Saturday, March 10, 2012

Terkejut!!!!

Salam,

Perrgghh... Memang pengalaman yang menakutkan la untuk aq hari nie. Rasa macam tak percaya je apa yang mata 4 aq nie tengok petang tadi. Bak kata Mat Salleh  "I saw an accident !!". Mungkin nasib aq hari nie la kot baik sikit, kalau la kereta yang Kak Shah, En. Nizam dengan Wan laju sikit je lagi mungkin exsiden tu pun akan melibatkan kami. Serius pantas je exsiden tu jadi depan mata kami semua. Rasa macam tak percaya je sebab jarak kereta kami semua memang dekat sangat dengan kawasan eksiden dan terjadi depan mata sendiri. Actually masa tu dah pukul 1 lebih la, hari sabtu, macam biasa la aq kena OT. So time tengahari kami semua plan la nak pergi kenduri salah seorang kawan kat kilang tu. On the way, melalui jalan Sungai Korok tu ada la sebuah kereta kancil nak berpatah balik, lepas tu ada kereta proton saga datang dari arah depan bertembung dengan kancil. Kancil tu berpusing dan melintang di tengah jalan. Dari arah kami ada lori dua tan cuba nak mengelak dari rempuh kereta kancil tu terus langgar bonet depan kancil & terus melambung seterusnya terbalik. Serius terkejut time lori tu melambung aq sempat tengok. Rasa macam tengok youtube je... Seram rasanya. Kami semua berhenti kereta di tepi jalan dan terus pergi tengok. Banyak jugak la yang cedera. Paling kesian budak kecik tu, berdarah teruk mulut dia. Mak dia pun berdarah teruk jugak kat dahi. Pemandu kereta kancil tu pun tak boleh keluar sebab kaki dah tersepit. Memang Jam teruk jugak la kat situ tadi. Aq macam biasa la, pantang tengok darah je mula la badan nie rasa lemah dan longlai. Last-last kak Shah ajak aq naik kereta dengan dia & terus balik. Masa nak balik rumah mama aq pun asyik terpikir je eksiden tu. Rasa macam trauma pun ada. Tak pe la, bagus jugak aq rasa takut dan mungkin akan lebih berhati-hati lepas nie.

Moral: Hati-hati di jalan raya. Benda nak jadi bukan kita nak tau. At least beringat sebelum terlambat. Aq dalam trauma sekarang.
Sekian!!!
Post a Comment