Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, July 2, 2016

Lamanya Mr.H menghilang... Salam perkenalan Cik Eyka...





Setelah hampir setahun Mr.H menghilangkan diri. Akhirnya di penghujung ramadhan kali ini Mr.H kembali semula mencoretkan kisah kehidupan. Maafkan diri ini kerana terlalu sibuk dengan dunia kerja sampai update untuk memperkenalkan insan baru yang menghiasi dunia cinta Mr.H pun tertangguh.

Dari entry yang lepas pada 20 Oktober 2015, Mr.H ada menjanjikan untuk memperkenalkan insan baru yang kembali menyinari kehidupan Mr.H nie. Ku Nur Syafiqah Binti Ku Ahmad nama diberi, orangnya comel tampak berseri, senyumnya manis memikat hati, ewah bermadah-madah pulak. Macam tak eksaited sangat nak menaip sebab dah lama sangat tinggal blog nie. Tapi nak buat jugak come back untuk bulan Julai 2016 nie.

Kembali pada kisah Cik Ku Nur nie. Boleh panggil Cik Eyka je. Macam mana boleh kenal? Mungkin panjang kisahnya. Tunggu next entry time tenang-tenang skit nak menaip... Tak sangka jugak Mr.H yg kuciwa dan gundah gulana dgn cinta kedua boleh plak accept Cik Eyka nie. Mungkin yang nie insan yang sebenarnya yang tepat kot untuk Mr.H, Insha Allah. Jom tengok sikit siapa Cik Eyka nie.

My Cik Eyka
Amacam? Ok tak? Hehe mungkin akan ada lagi kisah tentang Cik Eyka nie dalam entry mendatang. Cukuplah dahulu sebagai entry perkenalan dan pengubat rindu Mr.H buat semua yang singgah disini. Insha Allah Mr.H tak akan hilang lama-lama dah macam entry yang sebelum nie. Salam kerinduan buat semua. Selamat Berpuasa. Terima Kasih kerana masih setia disini...

Monday, November 11, 2013

Roti Paung Terangganu, Gambang dan Janda Baik... Happy Holiday...



Hye... Macam dah lambat je kan blog update kali nie... Memang dah terlambat dah pun, maklumlah sekarang nie memang sibuk dengan mencari kerja la. 31 Oktober 2013 merupkan hari terakhir Mr.H menghadapi peperiksaan sebelum sah menamatkan diploma di Politeknik. So beberapa hari sebelum 31 Oktober tu, akak Mr.H yang ada di Perak ada la call tanya nak ikut dia bercuti di Pahang tak? Kalau Mr.H nak hari jumaat 1 November 2013 Mr.H dah kena bertolak ke Perak la sebab 2 November dah nak pergi.... Akak Mr.H suruh naik bas je tapi Mr.H plak yang tak nak sebab tak reti sebenarnya. 

Mesti nak gelak je kan bila cakap tak reti? hehe memang tak biasa pun naik bas. Rela naik motor lagi rasanya. So hari khamis ada 1 paper last, kalau tak silap subjek Wireless Communication kot. Memang susah soalannya. Muka semua ketat-ketat je time menjawab dan Mr.H la orang pertama keluar dari dewan sebab awal pulak siap menjawab(yakin boleh jawab sebab banyak soalan yg spot masuk). Habis je exam terus pergi repair apa yang patut sebelum nak berjalan jauh esok dan terus balik ke rumah mama...

Pada petangnya hujan dengan lebat tapi macam mana pun tetap nak kena balik ke rumah sewa jugak untuk bawak balik semua barang. Ye la dah 3 tahun lebih duduk di rumah sewa yang sama dan kali nie masa untuk pindah so memang banyak la barang nak kena bawak balik. Mr.H pinjam kereta gebu(vios) mama dan terus drive ke Jitra. Takut jugak nak drive tapi bawak je la... Yang penting yakin je. Penuh jugak la barang di bonet kereta dan seat belakang. Dan pada malamnya terus kemas baju untuk dibawa ke Perak.

Pagi ini 1 November 2013, jam 7:00 pagi Mr.H dah mulakan perjalanan menuju ke Manjung, Perak. Perghh memang jauh la bak hang... Lebih kurang 5 jam jugak la perjalanan dengan bawak motor. Memang sakit pinggang la bawak motor jauh-jauh macam nie, tapi bila dah biasa Mr.H dah boleh budget nak rehat dekat mana, nak topup minyak dekat mana, alhamdulillah hampir jam 12 tengahari jugak la Mr.H sampai dirumah akak Mr.H. Pertama sekali call mama dulu sebab tak nak mama risau.

Keesokan harinya seperti yang dirancang perjalanan percutian Mr.H bermula. Lebih kurang jam 8 pagi kami mula bertolak dan singgah di salah sebuah kedai makan untuk breakfast dahulu. Dari Manjung kami mengikut jalan biasa sebelum keluar pada highway Sungkai rasanya. Mr.H pun tak berapa nak ingat... So destinasi pertama kitaorang ialah menuju ke Gambang, Pahang. Sepanjang perjalanan kerja Mr.H cuma pegang hanphone akak dan camera je. Snap je apa yang ada dan semestinya bentuk awan la subjek favourite Mr.H.


Semasa lalu di jalan Genting-Sempah tu la antara yang memeningkan sebab jalan dia macam nak pergi Balik Pulau, Penang ja. Di jalan nie jugak Mr.H dapat tengok pemandangan Genting Highland dari bawah. Aduhai memang cantik. Sepanjang perjalanan nie novel Love You Mr.Arrogant menjadi peneman tapi tak boleh baca sangat pun sebab rasa pening bila fokuskan mata dalam keadaan kerendaan bergerak. Lebih kurang jam 4 petang kami tiba di Homestay  di Gambang. Fuhhh penat sangattt... Jom usha gambar sikit...
Pemandangan Genting Highland dari bawah...
Menuju ke Gambang...
Tersandar kepenatan...
Bilik Tidur...

Ruang Tamu...
Dapur....
Untuk pengetahuan korang, homestay nie memang berhadapan je dengan Gambang Waterpark. So korang yang datang jauh-jauh macam Mr.H nie boleh la stay di homestay nie dulu sebelum nak pergi mandi di taman tema air tu. Rate untuk homestay nie antara Rm180-Rm250 je ikut jenis rumah. Macam rumah yang Mr.H stay tu dalam Rm180 je 1 malam. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 air cond dan 3 bilik air. Kalau nak nak masak pun boleh sebab peralatan dapur disediakan dan mesin basuh pun ada.

Aktiviti malamnya Mr.H dan akak sekeluarga berjalan-jalan di Kuantan je dan kembali ke homestay untuk rehat sebelum meneruskan percutian ke destinasi yang seterusnya. Keesokan paginya kami semua lost plan nak kemana. Mulanya percutian kali nie abang Mr.H akan join sekali tapi last minute dia demam pulak so tak dapat join. Kalau tak memang best la nak pergi mandi manda di Gambang Waterpark nie. Fikir punya fikir last2 kitaorang menuju ke Kemaman untuk cari Roti Paung. Actually Mr.H pun first time dengar nama roti paung nie. So dari Gambang kami melalui Cherating. Best jugak pemandangan di sepanjang perjalanan nie.

Sekitar pemandangan di Cherating...

Balai Polis Cherating...
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
Akhirnya, setelah beberapa jam kami sampai ke destinasi yg dituju. Kalau korang dari Pahang kedai roti Paung nie teletak di sebelah kanan dan kalau korang dari Kuala Terangganu sebelum sampai di kedai roti paung nie korang akan nampak banyak orang jual jagung ditepi jalan. Cer tengok gambar yang sempat Mr.H snap. 

Nie la kedai Roti Paung tu...
Kalau dari Kuala Terangganu signboard nie sebelah kanan korang...
Roti paung... Yang nie jenis campur... ada banyak inti kat dlm nie... sedap.. hehe roti paung nie cuma ada kat sini je tau... memang susah nak dapat...
Singgah beli Satar dulu...
Pemandangan di Dungun... Kiri kanan kawasan terbesar Petronas... hehe
Belakang tu je laut...
Selepas mendapatkan roti paung, tak sah la kan kalau dah sampai ke Terangganu kalau tak makan keropok lekor yang paling sedap. So next destination of course la kedai keropok lekor 008. Memang setiap kali pergi ke Terangganu dekat sini la tempat yang mesti Mr.H akan singgah untuk beli keropok lekor dan losong. Sedar tak sedar dah terlewat sebenarnya Mr.H dan akak sekeluarga di Terangganu dan masanya untuk kami berpatah balik ke negeri Pahang. On day way nak ke Janda Baik, Mr.H ada singgah di kedai tepi jalan yang banyak jual keropok dan Satar. Mesti cuba satar kat sini sebab bukan selalu nak dapat jumpa.Memang jauh jugak la perjalanan kali nie. Ye la dari Pahang ke Terangganu kemudian berpatah balik ke Pahang. Jam 11 malam barulah kami tiba di Mak Lang Resort di Janda Baik... Letihnya badan nie...

Rumah Segi Tiga... Belakang nie je sungai...

Sungai... Keindahan Alam....

Sebelah kiri tu tempat nak buat bakar-bakar...
Jom mandi...
Mr.H tengah breakfast... Jom makan...
Nasi lemak bersama Satar... Memang sedap...
Nak mandi jugak... Sejuka bak hang... haha
The Royan Pahang... Awat la tak luruh.... hehe
Moment pagi... nak hisap madu... bunga nie putih pada waktu pagi tapi bertukar merah pada waktu petang...
Nature...
Selepas Hujan... Hari kedua disini...
Setelah 2 malam kami disini, dah tiba masanya untuk kembali semula ke Manjung,Perak. Sememangnya percutian kali nie antara yang best tapi kalau lagi ramai ahli keluarga Mr.H dapat join memang lagi best sebab di berada Resort nie memang  suatu ketenangan la... Kita dapat nikmati udara segar, jauh dari bunyi bising kerendaan, cuaca yang sejuk dan dapat rehatkan minda kita untuk seketika... Lepas dah checkout dari resort nie kami singgah di RnR Genting Sempah dan sempat jugak beli buah berangan nie... First time Mr.H makan. Sedap jugak sebab rasanya macam buah gajus yang dibakar. 

Signboard Genting-Sempah...
Usha apa? Mau beli belangan ka?? hahaha 1 kilo Rm18...
Buah Berangan...
No AES... Hahaha
Terowong Genting-Sempah...
Menuju ke Manjung...
Jauh jugak perjalanan melalui highway di KL nie. Dapat jugak Mr.H cuci mata melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Dan kami singgah di Masjid di Teluk Intan untuk solat. Mr.H ada ternampak signboard nie. Menarik jugak. Cantik mesej yang cuba disampaikan. Akak dan abang ipar pun bertukar driver sebab penat kan bila drive sorang-sorang nie. Alhamdulillah dengan izinNya kami selamat sampai di Manjung,Perak lebih kurang jam 5:00 petang.

BMW... hehe not just a car...
Ape maksud signboard nie?? any answer please?
Maaf kalau entry kali nie terlewat Mr.H update. Dalam kesibukan mencari peluang pekerjaan sekarang memang masa Mr.H untuk update disini adalah terhad disamping masalah double entry yang masih belum dapat dikenal pasti puncanya... Tapi blog ini akan terus mencoretkan segala kenangan dan warna kehidupan dalam Diari Kehidupan Mr.H.. Terima kasih kerana sudi membaca... 

Sekian Coretan Hati....




Friday, June 21, 2013

Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu. (Novel Review)


Syukur alhamdulillah akhirnya selesai jugak Mr.H membaca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu karya Sara Aisha. Seperti biasa Mr.H akan buat ulasan tentang novel yang telah Mr.H baca seperti yang sebelum ini iaitu Jodoh Itu Milik Kita... Jom tengok sikit cover novel nie...




Cantik kan? Beridentitikan ciri-ciri keadaan di Thailand. Apa-apa pun sebelum meneruskan ulasan Mr.H jom kita baca dulu sinopsis novel nie...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sinopsis Novel

“Kadang-kala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn adalah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian adalah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa….siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibat. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak…izinkan saya lindungi awak, Dian…” – Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia. I would do anything for her"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau baca dari sinopsis novel nie mesti korang tak kan faham kan? Well rasanya korang perlu baca keseluruhan novel yang best nie... Di dalam prolog novel, memaparkan satu situasi genting yang perlu dihadapi oleh watak utama novel nie... Kalau tak silap Mr.H la, scene tu dalam bab 10 kebawah la...

My Review
Watak dan Perwatakan

Dian Damia

Seorang novelis yang ingin mencari idea dalam penulisan novelnya(mesti Kak Sara Aisha imagenasi dirinya sendiri.. hehe). Merupakan seorang yang ceria, slumber, kelakar(bila pertanyaan kepada Karn Klaharn tentang bagaiamana dia tau becakap bahasa Melayu), bertudung, fokus(bila melihat keadaan sekeliling yang buatkan karn menganggap seorang novelis mempunyai fokus yang tinggi semasa mencari ilham untuk novelnya), anak yatim, mempunyai kakak angkat iaitu Liza, mudah mesra(perkenalan beberapa hari bersama karn dirasakan seperti sudah bertahun mengenalinya). Seorang yang menjadi penguat semangat kepada suaminya(sewaktu karn dilanda masalah sehingga berfikir untuk melarikan diri, Dian menjadi pendorong untuk suaminya itu terus bertahan meskipun dia turut merasakan ketakutan dengan masalah yang melanda mereka berdua). Tidak menganggap dirinya sebagai puan besar walaupun sudah bergelar isteri kepada Karn.

