Friday, November 30, 2012

Suami Aku Ustaz-Review

Salam,

30 November 2012




Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menaip disini dengan izinNya... Hari jumaat nie memang membosankan la sebab tak banyak aktiviti yang aq nak buat kecuali makan dan tidur je time cuti semester nie... So rasanya macam nak review la Novel yang aq dah habis baca sebelum final exam, cuma tak sempat nak update kat sini... Suami Aku Ustaz karya Hannah Dhaniyah... Jom tengok sinopsis dulu...

Sinopsis:

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Credit to Novel Pilihan


Bagi aq, watak Alisa dalam novel nie memang terbaik la.. Seorang perempuan yang kahwin dalam usia yang muda dan dapat pulak suami seorang ustaz sedangkan si Alisa nie seorang yang boleh dikatakan kasar perwatakan... Dalam novel nie jugak ada banyak la pengajaran yang boleh kita ambil dan amalkan... Konsep dalam novel nie banyak membawa kepada keagamaan, ada jugak unsur romantis dan lucu... Untuk sesiapa yang belum baca novel nie, silalah baca, anda pasti tidak akan kecewa... 

Hari nie aq ada terbaca di facebook(petikan tweeter Adi Putra) yang Novel Suami Aku Ustaz nie akan difilemkan... Hehe dah macam Ombak Rindu je... Hope best macam dalam novel jugak la...


Sumber dari Facebook
Setakat itu saja review untuk kali nie... Thanks for reading... 
p/s: Best jugak berangan ikut watak dalam novel nie.. hahaha

Sekian!!!!!




No comments: