Saturday, February 16, 2013

Coretan Sepanjang Cuti... Penuh Memori...


Salam,

Pertama sekali rasanya entry kali nie aq nak luahkan segalanya tentang apa yang aq rasa sepanjang cuti nie... Kalau korang perasan ada 5 video aq upload dan share di youtube serta dalam entry di blog nie... Rasanya semua tu dah cukup untuk menjelaskan apa yang aq rasakan sepanjang cuti nie... Sedih tu memang la, tak dapat nak sembunyikan perasaan tu dari hati dan raut wajah nie... Tapi nak buat macam mana kan? Semua nie dah ditentukan Illahi... Antara aq dan dia perlu jadi begini... Mungkin itu yang terbaik buat kami... Entah la, perlu ke aq terus meluahkan kesedihan disini? Mungkin ini yang terakhir... 

Rasanya kemesraan dan keceriaan yang terjalin semula rasanya dah hilang untuk selamanya, tapi aq akan teruskan menunaikan janji sms yang dah masuk sms yang ke-51 hari nie. Sebenarnya rasa lain sangat nak send sms tu sebab ye la, situasi sekarang dah tak semesra dulu, so mood sms tu pulak happy, romantic dan ceria je... Nak buat macam mana, nak edit pun dah malas so just cukup masa 10.45 malam aq send je... Baca dengan sekadar membaca atau baca berserta penghayatan hanya Allah yang tahu buatnya disana... Hope memberi sedikit makna buat si dia...

Malam sebelum nie, rasa sedih pun ada, kecewa tu selalu la bila dapat tau 1 lagi perkara yang aq tak tau pun si dia fikirkan macam tu... 1 je yang dapat aq katakan kat sini, kalau bukan dengan si dia, 7 tahun lagi aq akan tunggu orang yang seterusnya... So malam sebelum nie jugak ada berborak dengan seorang sahabat nie, rasa tenang dapat luahkan segalanya kat dia, aq sunyi sebenarnya.. Sunyi dari bercerita dengan sesiapa... Entah la, mungkin Allah kirimkan sahabat tu untuk menjadi pendengar yang setia untuk masalah aq disamping berkongsi cerita dia bersamaku... TQ kawan untuk menceriakan seketika Samprit Ungu nie.

Kelmarin, alhamdulillah la, kakak aq dah boleh balik ke rumah mama bersama baby girl dia... Alahai kak, dah 3 puteri, mintak-mintak akan ada putera la lepas nie ye? Insyaallah, seronok tengok muka baby baru lahir nie, boleh tenangkan fikiran jugak untuk seketika walau kepala penuh dengan tekanan, kesedihan dan kebosanan yang melanda... Nampak tenang dan bersih je baby yang baru lahir nie kan? Suci dari sebarang dosa. Untuk yang kali nie tak dapat la nak bantu mama tolong jaga sebab cuti dah nak tamat dah pagi nie dah nak balik ke rumah sewa... Ingat nak balik petang tapi ada hal penting nak kena selesaikan pagi nie...

Di facebook pulak, rasanya hampir keseluruhan gambar-gambar aq dah hidden dan delete... Kenapa aq buat macam tu ek??? Entah la, rasa macam nak tutup account pun ada jugak, tapi pikirkan kawan-kawan poli so better offline je sebab kadang-kadang assignment banyak hantar dekat fb message je... Rasanya dah tak ada mood sangat nak online... Status pun dah lama aq tinggalkan, cuma share gambar-gambar je kalau aq nak nyatakan sesuatu... Antara aq dengan ex pun rasanya persahabatan dah terjalin semula sebagai kawan... Mungkin ada hikmahnya apa yang terjadi... So aq akan mula menyepi buat seketika dari facebook nie... Rindu? Sms je lepas nie.

Youtube, ok la cakap pasal youtube nie aq rasa lepas nie mungkin akan ada lagi coretan-coretan video yang akan aq upload di situ, dan diatas permintaan seorang sahabat nie aq akan tukar mood video tu nanti... Insyaallah lepas sminggu dua nie ada la kembali buat video-video baru... Dalam dua minggu nie kemungkinan besar aq tak online sebab jadual aq pack sangat dengan kuiz, test, assignment, project akhir, lau rindu tu sms je k sahabat... Mungkin better aq busy macam tu. Tenang sikit fikiran nie... Jangan risau k janji malam sebelum nie akan ditunaikan...

Assignment yang tak sentuh lagi sejak cuti nie, rumah sewa yang entah macam mana keadaan seminggu tinggal dan macam-macam lagi la.... Rasanya aq nak bersendirian je buat masa nie... If kawan-kawan sms maybe ada mood aq reply, lau tak aq abaikan je... SMS-SMS yang dijanjikan telah separuh aq hantarkan, yang selebihnya akan aq hantarkan untuk si dia... If masih bernilai semua tu, simpan dan nanti andai umur ini panjang, kita bertemu suatu hari nanti, nak tengok semua sms yang saya hantar tu kembali k...

Tadi buka netbook aq, lepas tu terjumpa balik semua conversation antara aq dan si dia masa pertemuan semula kami... Setiap conversation masa di Yahoo Messenger aq masih simpan dalam netbook dan pendrive. Setiap yang bermula pada tarikh bermula 25 Disember 2012 adalah saat paling terindah untukku...

Aq simpan semua kenangan chat... terlalu indah saat ini untukku...
Kita mungkin menyepi dari dunia sosial ini tapi tak pernah sepi bibir ini untuk mengucapkan kata doa buatmu... Walau tidak pernah terlintas aq dlm fikiranmu, aq tidak kisah kerana aq yakin belum masanya untuk kita terlalu jauh dalam hubungan nie...Mohon keizinan jugak untuk biarkan gambar semangat 2013 nie terus kekal disini ye... Sekurang-kurangnya, bila tak online facebook nanti, dapat jugak lihat gambar awak dekat sini... Semoga Ahad nie dimulakan dengan mood baru dan segar semula.... Stop dreaming ok SU... Chaiyok3... 

Buat seorang sahabat, maafkan diri ini andai telah membuatkan dirimu menangis, tidak terlintas dihati ini untuk membuatkan orang lain bersedih kerana diriku ini... Terima kasih atas perhatian dan  perbualan semalam, rasa tenang dengan perbualan dengan awak... Buat si dia, kalau tak nak saya call sms la bagitau, saya tak kan call macam semalam kalau awak tak nak diganggu... Rasa macam nak tukar lagu blog nie, tapi bila mendengarkannya terasa sayu hati nie dan macam nak mengalirkan je air mata nie lagi. "Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuanMu".

Dah tak tau nak merepek ape lagi, mata dah berair, ready kembali ke Jitra... thanks for reading blog kecik nie... Hope ada kisah menarik lagi la nanti k... 

Sekian!!!

No comments: