Friday, January 18, 2013

Luahan Hati di Pagi Jumaat...


Salam,

Selamat pagi, alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas pada pagi jumaat ini... Lepas subuh je terus mengadap netbook nie, macam ada story yang best je... Haha padahal tak ada story pun, saje je nak mengarut dekat sini untuk minggu nie... Semalam pun online rasa bosan dan sunyi je... game je yang teman aq sampai pukul 1 pagi... Serious, hidup tanpa kawan untuk berborak rasanya dah makin sunyi pulak... Dulu aq tak macam nie, ada kawan ke tak ada kawan ke rasanya sama je... Tapi sejak akhir-akhir nie dah rasa lain la... Sejak ada someone yang aq dah anggap istimewa dalam kehidupan baru aq nie, memang rasa perubahan sangat corak kehidupanku.Walaupun seseorang tu lebih banyak cakap dari aq tapi aq tak kisah sangat sebab aq lebih suka mendengar dari berkata-kata...

Semalam sepatutnya malam tadi aq online dengan penuh gelak tawa dan senyuman tapi semua tu tak menjadi seperti apa yang diharapkan, si dia mungkin kepenatan dan pening kepala dengan masalah tempat Latihan Industri... Lagipun si dia tak boleh cuti untuk 2 minggu pertama so memang hari-hari keje dan penat la kan? Tapi penukaran tempat LI si dia nie bukan la sebab kena kerja teruk tapi sebab kerja yang diberikan tak bersesuaian dengan kos si dia nie... rasa macam tak logik pulak bila dengar si dia cerita... sepatutnya kalau company yang ada nama besar macam tu alert la dengan practical students, management sepatutnya kena la atur kerja yang bersesuaian dengan kos students. Tak kan kos business ke account eh?? bagi kerja jawab telefon dekat kaunter je?? Sia-sia je ambil diploma macam tu... aiii tak patut tak patut... *eh pe hal aq membebel nie haaaa.. haha

Disebabkan si dia penat, so awal la dia tidur, hehe tak ape lah... aq faham, memang penat bila mula-mula start practical nie... Nampaknya minggu nie tak dapat jumpa langsung la, aq cuti sampai ahad nie sebab Cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah... Macam best je kan dengar cuti 3 hari? Sebenarnya tak pun, petang jumaat nie aq dah nak kena balik rumah sewa dah... Sebab pagi sabtu aq ada hal dengan kawan-kawan kelas DEP6C aq untuk pergi ke Lost World Of Tambun pagi sabtu nie... Nak release tensyen puas-puas, lupakan kejap masalah dan tekanan jiwa dengan kawan-kawan... Lagipun lepas nie masing-masing dah busy dan tak lama lagi ramai yang dah nak grad... So susah dah nak enjoy sama-sama dah...



Hope semuanya berjalan dengan lancar dan selamat pergi serta kembali la hendakNya... Semoga ringan kepala nie dapat lepaskan tensyen dekat sana... Macam-macam benda fikir dalam kepala nie, masalah hati, poli, & macam-macam lagi la... Mungkin orang tengok aq nie macam orang yang tak ada masalah je, tenang je perwatakan aq nie tapi pepatah melayu pun ada berkata "air yang tenang jangan disangka tak ada buaya". Setiap orang ada masalah masing-masing kan?? Bergantung pada individu itu nak hadapi macam mana... Bagi aq, seorang manusia yang terbaik adalah orang yang mampu menguruskan masalahnya dengan cara yang sebaik mungkin... Tak semua mampu hadapi masalah kan?? Tapi kita kena sedar dan hakikat untuk setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.... 

Thanks for reading.... insyaallah kalau berkesempatan aq akan online lagi... kalau tak next thursday la aq update story di Lost World of Tambun... 

Sekian!!!!

No comments: