Saturday, March 10, 2012

Terkejut!!!!

Salam,

Perrgghh... Memang pengalaman yang menakutkan la untuk aq hari nie. Rasa macam tak percaya je apa yang mata 4 aq nie tengok petang tadi. Bak kata Mat Salleh  "I saw an accident !!". Mungkin nasib aq hari nie la kot baik sikit, kalau la kereta yang Kak Shah, En. Nizam dengan Wan laju sikit je lagi mungkin exsiden tu pun akan melibatkan kami. Serius pantas je exsiden tu jadi depan mata kami semua. Rasa macam tak percaya je sebab jarak kereta kami semua memang dekat sangat dengan kawasan eksiden dan terjadi depan mata sendiri. Actually masa tu dah pukul 1 lebih la, hari sabtu, macam biasa la aq kena OT. So time tengahari kami semua plan la nak pergi kenduri salah seorang kawan kat kilang tu. On the way, melalui jalan Sungai Korok tu ada la sebuah kereta kancil nak berpatah balik, lepas tu ada kereta proton saga datang dari arah depan bertembung dengan kancil. Kancil tu berpusing dan melintang di tengah jalan. Dari arah kami ada lori dua tan cuba nak mengelak dari rempuh kereta kancil tu terus langgar bonet depan kancil & terus melambung seterusnya terbalik. Serius terkejut time lori tu melambung aq sempat tengok. Rasa macam tengok youtube je... Seram rasanya. Kami semua berhenti kereta di tepi jalan dan terus pergi tengok. Banyak jugak la yang cedera. Paling kesian budak kecik tu, berdarah teruk mulut dia. Mak dia pun berdarah teruk jugak kat dahi. Pemandu kereta kancil tu pun tak boleh keluar sebab kaki dah tersepit. Memang Jam teruk jugak la kat situ tadi. Aq macam biasa la, pantang tengok darah je mula la badan nie rasa lemah dan longlai. Last-last kak Shah ajak aq naik kereta dengan dia & terus balik. Masa nak balik rumah mama aq pun asyik terpikir je eksiden tu. Rasa macam trauma pun ada. Tak pe la, bagus jugak aq rasa takut dan mungkin akan lebih berhati-hati lepas nie.

Moral: Hati-hati di jalan raya. Benda nak jadi bukan kita nak tau. At least beringat sebelum terlambat. Aq dalam trauma sekarang.
Sekian!!!

Sunday, March 4, 2012

BB1M, Practical, & Anniversary

Salam, alhmdulillah blog nie masih lagi sempat di-update walaupun tuan tanah nie amatlah sibuk. Rasa macam nak tidur je seminggu nie. Serius penat giler minggu nie dengan aktiviti practical di kilang. Macam-macam masalah bt0l yang menimpa untuk siapkan harness untuk model Subaru nie. Bengong bt0l engineer diaorang buat benda-benda yang rumit dan menyusahkan macam tu. Biasa la Jepun punya style, nak perfect je. Padahal tak cerdik mana pun. Tak pasal-pasal aq yang practical pun terbabit sama dalam masalah nak siapkan harness tu. Siap kena Overtime lagi sampai malam dan hari sabtu. Kelmarin rasa macam nak baling dengan cutter je dekat kepala pak guard yang mengusik tentang cerita seram kat kilang tu. Memang ramai jugak dengar orang cerita macam tu tapi simpan je la cerita tu. Dah la time magrib, buatnya benda tu betul-betul muncul, tak cukup tanah aq nak lari. Sehari sebelum tu aq dah kena dah tegur dengan benda tu. Masa tu dalam pukul 7.30 malam la. Aq duduk sensorang je dekat dengan board Subaru untuk buka harness yang dah siap sebab nak kena rework balik. Rasa seram tu dah ada dah bila rasa sejuk je, tiba-tiba kipas yang ada dekat aq pusing laju giler n stop menghala kat aq je. Sebelum tu ok je, terus aq blah la. Mintak simpang la nak berkenalan dengan penunggu-penunggu kat situ. Rasa macam nak demam pun ada jugak. Serius terkejut masa tu. Cerita tentang Baucer Buku 1 Malaysia nie pulak, rasanya expired date 31 mac nie. Tapi aq still tak guna lagi sebab adik kesayangan aq nak guna untuk beli buku-buku dia. Lagipun aq pun sibuk dengan practical so memang tak sempat la..Tak ape la, untuk adik tersayang abang tak kisah pun... Beli je ape yang adik perlu untuk study. hehehe kawan-kawan aq ada yang dah jual dengan harga RM160. Lantak la nak jual ke ape, itu hak masing-masing. Terpulang lah. 


Sekadar hiasan. Bukan untuk dijual dengan harga RM160 ye. hehe
4 Mac hari nie mungkin akan jadi hari terindah buat aq dan si 'dia' jika kami masih lagi bersama sebagai 'couple'. Aq masih ingat lagi pada tarikh ini tahun 2009 adalah hari yang terindah buat kami. Tak pernah rasa gembira dan bahagia seperti saat itu. Tapi sekarang tu hanya kenangan silam di zaman persekolahan dulu, hubungan persahabatan sebagai kawan baik adalah yang terbaik buat kami. Tarikh ini adalah tarikh yang akan menjadi kenangan terindah buat aq dalam menjalani kehidupan ini sebagai Samprit Ungu. 
Sekian!!!