Wednesday, November 30, 2011

Cinta dalam Terpaksa

Cinta itu kadang-kadang indah sangat, tapi kadanag-kadang datang juga dalam keadaan sedih dan mengecewakan. Cinta boleh dipaksa ke? Boleh ke? Boleh kita paksa seseorang itu untuk mencintai kita sepenuh hatinya? Cinta dalam keadaan terpaksa, memang mustahil la... Sangat-sangat mustahil la sebab perasaan seseorang itu adalah suatu yang tetap dan sukar untuk kita ubah mengikut kehendak kita. Orang yang dipaksa itu juga adalah manusia juga sepeerti kita, cuba kita bayangkan orang yang dipaksa itu adalah diri kita sendiri. Apa yang kita rasa disaat itu? Pasti kecewa, sedih, stress dan tekanan jiwa bukan? Dan kepada orang yang memaksa seseorang itu menerima cinta kita, apakah cinta yang dibalas oleh seseorang itu adalah ikhlas dan setulus hatinya buat kita? Sudah pasti tidak. Kenyataannya Cinta itu adalah keikhlasan yang tidak boleh dipaksa. Tapi kerana cinta dan sayang kita kepada seseorang yang tidak membalas cinta kita itu adalah usaha yang SIA-SIA kerana cinta orang yang terpaksa itu adalah bukan lahir dari keikhlasan hatinya tapi atas dasar Desakan, Simpati, dan mungkin Ugutan dari orang yang mencintainya. Alangkah sedihnya cinta yang lahir dalam keadaan sebegini, sungguh mengecewakan... Mungkin bagi yang mencintai adalah kebahagiaan dan kegembiraan dapat memiliki orang yang dicintai tapi tidak buat orang yg dicintai, itu adalah Seksaan jiwa dan raga seumur hidupnya. Hurmm konklusinya Cinta itu indah jika lahir dari keikhlasan dua hati, sebaliknya seksaan jika cinta lahir atas dasar Kepaksaan. Akhir sebuah cinta itu pasti indah jika kedua-duanya seikhlas hati mencintai antara satu sama lain.




Saturday, November 26, 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz & Adira



Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Hafiz
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Adira
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Adira & Hafiz
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Hafiz
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Comment: Lagu yang sangat menyentuh perasaan.Suka la lagu nie... Mesti movie pn best.



Dugaan.....

Salam,

26 November 2011

Ary nie ary sabtu, cuaca hujan je sejak dari pagi lagi... aq terjaga masa subuh tadi dalam keadaan sakit kepala yang teramat sangat, penyakit migrain datang menyerang lagi... Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu peritnya menanggung kesakitan itu. Rasanya sama seperti pertama kali aq diserang migrain... Aq cuba juga bangun untuk cari panadol dekat dapur tapi sayangnya bekas ubat pun aq xjumpa. Sakit memang sakit la, rasa macam nak rebah ke lantai je. Apa yang aq boleh buat cuma mandi untuk hilangkan sedikit sakit kepala nie... Dugaaan betul bila tinggal sensorang nie... mama aq next week baru balik, ingat nak pegi jugak dekat mama, tapi masalah kat umah sewa xselesai lagi... Nasib-nasib, masalah betul la... lepas satu demi satu masalah datang kat aq, bukan nak pertikaikan cuma meluahkan apa yang dirasakan... Harap cepat la blah migrain nie dari kepala aq, pening bt0lll... huhuhu




Alhamdulillah.... Final dah tamat

Salam, alhamdulillah, syukur segalanya dah tamat... rasa lega sangat-sangat bila final nie dah tamat... suatu kepuasan buat diriku yang dah bermati-matian study. Harap keputusan nanti tidak mengecewakan... aq xpernah rasa setenang ini bila menjawab soalan final, xpernah aq alami rasa sebegini bila masuk ke bilik/dewan peperiksaan berbanding semester-semester yang lepas. Mungkin semua ini adalah berkat bacaan yassin oleh mamaku yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aq. Thanx jgk buat seseorang yang masih prihatin terhadap aq, terima kasih juga atas pemberian air yassin dan kismis tu buat aq. Tentang soalan final aq rasa boleh tahan tahap soalan yang diberikan. Kebanyakan soalan spot oleh lecturer dan kawan-kawan... Mungkin sebab itu juga aq xtertekan sangat sewaktu hendak menjawab... Apa-apa pun sumanya sudah selesai, apa yang boleh buat sekarang nie cuma tawakal je la, usaha keras dah aq berikan... Moga-moga akan mendapat keputusan yg baik. Amin




Tuesday, November 22, 2011

Luahan Hati Samprit Ungu

Salam, ntah kenapa tetiba je aq rasa nak tulis kt sini, mungkin aq pt0t luahkan kt sini je coz xde spe yg nak dgr pn masalah aq nie. Sekarang aq bet0l-betol rasa stress tahap gaban punya. Aq tau la aq nie xde la baik, tp xkan suma benda nak nampak aq nie jahat k0wt. Penat r dgn masalah yg xsudah-sudah. Nie la masalah bila break couple, sejujurnya hati aq da memang kosong. Insan yg bergelar perempuan hanya sekadar kawan/sahabat. Xlebeyh dari itu. Aq cuma harap dia paham keadaaan aq sekarang nie. Perasaan xboleh dipaksa kn?? aq pn xnak terima sesorang atas dasar terpaksa coz kesannya akan jadi lebih buruk dan sesuatu yang sia-sia. Mencintai seseorang itu mudah, tapi memaksa seseorang untuk mencintai diri kita adalah sesuatu yg mustahil. Mungkin org yg rasa dirinya dipaksa itu boleh menerimanya, tapi bukan atas dasar cinta tapi atas dasar simpati dan terpaksa. Bukan cinta sebegitu yang diharapkan di dunia nie... Jika ingin diri dicintai setulusnya, biarlah cinta itu hadir dengan sendiri. Pada diri aq nie, tiada lg makna cinta dalam kamus hati ini buat masa ini, aq cuma ingin tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran... aq lelaki, aq perlu ada arah dan tujuan hidup aq dulu, aq perlu berjaya dalam pelajaran dan mendapat kerja dulu, semua itu penting untuk masa depan yg terbaik buat aq. Buat si dia yg pernah hadir dalam hidup aq, terima kasih atas segalanya, tolong terima keputusan muktamad saya, fokus terhadap pelajaran, capai cita-cita awk untuk study di Universiti, maafkan saya atas segala salah silap kt awk sepanjang perkenalan kita. Teruskan hidup untuk jadi lebih baik tanpa kehadiran saya. Rasanya elok sy diam coz macam yg pernah awk katakan, sy xpandai merhargai orang... Sekadar meluahkan tekanan hidup. Daaaaaaa




Minggu Exam

Salam, lama xupdate belog nie, nak wat cmna, bz ngan study, final exam, urusan LI, n macam-macam lagi masalah yg melanda diri aq nie... pening+migrain pn menjadi-jadi la... so exam final da tiba, td paper math da pn aq lalui, alhamdulillah, credit to my friend coz share soalan spot yg lbeyh kurang sama je bentuk soalan final td... tengs bro... lega t0l bla da lps paper tu, tp untuk seketika je la coz rabu nie(23/11/11) paper Telephony dan Communucation System Fundamental lak menjelma dan diteruskan dgn Electronic Circuit pada hari khamis.... risau t0l paper yg merbahaya buat aq... insyaallah, harap dapat jawab dengan baik la nanti.. doakan aq k... mood skrg terumbang-ambing je... xtau la napa. banyak k0t dugaan yg datang. xpe la... sabar n diam je la hadapi semua nie...




