Friday, January 11, 2013

Luahan Hati Aariz Danial...


Salam,

Pagi jumaat yang sunyi je... Mengadap facebook je la kerja aq kalau cuti hujung minggu nie... Mata pun still rasa mengantuk lagi gara-gara tertidur depan laptop sampai pukul 3.30 pagi... Memang rasa bosan sangat pagi-pagi nie... Bila sorang-sorang nie mula la rasa nak luahkan perasaan sendiri kat sini... Hurmm, semalam aq ada la chat dengan seseorang yang aq rasa special dalam hidup aq sekarang nie... entah kenapa si dia cakap yang dia mungkin akan hilang suatu hari nanti... tersentak jugak dengan kata-kata tu, bukan apa aq tahu kehadiran aq bukanlah memberi suatu impak yang besar dalam kehidupan si dia... aq cuma sekadar ingin membuatkan si dia rasa ceria dan bahagia disamping mengubati hati ini yang dah sunyi dari keceriaan selepas masa bercinta dahulu... bila si dia cakap akan hilang membuatkan aq terfikir sejenak, perlukah aq terus merelakan hati ini untuk terus dibuai dengan rasa bahagia dengan drama yang si dia katakan terhadap hubungan ini atau mula menetapkan hati ini untuk tidak terlalu jauh dibayangi rasa-rasa indah yang cuma khayalan dan angan-anganku semata-mata... 

Bukan apa, menerima hakikat orang yang kita dah mula sayang untuk hilang dari kehidupan kita adalah suatu cabaran yang amat besar dan sukar untuk menghadapinya... Mana mungkin orang yang membuatkan kita ketawa, rasa bahagia dan ceria bila bersamanya akan sekelip mata hilang dari kehidupan kita??? Suatu kenyataan yang mengerikan bukan?? Terasa seolah-olah diri ini seakan-akan cuma suatu persinggahan...Tapi hati orang tak boleh dipaksa kan?? Kalau sayang kata hatinya maka sayanglah jadinya, jika tak suka kata hati, tiada apa dapat memaksa untuk berubah... teringat suatu kata yang selalu kedengaran di facebook, "cinta itu tak semestinya memiliki". Hurmm mungkin benar kata-kata itu untuk aq nie... Yang penting sekarang berserah pada yang menentukan segalanya kan?? Segala yang telah dan akan terjadi selepas nie semua dengan izinNya... Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang, tapi perancangan yang terbaik untuk hidup kita semua telah tertulis dalam takdir kehidupan... "Hanya mampu berserahhh, moga cahaya tiba nanti...(nyanyi ikut version ombak rindu okeyh?) hahaha agak merepek di situ...Yes andai Jodoh Itu Milik Kita tiada apa yang mampu menghalangnya, walau kehujung dunia kita cuba lari namun, andai semua itu sudah ditakdirkan untuk kita, pasti kita akan bersama... 

Sorry la ter-feeling lebih pulak entry kali nie... eh sampai malam aq menaip rupanya... dalam sangat nak baca isi hati sendiri nie, selebihnya biar saja terpendam seperti kata kumpulan Ungu, "Cinta Dalam Hati". Semoga hubungan yang dibina ini akan berkekalan untuk suatu tempoh masa yang lama, dan mudah-mudahan dijauhkan dari segala konflik yang boleh menghilangkan keceriaan antara kami berdua... hehe tak mo gadoh-gadoh ye syg? Opsss... teeeetttt... Hahaha macam over pulak entry kali nie... sedih+gembira= gila sikit la kan? hehe insyaallah semoga apa yang kita sedang lalui ini akan dipermudahkan. Amin... Lia, mintak cik Eida tolong aminkan sama untuk kita nie... :p Oklah, malas nak menaip panjang-panjang minggu nie... Cuma 1 je impian aq, semoga hubungan nie akan berkekalan walaupun sekadar persahabatan... Semoga diperkenankan... Insyaallah... Thanks for reading... 

Sekian!!!

No comments: