Friday, February 22, 2013

Coretan Diari 16-21 Febuari 2013


Salam,

Coretan kehidupanku sepanjang seminggu.... Diari Samprit Ungu... Layan!!!

16 Febuari 2013

Pagi ini dimulakan dengan aktiviti mengemas beg, bukan apa, cuti pertengahan semester aq dah pun hampir tamat dan aq akan memulakan semula pengajianku di politeknik pada keesokan harinya...Seriously, memang malas giler nak balik rumah sewa awal-awal... Bukan ada apa pun kat sana, tapi nak buat macam mana... Assignment yang tak siap dan bilik yang seminggu ditinggalkan perlu dikemaskan... So terpaksa la balik dengan hati yang berat... Tapi sebelum nak balik tu sempat la chat dengan si Semangat 2013 nie, rasa happy jugak walaupun dah lama sangat tak dapat sms dari si dia... Maklumlah kami kembali kepada persahabatan semula... Mungkin itu yang terbaik untuknya di saat ini... Aq redha dengan ketentuan hubungan kami... Sebelum nak balik tu macam-macam mama bekalkan aq, dengan nasi untuk lunch, popia goreng la... Alahai sampai ke malam la aq kenyang... Perjalanan dari rumah mama ke rumah sewa adalah tersangat perlahan dengan fikiran yang jauh melayang-layang dibawa kenangan indah... Sebelum balik jugak aq dah tukar gambar profile facebook dan cover... Rasanya macam dah malas nak buka chat tu kalau online pun lepas nie... Seharian aq ditemani movie je sampai ke malam, target nak siapkan assignment tersasar jugak akhirnya... Tak ada mood nak buat apa-apa... Malam nie jugak dapat makan kek sempena hari lahir seorang kawan rumah sewa nie... Pergghh kek hijau kuning, cuma terlampau manis sangat... Part aising tu tak bleh nak telan la... hehe apa-apa pun thanks kawan... Terima kasih jugak untuk seorang sahabat baru aq nie yang dah temankan dari pagi sampai aq tertidur dengan sms-sms dia... Saya tak sunyi sangat bila awak ada... Sekian saja luahan untuk hari ini...

17 Febuari 2013

Pagi ahad dimulakan dengan mood yang tenang sahaja, tak terlalu fikirkan kesedihan diblog ini dan tidak menunjukkan perasaan yang terlalu gembira... Rasa kosong je perasaan ini... Kelas puan nora cuma buat lab, alahai memang bosan sangat... Kelas Entrepreneurship pun rasa tak ada yang menarik sangat... On the way nak pergi kelas tu terserempak dengan geng kelas Embded System semester lepas tengah study dekat kerusi batu(tempat selalu aq lepak) tu. Lama tak tengok awek-awek tu, senyum je la... Nak tegur? Rasanya tak k0t... Segan sangattt... hahaha poyo je... Lama betul tak terserempak dengan diaorang... kebetulan je lalu kat situ boleh terserempak pulak... Kelas entrepreneurship pulak masih berbincangkan tentang proposal Business Planning untuk dihantar pada 3 Mac nie... Hadoi Cik Pieja dan Cik Kamila nak tukar kepada tajuk Door Gift pulak... Ikut suka korang la my lady boss... En Samprit Ungu setuju je, janji siap kerja group kita nie... Kelas petang pulak Engineering Mathematic, perggghhh muka nie rasa macam nak tersembam je dekat meja, mengantuk tahap maksima dah... Rasa macam tak masuk je lecturer tu mengajar... Haha opsss terlupa nak cerita pasal sms sahabat baru aq nie... Sebelum tidur semalam dia ada cakap nak kejutkan aq bangun subuh, tapi time subuh tu aq tak dapat pun sms dia... Heran jugak, last-last pukul 11.50 baru dapat sms dia... Dia tersilap send kat no 131017*******.. hadoi, awak nie buat lawak betul. Tu no kalau nak gayut la... Tapi ceria jugak dengan klakar awak tu walaupun sedih hati yang tak kan pernah hilang nie menemani hati ini sehingga akan ada penawar yang mampu merawatnya... Cehhhh tetibe je mood sedih lak kat c2... Part paling best bila tanya bab menu makan malam aq... Nasi Kahwin... Macam pelik bebenor je bila aq cakap macam tu... So aq pun explain la nasi kahwin tu macam mana.. Bab nasi pun ada je point dia nak kenakan aq dan buat aq gelak.. hadoi awak-awak.. Malam nie jugak geng trio datang ambik aq kat rumah sewa dan study sama-sama... Lagipun hujan kan so sahabat-sahabat sejati nie datang ambik aq supaya geng yang sorang nie dapat join study sama-sama... Chewwaahh... sms cinta yang ke-52, tapi not deliver. The phone is switch off... Entah la awak.. Saya akan terus tunaikan janji...

18 Febuari 2013

Hari aq ada kelas Data Communication... semangat je pagi nie nak datang kelas, walaupun risau nak jawab test circuit analysis tapi subjek Data Communication nie aq suka jugak sebab Ketua Jabatan yang ajar... Best kot lecturer yang lemah lembut dan selalu tegur students dia... Rasa macam tengah dengar mama aq bagi nasihat je... alahai, rindu rumah sudah walaupun baru sehari... haha sampai je dekat kafe, aq dah nampak kawan aq(Akmal) lambai-lambai tangan menandakan kelas tak ada... Hadoi rasa penat je datang so nak lepak dekat kafe jap tetiba perasan group trio aq pun ada tengah makan... Sape lagi kalau bukan Cik Pieja dan Cik Kamila dengan Zalina... So join la lepak kejap dengan diaorang sebelum buat study group untuk prepare test circuit analysis. Thanks untuk kawan-kawan dari kelas DET yang bantu kitaorang study tajuk Star Delta yang langsung aq tak berapa nak paham... Mulanya study dekat kafe je, tapi bila ramai students lelaki pandang semacam je, rasa tak selesa jugak aq pun... Biasa la, seorang lelaki dengan 6 orang perempuan buat group discussion... Tu pun nak kecoh, bukannya aq mengayat pun... Lepas tu kitaorang tukar ke kerusi batu, kat sini tenang sikit study so dapat jugak la study sambil bergurau senda... Ada je lawak kami berempat kat situ... So pukul 12 kitaorang lunch dekat taman siswa, cik kamila yang drive, hahaha aq nie follow je walaupun seorang lelaki bersama 3 kawan perempuan... Sekali lagi time makan kat situ terserempak dengan geng poli, semua tengok dan senyum je. Hadoiii aq selesa je bila bersama dengan kawan-kawan perempuan nie... Time balik ke poli, kereta cik kamila pulak buat hal tak dapat start. Mungkin bateri problem agaknya... So dah sampai poli pun dekat pukul 1 terus masuk kelas dan sambung study kejap sampai pukul 2... Seriouly memang susah giler soalan tu... Fuhh, hari yang cukup memenatkan buat aq hari nie... Malam aq hanya ditemani cerita Setia Hujung Nyawa yang baru habis download... Orang lain dah tengok, aq baru nak layan.... haha sms ke-53, masih lagi pending delivery report... Miss call pun tak dapat... Alahai nasib seorang perindu yang setia menanti... Janji akan terus ditunaikan...

19 Febuari 2013

Hoho pagi-pagi dah dapat sms dari sahabat baru nie.. Thanks awak kejutkan kita subuh pukul 6.50 pagi... haha kita terjaga awal la hari nie... Pagi nie dimulakan dengan kelas circuit analysis lagi, tajuk yang aq tak suka Laplace Transform, fuhhh banyak main dengan subjek engineering math semester 1 dulu, perghhh susah sangat... Lepas habis kelas pukul 10 terus singgah ke tingkat 2 untuk hantar rubric form untuk lab report hari ahad lepas, selalu turun guna lif, tapi hari nie guna tangga, keluar je dari pintu dekat tangga nie, mata nie terus menangkap terhadap seseorang.. Yes fatin, orang yang aq cari.. Tapi bodoh la aq tak tegur dia time tu... memang tak salah lagi dia la orang tu... Ergghhh menyesal beb... Bila lagi nak terserempak lepas nie aq pun tak tau la... So sementara menunggu kelas jam 11 pagi lepak kejap dekat cafe sebelum naik semula ke tingkat 5, hehe kelas Ketua Jabatan yang aq tunggu, tapi tak best sangat sebab ramai yang tak datang so lecturer just wat group present je la... Best jugak sebab tak mengantok sangat teori sampai 2 jam macam selalu, so kelas tamat dalam pukul 12.30 terus cari lunch dan makan dekat rumah sewa. Lepas makan entah macam mana tetiba je hati nie terusik dengan lagu cerita dia-drama band, berkaca seketika mata nie, terlalu rindu agaknya... Alahai, tabahlah wahai hati... Teruskan berdoa untuk dia walau dari jauh. Menu untuk makan malam nie, nasi goreng cina lagi. Sama je macam semalam... Malam nie jugak aq dapat call dari BFF aq di poli, Cik Giey, amboi tak stop langsung gelak dengan aq malam nie, adoi terubat seketika rindu kat kawan baik di poli nie... Esok kita dating ye sahabat??? hehe Malam nie jugak terubat sedikit kesedihan bila sms ke-54 masih lagi pending disebabkan handphone still off... Tak apelah, sabar dan terus menanti... selain tu, kawan poli, Yu pun ada call walaupun busy dekat poli memalam nie, sorry la tak dapat nak jumpa, yu busy, wan pun busy... terubat jugak rindu dengar suara dia... bukan tu je, sahabat baru dan kawan facebook pun ada sms termasuk my ex.... penat jari nie menaip sms-sms bertubi-tubi masuk... Besar kan nikmat Allah bagi, rindukan seseorang dan merasa sunyi.. Allah hantar kawan-kawan dan sahabat untuk temani aq malam nie... Terima kasih semua... Aq tersenyum seketika penawar rindu buat si dia dan kawan-kawan serta sahabat semua.. Malam yang indah buatku... sekian...

20 Febuari 2013

Hari yang paling malas buat aq, lepas subuh je terus pegang buku math dan study... Gara-gara semalam yang langsung tak sentuh buku... Petangnya ada test so mau tak mau kena study la... So pukul 10 pagi aq pergi ke poli disebabkan ada taklimat baucer buku, pergghhh ramai giler students semester 5 dan 6 untuk semua jabatan... Tak muat dewan kuliah, hehe dan dalam ramai-ramai tu terserempak la dengan yu nie dengan kawan-kawan dia... Lama betul tak nampak... maklum la masing-masing busy... nak pergi borak dengan dia rasa segan pulak dengan kawan-kawan perempuan si yu nie, so tengok je la dari jauh sambil jari nie main sms... hehe lama jugak la aq dan kawan-kawan aq melepak dekat dewan kuliah nie. Last-last ada kawan kitaorang cakap baucer dapat 26 Febuari 2013... Buang masa betul melepak lama-lama kat situ, so terus la aq dan kawan-kawan blah... tapi sampai kat kafe kawan-kawan aq je yang terus blah, aq melencong dan pit stop kat cafe jap... Haaaa sebab dah janji dengan somebody nak jumpa... My BFF la, Cik Giey. Lama sangat tak jumpa dengan dia walaupun satu poli. Masing-masing busy la dengan study dan projek akhir masing-masing... Satu jam berlalu tak terasa langsung, penuh dengan cerita dan gurau senda. Rasa tak puas lagi berborak, dapat share cerita happy dan sedih masing-masing... hehe plan nak kerja dekat johor tu nanti kita pergi sana sama-sama k, rasa nak bawak diri nie jauh la... Tak nak tinggal hati nie kat utara dah rasanya... so pada petangnya test math aq cancel dan postpone kepada hari ahad.. Perghhh lega beb. Habis je kelas math terus cari dinner la dengan menu nasi goreng cina dan teh o ais sambil layan setia hujung nyawa... Sms ke-55 still pending... rasa sedih kembali... 

21 Febuari 2013

Pagi khamis dimulakan dengan pagi yang tersangat malas la... Bangun, solat subuh dan bersiap untuk ke kelas. pagi nie aq tak tunggu kawan-kawan sebab takut terlewat lagi masuk ke kelas Microwave... So awal la aq sampai ke kelas puan nora pagi nie.. hampir dua jam teori memang mengantok la sebab berat sangat subjek nie bagi aq. Habis je kelas pukul 10, terus group projek aq, khai xiang bagi berita gembira yang kelas projek group aq tak ada, sebab puan Juliana ada kursus. Terus balik rumah la rehat. Dalam pukul 11 macam tu la rasa lapar la, dan time nie yang spoil sekali sebab kena tunggu hampir 30 minit sebab jalan ditutup oleh polis trafik bagi memberi laluan kepada Le Tour De Langkawi yang lalu di Jitra... Ramai yang bengang sebab panas-panas kena tunggu mat salleh nie nak kayuh basikal... Haha aq pun tengah lapar dan ada assignment nak wat, sabar je la. Lepas habis je group besar LTDL tu baru la jalan dibuka semula seperti biasa... Haaa lupa nak citer, hari tu ada buat sesi fotografi dan hari khamis gambar tu dah pun siap... meh tengok kat bawah nie....
Formal Picture
Formal with peace...
haha bergaya dgn ape benda la semua tu...
Sempat lagi sembang dua orang yang hujung tu...
Shock Face.. haha lawak muka sorang-sorang...
4 In One... sweet memories ever DEP6C
haha rasanya gambar kali nie lebih cantik la dari yang lama masa semester 1 dulu, orang-orang dalam gambar pun silih berganti dah... muka semester 1 dan 6 dah jauh beza, masing-masing nampak matang la, 3 tahun dah kami semua bersama, banyak suka duka dilalui bersama... back to da story, kelas agama pada petang ngantok jugak, dan kelas pun tak lama sangat... Habis je kelas terus balik rumah sewa dan packing barang, entah kenapa rasa nak bawak moto laju-laju je... Kosong je kepala nie, dah lama tak buat kerja gila macam petang tadi, potong kereta dan treler dekat selekoh, dah macam nak bunuh diri je kan? haha Hadoi apa la dalam kepala nie fikir pun tak tau la... Sms ke-56 pending lagi... sampai bila harus pending?? huhuhu

Coretan Diari Peribadiku... Kebanyakan suka duka ku lalui sepanjang minggu nie... Semoga akan hadir hari yang lebih ceria dan menggembirakanku selepas ini... SMS cinta utk si dia... stop sementara setakat sms-ke56... Alahai nasib diriku... Kesedihan dalam hati yang Dia yang mengerti... 

Terima Kasih sudi meluangkan masa disini...

Sekian!!!

No comments: