Tuesday, December 4, 2012

Tragedi 4 Disember 2012....


Salam, Aq coretkan disini sekadar meluahkan kesedihan hati nie di dalam diari ini, mungkin diri ini bukanlah seseorang yang cukup sempurna untuk menjadi yang mampu untuk melengkapi dan membahagiakan hati seseorang.... Tapi bila dah tak lagi bersama mungkin sayang dlm erti brcinta tu tak dapat ditunjukkan lagi tapi sayang dalam erti persahabatan masih boleh diberikan dengan berkongsi pendapat dan mengambil berat atas kehidupan masing-masing... Kenapa masih lagi diri ini perlu diuji lagi semata-mata untuk mengetahui kebenaran yang awak sendiri dah tahu jawapannya, kenapa perlu bazirkan lagi air mata seorang lelaki, kenapa perlu mewujudkan retak dalam hubungan yang baru terbina, kenapa dek kerana ingin tahu keikhlasan hati ini seseorang ini, seseorang ini perlu menerima semua itu...

Wahai sahabat, fikirlah secara rasional, bukakan fikiranmu seluas-luas pandangan, renunglah seketika... Jangan kerana sejarah silam kau cipta dendam antara kita, jangan dek kerana kecewa terhadap lelaki, orang lain perlu menerima akibatnya, mungkin seseorang nie tak layak untuk memberikan nasihat untukmu, mungkin kehadiran seseorang ini tak memberikan apa-apa makna untukmu tapi sedarlah, mungkin dia tak sentiasa ada bersamamu apabila kamu perlukan bantuan dan sokongan, kehadirannya tak kurang juga untuk menceriakan hari-harimu dengan gelak tawa dan senda guraunya... Cukuplah setakat ini permainan yang kau cipta untuk seseorang yang bergelar lelaki, terlalu banyak airmatanya telah berguguran keranamu, usah kau biarkan ia terus berguguran lagi dengan segalanya ujikaji yang telah lakukan untuk kau menguji keikhlasan dan perasaannya... 

Seseorang ini tidak menunjukkan rasa prihatinnya dikala kau memerlukan perhatian yang sewajarnya waktu itu, tapi bukanlah bermakna seseorang ini abaikan kau begitu saja, setiap hari keadaan kau membayangi kehidupannya. Pernahkan SMS darimu seseorang ini abaikan sewaktu kau memerlukan perhatian dan keseorangan??? Rasanya setiap 1 SMS dari kau dia tak pernah abaikan... Mungkin tak begitu bermakna untuk kau hargai semua tu dalam hidup ini... Tapi bagi dirinya yang sentiasa menghargai dalam setiap perkara tentang kau, itu salah satu pengorbanan... 

Apakah lelaki lain diluar sana mampu lagi melihat wajah bekas kekasih yang dah menghancurkan hatinya?? Tak semua yang mampu, tapi seseorang ini masih mampu berada untuk menemanimu atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin... Kerana sayangkan hubungan persahabatan ini seseorang ini masih mampu tegak berdiri disampingmu meneruskan kehidupan ini dengan semangat yang baru... Tapi kali ini, sememangnya menghancurkan segala yang telah kita bina atas kegagalan masa lalu, dek kerana Ego dan sifat menguji perasaan lelaki.... 

58 hari seseorang ini memendamkan rasa sedih dan kecewa kau diperlakukan sebegitu oleh bekas teman lelaki kau dan kau cipta ujikaji nie untuk menguji perasaan seseorang ini, terlalu hebat dan sukar seseorang ini mempercayai semua kebenaran yang kau telah tonjolkan sekadar suatu eksperiment untuk mengetahui hati seseorang ini... Dalam hidup nie, hati seseorang tak akan boleh siapa pun yang meneka apa isi hatinya kecuali Penciptanya sahaja... Dengan tingkah lakunya mungkin kau boleh katakan seseorang nie tak ikhlas tapi dalam hatinya tak menggambarkan apa yang kau rasa sebenarnya... Cukuplah dengan semua ini.... Hati seseorang ini sudah kemarau dengan tangisan kerana seorang wanita, retak hati yang mula terbina setelah hancur sebelum ini... Jangan kau lukai lagi hati seorang lelaki ini yang inginkan bahagia dari seorang Hawa yang mampu membahagiakannya... Sekian luahan hati yang terluka kerana Wanita... terima kasih kerana sudi membaca luahan kekecewaan ini... semoga menjadi iktibar dan teladan... :'( 

4 comments:

Unknown said...

sedihnya. hnya org x de prsaan jee sggup wat mcm too

Unknown said...

Hanya mampu tersenyum :')

GieY AbD RahmaN said...

sabar ok..Allah xkan bagi ujian kat seseorang itu sekiraya dia xmampu untuk menghadapinya..maybe ade hikmah semua ni..just enjoy your life k..life must go on..sekli jatuh xbermakna akan jatuh untuk selamanya ok..

Unknown said...

TQ Giey... Smoga diri ini terus kuat...