Thursday, January 31, 2013

Ringkasan Kehidupanku untuk 1 Minggu...


26 Januari 2013 (23:24)

Sms yang ke-30 telah aq hantar sperti biasa pada jam 22:46 ... disusuli dengan paggilan telefon... Namun tidak dijawab oleh si dia... Apakah mungkin si dia masih lagi dilanda kesedihan yang melandanya pada petang tadi... Hurmm mungkin salahku jugak kerana memaksa untuk meluahkan apa yang si dia rasa dalam keaadaan si dia yang masih belum bersedia... Aq rasanya tak sanggup untuk menunggu jawapan yang pastinya mengecewakan buatku dalam tempoh yang lama, meskipun berat untuk menerima hakikat ini namun semuanya harus terjadi seperti yang ditetapkan Illahi... Aq cuba menghubunginya sebanyak 4x namun masih tidak berjawab... Aq berandaian mungkin si dia penat dan telah tidur... Tapi hati nie tidak berfikiran seperti itu... Apakah si dia tidak mahu lagi mendengar suara ini lagi?? Argghh pergi jauh-jauh andaian burukku itu... Yakinlah si dia mungkin ada hal lain yang perlu dilakukan... Think positive.. Rasa sunyi dan sepi sangat malam nie bila tak dapat mendengar suara dan gelak tawanya... Sebentar tadi aq ada la stalker di facebook si dia dan si dia telah menukar gambar profil yang baru.... Rasa nak like dan komen tapi mungkin lepas online guna laptop nanti je la... via mobile nie susah sikit...  Tak tau la aq nak cakap macam mana...Tapi aq akan terus berharap dan menanti kesudahan yang baik dalam hubungan ini... Jika sebaliknya yang terjadi... Mungkin doaku masih belum cukup untuk memiliki hatinya... Semoga Allah dapat membantu merungkaikan kerumitan masalah dalam perhubungan ini... Aq hanya berserah pada masa dan takdir untuk menetukan yang terbaik.... Aq rindu sangat-sangat kat dia disaat ini... Rasa macam nak menangis lagi je...  :'(
Tapi jam 23.46 ada sms dari si dia "Hi Please Call Me Back". Senyuman mula terukir... Rupa-rupanya si dia menonton tv dan handphone ditinggalkan di dalam bilik.... Bikin risau aja sih kamoo... haha bermulalah cerita kami berdua sehingga si dia mengantok.... 

27 Januari 2013 (21:00) 

Permulaan hari ini dimulakan dengan keceriaan semasa kelas Puan Nora iaitu kelas Microwave System... So minggu nie group lab aq kena cari nota dekat Library... tapi biasa la, nakal tu tetap ada kan dalam budak-budak elektronik... 2 jam yang diberikan adalah masa untuk aq dan kawan-kawan kelas breakfast di kedai mamak... Entah macam mana aq boleh order Milo Kosong ais... Bila bro tu hantar, aq pun senyum sorang-sorang... Hadoi, tetiba je pandang milo tu teringat kat Lia... Ingat lagi masa cerita hari pertama dia practical di parkson hari tu... Ade la cerita pasal air milo, air soya dan roti bilis... Tapi roti bilis tu suggestion aq la lau tak silap... Dia suka air soya tapi Uncle Mad Shalan suruh minum milo.... Story yang aq tetiba je boleh terbayang time minum milo tu... Hari tu diteruskan dengan kelas Entrepreneurship... Tetiba je aq boleh pergi stalker facebook time dalam kelas tu, bosan sangat dengar cerita En Entrepreneurship tu...  Sempat send 1 msj dekat facebook... Hariku diteruskan dengan kelas math, petang nie kira penting la sebab aq ada ujian so tengahari sempat la study kejap... Soalan pertama agak susah jugak... tapi soalan kedua rasa senang je... So time tengah menjawab tu tiba-tiba ada sms yang bertubi-tubi masuk... Ingat tak nak baca, ye la time ujian kot nak main handphone... cari nahas la.. tapi macam penting je sms tu aq gamble je la baca sms tu.. Kalau kantoi pun kantoi je la... Sms yang meruntuhkan semangat aq untuk terus jawab soalan... terus stapler kertas soalan, jawapan dan terus hantar... Memang tertekan sangat time tu, lepas jawab tu ada lagi lecturer tu sambung buat kelas pun aq dah tak boleh nak fokus dah.... Semua gara-gara blog nie la buatkan orang lain sakit hati... Aq akui memang sebelum nie memang aq banyak buat silap.. tapi tahun baru nie memang aq betul-betul berazam nak berubah dengan sepenuhnya... Cuma aq harap jangan ada sapa-sapa ganggu kehidupan baru nie... Cukuplah dengan Final exam semester lepas yang aq dah hancur gara-gara fikirkan permainan yang tak pernah berlaku pun... Seronok sangat game tu... Memang penuh dengan stress la petang nie.. Aq rasa lepas entry nie mungkin aq tak akan update dah cerita Aq dan Lia lagi atas perbincangan kami bersama.. Biarlah aq menyepi dari hidup ini dari terus menyakiti... Aq akan mengundur diri dari coretan indah kehidupan baruku demi kebahagiaan orang lain... Mungkin hanya update-update yang biasa sahaja akan kelihatan disini... Sedih sangat untuk meninggalkan blog yang aq cinta tapi, Cinta tu perlu pengorbanan untuk lihat orang lain bahagia... Aq rela dan redha dengan pengunduran ini... Semoga dikau bahagia Blackgurlz... sms ke-31 untukmu has been send to my Lia... 

29 Januari 2013 (1:08)

Sepatutnya aq menaip lebih awal untuk coretan 28 Januari 2013 nie... Hari ini dimulakan dengan kelas pagi yang ditunda kepada jam 10:30 pagi disebabkan pensyarah ada mesyuarat... So macam biasa la. Kalau tak ada kelas time pagi tu, aq dan kawan-kawan mesti akan breakfast sama-sama... Menu aq pagi tu cuma milo o ais je... Kawan-kawan lain semua makan nasi lemak, aq tengok je la sebab sambal tu tengok macam pedas je, lagipun ulser dekat mulut nie tak sembuh-sembuh lagi... Time breakfast tu ada la muncul ilham untuk cipta sms-sms indah buat si Lia yang ke-32 hari nie... Tanpa membiarkan idea indah itu berlalu pergi terus aq taip dalam draft sms di handphone... Dapat jugak 3 ilham masa tengah minum tu... hehe ada je idea yang datang tanpa diduga... Pelik betul... Mungkin bagi sesetengah orang.. Hanya orang gila je mampu buat macam apa yang aq tengah buat sekarang nie... Ingat senang ke nak cipta suatu kata-kata indah buat orang yang kita sayang.... tapi semua tu dengan izin Allah la sebab niat aq cuma untuk buat si dia tersenyum setiap hari untuk selamanya bila bersamaku.... Pada petangnya aq ada dapat sms dari seseorang... Suatu sms yang aq harapkan dalam setiap doa-doaku... Aq tak ingin lagi seseorang tu mengganggu kehidupan baruku ini... Relakan aq mencari ketenangan dalam kehidupan baru ini tanpa lagi sejarah silam dalam hidupku... Sms itu membuatkan aq tenang sepanjang hari ini... Dalam pukul 6.30 macam tu la.. aq pun keluar cari makan malam... Mulanya plan nak makan nasi goreng kampung je, last last tukar menu kepada Nasi Goreng Cinta dan milo o ais lagi... Memang terbaik la bila cili api dan gabungan sambal belacan dalam tu.. Pedas la jugak... Time malam, aq ada assignment nak kena selesaikan so aq dan kamila buat Circuit Analysis punya presentation dan Cik Faeizah(Pija) buat Entrepreneurship... Penat jugak la nak menulis dekat kertas majong tu... Nasib la ada Cik Lia yang teman borak, tapi spoil mood aq dengan line maxis nie... Teruk pulak line malam nie... Kredit pun banyak la tarik sebab aq buat call untuk 1 jam... Nak buat macam mana... Tak ada rezeki untuk kita gelak puas-puas... tak ape la.. dengar suara pun dah cukup untuk melengkapi kehidupan Samprit Ungu yang semakin hari dipenuhi dengan rasa Sayang yang terindah walau bukan untuk selamanya.. Terima kasih pinjamkan aq dengan perasaan sayangmu itu Lia..
* Nasi goreng Cina ye kat atas tu.. Bukan Cinta.. hahaha teettttt...

29 Januari 2013 (19:59)

Jam dah menunjukkan pukul 12:30 tengah malam... Mata ini dibuai dengan mengantok dan keletihan menyiapkan kertas kerja untuk presentation Circuit Analysis... Sambil melayan lagu di telefon ini aq dibawa belayar ke mimpi yang lena... hehe aq pun tak dapat ingat apa yang aq mimpikan semalam sehingga membuatkan mata ini terjaga dari tidurku pada jam 03:30 pagi... Tapi seingat aq mimpi tu memang mengerikan buat aq dan si dia... Lalu handphone ku genggam untuk sms si dia tapi takut menggangu tidurnya lalu aq menghantar mesej di facebook... Tak tau la kenapa rasa perlu luahkan jugak mimpi ngeriku itu... Takut sangat akan kehilangan dia... Alahai susahnya bila hati ini seperti hidup kembali setelah lama hilang rasa untuk Cinta, Sayang dan Rindu... Permulaan pagiku dimulakan dengan stalker di facebook si dia dan ada balasan mesej darinya yang membuatkan aq tersenyum bahagia... Rasanya tiada apa yang menarik sangat yang berlaku sepanjang hariku berada di politeknik... Cuma semasa rehat 1 jam sementara kelas Data Communication, aq hanya duduk bersendirian di cafe sementara kelas jam 11:00 pagi bermula... Entah dari mana datangnya ilham mencurah-curah untuk aq cipta 10 sms cinta buat si dia bagi melengkapkan koleksi sms yang ke-60... Alhamdulillah... Harap dapat la aq ciptakan sehingga sms ke-100 buat si dia... Walaupun aq dan dia bukan bercinta & couple tapi rasanya hubungan seperti sekarang adalah lebih baik buat kami... Andai si dia tinggalkan aq dan temui kekasih hati yang sebenar... Aq tumpang bahagia bila ada orang yang dapat membuatkan si dia bahagia daripada insan ini yang penuh dengan kekurangan dan penuh dengan sejuta harapan yang menggunung untuk bersama si dia yang umpama langit dan bumi denganku... Tapi menjadi sahabatnya dan membuatkan si dia ketawa dengan 100 kata-kata yang tidak seberapa cukup bermakna buatku sepanjang kehidupanku... Yang terindah itu cuma pandangan bagi diri ini yang tidak selayaknya... Terima kasih untuk kehadiran semula dalam membantuku kembali kepada kehidupanku yang telah banyak berubah ke arah kebaikan... Mungkin Allah kirimkan dirimu untuk sementara memimpinku kembali ke jalan yang diredhaiNya sebelum melepaskanmu untuk pergi kepada insan yang jauh lebih layak memiliki Cinta, Kasih sayang, Rindumu dan Mendampingimu buat selamanya.... Jika sememangnya kita ditakdirkan untuk bersama... Tiada kata yang mampu bibir ini luahkan selain Alhamdulillah atas setiap doa-doaku setiap hari yang telah termakbul... Amin...

30 Januari 2013 (09:35)

Pagi yang tenang je... Alahai subuh terlewat lagi gara-gara alarm yang aq matikan dari terus berbunyi... Selepas subuh mata ini ingin menyambung tidur disebabkan kelas yang aq ada untuk hari ini cuma pada jam 4 petang nanti sahaja... tapi mata nie tak rasa mengantuk pulak... Rasa bosan bila sendirian dan kawan-kawan lain masih nyenyak dibuai mimpi... Baru teringat yang aq ada berniat nak kemas bilik hari tu, jadi daripada aq membuang masa berbaring tanpa membuat apa-apa lalu aq kemas bilik nie sehingga bersih... Kesian pulak aq tengok labah-labah yang bertempiaran lari bila aq membersihkan sarang mereka.. tapi kalau tak dibersihkan nampak serabut pulak... Dengan habuk yang banyak, punca aq akan dapat selsema... Arlegik jugak dengan habuk nie kadang-kadang... Selesai kerja mengemas bilik aq membaringkan badan ini semula sambil melayan lagu-lagu kegemaran di handphone ini, antaranya lagu blog ini Permata Yang di Cari-D'Hearty, Cerita Dia-Drama Band, Lagu Untuk Adinda-Khalifah, Harga Diriku-Wali Band, dan Cinta Tak Bersyarat-Element sambil dibuai angan-angan pertemuan aq dan Lia suatu hari nanti... Arghh best sangat.... Sambil-sambil tu dapat jugak aq menaip entry terakhir (mungkin la) tentang Lia iaitu 7 Tahun Suatu Penantian Dalam Kesabaran.. Entry selepas entry ini la yang akan aq publish... Jam 1.oo petang aq dan kawan-kawan ke politeknik untuk sesi fotografi kelas... Adoi memang best la... Tak sabar nak tengok gambar candid... Siap abang photographer tu tegur(masa gambar formal), "adik yang pakai spek tu, senyum la sikit". Tak pasal je jadi bahan gelak kawan-kawan... Bukan tak nak senyum tapi tetiba rasa penat sangat time tu... Dalam gambar tu aq ada dekat tengah, haha maklumlah, antara student yang tinggi jugak dalam kelas kena la berdiri dekat barisan belakang sekali.... About my Lia macam biasa la stalker jugak dekat facebook tadi tapi tak tegur pun... Esok dah nak jumpa dan jalankan rancangan untuk jangka masa panjang kami di laman sosial nie... hehe insyaallah pasti dapat buat esok(31 Januari 2013) andai tiada apa-apa halangan. Sms Indah yang ke-34 hari nie rasa lebih ok la dari semalam... Hope si dia membacanya dengan penuh senyuman... "Ya Allah, kurniakanlah pemikiran yang lebih luas untuk aq ciptakan lebih banyak kata-kata indah untuk buat si dia gembira walau cuma untuk seketika bersamaku... 7 tahun yang akan ku tunggu... Kesudahan sebuah hubungan yang penuh kenangan, harapan dan perasaan"... Penantian penuh kesabaran dalam menanti suatu Cinta yang sejati yang akan hadir dengan penuh keikhlasan dari hati seorang wanita yang aq nantikan... Insyaallah.

31 Januari 2013

Hari ini rasa kosong sangat hidup ini... Langsung tiada rasa apa... Pagi tadi pun terlewat jaga walaupun semalam awal je aq tidur... Mimpi pun tak ada... Kelas Microwave pagi tadi pun ke mana fikiran aq melayang pun tak tau la... Cik Pieja pun ada jugak buat lawak tapi mood nak gelak pun rasa macam tak ada je hari nie... Pukul 09:30 kelas tamat, aq pergi lepak dekat cafe sementara tunggu kelas project... Cik kamila dan Cik Pieja pun temankan aq breakfast pagi nie... Yang orang sekeliling tengok pe kes?? Salah ke makan dengan kawan-kawan?? Errr tumbuk kang haaa.... Jam 10:00 pagi aq dan dua budak cina nie pergi ke Unit Exam untuk jumpa penyelia project aq iaitu puan Juliana... Lecturer kesayangan aq dari sem 1 sampai sekarang mengajar aq untuk bincang tentang pasal progress project attendent board... Seow la yang banyak cakap, aq tak ada mood je so dengar dan senyum je la... Dah selesai kelas project, aq balik rumah sorang-sorang dan sambung edit slide presentation tamadun islam... Wawa pulak tak datang untuk group aq... So tinggal aq, azira dan amalina je la yang present... habis je kelas tadi terus kemas beg and balik rumah mama... masa on the way tu tetiba je kena attack dengan migrain... nasib la tak jauh dah nak sampai rumah mama... tahan la kejap... adoi sampai je rumah mama, terus solat asar dan terbaring je... Mungkin perut masuk angin agaknya... Sebab tak makan nasi langsung hari ini... Serius tak ada selera... Lemahnya badan nie... Kenapa la tetiba je jadi macam nie.... ?? Hurmm ntah la.. Tak tau nak cakap pe dah untuk hari ini... itu je k0t... Sekian...

Rangkuman 1 minggu kehidupanku... semoga akan jadi kenangan sehingga ke hujung nyawa... Thanks for reading.. Sekian...

No comments: