Friday, February 8, 2013

Suatu Penantian...


Salam,

Sebuah Cinta dan Harapan
Aq menanti keduanya dalam satu masa
Suatu masa yang pasti akan aq miliki
Cuma kini masih belum pasti
Siapakah yang akan menjadi pelengkap hidupku,
Cuma doaku sentiasa bersamamu,
Bersama harapan yang menggunung
Hanya itu mampu ku hadiahkan buatmu kini,
Tidak akan pernah berhenti berharap hati ini buatmu,
Aq yakin kau tercipta hanya untukku,
Masa sahaja yang memisahkan kita buat masa kini,
Tapi suatu hari kita akan bertemu,
Suatu penantian penuh dengan kejutan,
Suatu penantian penuh cerita buat kita berdua,
Cuma 1 pintaku, jangan pernah padamkan sayang buatku,
Jika tiada lagi untukku, hilanglah seri dan sinar buat kita,
Yakinlah wahai sayang, bahagia akan menjelma kelak,
Untuk kita teruskan hubungan yang diredhaiNya,
Yang penting buat aq dan dirimu adalah sabar,
Kehidupan yang bahagia adalah milik kita jika itu takdirNya,
Kita bersabar dengan setiap dugaan yang dihadiahkan buat kita,
Itu adalah hadiah untuk menguji tahap kesabaran kita,
Samada aq dan dirimu mampu menghadapinya dengan tabah,
atau tewas dengan hati yang lemah,
Kita pernah dikecewakan dan mengecewakan insan lain sebelum ini,
Usahlah kita ulangi sejarah lalu dalam hubungan ini,
Belajarlah dari kesilapan yang sedang mematangkan kehidupan ini,
Hidup ini kita perlu jatuh untuk kita merasa nikmat sakit wahai sayangku,
Agar kita belajar erti kesakitan dan menjadi tabah serta kuat untuk bangun semula,
Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya,
Seperti juga pertemuan semula kita,
Renungkan wahai sayangku,
Sabarlah dan peliharalah bersamaku hubungan ini untuk 7 tahun lagi,
Berilah peluang buatku suatu hari nanti,
Pimpin dan bimbinglah aq dalam mengharungi kehidupan ini bersamamu,
Kau semangat kebangkitan dan kesedaran hidupku semula,
Meski dirimu jarang meluahkan perasaanmu,
Aq yakin kau merasa seperti apa yang aq rasakan,
Semoga apa yang aq rasakan ini bukanlah sekadar menyedapkan perasaan hati ini,
Insyaallah, hati ini semakin kuat untukmu,
Fikiran ini tidak pernah melupakanmu walau sesaat,
Merindukanmu adalah suatu kewajipan hati ini,
Suaramu menjadi bayangan kehidupan yang kini jarang aq dengari,
Aq rindukan suara dan gelak tawamu,
tapi aq tidak akan memaksa kerana aq bukan seperti dulu,
aq hanya mampu menerima dan tidak terdaya untuk meminta,
Cuma harapan yang mampu aq mohon kepadaNya,
Harapan yang bakal membawa aq ke syurga dunia dan akhirat kelak,
Yakinlah wahai sekeping hati, dia adalah Jodohku suatu hari nanti,
Insan yang akan membawa aq ke alam bahagia yang aq idamkan,
Semoga dia menjadi penawar kelukaan hati ini nanti,
dan bukanlah menjadi parut yang membekas di hati ini,
Kecantikan seorang wanita hanya untuk seorang suami,
Jaga dan peliharalah dirmu sebaiknya untukku,
Semoga aq dapat memilikimu dalam dakapanku sebagai isteri yang solehah,
Amin, Setiap harapan dan doa yang terbaik untukmu wahai Sayangku...
Cinta Lelaki ini Mula berputik tapi belum tiba masa untuk berbunga, 
andai ianya sudah berbunga, 
ku berharap dirimu akan menjadi insan yang memetiknya, 
dan jangan biarkan ia berlalu ditelan masa...
Dengan izinNya hati ini dibuka untuk berubah 
dengan kehadirannya dalam kehidupanku semula,
Terima Kasih MySayangku Lia... I Love You... 
Insyaallah, kita pasti Bertemu nanti...

Sekian Coretan....





2 comments:

Unknown said...

smoga bhagia selalu with ur future soulmate!

Unknown said...

TQ ika... Hope akan temui kebahagiaan bersamanya...