Thursday, November 22, 2012

Coretan dan Ulasan... Stanza Cinta


Salam,

22 November 2012

Saat ini diriku ini masih lagi dalam pertarungan dalam menjalani peperiksaan akhir yang merupakan suatu titik tolak untuk penentu masa depanku, hari nie 22 November 2012, dengan izinNya aq telah melepasi salah satu paper yang cukup susah buat aq... Aq dah cuba menjawab dengan sebaik mungkin dan setakat yang aq termampu, yang selebihnya hanya mampu berserah padaNya yang berkuasa untuk menentukan yang terbaik buat aq... Amin.. Mudah-mudahan keputusan akhir ini dapat membuatkan senyum ini akan terus terukir dan meneruskan sisa-sisa akhir perjuangan di semester terakhir di Politeknik ini... Esok merupakan hari terakhir untuk aq menghadapi peperiksaan untuk semester ini, perasaan ingin menikmati cuti semester semakin melonjak-lonjak dalam hati ini. Tak sabar untuk aq menantikan detik dan saat yang pasti yang akan membuatkan semua rakan-rakanku yang lain melonjak keriangan setelah menamatkan perjuangan yang terakhir di tahun ini... 

Stanza Cinta... 



Rasanya ingin aq kongsikan disini tentang apa yang aq rasakan disaat ini... Macam-macam perasaan yang bercampur baur dalam diri ini... Tak tahu macam mana aq nak luahkan... Rasanya mungkin ramai orang yang dah layan cerita Stanza Cinta di slot Zehra di TV3 pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Kat sini aq nak buat ulasan sikit la tentang cerita yang bagi aq antara cerita yang terbaik lah dan patut semua orang tengok... Banyak pengajaran yang diselitkan dalam cerita nie... Mesti ada orang akan cakap best la sebab Aaron Aziz berlakon. Sebenarnya bukannya sebab pelakon sangat yang membuatkan aq tertarik untuk layan cerita nie.. tapi jalan cerita dan pengajaran yang cukup menarik untuk kita ambil dan jadikan contoh untuk kehidupan ini.... Semua watak dalam cerita nie memang berjaya mainkan watak masing-masing dalam menghidupkan jalan cerita yang cukup menarik... 

Aq cukup tertarik dengan watak Irfan(Aaron Aziz) yang membawa watak seorang anak orang kaya yang pada mulanya ingin belajar tentang agama untuk berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Amni Sofea. Tapi akhirnya dia mendapat hidayah dan mendekati agama kerana Allah. Watak Irfan nie cukup indah jika ada yang mampu menjadi sepertinya... Seorang yang sabar menantikan seseorang walau lamarannya ditolak... Dengan kesabaran serta doa pasti ada hikmahnya... Dia akhirnya hampir berkahwin dengan Amni Sofia apabila lamarannya untuk kali kedua diterima kerana Allah telah membukakan hati Amni untuk menerima Irfan... Suatu ungkapan yang cukup menarik bagi aq, "kita janganlah mencari kesempurnaan seseorang untuk melengkapi kekurangan diri kita, sebaliknya menerima kekurangannya untuk kita lengkapkan". Watak Irfan ini jugak berakhir dengan kematian akibat menghidap penyakit disaat hari pernikahannya dengan Amni. 

Watak Amni Sofea sememangnya adalah wanita idaman setiap kaum Adam di muka bumi nie... Dia kelihatan cukup sempurna dengan agamanya, imannya, kecantikannya, kesabarannya, sifat lemah lembut dan ketegasannya dalam menegakkan keadilan. Dia sememangnya seorang yang sempurna di mata seorang lelaki... Dia jugak mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Contoh dia dapat mengubah Irfan sekeluarga untuk lebih dekat dengan agama, rakan sebiliknya Auni berubah untuk mengubah sikap tomboy kepada wanita yang bertudung dan Cik Ainon yang sedar dengan segala kesalahan dan dosa-dosanya... Indahnya jika kita yang menjadi titik permulaan untuk orang lain membawa kebaikan... Cukuplah dengan dua watak yang aq coretkan disini.... Sememangnya drama 13 episod nie ada pengajaran yang dapat kita ambil dan tambah dalam kehidupan seharian kita... Bagi aq rasa lain sangat bila dah layan cerita nie... Best sangat-sangat.... Setakat itu saja coretan untuk kali ini... sekadar mengisi ruang kekosongan di petang ini sebelum dilanda kesibukan pada sebelah malam nanti dengan nota-nota untuk paper exam yang terakhir... Thanks for reading....

Sekian....

No comments: