Saturday, January 5, 2013

Jumaat Pertama Yang Terindah


Salam, 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berada di tahun baru 2013 nie... So 2012 dah meninggalkan aq dengan 1001 kenangan yang pelbagai... Diharapkan agar segala kenangan itu dapat mematangkan kehidupanku pada tahun 2013 nie... Selalunya bila bercakap bab tahun baru nie mesti ramai yang akan ada azam masing-masing kan??  Hehe ok la aq pun ada la azam untuk tahun nie... Pertama, aq nak habiskan diploma aq nie dengan pointer yang sebaik mungkin dan yang kedua, aq nak buatkan orang-orang yang dekat denganku akan tersenyum bahagia bila bersamaku... Semoga tercapai la azam nie... 

Back to da title... Jumaat Pertama Yang Terindah?? Hehe ape yang terindah disebalik hari jumaat yang pertama tahun 2013 nie ye?? Ok, pagi jumaat tu aq ada la dapat sms dari seorang kawan baik di Politeknik nie bertanyakan tentang Trainer PICkit2 yang aq guna masa ambil subjek Embded System semester lepas... Alat nie kalau nak beli pun dalam Rm50 la jugak... So daripada nak mebazir baik pakai je Trainer aq tu.. Lagipun masa beli dulu aq, dia dan sorang lagi budak rumah sewa ada share bersama... so lepas tu dia ada tanya aq dekat pokok sena ke?? Pelik jugak dengan soalan dia tu.. Tetiba je tanya macam nak datang rumah aq je... Hehe akhirnya betul la apa yang aq duga...

Dia tak tau rumah aq dekat mana so aq suruh la dia tunggu dekat stesen minyak Caltex dan aq pergi ambil dia kat situ... Sampai je rumah macam biasa la, mesti kena jumpa dengan mama aq dulu... Opsss lupa nak cerita sebab ape kawan perempuan aq nie boleh sampai ke rumah nie... Sebenarnya macam nie, laptop dia ada masalah selepas format, dengan software langsung tak ada, so dia tak tau nak buat macam mana... Aq nie tak ada la pandai sangat bab-bab komputer dan laptop nie, tapi setakat nak tolong sikit-sikit tu insyaallah boleh la... Last week lagi aq try nak tolong dia tapi disebabkan terlalu busy dan ketiadaan internet di rumah sewa aq so tak dapat la nak bantu dia....

Actually aq takut sebenarnya nak bawak kawan perempuan datang rumah, bukan ape cuma takut jiran-jiran dekat sini mula bercakap.. ingat lagi dulu aq pernah bawak balik ex gf aq, banyak pulak mulut yang bercakap... tak best la kan? so kali nie kawan poli aq pulak yang datang tp nasib la hari jumaat so tak ada sangat mata yang memandang.... so kerja aq dan kawan tu bermula la, install software itu ini dan macam-macam lagi la sampai la jam 1.00 petang, aq pergi solat jumaat dan dia teruskan kerja sambil kena soal siasat dengan mama aq... hehe yang aq pelik kenapa mama macam berminat je dengan kawan aq nie.. semua perkara mama tanya... aq pulak rasa segan bila dia kena tanya macam-macam... tapi nasib la kawan aq jenis sporting dan sempoi, ramah je dia layan mama aq berborak...

Masa dia datang, mama dah ready dengan mee goreng dah... macam nak sambut bakal menantu je... hahaha tapi yang kawan aq nie bisik kat aq, "wan, pieja nie tak makan mee sbenaqnya". Aq pun heran. Kenapa la banyak-banyak makanan... Mee goreng yang awk tak makan... Walau macam mana pun dia tetap makan, lagipun tak baik kan menghampakan tuan rumah... p/s: lain kali bg list tak makan ape ok?? hehehe So sambil-sambil buat kerja tu ada la sembang-sembang dengan adik aq. Adik aq nie jenis suka menilai orang jugak... Dia datang dekat aq dan cakap "pasai apa kat luaq nampak lawa tak macam dalam gambaq". Hahaha adoi mama dengan adik aq nie dok buat analisis rupanya kat kawan aq.. Gelak je la aq nie...

Dekat pukul 3 macam tu dia dah minta izin nak balik dan part nie yang aq tahan gelak je... Kawan aq salam dengan mama, lepas tu mama peluk dan sayang dia... Yang kawan aq nie muka dia macam terkejut je, adoi lawak tengok reaksi dia macam tu, mungkin bagi sesetengah orang tak biasa k0t macam tu tp my mom memang seorang yang mesra macam tu.. So my friend jangan buat muka terkejut macam tu lagi ok... my mom dah berkenan nak buat menantu tu... hehehe nanti datang lagi ok, sorry la sebab awak tak dapat makan masakan mama tenghari tu, lain kali ok... Datang selalu pun tak pe sebab wan pun bosan jugak sorang-sorang kat rumah nie.. ada kawan bergosip best jugak... hahaha apa-apa pun suatu kejutan la sebab boleh buat mama bercakap pasal awk je hari tu... Hehe rasanya setakat itu sahaja perkongsian untuk minggu ini.. thanks for reading...

Sekian!!!!

No comments: