Sunday, June 15, 2014

Kenduri Aqiqah Cucu Mama yang Ke-10


Alhamdulillah selesai sudah kenduri aqiqah yang dah lama plan untuk cucu mama nie. Mr.H pun baru je habis kerja terus rempit balik ke rumah mama pada petang khamis sebab nak kena tolong la apa yang patot. Pukul 8 malam jugak la sampai ke rumah mama. Kisah pada pagi jumaat bermula dengan bacaan yassin oleh para tetamu wanita terdiri dari warga taman jati dan rakan-rakan masjid mama. Ramai jugak tetamu yg hadir. Oh ye, menu kali nie special sikit la sebab ada kambing golek. Hehe kambing nie akak Mr.H tempah dekat KL. Sakan sungguh kambing nie naik highway nak sampai dekat Kedah nie.

Nak story banyak-banyak pun macam tak ada cerita sangat. Tapi Mr.H nak fokuskan dekat sini. Mr.H happy sangat bila my BFF sudi jugak datang kali nie. Siapa lagi kalau bukan Cik Pieja dan Cik Kamila la. Lama sangat tak jumpa mereka berdua nie. Tengok macam tak ada beza sangat pun walaupun dah dekat 7 bulan kami bertiga tak jumpa sejak tamat paper final exam di Polimas tahun lepas. Yang best bila 3 sahabat nie berjumpa, ada ja cerita kami bertiga. Soalan dari mereka berdua, Mia mana Mia? hehe

Kenangan masa kenduri first hari tu. Mia still kecik masa nie...
Masa kenduri yg lepas diaorang nie rajin mengasuh Mia. Tapi sekarang Mia dah boleh berjalan so tak payah nak dukung-dukung la... Hehe apa-apa pun hari yang cukup indah buat Diari Samprit Ungu.... Kerinduan buat mereka terubat. Jom layan suasana pada hari tu. Hehe

Kambing Golek
Kuih Muih
Alang dan anak-anak buah.
Mr.H with purple theme
My Adek
Kakak sekeluarga...
Adek dan Kak Tini
Majlis bacaan yassin..
Kambing golek yang dah siap digolek
Second kambing golek on da way
Ready utk dimakan..
Para tetamu menjamu selera
Para tetamu yang hadir..
Cik Mia... Anak buah kegemaran Cik Pieja dan Cik Kamila
Mama dan anak cucu...
Menu-menu untuk hari nie
Sahabat-sahabat mama..
Abang tukang masak kambing...
Jemput-jemput...
Tetamu yang dinanti mai dah... Syok bila depa mai...
Peace Cik Pieja... Cik Kamila malu pa tataw.
Hehehe with mama hug.
Mr.H tak sure apa yang mama dok potpet. Yg penting tema sama.. haha
3 Sahabat pun nak jugak simpan kenangan hari nie.... BFF forever sayang-sayangku.. ewahh.. haha
Adik Mr.H pun nak jugak... cett.. haha
Para tetamu selepas solat jumaat...
Jemput semua... Cikgu-Cikgu pun ramai yang mai... Terima kasih semuanya.
Antara yang menarik perhatian... Jarang orang nak buat kambing golek dekat sini..
Syukur alhamdulillah kenduri hari nie berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir pun berpuas hati dan makanan pun tak berlebihan. Tak membazir. Pandai mama Mr.H budget. Tapi memang meriah macam kenduri kahwin la. Insha Allah nanti akan ada lagi sekali kenduri mama pergi ke Haji. Hope akan meriah seperti kali nie. Amin... Rasanya setakat itu saja update dari Mr.H yang buzy nie. Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati...

Saturday, June 7, 2014

Salam Kerinduan Di Diari Hati...


Alhamdulillah akhirnya dapat jua Mr.H melepaskan entry kali nie. Sedih jugak sebab bulan May langsung tak ada coretan dari Mr.H disebabkan kesibukan yang amat dengan kerja. Biarpun banyak sangat kenangan dan aktiviti yang ingin diceritakan, tapi kekangan masa yang membuatkan Diari Samprit Ungu ini sepi seperti rumah usang tanpa penghuni. Amboi ayat sastera mai dah. Hahaha ini pun kebetulan balik rumah mama di Kedah sebab baru lepas habis inspection GT Shutdown so baru la boleh cuti dan relax sikit. 

Oh ye, Mr.H kerja dekat Penang, area Prai. Kerja sebagai apa? Biarlah rahsia saja. Chewah. Haha Alhamdulillah, dah nak masuk 3 bulan kerja situ dah makin faham sikit suasana dan situasi kerja. Orang-orang persekitaran pun ramai dah yang kenal. Meskipun gaji tak la seberapa tapi tak kisah la, yang penting pengalaman tu. Ok la, untuk first entry bulan Jun nie Mr.H tak mau cerita panjang lebaq. Sekadar intro kerinduan buat semua pembaca disini. Eh ada pembaca ker?Perasan jap. Hahaha Insha Allah akan ada lagi cerita dari update yang akan datang antaranya Koh Lipe Thailand for Da Second Time.

Sekian saja coretan kerinduan buat anda semua. Sekali lagi maaf Mr.H pohon kerana sepi tanpa cerita, sunyi tanpa bicara dan diam tanpa berita. Hope akan banyak la masa buat Mr.H disini. Salam kerinduan buat semua.

Sekian Coretan Hati....