Friday, February 1, 2013

Coretan Jam 4:01 pagi....

Salam,



Entah la kenapa dengan aq nie, terjaga dari tidur yang tanpa mimpi lagi... terus ku coretkan disini... Aq sendiri tak tahu kenapa rasa sayu, sedih je dari kelmarin... Entah apa yang aq fikirkan dalam fikiran dan hati ini... Hanya Allah sahaja yang tahu rasa kesedihan dalam hati ini... Mungkin aq da terlalu dengan buaian perasaan sehingga aq lupa siapa aq yang sebenarnya... Jika dengan melihat faceboook membuatkan diri ini bersedih, berhentilah wahai hati dari kau terus menghiris perasaan, mengusik jiwa dan menambahkan luka yang sememangnya telah wujud dalam keceriaan yang kau sendiri ciptakan... Berpijaklah di bumi yang nyata agar kau terus sedar realiti yang si dia hanya mencintai kekasih lamanya lagi... Tak guna untuk kau terus berharap wahai SU kerana soal hati dan perasaan ini tidak boleh dipaksa... Biarlah ia tiba dengan sendirinya suatu hari nanti, akan hadir seorang insan yang lebih layak untuk menyambut Cintamu kerana "mencintai orang yang mencintai kita adalah suatu langkah ke arah kebahagiaan sehingga ke akhir hanyat kerana orang yang mencintai kita akan selamanya untuk kita, tapi orang yang kita Cintai mungkin akan pergi meninggalkan kita untuk insan yang si dia cintai". Jangan terus semakin lemah dengan keadaan sekarang SU, tak guna terus macam nie, fikirkan segulung diploma yang kau bakal genggam hujung tahun ini, fikirkan nasihat kakak dan abang dengan perancangan hidup untuk kau lepas tamat belajar nanti... Itu titik permulaan buat cinta sejati kau hadir SU dalam hidup kau... Setahun lagi yang kau perlu bersabar untuk segalanya, setahun yang kau wajib ambil sebagai cabaran untuk kau tunjukkan pada semua orang yang Cinta akan menyembah kau suatu hari nanti... Bukan kau yang tunduk kerana cinta... Tulisan tanpa hati rasanya yang agak melampau untuk kali ini... Arghhh Tapi pedulikan semua tu... Lagipun aq akan menyepi dengan hidupku selepas ini... Sepi tanpa coretan di status faceboook dan disini.... Insyaallah, Cita-cita yang akan buatkan aq fokus dengan kerja sehingga lupa untuk mencari Cinta lagi adalah target aq selepas ini... Itu adalah pilihan terbaik buatku dalam mencari erti kehidupan tanpa rasa Cinta, Sayang dan Rindu lagi selepas ini... Rasa yang mungkin lenyap buat sekian kalinya..... Tak tahulah kenapa aq tetiba rasa putus harapan, penuh kekecewaan dan hilang rasa sekarang nie.... Apa yang Allah cuba rencanakan dalam hidupku ini?? Semoga diberi petunjuk untuk dipermudahkan segala perjalanan kehidupanku ini....Mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam perancanganMu untuk kehidupan seorang hamba ini... Diari Samprit Ungu, luahan hati seorang lelaki buat tatapan dan perkongsian kepada semua orang tentang luahan hati insan yang penuh dengan kekurangan dan kekecewaan hidup... "Bahagiaku hanya cuma untuk seketika, ketawaku bukan untuk selamanya, gembiraku hanya bila mula untuk terasa kehadiran bibit Cinta namun akhirnya semua itu memusnahkan segalanya yang aq sendiri Cipta"...



Sekian!!!

No comments: