Saturday, December 1, 2012

Go Harimau Malaya Go

Salam,

Tengok tajuk pun dah semangat aq nak update entry untuk kali nie, hehe malam nie jam 8.45 malam akan terukir sejarah untuk skuad bola sepak negara kita samada mampu menewaskan musuh tradisi Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil atau kecundang dibumi sendiri..


Siaran lagsung TV1 jam 8.45 malam....

Skuad Harimau Malaya semasa menentang Laos


Hehe kalau dekat boleh la pergi stadium bagi sokongan... tapi apakan daya sokongan dihadapan TV dan doa semoga kemenangan berpihak untuk skuad Harimau Malaya je la mampu diberikan... Rasanya kita mampu menang dengan pasukan Garuda Indonesia nie, lagi pun kalau skuad yang sama diturunkan macam game dengan Laos dimana pasukan kesayangan kita menang 4-1 insyaallah kita mampu melakar kemenangan yang cukup cantik di tempat sendiri... Aq cuma harap Badrol Baktiar dapat main lama sikit malam nie... Rugi la dia masuk kejap sangat hari tu... So peluang untuk score tak banyak.... 

Haaa sebelum game nie bermula pun rasanya dah kecoh dekat Facebook dan Twitter dengan perang psikologi di alam maya diantara penyokong Indonesia terhadap fanpage sukan di Malaysia pun memang dasyat la... Macam-macam kata-kata kesat dilontarkan kat situ... Tapi bagi peminat Harimau Malaya, kita buktikan di dalam perlawanan nanti, buat apa nak maki-maki di Facebook tu kan?? Tak ada faedah pun kecuali menambah saham dosa je... 

Tak kurang jugak semasa perlawanan antara Malaysia dengan Laos, ada jugak segelintir rakyat Malaysia yang dah hilang kepercayaan terhadap pasukan Negara sendiri sehinggakan ada yang sanggup berjanji sesuatu perkara yang mensia-siakan hidup mereka saja... Mereka mungkin tak ambil iktibar akan perkara yang terjadi kepada Johari Pain diatas kenyataan HOT suatu ketika dahulu...

Dan rasanya dah menjadi trend masyarakat Malaysia agaknya yang inginkan populariti segera sehingga hilang rasa malu terhadap diri sendiri... Bukan apa, kadang-kadang kita nak melakukan sesuatu biarlah berfikiran matang dan fikirkan akibat diatas tindakan kita. terhadap diri kita sendiri serta orang disekeliling kita especially Family la... Banyak lagi cara untuk kita menjadi popular dan HOT, bukan dengan cara yang merendahkan maruah diri dan keluarga....

Piala Suzuki AFF
Semoga malam nie game Malaysia dan Indonesia akan berpihak kepada Malaysia... Para penyokong pun harap-harap tak ada la insiden yang tak elok jadi.. Tunjukkan rakyat Malaysia nie bertamadun... Hehe peace no war.. Thanks for reading... Setakat itu sahaja untuk kali nie... 

P/s: Rasanya Malaysia menang besar lagi la malam nie.. 4-2.. hehe :)


No comments: