Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir Di Tahun 2012


Salam,

31 Disember 2012

Hari ini merupakan hari terakhir kita berada pada tahun 2012  kan so mesti banyak kenangan yang tersimpan dalam tahun 2012.. Untuk aq mungkin terlalu banyak la kenangan pada tahun nie, sedih atau suka rasanya hampir sama saja... Antara kenangan-kenangan yang tercipta untuk diri ini adalah semasa practical pada bulan disember 2011 sehingga mei 2012... Semasa practical nie, banyak perkara baru yang aq dapat belajar dengan technician dan staff di situ... Terima kasih kak shahrom, kak asiah, abang jat, abg ad, giey, mie, cik on, ilyas, abg ed, shidi, wan, cain, kak iera, kak aza, en azrul(yon), en.syam(bos), dan semua geng engineering la... Buat akak yang selalu senyum time solat zohor tu terima kasih jugak atas senyuman yang diberikan setiap hari utk diri nie... 
Antara kenangan-kenangan yang tak boleh lupa masa dengan geng practical nie masa kita nak pergi kenduri dekat kokdiang k0t, yang ada eksident yang jadi depan mata kita semua tu... First time tengok lori terbang... hehe nasib la kita slow sikit, alhamdulillah Allah dah jauhkan kita dari musibah tu... Kenangan masa kena kacau dengan hantu dekat kilang tu pun tak boleh lupa jugak.. Lawak betul... Bila pikir balik nak tergelak pulak... Kenangan manis jugak bila hari last practical, kak shahrom belanja kek dekat secret recepie... Tak boley lupa la saat-saat indah tu kak... Buat kak shahrom dan geng Engineering, wan speck nie tak akan lupa la kenangan-kenangan sepanjang practical kat situ.... Mungkin la susah nak jumpa tapi kak shahrom yang rajin datang blog nie sila la melawat selalu nah... hehehe tak mesej bukan lupa nah kak....

Untuk tahun 2012 nie kenangan aq dengan si dia jugak banyak tercipta la... sedih dan gembira tu adat la dalam hubungan selepas putus cinta... Alhamdulillah hubungan persahabatan tu akan berkekalan la dengan izinNya... Insyaallah... Antara memori yang aq masih ingat masa beraya dirumahnya.. Masa nie jugak la aq berkenalan dengan Kak Areyouni, kawan baik si dia nie... Mula dari jumpa dengan kak nie, ada la beberapa ketika kenangan-kenangan aq dan kak di facebook... Banyak yang dikongsikan masalah bersama Dr Cinta nie, hahaha tapi sayang la lelaki tu tak nampak keikhlasan hati seorang yang menyayanginya... macam-macam cara Dr.Cinta dan kak usaha untuk tawan semula hati si lelaki tu... tapi sayang, keegoan mengatasi segalanya... Mungkin bukan jodoh, untuk  terus memikirkan lagi tentang orang yang tak sudi bak lagu yang selalu kak dengar, Bila Orang Dah Benci-Saleem.. Dalam hubungan aq dan kak nie wujud jugak konfilik antara aq, kak dan si dia... Dah macam cinta tiga segi pulak... tapi syukur la segalanya telah dapat dijernihkan semula kekeruhan dan salah faham dalam hubungan nie... 

Di facebook jugak aq banyak cipta cerita / situasi-situasi cinta untuk imbas kenangan-kenangan bersama si dia dulu.. tapi semunya macam berkubur setakat disitu saja kerana tentang situasi tu jugak dah buat orang lain terasa dan sakit hati... Ape la nasib diri nie kan asyik salah je dimata orang lain... Entah la... Manusia nie sifatnya tak sempurna kan so mesti la akan ada salah dan silap jugak... Seronok sebenarnya mencipta suatu bahan bacaan untuk orang lain membaca... tapi tu la.. Buat macam nie salah, macam tu salah... Rasa nak diam je... tapi diam pun jadi suatu kesalahan jugak... hehe susah betul... tapi insyaallah minat aq untuk terus menulis(dalam laptop kena taip la kan.. menulis tu bagi sedap ayat ja.. hahaha) tak akan pernah terhenti la... Sememangnya aq minat dengan bidang penulisan nie sebab imagenasi aq boleh dikatakan tahap gila jugak... tapi gila dalam romantik la... erkkk?? macam mana tu eh?? haha maksud aq, fikiran nie boleh berimagenasi dalam situasi orang-orang yang tengah bercinta la dan berdasarkan pengalaman cinta aq sendiri... Mudah-mudahan akan lahir jugak sebuah novel dari karya Samprit Ungu... Amin.. Doa-doakan la ye... ^_^

Pengalaman percutian ke Krabi, Thailand jugak meninggalkan kesan yang mendalam jugak dalam kehidupan aq... Suatu pengalaman baru dan kenangan yang terindah buat aq dan keluarga.... Tahun nie dah Krabi.. tahun depan tak tau la kemana... Hehe, blog nie jugak tak tercapai la target untuk post entry melebihi tahun 2011.. Nak buat macam mana, banyak story sedih je, tak larat nak menaip dengan air mata je... Hahaha sentimental sangat la den nie haa... Adoi, tak apa la, janji aq dah puas hati dengan apa yang aq da coretkan diblog nie sepanjang tahun 2012 nie, yang suka teruskan membaca la ye... Kalau bosan tu abaikan je blog nie... Dah nama pun Diari Samprit Ungu so semua kata-kata hati je la diterjemahkan disini... Thanks jugak untuk yang sudi singgah dan follow disini... yang tinggalkan backlink di chatbox tu jgn risau.. Samprit Ungu akan terus ke blog anda dan follow... Yang tinggalkan iklan-iklan tu hope jangan la buat macam tu, kenakan orang macam tu tak baik la... Promote la link iklan kat tempat lain ok... Pliss la... :P

Tahun nie jugak banyak jugak Novel yang dapat aq baca, antaranya Suami Aku Ustaz, Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Kau Aku Kita & Jodoh Itu Milik Kita... Hehe ada yang sempat aq buat review dekat blog nie... yang tak sempat tu maafkan la ye... Terlalu sibuk dengan pengajian di Politeknik nie... Haha bila la nak habis nie... Penat sangat-sangat dah... Tak pa, sabaq-sabaq... tak lama dah... Bab politeknik nie malas sangat aq nak story dekat sini... Hehe tak ada yang menarik sangat pun... Haaaa cakap pasal novel tadi, ada 1 kenangan yang terindah la untuk aq sebagai penutup tahun 2012 nie, Jodoh Itu Milik Kita adalah titik permulaan kenangan antara aq dan seseorang yang telah berkongsi tentang novel ini kepada aq... Bila dah baca dia hadir menceriakan kembali hari-hari aq yang kosong tanpa rasa... Seronok sangat bila sifat manja dan kelakar dia tetap sama macam 3 tahun dulu... Sahabat yang terindah, aq berjanji tak akan buat dia jatuh cinta lagi tapi macam mustahil la dengan hari-hari aq bersama dia dengan gelak tawa dan keceriaan tanpa henti.... Terima kasih atas penutup tahun 2012 ini dengan keceriaan dan kebahagiaan yang diberikan... Aariz Danial akan terus membuatkan Dahlia Darius akan terus tersenyum selamanya... Insyaallah... Gurauan dan angan-angan kita akan tercapai suatu hari nanti... Sama-sama kita usaha untuk ke arah itu ye... Amin... 

Tudiaaaa... panjang lebar aq berceloteh di sini sampai tak sedar dah dekat 2 jam dah menaip... Sorry tak ada kaler-kaler kat entry nie... tak sempat nak edit.. pinjam internet kawan je... Buat semua... Disini Samprit Ungu nak mohon seribu kemaafan atas segala salah silap, terkasar bahasa, samada secara sedar ataupun tidak... Manusia biasa ini sentiasa melakukan kesilapan dan maafkan dengan seikhlas hati... Aq ingin mulakan tahun baru dengan azam baru disamping semangat baru disamping Lia... Thanks... Selamat tinggal tahun 2012 yang penuh dengan cerita dan selamat datang tahun 2013 dengan penuh keceriaan... Insyaallah... Thanks for reading..

Sekian!!!



Friday, December 28, 2012

Jodoh Itu Milik Kita(Sara Aisha)-Novel Review...

Jodoh Itu Milik Kita-Sara Aisha...


Salam,

Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha merupakan novel yang telah aq selesai membacanya... So aq nak buat sedikit ulasan tentang novel yang bagi aq antara yang paling best dan menjadi pilihan pembaca... jom kita tengok sinopsis novel nie dulu yg aq copypaste dari pada blog penulis novel nie sendiri Sara Aisha..

___________________________________________________

Sinopsis

Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia
__________________________________________________________________

My Review & Comment

Kalau dari sinopsis nie pun dah cukup menarik minat untuk si pencinta novel seperti aq untuk membaca... Secara jujurnya Novel ini sangat membawa mesej yang lengkap untuk sebuah kehidupan .. Seriously watak Dahlia Darius sangat memberi kesan yang mendalam kepada pembaca... Seorang isteri yang comel, manja, setia pada Aariz Danial dan seorang yang baik terhadap ibu bapanya serta mentuanya... Watak Aariz Danial, seorang yang dihimpit dengan sejarah silam, sangat menyayangi isterinya, seorang jurutera yang berjaya, sangat menyayangi keluarganya...Bagi aq watak aariz nie sangat baik dan rasanya susah nak jumpa lelaki macam nie... Berangan-angan kejap aq jadi Aariz Danial.. haha prasan.. Watak Syafiq iaitu adik kepada Aariz Danial yang cukup membuatkan semua pembaca menyampah, meninggalkan Dahlia pada hari pernikahannya gara-gara ingin mencari kekasih lamanya, seorang yang merasakan kurang perhatian dari umi dan abahnya, menyimpan dendam terhadap Aariz, dan dihantui dengan sifat dengki terhadap Aariz... Hidupnya seakan-akan dibayangi segala kelebihan pada Aariz... 

Watak sampingan iaitu Teja dan Redza iaitu sahabat baik Dahlia, Redza menganggap Dahlia seperti adiknya sendiri, sangat menyayangi Dahlia, suami kepada Teja... Manakala Teja pula adalah sahabat baik Dahlia... Tempat Dahlia meluahkan masalahnya... Selain tu watak Joshua jugak memaikan peranan dalam novel nie iaitu sebagai sahabat baik Aariz di tempat kerjanya, seorang suka menyibuk dan kelakar... Itulah serba sedikit tentang watak-watak dalam Novel nie.. Plot penceritaan pulak sangat menarik dimana dimulakan dengan mood yang sedih iaitu semasa hari pernikahan Dahlia, dimana dia mendapat nota ringkas daripada Shafiq mengatakan pernikahan ini tidak dapat diteruskan... Disitu kita dapat lihat mood sedih yang dimainkan oleh penulis dan peranan Aariz mula kelihatan disaat kemunculannya pada hari pernikahan tersebut sebagai pengganti Syafiq... Selepas selesai dari situasi di hari perkahwinan, bermula sedikit konflik diantara Aariz dan Dahlia yang merupakan mangsa keadaan... Sedikit demi sedikit adegan kemesraan dan romantik mula dimasukkan untuk menambah keceriaan dalam novel... 

Pada bab yang berikutnya, tercetus konflik antara Syafiq dengan bekas kekasihnya dan rakan baik kekasihnya semasa syafiq mencari bekas kekasihnya di Wellington... Pada masa yg sama juga, Aariz dihimpit dengan konflik yang melanda dirinya diantara Umi dan Isterinya kerana permintaan uminya untuk mencari Syafiq... Pemergian Dahlia ke Tawau juga serba sedikit mewujudkan adegan romantis dimana Aariz meluahkan rasa rindu pada isterinya dan pada masa yang sama kepulangan Syafiq ke Malaysia telah mewujudkan sedikit konflik antara Syafiq dan Aariz... Aariz semakin rasa serba salah dengan kepulangan Syafiq kerana takut akan kehilangan Dahlia dan membuatkan Dahlia kecewa dengan sikapnya mencari Syafiq kembali... Berlaku lagi konflik antara ayah dan Syafiq akibat terlalu marakan Syafiq yang memalukan keluarga Dahlia dan keluarganya sendiri... Situasi cemas juga berlaku apabila Dahlia yang masih belum tahu kepulangan Syafiq ingin melawat Uminya di rumah, namun Aariz sampai pada masanya untuk melindungi isterinya... Berlaku konflik antara mereka bertiga, sedikit demi sedikit mencalarkan hubungan yang baru dibina antara Aariz dan Dahlia... 

Tekanan dari Syafiq membuatkan Aariz merasakan dirinya tidak layak untuk Dahlia... Berlaku konflik antara Aariz dan isterinya sehingga hampir-hampir melepaskan Dahlia dari hidupnya... Pengorbanan Dahlia dalam mempertahankan rumah tangganya juga dapat dilihat apabila beliau sanggup berhadapan dengan Syafiq dan mendapatkan Umi bagi mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang bernama Aariz Danial iaitu suaminya... Banyak situasi-situasi romantis dalam novel ini salah satunya dimana Aariz telah sedar kesalahan dirinya dan kembali mencari Dahlia di rumah ibu bapa Dahlia di Kelantan... Konflik kemuncak berlaku apabila Dahlia diperdayakan oleh Syafiq yang mengatakan umi sedang sakit dirumah, dan dia telah merancang untuk membalas dendam kepada Aariz, namun begitu rancangannya gagal apabila Umi datang menyelamatkan Dahlia. Umi ditolak oleh Syafiq dan kemudiannya Aariz tiba untuk menyelamatkan isterinya... Umi dan Dahlia dibawa ke hospital, pada masa yang sama Dahlia disahkan mengandung... Syafiq mula dihuni rasa bersalah yang teramat sangat akibat perbuatannya itu... Berlaku 1 situasi dimana Dahlia memberikan hukuman kepada Syafiq dengan memaafkannya... Maaf dalam bermaksud memenjarakan rasa bersalah Syafiq atas kesemua kesalahannya... Pengakhiran novel ini dimana Dahlia dan Aariz telah dikurniakan sepasang anak kembar sebagai simbol kekuatan cinta mereka.....

Seriously panjang jugak ulasan aq mengenai serba sedikit plot perjalanan Novel nie.. Pendapat aq memang best sangat novel nie... Kalau betul-betul menghayati ada bab yang dimana Dahlia bergaduh dengan Aariz dan bagi aq memang sedih sangat part tu... Dan part paling terharu dimana Dahlia berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina... untuk novel Jodoh Itu Milik Kita nie aq bagi 5 Bintang penuh untuk situasi-situasi romantis, watak yang comel dan penyabar, jalan cerita yang tersusun, cover novel yang menarik dan ending yang baik... Setakat itu sahaja ulasan novel yang aq dah baca dan kaji... Kesimpulanya anda tak akan rugi membaca novel nie... Thanks for reading...

Sekian.. 

Thursday, December 27, 2012

Sahabat Yang Terindah...


Salam, 

Alhamdulillah, masih lagi jari-jemari ini diberi keizinan untuk terus mencoretkan warna-warna kehidupanku di belog ini... Bermula pada hari Khamis(20/12/2012) cuti untuk Hari Natal dan Tahun Baru sudah bermula... Rasa lega sangat dapat cuti seminggu... Dengan pendaftaran untuk semester 6 yang masih belum selesai membuatkan makin malas aq nak memikirkan tentang poli nie... Bukan itu yang aq nak highlight untuk entry kali nie... First of all aq nak ucapkan terima kasih buat seseorang yang dah kembali semula dalam kehidupanku... kembali membuatkan keceriaan sewaktu pertama kali aq mengenali dunia laman sosial... Insan ini adalah rakan pertama yang banyak mengukirkan senyuman... Sebelum berceloteh dengan lebih panjang meh aq kenalkan dulu... Nama diberi Nur Amalina atau lebih dikenali di Facebook dengan nama Nina Amalina...Perkenalan antara aq dan Nina nie bermula di MySpace la... Biasa la masa tu facebook pun tak ramai lagi yang guna... Friendster dan Myspace je menjadi kegilaan remaja masa tu... Kalau tak silap aq, dalam bulan september 2009... So masa tu rumah aq nie baru lagi pasang Streamxy... Aq pun baru la mula nak berjinak-jinak dengan laman sosial nie bermula dengan Friendster lepas tu Myspace... Kat myspace nie la aq berkenalan dengan Nina Amalina, yang mempunyai ketinggian 150 cm(info semasa), masa tu dia masih guna nama Mrs Chipsmore kalau tak silap la... so mula dengan mesej, lepas tu Im dan melangkah setapak lagi hubungan kitaorang ke Yahoo Messenger(Ym)... Di Ym nie la kemesraan antara kami mula terjalin dan semakin akrab... Tak pernah rasa happy macam tu, so selalu online pun mesti akan bergurau senda... Aq selesa dengan Nina nie sebab dia macam faham je ape yang aq suka, maksud aq bila chat ada je lawak yang dia atau aq akan buat, kira satu kepala kami nie... Tapi lepas Spm hubungan kitaorang dah makin sepi la, ym pun dah jarang online, myspace pun dah jarang-jarang buka... Sehingga penghujung tahun 2012 nie hubungan kitaorang dah kembali macam dulu, makin mesra dan semua tu buat aq tersenyum dengan duniaku yang tersendiri. Setiap conversation dengannya bermula 25 Disember 2012, aq simpan sebagai kenangan terindah penghujung tahun 2012 nie.... Mungkin bagi sestengah orang akan fikir aq nie gila agaknya bila selalu je tersenyum sorang-sorang depan laptop nie, tapi aq rasa selesa sangat bila macam tu... Aq rasa bahagia sangat dengan sikap yg manja, dan klakar tu... Walaupun dia sebenarnya dah menjadi milik orang lain tapi tak bermakna hubungan antara aq dan dia tak boleh mesra sebagai seorang kawan kan?? Mesti ada sesuatu kan yang membuatkan hubungan dua insan ini kembali terjalin mesra?? hehe mesti la ada.. Dan jawapan untuk soalan itu adalah kerana sebuah Novel... Novel yang bertajuk Jodoh Itu Milik Kita yang akan aq buat ulasan lepas entry nie... Harap hubungan persahabatan akan berkekalan sehingga akhir hayat.. Opsss hampir terlupa pulak.. Cik Nina nie jugak la insan yang memberi nama gelaran Samprit Ungu... 1 nama yang masih kekal hingga kini... Memang aq tak akan lupa semua memori kita bersama... To Nina Amalina, sorry tak mintak izin letak gambar kat sini... :P Kat bawah nie ada gambar insan yang dimaksudkan... Taraaaaa comey dak?? orang nie secomel wataknya taw... Seorang sahabat yang terindah untukku... Best Friend Forever... 

Kita Sahabat untuk selamanya...Amin... TQ atas keceriaan yg diberikan...

Friday, December 21, 2012

Coretan Mingguan 16-20 Disember 2012


Salam,

Minggu nie banyak jugak situasi kehidupan aq yang ingin aq coretkan di Diari Samprit Ungu nie... Ok lah, aq mulakan kisah dengan cerita tentang Ex gf dulu... Minggu nie memang suatu cabaran besar untuk aq la, sebab dah buatkan hubungan antara aq, ex gf dan Kak jadi tegang... Bukan niat aq nak sakitkan hati sesiapa pun, tapi biasalah... Wanita itu tidak akan lengkap jika tiada sifat Cemburunya kan?? Niat aq cuma nak bantu kak selesaikan masalah dia dengan Mr.A je tapi my ex gf nie dah salah faham antara aq dan kak so berlaku la konflik antara kami bertiga... Aq la kena mainkan peranan utk jernihkan keadaan antara dua insan nie... Sememangnya hati wanita nie cukup sensetif kalau berkaitan dengan orang yang mereka sayang kan?? Tapi alhamdulillah ex gf dah ok sikit cuma kak je yang macam tak dapat maafkan lagi aq dan ex gf....Dia ada balas permohonan maaf aq di chat facebook tapi naluri lelaki aq nie dapat tau samada kak tu betul-betul ok atau tak... Hope maafkan la kitaorang ye kak.. Kitaorang adik-adik lagi... Baru sweet 20 tau... Nampak sangat kurang matang tuu....

Minggu nie jugak adalah minggu pendaftaran masuk pelajar senior kembali ke Politeknik... Memang tak best la kan sebab mood bercuti di Krabi tu tak habis lagi.. Dengan sistem pendaftaran online yang agak Bangang membuatkan semangatku ini runtuh untuk kembali ke Politeknik... Tapi semua tu berubah sikit bila ada seorang pelajar baru masuk kelas aq... hahaha comel jugak *jangan nak gatai... student dari politeknik Jeli k0t lau tak silap aq... Aq suka je tengok, nak mengorat?? Kena cermin dulu la diri nie.... Macam langit dengan bumi je nampaknya... Lupakan je la... Lagipun dah confirm ada special boyfriend punya... Tengok gaya pun dah tau... Chewah, memandai je aq buat penilaian... Tapi setakat nie tak sempat lagi la nak tegur dan berkenalan dengan dia, lagipun better dia yang tegur aq dulu la, kenapa perlu macam tu?? Because I am not just a Man, but I am a special man on the earth... hahaha *prasan lebih... hahaha mengarut sungguh entry aq kali nie....

Kisah seterusnya, bekas alat tulis yang tersayang... Ape yang terjadi?? Hehe hari selasa baru-baru nie la, aq ada kelas Entrepreneur di bilik kuliah 5.8, entah macam mana aq boleh cuai dan leka sangat kelas petang tu sampai tertinggal bekas tu dalam bilik kuliah tu... Adoi, susah hati dan gelisah sangat malam tu sebab fikirkan kalkulator dan beberapa lagi barang penting dalam tu... Dah 5 semester aq dekat poli nie, nie la first time aq tertinggal barang macam tu... Aq nie boleh dikatakan seorang yang berhati-hati dalam apa jua tindakan.. tapi entah macam mana boleh cuai pulak hari tu... Mungkin penat sangat agaknya... Kalkulator ibarat nyawa la untuk kos aq nie... Hampir kesemua subjek nak kena kira.... Alahai, so pagi rabu tu cepat2 aq pergi ke poli untuk ambil bekas alat tulis tu.. Nasib semuanya masih ada... Alhamdulillah....

Pada sebelah petang pulak, aq ada la berjumpa dengan seorang rakan yang aq kenal di facebook nie..Aq kenal sejak sem 2 lagi rasanya... lama tak jumpa dia sejak dia pergi LI... Rasanya dekat 6 bulan lebih jugak la... So dah lama tak jumpa so berborak panjang jugak la sampai dekat nak masuk magrib... Selalu memang kitaorang akan berjumpa dekat kedai dekat dengan bilik sewa dia tu tak pun kat kedai Siam... Banyak jugak la perubahan dia yang aq nampak... Dah dapat jumpa ok la, lepas jugak la rindu dekat kawan tu... Hehe minggu nie jugak akhirnya penantian aq selama hampir 14 tahun untuk berjumpa kembali dengan kawan masa tadika dah menjadi kenyataan... 14 tahun tak jumpa memang banyak perbezaan la... Dia dah makin cantik sangat sekarang nie... Cuma tak sempat nak tegur sebab aq dah lewat nak pergi kelas masa tu... Insyaallah nanti aq akan jumpa lagi dengan dia... 

Setakat itu sahaja coretan mingguan untuk diariku ini...  Thanks for reading... :)

Sekian

Saturday, December 15, 2012

Ao Nang,Krabi→ Songkhla→ Hat Yai... Family Holiday..

Salam,

Alhamdulillah, lama jugak blog nie sepi ditinggalkan tanpa cerita, hehe ok la, seperti yang aq tulis pada tajuk diatas, hari nie aq nak share sikit la tentang percutian aq ke Negara Gajah Putih nie... Jam 8.30 pagi 6 Disember, aq dan family dah sampai di Changlun untuk parking kereta sebelum menaiki van untuk ke Ao Nang, Krabi... So sampai di sempadan Malaysia kena check passport dulu... Ok lagi dekat sini... Sampai je dekat Imigresen Thailand korang kena sedia siap-siap la dua ringgit ke 20 baht tah sebelum passport dicop... Hehe kebetulan time dekat sempadan Thailand nie, ada seorang wanita tengok dan senyum je kat aq dari jauh... Heran jugak, rasa macam pernah tengok tapi tak berapa nak ingat, so bila dah dekat je, Ya Allah ustazah masa kat sekolah menengah aq rupanya... Walaupun dia tak pernah mengajar aq tapi dia still kenal sebab mungkin aq rajin jugak dok masuk bilik guru dulu agaknya... Tak sempat nak berborak panjang pun sebab perjalanan menuju ke Ao Nang jauh lagi maaa....

Bersedia untuk bertolak.. Baca doa naik kerendaan semua...
So dalam perjalanan yang 6 jam lebih tu kita orang ada la pit stop dekat Trang k0t nama tempat tu untuk makan tengahari... hahaha nie pengalaman best jugak nie, kat kedai makan nie memang bagi sesetengah orang tak ada selera nak makan sebab suasana kat situ rasa tak selesa.... Mama aq dah sah-sah tak makan lauk pauk yang ada kat kedai tu... So mama, abang dan yang lain semua order nasi goreng je... Cuma aq dan abang ipar aq je yang makan nasi dekat kedai tu... Aq tengok masakan diaorang ada yang macam sama je dengan masakan kita kat Malaysia, so aq pun cuba la kari diaorang... Nah amekau, punya la pedas sampai tahap keluar air mata jugak la... Tapi kan kari diaorang sama rasa macam masak lemak cili api dekat Malaysia nie... Serius pedas.. So hati-hati la kalau korang nak test makanan diaorang nie... Dekat kedai makan tu jugak dekat je dengan laluan keretapi ke Bangkok kot kalau tak silap la pak cik driver merangkap translator bahasa thai kitaorang semasa percutian nie....

kebetulan kitaorag baru lepas makan, keretapi pun lalu...

Akhirnya lebih kurang jam 4 petang kitaorang sampai di Ao Nang,Krabi... Fuh memang suatu perjalanan yang jauh la bagi aq... Masalah pulak bila kitaorang dah sampai adalah penginapan... Sebaik-baiknya korang booking online la sebelum datang sebab selalu memang penuh la hotel-hotel dekat sini... Yang ada pun rate dalam Rm400-Rm500 semalam... Hahaha kalau mampu ok je... So nak mencari hotel jadi 1 masalah pulak dan akhirnya dapat jugak check in di Nong Ed Resort nie... Rate dalam Rm180 je utk 1 bilik tapi hari jumaat, sabtu dan ahad harga sebuah bilik akan double ye Rm360 semalam... Bilik ok la jugak, ada 1 katil double, peti ais, air cond, kipas, tv dengan siaran thai dan bilik air... Ala nak check in hotel mahal-mahal buat ape kan?? Kita datang nak berjalan-jalan so bukan nak tidur sangat pun... So tak payah membazir la check in hotel mahal-mahal ye... Lebih baik duit tu dihabiskan untuk shopping di tempat-tempat lain...
Hotel yang kitaorang check in...Berhadapan dengan Starbuck dan MCD...

Si Comel yang kepenatan...
Pemandangan di Ao Nang

So untuk first day kitaorang dekat Ao Nang, Krabi tak pergi mana-mana pun sebab semua dah penat dengan perjalanan... Lepas makan semua dah masuk bilik dan terlelap dibuai mimpi... hahaha hari kedua akak dan abang aq ingat plan nak bawak semua pergi ke pulau-pulau diaorang yang cantik tu tapi bila org thai tu cakap orang yang mengandung berapa bulan ntah tak boleh naik bot, so terpaksa la cancel plan untuk ke pulau-pulau seperti phi phi island dan lain-lain lagi termasuk pulau yang diaorang shooting filem Skyfall tu.. Haha xpe nanti datang honey moon je la dengan wife nanti... *berangan... Plan untuk ke pulau tak jadi dan ditukarkan kepada pergi jalan-jalan di kawasan pantai je pagi tu... Memang cantik sangat pemandangan dekat pantai nie, patut la mat salleh suka datang sini... Tenang sangat suasana dekat sini... Memang tempat yang sesuai untuk release stress dan menghabiskan masa dengan orang yang tersayang... Lepas tu, terus pergi ke tempat kraf tangan berasaskan kerang... kat sini serius murah kalau nak beli T-Shirt memang bleh tawar harga sampai nipis la... hehe

Penat hari pertama dan mengantok...
Bersama bonda tersayang... 
Aq, mama dan adik...
Anak-anak buahku disekitar pantai...
Bot tersadai di tepi pantai..
Jangan rambang mata.. Macam-macam ada...
Tengok background ja taw... :p
Bas sekolah yang cukup menarik...
T-Shirt untuk kenangan... 
Dah dekat waktu tengahari so nak kena hantar mama, dan yang lain-lain sebab aq, abang dan abang iparku nak pergi ke masjid untuk solat jumaat... Masjid dekat Ao Nang nie masih dalam pembinaan... Hehe part paling best bila time khatib baca khutbah, handsome betul khatib macam hero pelakon thai k0wt, suara pun sedap tapi biasa la majoriti orang thai so tak kan nak baca khutbah dalam bahasa Melayu pulak kan?? haha aq tengok ja la dia baca walaupun sepatah aq tak paham, kat situ pun ada jugak mengaji pondok macam kita kat Malaysia nie, so masyarakat Islam still ada dikawasan tu... Dah selesai solat jumaat aktiviti yang seterusnya bersambung jam 5 petang...

Ok la, bersambung pada aktiviti jam 5 petang, abang dan akak aq plan nak bagi anak-anak diaorang mandi di pantai je untuk petang tu, aq pun ingat nak join sekali tapi tak bawak pakaian untuk mandi pulak, so just tengok je la anak-anak buah aq mandi sambil shoot gambar dikawasan sekitar pantai... Hehehe banyak sungguh mat salleh mandi petang-petang nie... Biasa la bukan Malaysia kan so bebas la nak buat apa pun so kalau nak bercuti tu tak elok sangat bawak budak-budak nie, tak elok untuk diaorang tengok kelakuan mat salleh nie... Paham-paham je la macam mana sikap dan cara pemakaian mereka tu kan?? Hehe dan aktiviti seterusnya diteruskan dengan jalan-jalan di pasar malam... Macam-macam yang ada dijual dekat sini, sorry gambar tak ada sangat untuk view dekat sini, hahaha tapi yang aq nampak banyak pork je... tapi yang halal pun ada la, don't worry keyh... Memang hidup pasar malam kat sini sebab ramai jugak rakyat Malaysia yang aq jumpa dekat sini...

Anak-anak buah sedang mandi sambil diawasi oleh my bro..
Sekitar pemandangan di kawasan pantai...
Suasana di Pasar Malam
Suasana di Pasar Malam
Dah penat berjalan dan mandi pantai so masa untuk makan malam la... Kali nie pak cik driver yang tolong pilihkan tempat makan sebelah je dengan masjid... Makanan kt sini ok2 la, sementara nak tunggu makan malam sampai abang aq ada order pancake pisang... Kalau datang jangan sini jangan tak try ok, sedap jugak.. Dia macam roti canai Malaysia lepas tu dekat atas ada letak susu or coklat Nutella... hehe sedap makan panas-panas... 1 biji dalam Rm2 je... Hahaha air sirap adalah bahan aq kena gelak, tu la order lagi sirap, air pandan yang aq dapat.. Pelik sungguh sirap diaorang nie... Hehe Haaa 1 lagi kalau korang datang 1 family or dengan kawan-kawan, 1 gelas teh o air tu boleh share untuk 3 orang minum... Sebab memang manis giler macam air gula... Tapi kalau jenis boleh minum manis ok je... Bukan ape, order banyak-banyak takut membazir je...

Tunggu makanan...
Makan ayam goreng...
Pancake pisang panas...
Keesokannya adalah hari terakhir kitaorang di Ao Nang, so sebelum nak check out kena la tapaw breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Songkhla dan Hat Yai... Menu untuk pagi tu ialah Nasi Goreng dan Nasi beryani... Nasib la peniaga tu boleh cakap bahasa Melayu... hehe so sementara akak aq tengah membeli sempat la aq dan adik bergambar untuk kenangan... Bila van dah sampai terus masuk bagasi dalam van dan bertolak ke destinasi seterusnya... Di Songkhla just bawak anak-anak buah nie melawat Zoo je... Hehe memang besar Zoo diaorang cuma nampak macam tak terurus sangat... Kat sini just tengok anjing laut punya show je.. ramai jugak orang Malaysia yang datang kat sini...
With adekk...
Hehe last moment here...
Songkhla zoo...
Selamanya Harimau Malaya...
Animal presentation
Animal Show...
Penonton yg hadir...
Pasar terapung menjadi destinasi terakhir sebelum balik, dekat sini mama, adik dan akak yang shopping sakan, hehe punya la ramai orang dekat sini... Kelantan ada, perak ada, kedah ada... Kiranya orang Malaysia kita yang datang sini sebab banyak bas Malaysia dekat sini... Bekas berasaskan tanah liat nie menjadi tarikan utama macam yang adik aq pegang dalam gambar kat bawah nie la... Aq beli jugak sebiji tapi bentuk doremon la... Hahaha comey k0wt.. Sebiji cuma Rm2 je. Mama aq plak borong dengan bakul, T-shirt dan macam-macam lagi... Tapi agak kecewa jugak la mama aq sebab tak tukar banyak duit baht.. Tak puas nak shopping katanya... hehehe memang syurga shopping la kat sini... Macam-macam ada.. Boleh buat orang perempuan rambang mata...

hahaha tarikan utama...
Nah dapat dah sebijik..
Sekitar pandangan di Pasar Terapung...
Ramai tak orang??
Tak larat nak naik tangga...
Hehe akhirnya kami sekeluarga tiba di sempadan Thailand lebih kurang jam 10 malam la jugak, sediakan Rm1 lagi untuk passport anda untuk dicop... bagi aq pengalaman bercuti bersama keluarga di Thailand adalah suatu kenangan yang terindah untuk mengakhiri diari dalam memori terindah dalam tahun 2012 nie... Semoga akan ada lagi kenangan terindah yang akan tercipta pada masa akan datang... Krabi,Thailand one of beautiful place to visit... Thanks for reading...

Sekian!!!!



Tuesday, December 4, 2012

Bookmark & Pocket Calendar Cik Rongoks

Salam,

Hari nie aq nak update sikit tentang entry yang aq dapat lucky draw hari tu... hehe ok la straight to da point.... Kelmarin penantian  free gift untuk lucky draw dari blog Kesah Cik Rongoks dah berakhir... Abang posmen dah hantar tengahri kelmarin... Tengok je sampul ada cop dari Ipoh, Perak... Tersenyum je sebab dah boleh agak siapa pengirimnya...


Bookmark dan pocket kalendar....

Terima Kasih Kak Ika dari blog Kesah Cik Rongoks atas pemberian ini... Sebenarnya entry nie aq dah nak update semalam tapi disebabkan masalah teknikal diblog nie so terpaksa postpone ke hari nie... Aq pun tak tau yang ada limit untuk gambar pada setiap satu hosting blogspot nie... dan blog nie dah hampir mencecah ke arah tu.. Hahaha biasa la gambar dari DSRL tak adanya nak compress dulu sebelum upload... So saiz memang besar la... Tak pe la, nanti nak kena godek-godek lagi bak kata Cik Pieja... hehehe setakat itu sahaja untuk kali nie... Thanks for reading....

Sekian!!!

Tragedi 4 Disember 2012....


Salam, Aq coretkan disini sekadar meluahkan kesedihan hati nie di dalam diari ini, mungkin diri ini bukanlah seseorang yang cukup sempurna untuk menjadi yang mampu untuk melengkapi dan membahagiakan hati seseorang.... Tapi bila dah tak lagi bersama mungkin sayang dlm erti brcinta tu tak dapat ditunjukkan lagi tapi sayang dalam erti persahabatan masih boleh diberikan dengan berkongsi pendapat dan mengambil berat atas kehidupan masing-masing... Kenapa masih lagi diri ini perlu diuji lagi semata-mata untuk mengetahui kebenaran yang awak sendiri dah tahu jawapannya, kenapa perlu bazirkan lagi air mata seorang lelaki, kenapa perlu mewujudkan retak dalam hubungan yang baru terbina, kenapa dek kerana ingin tahu keikhlasan hati ini seseorang ini, seseorang ini perlu menerima semua itu...

Wahai sahabat, fikirlah secara rasional, bukakan fikiranmu seluas-luas pandangan, renunglah seketika... Jangan kerana sejarah silam kau cipta dendam antara kita, jangan dek kerana kecewa terhadap lelaki, orang lain perlu menerima akibatnya, mungkin seseorang nie tak layak untuk memberikan nasihat untukmu, mungkin kehadiran seseorang ini tak memberikan apa-apa makna untukmu tapi sedarlah, mungkin dia tak sentiasa ada bersamamu apabila kamu perlukan bantuan dan sokongan, kehadirannya tak kurang juga untuk menceriakan hari-harimu dengan gelak tawa dan senda guraunya... Cukuplah setakat ini permainan yang kau cipta untuk seseorang yang bergelar lelaki, terlalu banyak airmatanya telah berguguran keranamu, usah kau biarkan ia terus berguguran lagi dengan segalanya ujikaji yang telah lakukan untuk kau menguji keikhlasan dan perasaannya... 

Seseorang ini tidak menunjukkan rasa prihatinnya dikala kau memerlukan perhatian yang sewajarnya waktu itu, tapi bukanlah bermakna seseorang ini abaikan kau begitu saja, setiap hari keadaan kau membayangi kehidupannya. Pernahkan SMS darimu seseorang ini abaikan sewaktu kau memerlukan perhatian dan keseorangan??? Rasanya setiap 1 SMS dari kau dia tak pernah abaikan... Mungkin tak begitu bermakna untuk kau hargai semua tu dalam hidup ini... Tapi bagi dirinya yang sentiasa menghargai dalam setiap perkara tentang kau, itu salah satu pengorbanan... 

Apakah lelaki lain diluar sana mampu lagi melihat wajah bekas kekasih yang dah menghancurkan hatinya?? Tak semua yang mampu, tapi seseorang ini masih mampu berada untuk menemanimu atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin... Kerana sayangkan hubungan persahabatan ini seseorang ini masih mampu tegak berdiri disampingmu meneruskan kehidupan ini dengan semangat yang baru... Tapi kali ini, sememangnya menghancurkan segala yang telah kita bina atas kegagalan masa lalu, dek kerana Ego dan sifat menguji perasaan lelaki.... 

58 hari seseorang ini memendamkan rasa sedih dan kecewa kau diperlakukan sebegitu oleh bekas teman lelaki kau dan kau cipta ujikaji nie untuk menguji perasaan seseorang ini, terlalu hebat dan sukar seseorang ini mempercayai semua kebenaran yang kau telah tonjolkan sekadar suatu eksperiment untuk mengetahui hati seseorang ini... Dalam hidup nie, hati seseorang tak akan boleh siapa pun yang meneka apa isi hatinya kecuali Penciptanya sahaja... Dengan tingkah lakunya mungkin kau boleh katakan seseorang nie tak ikhlas tapi dalam hatinya tak menggambarkan apa yang kau rasa sebenarnya... Cukuplah dengan semua ini.... Hati seseorang ini sudah kemarau dengan tangisan kerana seorang wanita, retak hati yang mula terbina setelah hancur sebelum ini... Jangan kau lukai lagi hati seorang lelaki ini yang inginkan bahagia dari seorang Hawa yang mampu membahagiakannya... Sekian luahan hati yang terluka kerana Wanita... terima kasih kerana sudi membaca luahan kekecewaan ini... semoga menjadi iktibar dan teladan... :'( 

Monday, December 3, 2012

Situasi 2 Disember 2012


Salam,

Kali nie aq nak update diari kehidupan sikit, lupakan kejap tentang bola sepak... Situasi 2 Disember, macam ada sesuatu yang menarik je kan terjadi pada tarikh tersebut... Sebenarnya macam nie, aq nie boleh dikatakan seorang pendengar yang baik la, so kalau ada orang nak story tentang masalah, aq sedia mendengar dan boleh bagi pendapat aq serba sedikit, mana la tau kalau-kalau boleh kurangkan beban masalah, so semalam ada la seseorang nie chat dekat facebook

Sebelum nie dia ada mintak aq buat sesuatu untuk tolong dia, so semalam dia chat la nak tanya samada aq boleh tolong dia atau tak... Hehe kepakaran aq dalam bidang komputer nie belum cukup untuk merealisasikan permintaannya... So dalam chat tu pelan-plan borak sampai la dia cerita masalah dia dekat aq... "Keegoan Seorang Lelaki". Pada aq susah seorang perempuan nie nak sayangkan seorang lelaki, tapi sayangnya lelaki tu ego dan buat seolah-olah kewujudan seseorang nie tak wujud dalam kamus hidup dia.... 

Seseorang yang aq maksudkan tu biarlah aq cuma namakan "K" je dekat sini... "K" nie aq kenal dan pertama kali bertemu dirumah my ex girlfriend semasa open house raya puasa tahun nie, melalui cara percakapan dia, cara prgaulan dia, aq da boleh agak "K" nie seseorang yang macam mana... Seriously dia seorang yang baik, lemah lembut, suka senyum, dan klakar la... Meskipun aq cuma pernah sekali tu je bertemu, tapi hingga ke hari nie aq dah rasa macam dah lama je aq kenal dia, bagi aq seseorang yang "K" anggap istemewa dalam hidupnya tak patut la buat "K" macam tu... Ego.. Aq pun lelaki jugak, tapi kadang-kadang ego nie boleh je kita ketepikan daripada membuat orang yang kita sayang menangis kerana kita... Kalau nak merajuk pun biarlah bersebab dan jangan la lama-lama sangat.... 


Gambar Hiasan.. ^_^

Apa yang boleh aq nasihatkan untuk "K" jangan terus lemah macam tu, jangan dek kerana Cinta kita lalai dalam segala hal yang lebih penting dalam hidup kita, Cinta itu macam-macam cara ia datang kepada kita... Lagipun dalam usia kita yang masih baru melangkah ke alam kedewasaan yang sebenar ini, masih rapuh untuk mengenal erti Cinta yang sebenar... Kalau seseorang itu ditakdirkan bukan untuk kita, jangalah terus menangis kerananya... Berdoa dan memohonlah kepadaNya yang maha mengetahui... Mungkin ada yang lebih baik untuk awak "K"...


Tapi pagi tadi aq buka facebook, so singgah dekat wall Si "K" nie dan terbaca status dia yang berbunyi lebih kurang macam nie la, "dengan mendengar perkataan 'Hai' darinya mampu mengembalikan kepingan hati yang hancur". Alhamdulillah, mungkin dia dah kembali senyum dengan orang yang tersayang.. Aq tumpang gembira... :')

Semalam jugak tak lena tidur bila sentiasa ketawa dengan ex girlfriend di Skype... Tak habis-habis menyakat aq... Biasa la bergurau... walaupun kami dah tak bersama, tapi perhubungan itu masih tetap rapat dan sentiasa mesra seperti dulu... Mungkin bagi ramai orang akan cakap "couple dengan BFF nie susah, bila putus nak tengok muka dah tak nak, benci lagi teruk la"... Tapi bukan untuk kami la... Bagi aq dan dia, kami masing-masing mendoakan yang terbaik untuk kehidupan masing-masing... Walau tiada jodoh untuk teruskan percintaan namun tak bermakna hubungan persahabatan terhenti dek kerana Cinta yang Tak Kekal Bersama.. Pelik kan dunia per-Cintaan nie... Lain orang, lain ragamnya dalam berCinta... Begiulah Cinta.. Pelik dan sukar diduga... 

Untuk my ex girlfriend yang baca entry kali nie, please jangan ketawa banyak sangat dan salah paham tentang semalam tau... "K" dah happy tu, kita pun sama-sama tumpang happy untuk dia tau.. Hehehe 


Gambar hiasan... ^_^

Perjalananku dalam melalui kehidupan untuk menemui Cinta terhadap sesama insan masih berterusan demi menemui seseorang yang akan mampu memberi kebahagiaan untukku selamanya.... 20 Tahun usiaku kini masih terlalu mentah dalam dunia perCintaan yg terlalu banyak karenah dan dugaan... 10 tahun lagi mungkin aku akan menemui apa yang aq cari ... Insyaallah semoga dengan izinNya aq akan dapat melalui saat itu... Amin


"Cintalah pada penciptaMu sebelum kamu mencintai ciptaanNya"

"Kuatkan dirimu dengan doa dan nasihat orang disekelilingmu, padamkan kesedihanmu dengan meluahkan doa padaNya, percayalah segala yang ditentukan untukmu pasti ada hikmahnya, kecewa dalam bercinta bukanlah akhir sebuah kehidupan tapi suatu permulaan dan pemberi semangat untuk kamu lebih kuat dan tabah menghadapi kehidupan...

p/s: Hehe nak tulis lebih-lebih tak boleh la sebab yang menaip nie pun tak jumpa lagi makna Cinta yang sebenarnya...  "I am a Fail in Love".

Setakat itu saja coretan diari untuk kali ini... Thanks for reading my blog... 

Sekian!!!!