Friday, November 30, 2012

Suami Aku Ustaz-Review

Salam,

30 November 2012




Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menaip disini dengan izinNya... Hari jumaat nie memang membosankan la sebab tak banyak aktiviti yang aq nak buat kecuali makan dan tidur je time cuti semester nie... So rasanya macam nak review la Novel yang aq dah habis baca sebelum final exam, cuma tak sempat nak update kat sini... Suami Aku Ustaz karya Hannah Dhaniyah... Jom tengok sinopsis dulu...

Sinopsis:

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Credit to Novel Pilihan


Bagi aq, watak Alisa dalam novel nie memang terbaik la.. Seorang perempuan yang kahwin dalam usia yang muda dan dapat pulak suami seorang ustaz sedangkan si Alisa nie seorang yang boleh dikatakan kasar perwatakan... Dalam novel nie jugak ada banyak la pengajaran yang boleh kita ambil dan amalkan... Konsep dalam novel nie banyak membawa kepada keagamaan, ada jugak unsur romantis dan lucu... Untuk sesiapa yang belum baca novel nie, silalah baca, anda pasti tidak akan kecewa... 

Hari nie aq ada terbaca di facebook(petikan tweeter Adi Putra) yang Novel Suami Aku Ustaz nie akan difilemkan... Hehe dah macam Ombak Rindu je... Hope best macam dalam novel jugak la...


Sumber dari Facebook
Setakat itu saja review untuk kali nie... Thanks for reading... 
p/s: Best jugak berangan ikut watak dalam novel nie.. hahaha

Sekian!!!!!




Wednesday, November 28, 2012

Lucky Draw Blog Cik Rongoks

Salam,

28 November 2012

Hari nie aq nak story sikit tentang lucky draw yang aq ada join di blog Cik Rongoks nie.. Hehe blog Cik Rongoks nie diantara Top 5 la dalam senarai blogwalking aq... Tapi untuk peraduan kali nie aq agak terlewat la sebab dalam minggu study week untuk final exam, so masa untuk online dekat facebook dan blog memang tersangat terhad la.... 



Hehe antara hadiah yang akan diberikan... aq suka dengan penanda buku tu... :)

Setelah senarai pemenang diumumkan aq dengan teliti satu per satu senarai nama-nama blog yang diletakkan.. Hehe seperti yang dijangkakan, HAMPA... Nak buat macam mana hanya 40 blog terpilih sahaja yang dapat... Aq orang yang ke-75??, memang jauh sekali la untuk dapat... hehe


Senarai 40 blog yang terpilih... Tahniah... :)

Hehe tak apa la, mungkin tak ada rezeki untuk kali nie agaknya... Tiba-tiba ada chat di facebook dari kak Ika( pemilik blog Kesah Cik Rongoks


Facebook Conversation...

Hehe apa-apa pun terima kasih kak Ika sebab sudi pilih blog kecik nie sebagai salah satu pemenang untuk kali nie... Sekarang tunggu posmen sampai rumah je la... hahaha bosan sungguh cuti semester nie... 


Nombor 75 tuuu... rasa macam orang terakhir ja.. hehe

Setakat itu sahaja untuk kali nie... Ringkas tanpa banyak celoteh, still in unstable mood... Just smile.. :) Thanks for reading... 

Sekian.....


Monday, November 26, 2012

Passport?? Dan Luahan tanpa Hati...

Salam,

26 November 2012

Hari nie mood rasanya macam cuaca je.. Mendung dan hujan je dekat sini... Nak kata happy rasanya tak kot, mungkin rasa pening memikirkan masalah yang mendatang... Macam-macam yang bermain difikiran, meskipun tak berkaitan dengan aq pun masalah nie.... Risau, bimbang dan macam-macam lagi aq fikirkan tentang seseorang nie... Semoga dia dapat selesaikan masalah dia dengan sebaik mungkin... Mungkin rasa tak sedap hati dan perubahan aq 2 minggu lalu adalah suatu petunjuk kepada suatu masalah besar yang akan menimpa jika aq masih ingin berterusan ke arah itu... Mulakan hidup baru adalah terbaik dengan perubahan yang sedang aq jalani... Masih belum terlambat untuk berubah... Semoga masa silam tidak akan menarik aq ke arah suatu yang akan memusnahkan masa depanku dan masalah itu dapat diselesaikan segera.... Aq cuma ingin bersendirian masa kini... 




Hari ini jugak dah selesai proses membuat passport untuk aq, mama, abah dan adik... Dekat 3 jam jugak la kitaorang menunggu dekat pejabat Imigresen Alor Setar tu... Kebanyakan orang datang untuk buat border pass je yang ramai... ada la 1 group pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik nie yang datang buat passport untuk pergi ke umrah.. Proses nak buat passport nie buat aq bengang la jugak sebab lama nak menunggu... dah isi borang  ambil no giliran  tunggu no giliran dipanggil→ cap jari  tunggu pulak  kena panggil lagi bayar  tunggu lagi 50 minit  ambil no sekali lagi  tandatangan dan passport siap... Tu pun nasib la dah bawak gambar siap-siap, kalau tak mau 2 jam lagi nak beratur dan ambil gambar kat situ... so untuk yang nak buat passport better prepare benda-benda nie siap-siap sebelum pergi sana:

-Dua keping gambar berukuran passport
-Dua keping salinan photostate IC
-Surat beranak original(yang berumur bawah 18 tahun)

Tak tau nak tulis ape dah... kepala pun pening dengan demam nie... Serabut pun ada jugak memikirkan dia tu... Setiap yang jadi tu ada hikmahnya, memang la kita tak rasa apa yang orang lain rasa tapi kita cuba faham apa yang orang lain rasa tu supaya dapat rasa apa yang orang tu rasa... Mungkin kita tak dapat tolong tapi cukup la sekadar mendengar dan berkongsi rasa... Bila kita ada masalah, jangan kita bebankan orang lain dengan masalah yang kita hadapi tapi berkongsilah untuk ringankan beban bukan tekanan kepada diri sendiri dan orang lain... Maaf andai tersalah... Sekadar menulis apa yang dirasa... Semoga ada jalan yang terbaik... Cukuplah setakat ini coretan kosong tanpa hati nie... thanks for reading....

Sekian.....

Thursday, November 22, 2012

Coretan dan Ulasan... Stanza Cinta


Salam,

22 November 2012

Saat ini diriku ini masih lagi dalam pertarungan dalam menjalani peperiksaan akhir yang merupakan suatu titik tolak untuk penentu masa depanku, hari nie 22 November 2012, dengan izinNya aq telah melepasi salah satu paper yang cukup susah buat aq... Aq dah cuba menjawab dengan sebaik mungkin dan setakat yang aq termampu, yang selebihnya hanya mampu berserah padaNya yang berkuasa untuk menentukan yang terbaik buat aq... Amin.. Mudah-mudahan keputusan akhir ini dapat membuatkan senyum ini akan terus terukir dan meneruskan sisa-sisa akhir perjuangan di semester terakhir di Politeknik ini... Esok merupakan hari terakhir untuk aq menghadapi peperiksaan untuk semester ini, perasaan ingin menikmati cuti semester semakin melonjak-lonjak dalam hati ini. Tak sabar untuk aq menantikan detik dan saat yang pasti yang akan membuatkan semua rakan-rakanku yang lain melonjak keriangan setelah menamatkan perjuangan yang terakhir di tahun ini... 

Stanza Cinta... 



Rasanya ingin aq kongsikan disini tentang apa yang aq rasakan disaat ini... Macam-macam perasaan yang bercampur baur dalam diri ini... Tak tahu macam mana aq nak luahkan... Rasanya mungkin ramai orang yang dah layan cerita Stanza Cinta di slot Zehra di TV3 pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Kat sini aq nak buat ulasan sikit la tentang cerita yang bagi aq antara cerita yang terbaik lah dan patut semua orang tengok... Banyak pengajaran yang diselitkan dalam cerita nie... Mesti ada orang akan cakap best la sebab Aaron Aziz berlakon. Sebenarnya bukannya sebab pelakon sangat yang membuatkan aq tertarik untuk layan cerita nie.. tapi jalan cerita dan pengajaran yang cukup menarik untuk kita ambil dan jadikan contoh untuk kehidupan ini.... Semua watak dalam cerita nie memang berjaya mainkan watak masing-masing dalam menghidupkan jalan cerita yang cukup menarik... 

Aq cukup tertarik dengan watak Irfan(Aaron Aziz) yang membawa watak seorang anak orang kaya yang pada mulanya ingin belajar tentang agama untuk berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Amni Sofea. Tapi akhirnya dia mendapat hidayah dan mendekati agama kerana Allah. Watak Irfan nie cukup indah jika ada yang mampu menjadi sepertinya... Seorang yang sabar menantikan seseorang walau lamarannya ditolak... Dengan kesabaran serta doa pasti ada hikmahnya... Dia akhirnya hampir berkahwin dengan Amni Sofia apabila lamarannya untuk kali kedua diterima kerana Allah telah membukakan hati Amni untuk menerima Irfan... Suatu ungkapan yang cukup menarik bagi aq, "kita janganlah mencari kesempurnaan seseorang untuk melengkapi kekurangan diri kita, sebaliknya menerima kekurangannya untuk kita lengkapkan". Watak Irfan ini jugak berakhir dengan kematian akibat menghidap penyakit disaat hari pernikahannya dengan Amni. 

Watak Amni Sofea sememangnya adalah wanita idaman setiap kaum Adam di muka bumi nie... Dia kelihatan cukup sempurna dengan agamanya, imannya, kecantikannya, kesabarannya, sifat lemah lembut dan ketegasannya dalam menegakkan keadilan. Dia sememangnya seorang yang sempurna di mata seorang lelaki... Dia jugak mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Contoh dia dapat mengubah Irfan sekeluarga untuk lebih dekat dengan agama, rakan sebiliknya Auni berubah untuk mengubah sikap tomboy kepada wanita yang bertudung dan Cik Ainon yang sedar dengan segala kesalahan dan dosa-dosanya... Indahnya jika kita yang menjadi titik permulaan untuk orang lain membawa kebaikan... Cukuplah dengan dua watak yang aq coretkan disini.... Sememangnya drama 13 episod nie ada pengajaran yang dapat kita ambil dan tambah dalam kehidupan seharian kita... Bagi aq rasa lain sangat bila dah layan cerita nie... Best sangat-sangat.... Setakat itu saja coretan untuk kali ini... sekadar mengisi ruang kekosongan di petang ini sebelum dilanda kesibukan pada sebelah malam nanti dengan nota-nota untuk paper exam yang terakhir... Thanks for reading....

Sekian....

Tuesday, November 20, 2012

Celoteh Kebosanan...


Salam,

19 November 2012

Hari nie hari yang tenang dan santai je untuk hidup aq, lega sebab tak ada apa-apa paper untuk final exam, so pagi nie tidur pun lebih la sikit, bangun je dari tidur ada sms dari kawan dari kelantan, lama tak mesej dia sejak aq start final exam nie... Bila sms dengan dia baru aq perasan sesuatu persamaan antara dia dengan seorang lagi kawan aq. Always talk about the same thing. Maksud aq, perkara yang sama mesti akan diulang, ke semua perempuan macam tu ek??

 Kadang-kadang tu ok la, tapi ada sesetengah perkara tu mungkin buatkan aq atau orang lain akan reply "owh ye ke? ok la". hahaha mesej pendek-pendek macam tu la buatkan lelaki akan merasa bosan bila sms dengan perempuan... tapi nak tegur direct nanti jadi tak best pulak... Rindu pulak aq nak reka situasi di facebook tu, rasa macam lama je tak cipta dialog antara Girlfriend & Boyfriend tu. Biasa la, dekat facebook tu aq nie bukan suka sangat chat. So kalau nak nampak aq online facebook chat tu memang tak la kecuali orang-orang tertentu je.... Bukan apa, kadang-kadang yang baru add tu mesti macam kat situasi kat bawah nie, 

Samprit Ungu: thanks for add... :)
Orang baru add: welcome... nama sape??
Samprit Ungu: Samprit Ungu... awk plak?
Orang baru add: Nama saya Ain(contoh la..tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia).. Pelik la nama awak... kenapa pilih nama tu??
Samprit Ungu: sebab nama tu seseorang yang special bagi kat saya...
Orang baru add: Hurmm awek ek?? hehehe
Samprit Ungu: tak la... kawan myspace saya... hehe
Orang baru add: asal mana?? umur berapa??(soalan yang macam bodoh tapi tak bodoh sangat). Dah add tu, buat la semakan di wall aq, kat situ, umur ada, asal mana ada, tarikh lahir ada, makanan kegemaran ada, nak tau jantina pun ada.. Kesian pencipta facebook buat semua tu tapi orang lebih suka bertanya sendiri dari menggunakan fungsi facebook yang sedia ada)...

Kalau dah start soalan macam tu aq OFF je chat pastu update status... "ada kerja nak buat... offline... mood: sorry smua.." hahaha malas nak buang masa lama-lama dekat facebook tu. Bukan nak budget Hot Stuff.. tapi mungkin kita boleh guna masa untuk sesuatu yg lebih baik kan?? Lagi best aq blogwalking dekat blog-blog orang lain... Aq nie jenis tak kisah, blog sape pun aq follow, tambah-tambah yang suka buat online diari macam aq nie.... best dapat luahkan apa yang kita rasa kat sini... Nanti mungkin dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang kita mesti rindukan kenangan-kenangan lama kita... So dekat blog nie aq nak warnakan setiap kisah kehidupan aq yang mungkin akan jadi sejarah untuk generasi aq yang akan datang... kot-kot la nanti bila dah tua ada cucu nanti, cucu nak tanya macam nie,

Cucu: Tok wan, tok wan nie asal mana?? sekolah kat mana?? kerja kat mana dulu??
Samprit Ungu: Hang tak ada facebook ka?? Nak tau add & subscribe fb tok wan.. jangan lupa follow blog tok wan sekali.. baca kat situ.. malaih tok wan nak ceqita panjang lebaq... hehehe

Hahaha jauh tak aq punya imagenasi?? sampai ke cucu tu... tak ada kerja betul. Biasa la orang pendiam nie kadang-kadang dia ada cara yang tersendiri untuk menghiburkan hati sendiri untuk mengisi kekosongan yang ada dalam dirinya.. So kalau ada kawan-kawan yang jenis pendiam tapi tiba-tiba dia senyum sorang-sorang tu jangan kata dia gila pulak... Dia sedang berhibur tu... Bunyi macam gila tapi aq macam tu la jugak kadang-kadang, tapi dalam bilik je la. Kat luar kalau buat sah orang cakap "hang nie demam ka".. hehe tak sabar nak tunggu jumaat nie untuk merdeka seketika dari segalanya tentang STUDY... rasa penat sangat otak nie dengan segala yang berkaitan dengan study... Lepas je pukul 10.30 pagi jumaat, selamat tinggal seketika wahai buku, assignment, test, final exam, quiz, lecturer, dan politeknik. Cukup la untuk kali nie.. Thanks for reading....

Sekian....

Final Exam & Ayong...



Salam,

18 November 2012

Alahai, lamanya jari-jemari ini sepi tanpa coretan di blog nie... Maklumlah, tuan pemilik nie tersangat la busy dengan aktiviti seharian di rumah bonda disamping sedang gigih dan tekun study untuk menghadapi final exam yang sedang dihadapi pada minggu yang teramat penting nie.. Alhamdulillah, kelmarin 18 November 2012, selesai dua paper untuk subjek Circuit Analysis dan Engineering Mathematics 3. Soalan math tu tak la susah sangat tapi banyak yang aq blank je, padahal memang dah study dah untuk bab tu... 2-3 minit terakhir baru la terbuka fikiran nie nak jawab, mana nak sempat dah... Tension jugak bila jadi macam tu, rasa rugi sangat-sangat... tapi benda dah lepas so tawakal dan berdoa yang terbaik je la... 

Dalam minggu study week nie jugak ada la aq dengar plan family tentang my future, bagi aq memang yang terbaik jugak la kalau aq kerja dulu before sambung degree... Bukan apa, untuk jangka masa panjang aq dah boleh nampak my future dalam 10 tahun akan datang... hehehe bukan kahwin la yang aq maksudkan taw.. Tak terlintas lagi nak ke arah tu, 20 years old is too young for that. Still study & still have nothing, job, house, car so to talk about KAHWIN, TUNANG dan sewaktu dengannya boleh berangan-angan je la... 

Tutup buku tentang tu... Malas nak cakap & dengar pun... So dekat seminggu jugak la aq tinggal sensorang kat dalam rumah mama masa study week minggu lepas... Mama & adik beradik yang lain semua pergi holiday kat Terangganu, untung la diaorang... Aq pulak menganga je mengadap facebook 24 jam... Nak buat macam mana, disebabkan 1 hari je kena korbankan untuk second presentation final project. Bengang sungguh, sabar je la banyak-banyak... Tapi best jugak la aq dapat satu group dengan budak-budak cina yang sentiasa tenang dan cool je walaupun dah kena marah+bleter masa presentation tu... Apa-apa pun bab project dah selesai kejap sebelum final exam, so boleh la fokus untuk paper final... 

19 November 2012

Hari nie ada satu paper je untuk final pukul 2.30 petang tadi... Alhamdulillah, rasa puas jawab tadi sebab macam otak nie dah perah cukup-cukup apa yang tersimpan, dan dan terima kasih jugak untuk seorang kawan yang sms tentang soalan spot yang keseluruhannya masuk... tak la penat sangat nak study  sampai 7 bab tentang Intergrated Circuit (IC). Bila pikir balik time study semua orang tak nak dekat sangat dengan aq kat rumah sewa nie, tambah-tambah time subjek teori yang memerlukan teknik menghafal, hehe mana nak dekat kalau aq buka lagu dekat speaker nie bising yang amat, nak buat macam mana, rasa selesa plak study macam tu... Pedulikan la, yang penting aq dapat yang aq nak... 

Lepas exam tadi, perut nie dah start konsert mega rock la, mana tak bunyi, aq breakfast je pagi tadi tapi lunch tak ambik sebab kat tangan nie pegang nota je sampai pukul 1.20 petang tadi. So lepas habis je exam, nasi goreng je la yang aq cari. Masa beli nasi goreng tu ada dua orang awek tengok semacam je, heran jugak, aq rasa tak ada buat salah apa pun... Bila pesanan nasi goreng aq dah siap lagi lama diaorang tengok, ala beli nasi goreng 2 bungkus pun pelik ke? Ingat aq kuat makan kot?? Biasa la, kira lunch+dinner sekali la tu. Aktiviti malam nie pulak tak ada apa sangat la yang aq buat, esok pagi baru nak study.... Nak study pun tak boleh sangat, petang tadi aq telelap kekenyangan... hahaha tak senonoh sungguh.. Penat sangat la sampai tak sedar telelap depan laptop sambil layan drama Bukan Bidadari... Best jugak cerita tu 13 episod je... 

Malam nie buatkan aq tersenyum dan gelak sorang-sorang dalam bilik, lama aq tunggu sms dari adik aq yang sorang nie, akhirnya malam nie pukul 11.08 minit dia sms jugak... Bukan aq tak nak sms dia tapi sifat segan nak sms perempuan nie memang tak boleh buang la.. "kalau adik baca kat blog nie, bukan abang sombong tau, segan ja", hahaha.... ada la sepatah dua nasihat aq kirimkan kat dia, bukan apa, kadang-kadang bila ada msalah kita tak tau nak luahkan kat sapa kan?? so cari la orang yang kita rasa dia boleh dengar luahan hati kita sebab mungkin orang tu tak boleh pun tolong selesaikan masalah kita tu, at least, kita tak terasa beban sangat pendam masalah seorang diri.... Bila ayong sms nie terasa nak balik rumah & buka balik kotak rahsia yang aq simpan semua surat-surat tulisan ayong masa zaman sekolah nie... Sweet memory tu. Cukup la coretan untuk kali nie... Insyaallah akan di-update dengan lebih kerap lagi lepas nie... Doakan yang terbaik untuk paper final yang akan dihadapi sehingga Jumaat nie... Thanks for reading... 

Sekian..

Wednesday, November 7, 2012

Presentation Projek Semester 5... Terbaek...


Salam,

Minggu nie aq sememangnya penuh dengan aktiviti aq dekat poli... Presentation projek semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Hehe memang terbaik la masa hari presentation tu... Untuk presentation kelas aq, kami dibahagikan mengikut pensyarah masing-masing, maksudnya... pensyarah yang menjadi supervisor untuk group aq akan menilai students dari group lagi satu... so dengan tidak bernasib baiknya para pensyarah yang menilai group aq adalah semua dalam kategori kumpulan maut la... hehehe yang pertama Pn Nurul Huda iaitu Ketua Jabatan Elektrik, yang kedua Pn Sharita iaitu Ketua Kursus/Program dan yang terakhir dan tak kurang hebatnya Pn Shaliza iaitu pensyarah yang terkenal dengan soalan-soalan yang dasyat dan ayat-ayat power dia... memang dasyat dan digeruni la... 

hehehe so dimulakan la presentation pagi tu dengan kumpulan pertama iaitu group budak india... mulanya keadaan nampak ok dan tenang je bila cuma ada Pn Sharita je.. Beberapa minit kemudian Pn Shaliza masuk dan bermulalah episod yang Kebabomm... bila dah pertengahan diaorang present je dah kena soal dengan macam-macam soalan... Fuh dekat 1 jam jugak la diaorang kena... Mangsa seterusnya ialah group kedua iaitu Pijakpong dan Kamila... yang nie boleh tahan jugak kena dengan pensyarah... hampir 1 jam jugak... hehe dan tibalah waktu yang dinantikan... group aq akan membentangkan projek kami... Phun Chan Chuan memulakan introduction dengan memperkenalkan projek dan skop serta objektif projek. Tak sampai 5 minit group kitaorang dah kena tembak... "Projek korang nie tak relevan dan tak masuk akal... Projek korang nie boleh buat baby tu buta tau tak? korang dah pernah cuba ke belum? kalau belum korang try dulu."  

Adoi 1 kelas gelak kat kitaorang... Sabar je la... aq punya la tahan gelak time dia cakap macam tu sebab nie bukan idea aq... Tak abes lagi setakat tu... Seow Khai Xiang pulak meneruskan presentation dengan menerangkan tentang litar... Aq tak perasan yang Seow masukkan litar yang lama dalam slide tu, memang point untuk pensyarah tu hentam kitaorang la... Lepas dah dua orang so tibalah giliran aq pulakyang mendapat habuan... Aq baru je nak bersuara nak terang tentang masalah projek, pensyarah dah start cakap macam-macam... ayat last aq senang je.. "ok puan setakat tu saja" hehehe
Memang penat sungguh hari tu, tak larat nak buat ape bila minda kena basuh teruk hari tu... Ku sangkakan panas hinggakan kepetang, rupanya tsunami yang datang pula" hahaha rosak peribahasa aq tu... Ingatkan dah selesai presentation tapi akan bersambung lagi pada hari isnin minggu depan... aii nie yang berita tak menggembirakan hati semua kawan sekelasku terutama yang group presentation sekali dengan group aq... So banyak la kerja yang nak kena buat minggu nie... Litar, final proposal dan macam-macam lagi nak kena selesaikan...

Hurmm malas aq nak serabutkan kepala nie lagi. Relax dan santai dulu dengan blog dan layan cerita Adam & Hawa... Ulasan novel pun tak sempat lagi nak update kat sini... Insyaallah akan di-update bila berkesempatan... Thanks for reading...


Sekian!!!

Saturday, November 3, 2012

Coretan Khamis & Kasut...


Salam,

hehe alhamdulillah masih lagi berkesempatan meluahkan kisah kehidupanku... Minggu nie serius agak penat jugak la perjalanan hidupku... Isnin, rasa gemuruh dan takut jugak sebab hari tu ada interview presentation untuk subjek Communicative English... Bab-bab present nie la yang aq tak berapa nak berkenan nie sebab nie kelemahan diri yang paling ketara sekali untuk diri aq... masalah gugup tak selesai lagi walau dah macam-macam cara dah aq buat... Tapi nasib baik la group presentation aq ada seorang tak dapat hadir so Madam Salwani suruh postpone la hari khamis baru present...

Selasa, hari nie kelas kebanyakan batal, so aktiviti aq time petang tu tidur je la sebelum nak sibuk pada sebelah malam bersama dua orang kawan sekumpulan untuk subjek computer network.. Biasa la 1 kumpulan dengan  dua kawan perempuan tak kan nak ajak datang rumah pulak kan nak wat discussion so kena la jumpa dekat luar je... So bermula la perbincangan kitaorang dengan aq dan kawan yg pertama buat mini projek dan lagi sorang buat lab report... adoi, kalau keluar bertiga je, mesti tak sah lau xgelak... ada ja lawak antara kami bertiga... kucing pun boleh je jadi topik..so bincang punya bincang sampai la dekat pukul 11 malam... dah selesai kerja je, dua orang awek tu hantar aq balik rumah... selalu lelaki yang akan jemput perempuan lau nak keluar, tapi kes aq nie terbalik sikit... hehehe

Rabu, hahaha hari yang cukup down semangat aq... lepas kelas math la... dapat kertas untuk second test... markah rendah sangat-sangat... careless sangat... serius hari tu rasa macam nak nangis pun ada... tension k0wt sebab da study untuk topik tu tapi tak dapat markah yang tak cun pulak... tapi tak pe, masih ada peluang untuk repair markah for da last test...

Khamis, hari yang lengkap dengan musibah la.. hahaha start dari pagi. Aq dah terlewat pergi kelas IC Fabrication pagi tu, masa tengah jalan tu tapak kasut seblah kiri tercabut.. nasib baik dah lewat time tu so tak ada orang nampak sangat.. dalam kelas 1 masalah lagi, kena present lak, slide pulak aq tak buat lagi... tapi nasib la masa tak cukup so postpone minggu depan. Habis je kelas IC ada kelas Embded pulak... Nie pun ada masalah jugak kena design mini project untuk program... Susah jugak... Tapi semua kirisauan aq adalah pada jam 1 petang la sebab time tu nak kena buat BI interview presentation... Bukan tak ready tapi masalah Nervous tu tak hilang-hilang lagi... 

So jam dah pukul 1 maka bermula la episod musibah yang seterusnya... masa interview session tu kawan aq wawa, seow dan pijakpong dah start tanya soalan.. aq blank terus... padahal aq dah hafal semua jawapan untuk soalan tu.. Serius lawak kalau ada orang lain tengok time tu... aq terkelu terus lidah nie.. langsung tak terluah perkataan dari bibir nie... hehe ingatkan aq sorang je, habis 1 group aq kena jangkitan blank & blur aq nie... adoi, tak larat nak gelak kami berempat lepas habis interview tu... antara semua part aq yang paling lawak sebab diaorang ulang soalan tu banyak kali.. tapi aq Hank terus... memang Fail sungguh hari tu... 

So lepas habis BI Interview aq dan seow nak kena jumpa lec projek dekat unit exam, time lalu kat cafe aq dah rasa lain macam dah tapi tak pe, relax je jalan. Lepas lalu cafe je, nah sebelah lagi tapak kasut tercabut... adoi Tuhan je yang tau macam mana aq rasa time tu, rasa nak berguling-guling ja gelak kat situ... masa tu dah pukul 1.45 petang so tak ada orang jugak kat situ.. so tak la malu sangat, ape la nasib aq hari tu... Balik rumah sewa petang tu pun dok gelak lagi sorang-sorang dalam bilik bla dipkirkan balik... Hehehe tapi bagi aq semua tu suatu memori indah yang akan aq kenangkan sampai bila... Aq coretkan kat sini sebagai suatu tanda yang abadi... Thanks for reading...

Sekian....