Friday, November 11, 2011

Aq STRESS!!! HAAAAA

Salam, aq stress gler dh skrg nie haa.... xpernah lagi la rasa tensyen tahap gaban nie... dengan masalah LI kt poly lagi, masalah final yang da tinggal beberapa ary je lg, masalah si dia lg, dengan demam n migrain yang da semakin teruk nie. Argghh rasa cm nak Mati je.... Letih aq dengan semua nie, aq da letih sangat-sangat, penat aq nak layan perasaaan orang lain je. Aq pun da la macam-macam masalah nak kena pikir. huh sekarang aq nak diam je, xnak pikir ape dh.... aq penat, penat dah... ape yang nak jadi lps nie aq da xnak pkir dh... FULLSTOP. BLahhh....





Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Korban

Salam, alhamdulillah raya korban tahun nie aq masih berpeluang menyambutnya. Hari raya korban tidaklah semeriah hari raya puasa, namun suasana masyarakat yang menyambutnya tetap sama contohnya sewaktu membeli belah pada sebelum tibanya hari raya korban. Pg td, semayang raya, aq xpg coz ase malas je dan lagi pun memang da agak dh mesti ramai la... So lepas mama, abah dan abg ipar aq blk dari masjid, macam biasa la kemestian family aq, bermaaf-maafan sebelum sarapan bersama. So lepas bersarapan terus balik kampung ziarah kubur arwah tok wan sebelah mama, tok sebelah abah, mak ngah sebelah abah, dan pak cik sebelah mama... Bila melangkah ke kubur td rasa sayu je, ntah macam mana la keadaan aq nanti bila aq meninggal nanti?? ada ke orang nak tolong baca yassin kat aq?? ade ke orang yang nak sedekahkan al-fatihah kat aq?? Sememangnya aq adalah manusia yang banyak melakukan dosa, maafkan aq atas semua salah dan silap aq. Kadang-kadang selalu aq terbayangkan saat-saat kematian aq. Rasa macam da dekat sangat. Kalau la saat itu tiba, ntah macam mana keadaan aq disaat itu. Hmmm Kematian itu adalah pasti dan tidak ada sesuatu pun yang mampu menolaknya. Seriously memang hati ini xmenggambarkan suasana gembira dan ceria coz banyak masalah yang menghantui fikiran nie... xtau la nak kata ape lg... Cukup la dulu untuk senja ini.. Daaaaa




Friday, November 4, 2011

Final oh Final

Salam, hurmm minggu yang sangat memenatkan dan penuh dengan tekanan... banyak sungguh dugaan yang datang menimpa diri ini... mungkin ini adalah ujian buat diri ini... apa yang mampu dilakukan hanya berdoa memohon kekuatan untuk menepuhi dugaan hari-hari yang mendatang. Back to da title, tentang final... Secara jujurnya, memang aq langsung xready untuk final kali nie coz banyak sangat masalah peribadi dan study... most yang bagi effect sangat-sangat of course la masalah peribadi. tapi alhamdulillah ada yang dah selesai dan aq bersyukur sangat-sangat. Rasa macam dapat sedikit kekuatan untuk kembali berjuang untuk final exam nie. Thanx buat yang berkenaan... Subjek-subjek yang aq ambil untuk semester kali nie pun ada yang da tamat... contohnya kelmarin la, last presentation of English Communicative. Rasa lega sangat bila dapat selesaikan role play yang terakhir dan aq rasa suatu kenangan yang indah la coz subjek tu la yang wat aq rasa seronok sekali. Markah untuk penilaian berterusan(PB) pun ada yang da dpt, alhamdulillah xbegitu mengecewakan dan memberi aq sedikit semangat untuk bertarung di final nanti. Tentang latihan industri(LI), akak aq ada gtau yang aq dapat buat LI kat tempat keje dia... harap-harap dapat la dan aq pun kena ready la dengan surat pembatalan salah satu tempat LI, arghh malasnya. Jadi banyak kerja plak bila apply dua tempat LI nie. Apa-apa pun nie semua untuk masa depan aq. So kena la berkorban sedikit, tentang LI aq cuma risau tentang persembahan untuk pembentangan pada bos je. itu la yang aq selalu pikirkan dalam fikiran nie. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk diri ini dan mempermudahkan segala urusan pejalanan hidup ini.Amin. Rasanya cukup la aq coretkan untuk kali ini.. daaaaaaaa