Saturday, December 15, 2012

Ao Nang,Krabi→ Songkhla→ Hat Yai... Family Holiday..

Salam,

Alhamdulillah, lama jugak blog nie sepi ditinggalkan tanpa cerita, hehe ok la, seperti yang aq tulis pada tajuk diatas, hari nie aq nak share sikit la tentang percutian aq ke Negara Gajah Putih nie... Jam 8.30 pagi 6 Disember, aq dan family dah sampai di Changlun untuk parking kereta sebelum menaiki van untuk ke Ao Nang, Krabi... So sampai di sempadan Malaysia kena check passport dulu... Ok lagi dekat sini... Sampai je dekat Imigresen Thailand korang kena sedia siap-siap la dua ringgit ke 20 baht tah sebelum passport dicop... Hehe kebetulan time dekat sempadan Thailand nie, ada seorang wanita tengok dan senyum je kat aq dari jauh... Heran jugak, rasa macam pernah tengok tapi tak berapa nak ingat, so bila dah dekat je, Ya Allah ustazah masa kat sekolah menengah aq rupanya... Walaupun dia tak pernah mengajar aq tapi dia still kenal sebab mungkin aq rajin jugak dok masuk bilik guru dulu agaknya... Tak sempat nak berborak panjang pun sebab perjalanan menuju ke Ao Nang jauh lagi maaa....

Bersedia untuk bertolak.. Baca doa naik kerendaan semua...
So dalam perjalanan yang 6 jam lebih tu kita orang ada la pit stop dekat Trang k0t nama tempat tu untuk makan tengahari... hahaha nie pengalaman best jugak nie, kat kedai makan nie memang bagi sesetengah orang tak ada selera nak makan sebab suasana kat situ rasa tak selesa.... Mama aq dah sah-sah tak makan lauk pauk yang ada kat kedai tu... So mama, abang dan yang lain semua order nasi goreng je... Cuma aq dan abang ipar aq je yang makan nasi dekat kedai tu... Aq tengok masakan diaorang ada yang macam sama je dengan masakan kita kat Malaysia, so aq pun cuba la kari diaorang... Nah amekau, punya la pedas sampai tahap keluar air mata jugak la... Tapi kan kari diaorang sama rasa macam masak lemak cili api dekat Malaysia nie... Serius pedas.. So hati-hati la kalau korang nak test makanan diaorang nie... Dekat kedai makan tu jugak dekat je dengan laluan keretapi ke Bangkok kot kalau tak silap la pak cik driver merangkap translator bahasa thai kitaorang semasa percutian nie....

kebetulan kitaorag baru lepas makan, keretapi pun lalu...

Akhirnya lebih kurang jam 4 petang kitaorang sampai di Ao Nang,Krabi... Fuh memang suatu perjalanan yang jauh la bagi aq... Masalah pulak bila kitaorang dah sampai adalah penginapan... Sebaik-baiknya korang booking online la sebelum datang sebab selalu memang penuh la hotel-hotel dekat sini... Yang ada pun rate dalam Rm400-Rm500 semalam... Hahaha kalau mampu ok je... So nak mencari hotel jadi 1 masalah pulak dan akhirnya dapat jugak check in di Nong Ed Resort nie... Rate dalam Rm180 je utk 1 bilik tapi hari jumaat, sabtu dan ahad harga sebuah bilik akan double ye Rm360 semalam... Bilik ok la jugak, ada 1 katil double, peti ais, air cond, kipas, tv dengan siaran thai dan bilik air... Ala nak check in hotel mahal-mahal buat ape kan?? Kita datang nak berjalan-jalan so bukan nak tidur sangat pun... So tak payah membazir la check in hotel mahal-mahal ye... Lebih baik duit tu dihabiskan untuk shopping di tempat-tempat lain...
Hotel yang kitaorang check in...Berhadapan dengan Starbuck dan MCD...

Si Comel yang kepenatan...
Pemandangan di Ao Nang

So untuk first day kitaorang dekat Ao Nang, Krabi tak pergi mana-mana pun sebab semua dah penat dengan perjalanan... Lepas makan semua dah masuk bilik dan terlelap dibuai mimpi... hahaha hari kedua akak dan abang aq ingat plan nak bawak semua pergi ke pulau-pulau diaorang yang cantik tu tapi bila org thai tu cakap orang yang mengandung berapa bulan ntah tak boleh naik bot, so terpaksa la cancel plan untuk ke pulau-pulau seperti phi phi island dan lain-lain lagi termasuk pulau yang diaorang shooting filem Skyfall tu.. Haha xpe nanti datang honey moon je la dengan wife nanti... *berangan... Plan untuk ke pulau tak jadi dan ditukarkan kepada pergi jalan-jalan di kawasan pantai je pagi tu... Memang cantik sangat pemandangan dekat pantai nie, patut la mat salleh suka datang sini... Tenang sangat suasana dekat sini... Memang tempat yang sesuai untuk release stress dan menghabiskan masa dengan orang yang tersayang... Lepas tu, terus pergi ke tempat kraf tangan berasaskan kerang... kat sini serius murah kalau nak beli T-Shirt memang bleh tawar harga sampai nipis la... hehe

Penat hari pertama dan mengantok...
Bersama bonda tersayang... 
Aq, mama dan adik...
Anak-anak buahku disekitar pantai...
Bot tersadai di tepi pantai..
Jangan rambang mata.. Macam-macam ada...
Tengok background ja taw... :p
Bas sekolah yang cukup menarik...
T-Shirt untuk kenangan... 
Dah dekat waktu tengahari so nak kena hantar mama, dan yang lain-lain sebab aq, abang dan abang iparku nak pergi ke masjid untuk solat jumaat... Masjid dekat Ao Nang nie masih dalam pembinaan... Hehe part paling best bila time khatib baca khutbah, handsome betul khatib macam hero pelakon thai k0wt, suara pun sedap tapi biasa la majoriti orang thai so tak kan nak baca khutbah dalam bahasa Melayu pulak kan?? haha aq tengok ja la dia baca walaupun sepatah aq tak paham, kat situ pun ada jugak mengaji pondok macam kita kat Malaysia nie, so masyarakat Islam still ada dikawasan tu... Dah selesai solat jumaat aktiviti yang seterusnya bersambung jam 5 petang...

Ok la, bersambung pada aktiviti jam 5 petang, abang dan akak aq plan nak bagi anak-anak diaorang mandi di pantai je untuk petang tu, aq pun ingat nak join sekali tapi tak bawak pakaian untuk mandi pulak, so just tengok je la anak-anak buah aq mandi sambil shoot gambar dikawasan sekitar pantai... Hehehe banyak sungguh mat salleh mandi petang-petang nie... Biasa la bukan Malaysia kan so bebas la nak buat apa pun so kalau nak bercuti tu tak elok sangat bawak budak-budak nie, tak elok untuk diaorang tengok kelakuan mat salleh nie... Paham-paham je la macam mana sikap dan cara pemakaian mereka tu kan?? Hehe dan aktiviti seterusnya diteruskan dengan jalan-jalan di pasar malam... Macam-macam yang ada dijual dekat sini, sorry gambar tak ada sangat untuk view dekat sini, hahaha tapi yang aq nampak banyak pork je... tapi yang halal pun ada la, don't worry keyh... Memang hidup pasar malam kat sini sebab ramai jugak rakyat Malaysia yang aq jumpa dekat sini...

Anak-anak buah sedang mandi sambil diawasi oleh my bro..
Sekitar pemandangan di kawasan pantai...
Suasana di Pasar Malam
Suasana di Pasar Malam
Dah penat berjalan dan mandi pantai so masa untuk makan malam la... Kali nie pak cik driver yang tolong pilihkan tempat makan sebelah je dengan masjid... Makanan kt sini ok2 la, sementara nak tunggu makan malam sampai abang aq ada order pancake pisang... Kalau datang jangan sini jangan tak try ok, sedap jugak.. Dia macam roti canai Malaysia lepas tu dekat atas ada letak susu or coklat Nutella... hehe sedap makan panas-panas... 1 biji dalam Rm2 je... Hahaha air sirap adalah bahan aq kena gelak, tu la order lagi sirap, air pandan yang aq dapat.. Pelik sungguh sirap diaorang nie... Hehe Haaa 1 lagi kalau korang datang 1 family or dengan kawan-kawan, 1 gelas teh o air tu boleh share untuk 3 orang minum... Sebab memang manis giler macam air gula... Tapi kalau jenis boleh minum manis ok je... Bukan ape, order banyak-banyak takut membazir je...

Tunggu makanan...
Makan ayam goreng...
Pancake pisang panas...
Keesokannya adalah hari terakhir kitaorang di Ao Nang, so sebelum nak check out kena la tapaw breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Songkhla dan Hat Yai... Menu untuk pagi tu ialah Nasi Goreng dan Nasi beryani... Nasib la peniaga tu boleh cakap bahasa Melayu... hehe so sementara akak aq tengah membeli sempat la aq dan adik bergambar untuk kenangan... Bila van dah sampai terus masuk bagasi dalam van dan bertolak ke destinasi seterusnya... Di Songkhla just bawak anak-anak buah nie melawat Zoo je... Hehe memang besar Zoo diaorang cuma nampak macam tak terurus sangat... Kat sini just tengok anjing laut punya show je.. ramai jugak orang Malaysia yang datang kat sini...
With adekk...
Hehe last moment here...
Songkhla zoo...
Selamanya Harimau Malaya...
Animal presentation
Animal Show...
Penonton yg hadir...
Pasar terapung menjadi destinasi terakhir sebelum balik, dekat sini mama, adik dan akak yang shopping sakan, hehe punya la ramai orang dekat sini... Kelantan ada, perak ada, kedah ada... Kiranya orang Malaysia kita yang datang sini sebab banyak bas Malaysia dekat sini... Bekas berasaskan tanah liat nie menjadi tarikan utama macam yang adik aq pegang dalam gambar kat bawah nie la... Aq beli jugak sebiji tapi bentuk doremon la... Hahaha comey k0wt.. Sebiji cuma Rm2 je. Mama aq plak borong dengan bakul, T-shirt dan macam-macam lagi... Tapi agak kecewa jugak la mama aq sebab tak tukar banyak duit baht.. Tak puas nak shopping katanya... hehehe memang syurga shopping la kat sini... Macam-macam ada.. Boleh buat orang perempuan rambang mata...

hahaha tarikan utama...
Nah dapat dah sebijik..
Sekitar pandangan di Pasar Terapung...
Ramai tak orang??
Tak larat nak naik tangga...
Hehe akhirnya kami sekeluarga tiba di sempadan Thailand lebih kurang jam 10 malam la jugak, sediakan Rm1 lagi untuk passport anda untuk dicop... bagi aq pengalaman bercuti bersama keluarga di Thailand adalah suatu kenangan yang terindah untuk mengakhiri diari dalam memori terindah dalam tahun 2012 nie... Semoga akan ada lagi kenangan terindah yang akan tercipta pada masa akan datang... Krabi,Thailand one of beautiful place to visit... Thanks for reading...

Sekian!!!!



2 comments:

luckymom said...

salam,

saya akan ke krabi feb 2013 nnti... nak tanye rate van & berapa lama perjalanan naik van ni..?

Unknown said...

walaikumsalam,maaf lambat blas komen.. rate van dlm RM540 sehari.. Perjalanan ambil masa lbih kurang dalam 7 jam dari Changlun... :)