Monday, January 14, 2013

Luahan 14 Januari 2013


Salam,

Aq selalunya jarang update blog selain dari hujung minggu, namun malam nie tergerak hati ini untuk meluahkan sesuatu, sesuatu yang membuatkan aq sedih, bukan apa... Melepaskan seseorang yang dah lama berkawan dengan aq pastinya bukan suatu yang mudah kan?? terlalu susah untuk diterima.. tapi mungkin semua ini ada hikmahnya, terjadinya sesuatu perkara yang sedih mungkin suatu permulaan untuk sesuatu yang lebih baik, di tahun baru, dibuku catatan kehidupan yang baru mungkin akan membawa kepada sesuatu yang positif dalam kehidupan aq... 

Hari ini 14 Januari 2013, perkara kelakar dah jadi time subuh tadi, ceritanya macam nie, aq dah terjaga subuh agak lewat pagi tadi, mungkin sebab lewat jugak tidur semalam... so bila dah kelam kabut masuk bilik air entah macam mana boleh tak perasan yang ada seekor lipas nie dok usya aq je... tetiba je dia terbang kat dada aq, kelam kabut la jadinya. Nasib la aq tak menjerit sorang-sorang time subuh tu.. Kalau tak confirm kena gelak je dengan geng rumah sewa nie... seriously aq nie tak berapa berkenan dengan serangga nie, rasa geli la... Mungkin bg lelaki lain biasa je haiwan-haiwan macam tu.. tp untuk aq?? Errrr.... 

Hari nie jugak hari pertama Latihan Industri oleh Lia... macam-macam yang dia story dari pagi tadi, pelik jugak sebab selama aq kenal dengan dia, kami hanya bersms cuma pada jam 10.30 malam dan ke atas je.... Jarang sangat nak mesej bila pagi dan petang... kebetulan hari nie kelas aq ada yang cancel so dapat la luangkan masa untuk hilangkan rasa bosan dia menunggu dekat Parkson di Kajang kalau tak silap aq la... Apa-apa pun semoga latihan industri dia berjalan dengan lancar dan sempurna... walaupun dia dah terlewat seminggu tapi nak buat macam mana, salah pihak pengurusan tempat LI dan kolej dia.. so kesian la.. tak ape la Lia... Dugaaan semua tu...

Hari nie jugak aq rasa dua kali dada aq sakit sangat, tak tau la kenapa, so macam biasa la... bila sakit sikit je fikiran aq melayang ke arah mati je... macam-macam yang aq fikir hari nie... apa-apa pun yang aq dapat luahkan sekarang nie, permulaan tahun baru 2013 nie aq dah rasa cukup bahagia dan happy bersama Lia... Dia banyak mengubah kehidupan aq, dia dah selamatkan aq dari jauh dari kehidupan dunia nie yang mungkin menghancurkan masa depanku... Aq tak pernah berdoa untuk orang lain selain ahli keluarga sendiri... tapi sekarang, Lia, awak adalah sebahagian dari doa-doa saya... Hati ini dah mula tergerak untuk sayangkan awak walaupun hakikatnya susah untuk awak terima saya lebih dari seorang sahabat... Mudah-mudahan setiap doa saya akan dimakbulkan... Amin....

Entry kali nie jugak adalah penutup untuk hubungan yang telah berakhir... aq tak akan buka lagi hati ini untuk membuka semula buku kisah kehidupan sebelum ini... aq dah penat hadapi semua dugaan ini... dengan berakhirnya semua nie aq harap masing-masing dapat muhasabah diri dan dapat perbaiki kekurangan dan kelemahan dalam kegagalan perhubungan kita... "Memaksa akan buatkan kita kehilangan, menerima akan buat sesuatu itu mungkin berkekalan". Renungkan kata-kata itu untuk kebaikan masing-masing... aq akhirkan coretan ini dengan ucapan terima kasih atas segalanya blackgurlz... 

Setakat itu sahaja coretan dan luahan hati untuk hari ini... sedih, gembira dan macam-macam perasaan yang bermain dihati nie... Hanya dengan tulisan mampu aq luahkan, terima kasih atas kesudian membaca entry ini...

Sekian!!!

No comments: