Sunday, December 2, 2012

Harimau Malaya Terus Mengganas....


Salam,

Malam tadi pastinya satu saat yang terindah dan manis buat semua penyokong di Malaysia apabila skuad Harimau Malaya terlah berjaya menundukkan Indonesia dengan jaringan 2-0... Sememangnya detik ini amat dinantikan buat semua peminat diseluruh tanah air kerana kemenangan yang akan menentukan Harimau Malaya akan terus melangkah ke peringkat yang seterusnya... Bahang perlawanan sememangnya dirasakan apabila melihat puluhan ribu peminat yang hadir di stadium bagi memberikan sokongan yang pada kepada para pemain....



Semangat Penyokong yang berkobar-kobar...




 Saat lagu negaraku berkumandang dan kain rentang "Bangkit Semua Untuk Negara" kelihatan, terasa aura semangat untuk menang semakin membara... 


Hampir 20 minit yang pertama pasukan negara diasak oleh pasukan Indonesia sehinggalah gol pertama Malaysia yang dijaringkan oleh Azamuddin Akil hasil hantaran Mahali Jasuli... Semangat Harimau Malaya terus berkobar-kobar dan semakin ghairah untuk menambah jaringan... Hasilnya gol kedua hadir selang beberapa minit sahaja melalui Mahali Jasuli... (Video Gol Jaringan Malaysia)



Penjaring Gol Pertama... Azamuddin Akil...


Gerakan Wan Zack dan Mahali yang menghasilkan Gol kedua negara...

Kemenangan 2-0 telah melayakkan Harimau Malaya ke peringkat yang seterusnya dan menduduki di tempat kedua dalam kumpulan B selepas Singapura mencatat kemenangan 4-3 menentang Laos... Malaysia akan bertemu dengan Thailand untuk peringkat separuh akhir pada 9 Disember 2012... Semoga Harimau Malaya mampu menumbangkan Gajah Putih nanti....


Credit: Semua fanpage sukan di facebook untuk gambar-gambar... :')

Tapi sedih jugak la sebab ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong team Indonesia kerana kecewa pemain kesayangan mereka tidak tersenarai dalam skuad AFF untuk kali ini... Bagi aq la, kita kena berpandangan luas sikit dalam situasi sekarang nie.. Mungkin bagi coach pemain yang dipilih adalah bersesuaian dan mempunyai kelebihan tersendiri dan bukanlah pemain kesayangan kita tu tak bagus... Tapi tak perlulah sampai nak menyokong team lain, we are Malaysian right?? So ketepikan sifat kenegerian yang melampau... Bolasepak itu menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama, bukan medan untuk permusuhan dan persengketaan antara kita...

Dalam game semalam aq memang RESPECT la dekat semua penyokong yang datang ke stadium tak kira Malaysia atau Indonesia... Tak ada pergaduhan besar yang berlaku... Rakyat Malaysia dah berjaya tunjukkan kita rakyat yang berakhlak mulia dan berfikiran terbuka... Tak perlu bergaduh kerana bolasepak bukan??? Lagipun negara kita berjiran, kan lebih elok kita saling menghormati... 


Bola Sepak simbol Penyatuan... bukan Pergaduhan... Peace No War...

Setakat itu sahaja coretan untuk kali nie... Terima kasih sudi membaca.. Tahniah untuk Skuad Harimau Muda dan teruskan berusaha... 

Sekian!!!!








3 comments:

Unknown said...

olelelele selamanya selamanya ~

izzati khairunnisa said...

go harimau go! :)

Unknown said...

zila manaf: olelele hehe
eitcha,IM: selamanya Harimau Malaya