sekarang umur aq baru nak mencecah 21 tahun, muda lagi, still banyak lagi dunia luar yang aq belum tempuhi... Nasihat ex semalam untuk aq ubah sikap tu akan aq pertimbangkan... Kadang-kadang bila dah terlalu lama kita hidup dengan sikap yang kita dah biasa, sukar kan untuk kita ubah dalam sekelip mata... Contoh mudah cara aq sms, aq susah nak kacau orang dengan send sms dahulu terhadap orang tu, tapi kalau orang tu sms dulu aq akan layan je... So sifat nie pun sukar aq kikis apatah lagi sifat-sifat lain... Dalam hidup seseorang mesti ada target atau prinsip hidup kan?? Untuk aq, masih belum aq temui prinsip kehidupanku. Cuma target ada la sikit-sikit... Untuk aq, selepas Lia rasanya susah aq nak kenal perempuan lain lepas nie... Semoga aq berjaya dalam hidupku dulu baru fikirkan soal perempuan lagi... 7 tahun dari sekarang... Mungkinkah?? Biar masa yang tentukan...

Untuk kehidupan sekarang ikut je apa yang telah ditakdirkan, untuk bercinta lagi, akan cuba dielakkan la... lagipun, become more silent than before is the best way to stay out from Love... Nobody can touch my feeling anymore. Yang cuma ada kini dalam fikiranku, hanya aq, diploma, kerja dan family. Cukuplah yang itu sahaja dalam pemikiranku buat masa kini... Nothing is important anymore. Cuma itu sahaja yang aq perlukan dalam kehidupanku 2013 sehingga hati ini disambut oleh insan yang terbaik disisiku kelak... Untuk ex terima kasih atas nasihat yang diberikan, aq masih perlukan nasihat seorang kawan untuk membimbing aq semula ke jalan kehidupanku yang telah tersasar kerana Cinta.... SU ready to wakeup from a long time dreaming... Keep focus back to study... dan renungkan kata-kata dibawah nie...  


Thanks for reading... Sekian Coretan

Friday, February 22, 2013

Coretan Diari 16-21 Febuari 2013


Salam,

Coretan kehidupanku sepanjang seminggu.... Diari Samprit Ungu... Layan!!!

16 Febuari 2013

Pagi ini dimulakan dengan aktiviti mengemas beg, bukan apa, cuti pertengahan semester aq dah pun hampir tamat dan aq akan memulakan semula pengajianku di politeknik pada keesokan harinya...Seriously, memang malas giler nak balik rumah sewa awal-awal... Bukan ada apa pun kat sana, tapi nak buat macam mana... Assignment yang tak siap dan bilik yang seminggu ditinggalkan perlu dikemaskan... So terpaksa la balik dengan hati yang berat... Tapi sebelum nak balik tu sempat la chat dengan si Semangat 2013 nie, rasa happy jugak walaupun dah lama sangat tak dapat sms dari si dia... Maklumlah kami kembali kepada persahabatan semula... Mungkin itu yang terbaik untuknya di saat ini... Aq redha dengan ketentuan hubungan kami... Sebelum nak balik tu macam-macam mama bekalkan aq, dengan nasi untuk lunch, popia goreng la... Alahai sampai ke malam la aq kenyang... Perjalanan dari rumah mama ke rumah sewa adalah tersangat perlahan dengan fikiran yang jauh melayang-layang dibawa kenangan indah... Sebelum balik jugak aq dah tukar gambar profile facebook dan cover... Rasanya macam dah malas nak buka chat tu kalau online pun lepas nie... Seharian aq ditemani movie je sampai ke malam, target nak siapkan assignment tersasar jugak akhirnya... Tak ada mood nak buat apa-apa... Malam nie jugak dapat makan kek sempena hari lahir seorang kawan rumah sewa nie... Pergghh kek hijau kuning, cuma terlampau manis sangat... Part aising tu tak bleh nak telan la... hehe apa-apa pun thanks kawan... Terima kasih jugak untuk seorang sahabat baru aq nie yang dah temankan dari pagi sampai aq tertidur dengan sms-sms dia... Saya tak sunyi sangat bila awak ada... Sekian saja luahan untuk hari ini...

17 Febuari 2013

Pagi ahad dimulakan dengan mood yang tenang sahaja, tak terlalu fikirkan kesedihan diblog ini dan tidak menunjukkan perasaan yang terlalu gembira... Rasa kosong je perasaan ini... Kelas puan nora cuma buat lab, alahai memang bosan sangat... Kelas Entrepreneurship pun rasa tak ada yang menarik sangat... On the way nak pergi kelas tu terserempak dengan geng kelas Embded System semester lepas tengah study dekat kerusi batu(tempat selalu aq lepak) tu. Lama tak tengok awek-awek tu, senyum je la... Nak tegur? Rasanya tak k0t... Segan sangattt... hahaha poyo je... Lama betul tak terserempak dengan diaorang... kebetulan je lalu kat situ boleh terserempak pulak... Kelas entrepreneurship pulak masih berbincangkan tentang proposal Business Planning untuk dihantar pada 3 Mac nie... Hadoi Cik Pieja dan Cik Kamila nak tukar kepada tajuk Door Gift pulak... Ikut suka korang la my lady boss... En Samprit Ungu setuju je, janji siap kerja group kita nie... Kelas petang pulak Engineering Mathematic, perggghhh muka nie rasa macam nak tersembam je dekat meja, mengantuk tahap maksima dah... Rasa macam tak masuk je lecturer tu mengajar... Haha opsss terlupa nak cerita pasal sms sahabat baru aq nie... Sebelum tidur semalam dia ada cakap nak kejutkan aq bangun subuh, tapi time subuh tu aq tak dapat pun sms dia... Heran jugak, last-last pukul 11.50 baru dapat sms dia... Dia tersilap send kat no 131017*******.. hadoi, awak nie buat lawak betul. Tu no kalau nak gayut la... Tapi ceria jugak dengan klakar awak tu walaupun sedih hati yang tak kan pernah hilang nie menemani hati ini sehingga akan ada penawar yang mampu merawatnya... Cehhhh tetibe je mood sedih lak kat c2... Part paling best bila tanya bab menu makan malam aq... Nasi Kahwin... Macam pelik bebenor je bila aq cakap macam tu... So aq pun explain la nasi kahwin tu macam mana.. Bab nasi pun ada je point dia nak kenakan aq dan buat aq gelak.. hadoi awak-awak.. Malam nie jugak geng trio datang ambik aq kat rumah sewa dan study sama-sama... Lagipun hujan kan so sahabat-sahabat sejati nie datang ambik aq supaya geng yang sorang nie dapat join study sama-sama... Chewwaahh... sms cinta yang ke-52, tapi not deliver. The phone is switch off... Entah la awak.. Saya akan terus tunaikan janji...

18 Febuari 2013

Hari aq ada kelas Data Communication... semangat je pagi nie nak datang kelas, walaupun risau nak jawab test circuit analysis tapi subjek Data Communication nie aq suka jugak sebab Ketua Jabatan yang ajar... Best kot lecturer yang lemah lembut dan selalu tegur students dia... Rasa macam tengah dengar mama aq bagi nasihat je... alahai, rindu rumah sudah walaupun baru sehari... haha sampai je dekat kafe, aq dah nampak kawan aq(Akmal) lambai-lambai tangan menandakan kelas tak ada... Hadoi rasa penat je datang so nak lepak dekat kafe jap tetiba perasan group trio aq pun ada tengah makan... Sape lagi kalau bukan Cik Pieja dan Cik Kamila dengan Zalina... So join la lepak kejap dengan diaorang sebelum buat study group untuk prepare test circuit analysis. Thanks untuk kawan-kawan dari kelas DET yang bantu kitaorang study tajuk Star Delta yang langsung aq tak berapa nak paham... Mulanya study dekat kafe je, tapi bila ramai students lelaki pandang semacam je, rasa tak selesa jugak aq pun... Biasa la, seorang lelaki dengan 6 orang perempuan buat group discussion... Tu pun nak kecoh, bukannya aq mengayat pun... Lepas tu kitaorang tukar ke kerusi batu, kat sini tenang sikit study so dapat jugak la study sambil bergurau senda... Ada je lawak kami berempat kat situ... So pukul 12 kitaorang lunch dekat taman siswa, cik kamila yang drive, hahaha aq nie follow je walaupun seorang lelaki bersama 3 kawan perempuan... Sekali lagi time makan kat situ terserempak dengan geng poli, semua tengok dan senyum je. Hadoiii aq selesa je bila bersama dengan kawan-kawan perempuan nie... Time balik ke poli, kereta cik kamila pulak buat hal tak dapat start. Mungkin bateri problem agaknya... So dah sampai poli pun dekat pukul 1 terus masuk kelas dan sambung study kejap sampai pukul 2... Seriouly memang susah giler soalan tu... Fuhh, hari yang cukup memenatkan buat aq hari nie... Malam aq hanya ditemani cerita Setia Hujung Nyawa yang baru habis download... Orang lain dah tengok, aq baru nak layan.... haha sms ke-53, masih lagi pending delivery report... Miss call pun tak dapat... Alahai nasib seorang perindu yang setia menanti... Janji akan terus ditunaikan...

19 Febuari 2013

Hoho pagi-pagi dah dapat sms dari sahabat baru nie.. Thanks awak kejutkan kita subuh pukul 6.50 pagi... haha kita terjaga awal la hari nie... Pagi nie dimulakan dengan kelas circuit analysis lagi, tajuk yang aq tak suka Laplace Transform, fuhhh banyak main dengan subjek engineering math semester 1 dulu, perghhh susah sangat... Lepas habis kelas pukul 10 terus singgah ke tingkat 2 untuk hantar rubric form untuk lab report hari ahad lepas, selalu turun guna lif, tapi hari nie guna tangga, keluar je dari pintu dekat tangga nie, mata nie terus menangkap terhadap seseorang.. Yes fatin, orang yang aq cari.. Tapi bodoh la aq tak tegur dia time tu... memang tak salah lagi dia la orang tu... Ergghhh menyesal beb... Bila lagi nak terserempak lepas nie aq pun tak tau la... So sementara menunggu kelas jam 11 pagi lepak kejap dekat cafe sebelum naik semula ke tingkat 5, hehe kelas Ketua Jabatan yang aq tunggu, tapi tak best sangat sebab ramai yang tak datang so lecturer just wat group present je la... Best jugak sebab tak mengantok sangat teori sampai 2 jam macam selalu, so kelas tamat dalam pukul 12.30 terus cari lunch dan makan dekat rumah sewa. Lepas makan entah macam mana tetiba je hati nie terusik dengan lagu cerita dia-drama band, berkaca seketika mata nie, terlalu rindu agaknya... Alahai, tabahlah wahai hati... Teruskan berdoa untuk dia walau dari jauh. Menu untuk makan malam nie, nasi goreng cina lagi. Sama je macam semalam... Malam nie jugak aq dapat call dari BFF aq di poli, Cik Giey, amboi tak stop langsung gelak dengan aq malam nie, adoi terubat seketika rindu kat kawan baik di poli nie... Esok kita dating ye sahabat??? hehe Malam nie jugak terubat sedikit kesedihan bila sms ke-54 masih lagi pending disebabkan handphone still off... Tak apelah, sabar dan terus menanti... selain tu, kawan poli, Yu pun ada call walaupun busy dekat poli memalam nie, sorry la tak dapat nak jumpa, yu busy, wan pun busy... terubat jugak rindu dengar suara dia... bukan tu je, sahabat baru dan kawan facebook pun ada sms termasuk my ex.... penat jari nie menaip sms-sms bertubi-tubi masuk... Besar kan nikmat Allah bagi, rindukan seseorang dan merasa sunyi.. Allah hantar kawan-kawan dan sahabat untuk temani aq malam nie... Terima kasih semua... Aq tersenyum seketika penawar rindu buat si dia dan kawan-kawan serta sahabat semua.. Malam yang indah buatku... sekian...

20 Febuari 2013

Hari yang paling malas buat aq, lepas subuh je terus pegang buku math dan study... Gara-gara semalam yang langsung tak sentuh buku... Petangnya ada test so mau tak mau kena study la... So pukul 10 pagi aq pergi ke poli disebabkan ada taklimat baucer buku, pergghhh ramai giler students semester 5 dan 6 untuk semua jabatan... Tak muat dewan kuliah, hehe dan dalam ramai-ramai tu terserempak la dengan yu nie dengan kawan-kawan dia... Lama betul tak nampak... maklum la masing-masing busy... nak pergi borak dengan dia rasa segan pulak dengan kawan-kawan perempuan si yu nie, so tengok je la dari jauh sambil jari nie main sms... hehe lama jugak la aq dan kawan-kawan aq melepak dekat dewan kuliah nie. Last-last ada kawan kitaorang cakap baucer dapat 26 Febuari 2013... Buang masa betul melepak lama-lama kat situ, so terus la aq dan kawan-kawan blah... tapi sampai kat kafe kawan-kawan aq je yang terus blah, aq melencong dan pit stop kat cafe jap... Haaaa sebab dah janji dengan somebody nak jumpa... My BFF la, Cik Giey. Lama sangat tak jumpa dengan dia walaupun satu poli. Masing-masing busy la dengan study dan projek akhir masing-masing... Satu jam berlalu tak terasa langsung, penuh dengan cerita dan gurau senda. Rasa tak puas lagi berborak, dapat share cerita happy dan sedih masing-masing... hehe plan nak kerja dekat johor tu nanti kita pergi sana sama-sama k, rasa nak bawak diri nie jauh la... Tak nak tinggal hati nie kat utara dah rasanya... so pada petangnya test math aq cancel dan postpone kepada hari ahad.. Perghhh lega beb. Habis je kelas math terus cari dinner la dengan menu nasi goreng cina dan teh o ais sambil layan setia hujung nyawa... Sms ke-55 still pending... rasa sedih kembali... 

21 Febuari 2013

Pagi khamis dimulakan dengan pagi yang tersangat malas la... Bangun, solat subuh dan bersiap untuk ke kelas. pagi nie aq tak tunggu kawan-kawan sebab takut terlewat lagi masuk ke kelas Microwave... So awal la aq sampai ke kelas puan nora pagi nie.. hampir dua jam teori memang mengantok la sebab berat sangat subjek nie bagi aq. Habis je kelas pukul 10, terus group projek aq, khai xiang bagi berita gembira yang kelas projek group aq tak ada, sebab puan Juliana ada kursus. Terus balik rumah la rehat. Dalam pukul 11 macam tu la rasa lapar la, dan time nie yang spoil sekali sebab kena tunggu hampir 30 minit sebab jalan ditutup oleh polis trafik bagi memberi laluan kepada Le Tour De Langkawi yang lalu di Jitra... Ramai yang bengang sebab panas-panas kena tunggu mat salleh nie nak kayuh basikal... Haha aq pun tengah lapar dan ada assignment nak wat, sabar je la. Lepas habis je group besar LTDL tu baru la jalan dibuka semula seperti biasa... Haaa lupa nak citer, hari tu ada buat sesi fotografi dan hari khamis gambar tu dah pun siap... meh tengok kat bawah nie....
Formal Picture
Formal with peace...
haha bergaya dgn ape benda la semua tu...
Sempat lagi sembang dua orang yang hujung tu...
Shock Face.. haha lawak muka sorang-sorang...
4 In One... sweet memories ever DEP6C
haha rasanya gambar kali nie lebih cantik la dari yang lama masa semester 1 dulu, orang-orang dalam gambar pun silih berganti dah... muka semester 1 dan 6 dah jauh beza, masing-masing nampak matang la, 3 tahun dah kami semua bersama, banyak suka duka dilalui bersama... back to da story, kelas agama pada petang ngantok jugak, dan kelas pun tak lama sangat... Habis je kelas terus balik rumah sewa dan packing barang, entah kenapa rasa nak bawak moto laju-laju je... Kosong je kepala nie, dah lama tak buat kerja gila macam petang tadi, potong kereta dan treler dekat selekoh, dah macam nak bunuh diri je kan? haha Hadoi apa la dalam kepala nie fikir pun tak tau la... Sms ke-56 pending lagi... sampai bila harus pending?? huhuhu

Coretan Diari Peribadiku... Kebanyakan suka duka ku lalui sepanjang minggu nie... Semoga akan hadir hari yang lebih ceria dan menggembirakanku selepas ini... SMS cinta utk si dia... stop sementara setakat sms-ke56... Alahai nasib diriku... Kesedihan dalam hati yang Dia yang mengerti... 

Terima Kasih sudi meluangkan masa disini...

Sekian!!!

Saturday, February 16, 2013

Coretan Sepanjang Cuti... Penuh Memori...


Salam,

Pertama sekali rasanya entry kali nie aq nak luahkan segalanya tentang apa yang aq rasa sepanjang cuti nie... Kalau korang perasan ada 5 video aq upload dan share di youtube serta dalam entry di blog nie... Rasanya semua tu dah cukup untuk menjelaskan apa yang aq rasakan sepanjang cuti nie... Sedih tu memang la, tak dapat nak sembunyikan perasaan tu dari hati dan raut wajah nie... Tapi nak buat macam mana kan? Semua nie dah ditentukan Illahi... Antara aq dan dia perlu jadi begini... Mungkin itu yang terbaik buat kami... Entah la, perlu ke aq terus meluahkan kesedihan disini? Mungkin ini yang terakhir... 

Rasanya kemesraan dan keceriaan yang terjalin semula rasanya dah hilang untuk selamanya, tapi aq akan teruskan menunaikan janji sms yang dah masuk sms yang ke-51 hari nie. Sebenarnya rasa lain sangat nak send sms tu sebab ye la, situasi sekarang dah tak semesra dulu, so mood sms tu pulak happy, romantic dan ceria je... Nak buat macam mana, nak edit pun dah malas so just cukup masa 10.45 malam aq send je... Baca dengan sekadar membaca atau baca berserta penghayatan hanya Allah yang tahu buatnya disana... Hope memberi sedikit makna buat si dia...

Malam sebelum nie, rasa sedih pun ada, kecewa tu selalu la bila dapat tau 1 lagi perkara yang aq tak tau pun si dia fikirkan macam tu... 1 je yang dapat aq katakan kat sini, kalau bukan dengan si dia, 7 tahun lagi aq akan tunggu orang yang seterusnya... So malam sebelum nie jugak ada berborak dengan seorang sahabat nie, rasa tenang dapat luahkan segalanya kat dia, aq sunyi sebenarnya.. Sunyi dari bercerita dengan sesiapa... Entah la, mungkin Allah kirimkan sahabat tu untuk menjadi pendengar yang setia untuk masalah aq disamping berkongsi cerita dia bersamaku... TQ kawan untuk menceriakan seketika Samprit Ungu nie.

Kelmarin, alhamdulillah la, kakak aq dah boleh balik ke rumah mama bersama baby girl dia... Alahai kak, dah 3 puteri, mintak-mintak akan ada putera la lepas nie ye? Insyaallah, seronok tengok muka baby baru lahir nie, boleh tenangkan fikiran jugak untuk seketika walau kepala penuh dengan tekanan, kesedihan dan kebosanan yang melanda... Nampak tenang dan bersih je baby yang baru lahir nie kan? Suci dari sebarang dosa. Untuk yang kali nie tak dapat la nak bantu mama tolong jaga sebab cuti dah nak tamat dah pagi nie dah nak balik ke rumah sewa... Ingat nak balik petang tapi ada hal penting nak kena selesaikan pagi nie...

Di facebook pulak, rasanya hampir keseluruhan gambar-gambar aq dah hidden dan delete... Kenapa aq buat macam tu ek??? Entah la, rasa macam nak tutup account pun ada jugak, tapi pikirkan kawan-kawan poli so better offline je sebab kadang-kadang assignment banyak hantar dekat fb message je... Rasanya dah tak ada mood sangat nak online... Status pun dah lama aq tinggalkan, cuma share gambar-gambar je kalau aq nak nyatakan sesuatu... Antara aq dengan ex pun rasanya persahabatan dah terjalin semula sebagai kawan... Mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi... So aq akan mula menyepi buat seketika dari facebook nie... Rindu? Sms je lepas nie.

Youtube, ok la cakap pasal youtube nie aq rasa lepas nie mungkin akan ada lagi coretan-coretan video yang akan aq upload di situ, dan diatas permintaan seorang sahabat nie aq akan tukar mood video tu nanti... Insyaallah lepas sminggu dua nie ada la kembali buat video-video baru... Dalam dua minggu nie kemungkinan besar aq tak online sebab jadual aq pack sangat dengan kuiz, test, assignment, project akhir, lau rindu tu sms je k sahabat... Mungkin better aq busy macam tu. Tenang sikit fikiran nie... Jangan risau k janji malam sebelum nie akan ditunaikan...

Assignment yang tak sentuh lagi sejak cuti nie, rumah sewa yang entah macam mana keadaan seminggu tinggal dan macam-macam lagi la.... Rasanya aq nak bersendirian je buat masa nie... If kawan-kawan sms maybe ada mood aq reply, lau tak aq abaikan je... SMS-SMS yang dijanjikan telah separuh aq hantarkan, yang selebihnya akan aq hantarkan untuk si dia... If masih bernilai semua tu, simpan dan nanti andai umur ini panjang, kita bertemu suatu hari nanti, nak tengok semua sms yang saya hantar tu kembali k...

Tadi buka netbook aq, lepas tu terjumpa balik semua conversation antara aq dan si dia masa pertemuan semula kami... Setiap conversation masa di Yahoo Messenger aq masih simpan dalam netbook dan pendrive. Setiap yang bermula pada tarikh bermula 25 Disember 2012 adalah saat paling terindah untukku...

Aq simpan semua kenangan chat... terlalu indah saat ini untukku...
Kita mungkin menyepi dari dunia sosial ini tapi tak pernah sepi bibir ini untuk mengucapkan kata doa buatmu... Walau tidak pernah terlintas aq dlm fikiranmu, aq tidak kisah kerana aq yakin belum masanya untuk kita terlalu jauh dalam hubungan nie...Mohon keizinan jugak untuk biarkan gambar semangat 2013 nie terus kekal disini ye... Sekurang-kurangnya, bila tak online facebook nanti, dapat jugak lihat gambar awak dekat sini... Semoga Ahad nie dimulakan dengan mood baru dan segar semula.... Stop dreaming ok SU... Chaiyok3... 

Buat seorang sahabat, maafkan diri ini andai telah membuatkan dirimu menangis, tidak terlintas dihati ini untuk membuatkan orang lain bersedih kerana diriku ini... Terima kasih atas perhatian dan  perbualan semalam, rasa tenang dengan perbualan dengan awak... Buat si dia, kalau tak nak saya call sms la bagitau, saya tak kan call macam semalam kalau awak tak nak diganggu... Rasa macam nak tukar lagu blog nie, tapi bila mendengarkannya terasa sayu hati nie dan macam nak mengalirkan je air mata nie lagi. "Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuanMu".

Dah tak tau nak merepek ape lagi, mata dah berair, ready kembali ke Jitra... thanks for reading blog kecik nie... Hope ada kisah menarik lagi la nanti k... 

Sekian!!!

Friday, February 15, 2013

Hatiku Milikmu


Salam,

Ku mencari di setiap ruang dihati ini,
Siapakah yang telah mengisi kekosongan itu,
Masih ku belum temui jawapannya,
Kerana aq sendiri belum pasti apakah benar rasaku itu,
Setelah lama ku mencari,
Lalu dirimu aq temui,
Aq tersenyum melihat dirimu,
Entah mengapa aq rasa tenang dan bahagia,
Walaupun belum pasti apakah dirimu sekadar singgah disitu,
atau ingin bertapak disitu cuma untuk merawat luka lalu,
Apa jua tujuanmu kehadiranmu aq tetap menerima dengan hati yang terbuka,
Kehadiranmu sedikit sebanyak membawa keceriaan kepadaku
dan membawa pergi kesunyian serta kesedihan laluku,
Hari demi hari, perasaan ini mula terbit rasa sayang kepadamu,
diriku semakin takut untuk kau menjauh dariku lalu meninggalkanku,
Hati ini mula yakin kehadiranmu bukan cuma untuk sementara,
tapi untuk bertapak disini untuk selamanya,
Semoga kau akan tetap disini untuk membahagiakanku sayang,
kerana Hatiku Milikmu buat selamanya..
Aku memenuhi hatiku ini dengan penuh sayangmu,
Terima Kasih atas kehadiranmu dalam kehidupanku... 
Semoga kasih sayang kita sehingga akhir hayat..

walau kini yang tinggal hanya kenangan...



Sekian Coretan...


Thursday, February 14, 2013

Apa Salahku


Salam, 

Alhamdulillah dapat jugak siapkan video yang ke-5 nie... 7 jam yang menerbitkan suatu kepuasan dalam kepenatan... terima kasih sudi menonton... Semoga video selepas ini akan lebih baik.... Cover song tu first time dengar dan rasanya dah jatuh cinta dengan lagu tu...

Sekian Coretan!!!

SSM... New Experience to SU...


Salam,

Alhamdulillah, aq masih mampu menaip lagi coretan kehidupanku disini, walaupun cuti, tapi kesibukan sengaja melanda diri ini... Mungkin dengan kesibukan dapat mengurangkan rasa sunyi dan kesepian yang melanda diriku ini... Ok la, tak mau fikir sangat... Haaa hari rabu minggu nie (12 Feb 2013),aq, mama dan abang dah pergi ke Pejabat SSM di Alor Setar, Kedah untuk buka perniagaan keluarga... Sebenarnya dah lama abang aq plan benda nie tapi disebabkan masa dan hal-hal lain yang menghalang so lambat la nak tercapai hasrat untuk mewujudkan sebuah syarikat untuk family nie... 

So dalam pukul 3.00 petang kami sampai kat sana. Pensyarah aq ada cakap memang ramai orang dan ternyata benar... Biasa la lepas cuti tahun  baru cina so memang ramai la nak renew lesen dan tak kurang jugak yang baru nak buka perniagaan baru. Abang aq yang urus semua dari isi borang sampai habis, pendaftaran perniagaan untuk family nie ditubuhkan atas jenis perkongsian(partnership). Dan tujuan syarikat nie ditubuhkan untuk planning masa depan aq jugak selepas diploma nie... Insyaallah hujung tahun nie tamat la pengajian aq di POLIMAS dan kemungkinan besar aq tak kan sambung untuk degree rasanya...

Taraaaa... haha poyo je...

Semoga perjalanan masa depan aq dipermudahkan olehNya la... Hadoi belajar elektronik tapi nak ke arah bisness, macam jauh je bunyinya kan?? tapi rezeki masing-masing kita tak tau kan? Tapi tak apa la, mungkin ini langkah untuk aq lebih berjaya dalam kehidupanku masa akan datang... Opsss, lupa nak mention nama yang dipilih... So dekat borang PNA 42 k0t ada 3 pilihan nama yang diberi dan pilihan pertama berjaya kami dapatkan iaitu Keluarga ZNH Enterprise... ZNH stand for what? My mama & abah names la.. Insyaallah semoga perjalanan syarikat ini menuju kejayaan... Semakin busy la hidup aq lepas nie, facebook pun tak ada yang indah sangat dah, so perlahan-lahan akan ditinggalkan... 

p/s: SU, forget your sadness, keep your heart strong, focus to your diploma and work, work until U get old... hahaha empty your mind from love, marriage and woman... :')

Wednesday, February 13, 2013

Sebuah Harapan dari Hati seorang Lelaki


Salam,

Alhamdulillah dapat jugak aq siapkan video yang ke-4 nie... So layan je la k. Yang mana ada kekurangan tu boleh komen untuk penambahbaikan videovideo selepas ini, insyaallah...

Sekian!!!!

Monday, February 11, 2013

Sepetang Bersama Sebuah Keluarga Tersayang


Salam,

Malasnya nak menaip sekarang nie... tapi saat terindah bersama keluarga rasa rugi pulak kalau tak dicoretkan disini... Actually, simple je plan kitaorang 1 keluarga... Semua ahli family berkumpul dan makan besar sama-sama.. Chewah macam nak sambut Gong Xi Fa Cai je... hahaha so plan untuk aktiviti pertama buat BBQ la macam dulu... Jom layan gambar-gambar kat bawah nie... 

Ayam yang telah diperap semalaman
Sosej, bawang & lada benggala...
Ready to be burn...
Chef Sampit Nak bako2... hehe senyum tu penting ok!!! 
Lai lai lai...
3 singgit... hehe mata pedih masuk asap...
Senyum melupakan seketika masalah jiwa...  :')
Akak den N0 2... nak jugak posing...
Daging, ayam & ayam...
Sebahagian cucu omak den...
Daging yang diperap.. Lembut je ...
Big bos... Abang yang sulung...
Ayam...
Taraaaa!!!!
Adam Haikal... Excited sosej hangit... haha
Kak Tnie with her Daughter Mia Umairah..
Jemput semua.... >_<
3 tukang bakar...  Santai suda....
Bibik & Mia Umairah...
No caption...
Mama tersayang suda datang...
Anak-anak buah sekalian...
Cinta Hati Sehingga Hujung Nyawa.. Love U Mama...
Amir Haziq... 
Tok Ayah... Abah den dengan cucu-cucunya...

So pukul 7 lebih jugak selesai acara BBQ pada petang semalam... So aktivti seterusnya diteruskan dengan solat jemaah dan bacaan yassin beramai-ramai... Memang best sangat-sangat sebab dapat berkumpul macam nie... Selalu raya je dapat jumpa macam nie... Maklumlah rumah taman nie sempit so balik ramai-ramai tak berapa nak selesa la... Sekarang dah luas skit so tak jadi masalah untuk kami sekeluarga berkumpul macam nie lagi... Pendek saja entry nie dan lepas nie... terima kasih sudi membaca..

Sekian Coretan...


Berakhirnya Sebuah Harapan



Salam,

Terimalah video ke-3 dari Samprit Ungu... Mungkin lebih banyak update melalui Youtube selepas ini... Terima kasih sudi view video nie... 

Sekian!!!

Sunday, February 10, 2013

Keliru+Kecewa?? Entah la.....

Salam,

Entah la... Aq tak tau nak tulis apa dekat sini.... tetiba je terasa macam gelap je dunia aq... rasa macam sekelip mata keceriaan aq lenyap dari hidup nie... nothing to say right now.... badan nie dah terlalu penat... Tak tidur dari  pukul 4.30 pagi semalam... Rasanya nak tidur untuk beberapa hari nie tanpa bangun je... Semalaman delete gambar-gambar di facebook... Macam dah nak tutup je account tu... Nanti je la aq luahkan... Aq tak bleh baca apa yang aq sedang alami sekarang nie... Keliru sangat-sangat... Sekian Coretan pendek... Semoga masih ada jiwa untuk menulis selepas ini.... Amin....

Sekian!!!!

Friday, February 8, 2013

Suatu Penantian...


Salam,

Sebuah Cinta dan Harapan
Aq menanti keduanya dalam satu masa
Suatu masa yang pasti akan aq miliki
Cuma kini masih belum pasti
Siapakah yang akan menjadi pelengkap hidupku,
Cuma doaku sentiasa bersamamu,
Bersama harapan yang menggunung
Hanya itu mampu ku hadiahkan buatmu kini,
Tidak akan pernah berhenti berharap hati ini buatmu,
Aq yakin kau tercipta hanya untukku,
Masa sahaja yang memisahkan kita buat masa kini,
Tapi suatu hari kita akan bertemu,
Suatu penantian penuh dengan kejutan,
Suatu penantian penuh cerita buat kita berdua,
Cuma 1 pintaku, jangan pernah padamkan sayang buatku,
Jika tiada lagi untukku, hilanglah seri dan sinar buat kita,
Yakinlah wahai sayang, bahagia akan menjelma kelak,
Untuk kita teruskan hubungan yang diredhaiNya,
Yang penting buat aq dan dirimu adalah sabar,
Kehidupan yang bahagia adalah milik kita jika itu takdirNya,
Kita bersabar dengan setiap dugaan yang dihadiahkan buat kita,
Itu adalah hadiah untuk menguji tahap kesabaran kita,
Samada aq dan dirimu mampu menghadapinya dengan tabah,
atau tewas dengan hati yang lemah,
Kita pernah dikecewakan dan mengecewakan insan lain sebelum ini,
Usahlah kita ulangi sejarah lalu dalam hubungan ini,
Belajarlah dari kesilapan yang sedang mematangkan kehidupan ini,
Hidup ini kita perlu jatuh untuk kita merasa nikmat sakit wahai sayangku,
Agar kita belajar erti kesakitan dan menjadi tabah serta kuat untuk bangun semula,
Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya,
Seperti juga pertemuan semula kita,
Renungkan wahai sayangku,
Sabarlah dan peliharalah bersamaku hubungan ini untuk 7 tahun lagi,
Berilah peluang buatku suatu hari nanti,
Pimpin dan bimbinglah aq dalam mengharungi kehidupan ini bersamamu,
Kau semangat kebangkitan dan kesedaran hidupku semula,
Meski dirimu jarang meluahkan perasaanmu,
Aq yakin kau merasa seperti apa yang aq rasakan,
Semoga apa yang aq rasakan ini bukanlah sekadar menyedapkan perasaan hati ini,
Insyaallah, hati ini semakin kuat untukmu,
Fikiran ini tidak pernah melupakanmu walau sesaat,
Merindukanmu adalah suatu kewajipan hati ini,
Suaramu menjadi bayangan kehidupan yang kini jarang aq dengari,
Aq rindukan suara dan gelak tawamu,
tapi aq tidak akan memaksa kerana aq bukan seperti dulu,
aq hanya mampu menerima dan tidak terdaya untuk meminta,
Cuma harapan yang mampu aq mohon kepadaNya,
Harapan yang bakal membawa aq ke syurga dunia dan akhirat kelak,
Yakinlah wahai sekeping hati, dia adalah Jodohku suatu hari nanti,
Insan yang akan membawa aq ke alam bahagia yang aq idamkan,
Semoga dia menjadi penawar kelukaan hati ini nanti,
dan bukanlah menjadi parut yang membekas di hati ini,
Kecantikan seorang wanita hanya untuk seorang suami,
Jaga dan peliharalah dirmu sebaiknya untukku,
Semoga aq dapat memilikimu dalam dakapanku sebagai isteri yang solehah,
Amin, Setiap harapan dan doa yang terbaik untukmu wahai Sayangku...
Cinta Lelaki ini Mula berputik tapi belum tiba masa untuk berbunga, 
andai ianya sudah berbunga, 
ku berharap dirimu akan menjadi insan yang memetiknya, 
dan jangan biarkan ia berlalu ditelan masa...
Dengan izinNya hati ini dibuka untuk berubah 
dengan kehadirannya dalam kehidupanku semula,
Terima Kasih MySayangku Lia... I Love You... 
Insyaallah, kita pasti Bertemu nanti...

Sekian Coretan....





Rinduku Padamu


Salam,

Rindu,
Suatu rasa yang terlalu aneh untuk ditafsirkan,
Ia hadir tanpa diminta,
Kehadirannya membuatkan perasaan tak tentu arah,
Rindu,
Menjelmanya ia bila kita teringatkan orang yang tersayang,
Kata orang bila seseorang rindukan kita,
Bulu mata kita akan gugur,
Indahnya rindu pabila kita sendiri mengalaminya,
Terlalu sukar buat daku menanggung beban rindu ini terhadapnya,
Bila seseorang yang jauh dimata,
Terlalu kuat rindu kita akan rasakan terhadapnya,
Hanya gambar dan sms-sms menjadi penawar seketika,
buat kita untuk terus memikirkan dirinya,
Rinduku padamu hanya dapat aq sampaikan melalui doa-doaku untukmu,
Tangan ini ku tadah dan luahkan rasa rindu melalui doa,
Bagiku itu cara terbaik buatku menyampaikan rinduku buatmu disana,
Semoga sampai rinduku itu di taman hatimu,
Pernah juga aq mendengar, 
Kata orang pabila kita rindukan seseorang,
bacalah doa nabi yusuf
" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya.. Aminnn "
Rasa rindu kita akan tiba padanya,
Oh rinduku padamu,
Terlalu besar untuk aq ceritakan,
Terlalu indah untuk digambarkan,
dan terlalu istimewa buat seseorang yang tersayang,
Rinduku ini sentiasa berpanjangan,
Tidak akan pernah pudar walau untuk 7 tahun lagi,
Kerna rindu ini lahir dari hati yang ikhlas menyayanginya,
Semoga rindu ini kekal abadi buatmu sehingga akhir hayatku,
Sayangku, aku rindukan dirimu...

Nur Amalina sentiasa menjadi Kerinduanku selamanya...