Karn Klaharn

Seorang pewaris kepada golongan bangsawan(diceritakan sendiri oleh karn sewaktu dia diculik dan Dian Damia meminta penjelasan siapa dia sebenarnya), dimusuhi oleh Sakda yang ingin memiliki kesemua harta milik keturunan Thanasukolwit(payah sungguh eja nama yang belakang tu, boleh rujuk bab 8 mukasurat 55 untuk kepastian.. haha), perkenalan dengan Dian Damia di hotel The Weene(sewaktu Dian Damia ternampak Karn sedang terjun ke dalam kolam renang, bab 2 mukasurat 9), menjadi orang yang dipercayai oleh Dian Damia setelah Dian hilang ingatan disebabkan dibelasah teruk oleh Manop, (bab 14 page 102), seorang yang bertanggungjawab, bersifat terlalu melindungi(sewaktu menerima hadiah perkahwinan dia dan dian, beliau mengambil keputusan untuk tidak membenarkan dian keluar walaupun sekadar di taman), tahan maki(sewaktu dimarah oleh kakak angkat dian atas apa yang terjadi selepas mereka diselamatkan dari penculikan).

Ada beberapa lagi watak sampingan dalam novel ini iaitu Uncle Sukrit, Liza(kakak angkat Dian), Mak Teh(ketua pembantu rumah Karn di Mayuree Villa), Sakda(musuh Karn), Manop, Pong dan Chen(penjahat suruhan Sakda). Nie antara watak yang Mr.H ingat la... hehe selebihnya korang layan sendiri la novel nie.. Jom kita ke plot jalan cerita pulak... hehe

Plot Novel

Ok la... Permulaan novel nie kita dibawa masuk ke situasi dian yang ingin bercuti di thailand untuk mendapatkan ilham bagi menyiapkan novel. Seterusnya kita ditunjukkan situasi sewaktu Karn dan Dian diculik oleh penjahat suruhan Sakda dimana pistol betul-betul diacukan dikepala Dian... (Fuh time suspen nie.. hehe) Komen Mr.H la, kalau prolog nie ambil part yang masa Dian nak kena pukul dengan besi oleh Manop tapi Karn dapat menembak dengan 4 das tembakan tu... Rasanya best jugak... Hehe sekadar pendapat... Si penulis mungkin ada reason sendiri kenapa pilih part tu sebagai Prolog novel...Apa-apa pun Mr.H suka...

Permulaan bab kita diceritakan dengan watak Dian Damia yang merupakan seorang novelis yang ingin bercuti ke Thailand untuk mendapatkan ilham bagi penulisan novel terbarunya.. Dalam awal bab nie, kita ditonjolkan dengan watak ceria Dian, seorang yang suka bergurau(situasi bila melambai pada kakak angkatnya bab 1 page 4), dalam permulaan bab nie jugak dibawa dan mengenali dengan beberapa bahasa Thailand. 

Pada bab yang berikutnya penulis membawa kita kepada situasi dimana Karn dan Dian diculik oleh orang suruhan Sakda seperti yang diceritakan di dalam prolog. Terdapat beberapa insiden yang cukup dramatik semasa mereka berdua diculik, dimana Karn mengorbankan dirinya untuk dipukul untuk membantu Dian meloloskan diri dari cengkaman orang suruhan Sakda. Namun Dian akhirnya ditangkap dan dibelasah teruk oleh orang suruhan Sakda iaitu Manop. Semasa riwayat Dian hampir ditamatkan, Karn muncul dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Manop yang akan membunuh Dian dengan batang besi.

Setelah kejadian itu, Dian mengalami keadaan trauma dan hilang ingatan sementara. Dan hanya Karn menjadi orang yang Dian percaya. Oleh kerana itu Karn mengambil keputusan untuk membawa Dian pulang ke Pak Chong. Disini kita diperkenalkan dengan watak orang gaji Karn iaitu Mak Teh. Semasa Dian dalam proses pemulihan. Mak Teh memainkan peranan yang penting jugak untuk menjadi penenang kepada Dian Damia. Semasa di sini jugak, ada situasi genting yang berlaku dimana Dian mengamuk sewaktu Krissada yang cuba menghulurkan salam perkenalan kepada Dian. Situasi ini menimbulkan konflik diantara Karn dan Kris.

Selain itu, semasa Dian dalam pemulihan, watak doktor yang membantunya turut memainkan peranan dalam membantu Dian disamping Karn yang sangat mengambil berat terhadap Dian. Dan ini sedikit sebanyak menimbulkan bibit Cinta diantara Karn dan Dian. Dalam masa yang sama, Krissada juga turut menyimpan perasaan Cinta terhadap gadis yang pertama kali menangkap pandangan matanya itu. Setelah beberapa lama, Dian semakin pulih dari sakitnya dan ini menimbulkan ketakutan buat Karn yang sudah mula mencintai Dian. 

Hal ini membuatkan dia sanggup membuat apa saja asalkan Dian Damia kekal berada disisinya yang akhirnya membawa kepada lamaran Karn terhadap Dian dan Karn sanggup untuk memeluk agama islam seterusnya melepaskan Le Grand kepada Krissada. Sewaktu mereka merancang perkahwinan mereka, pelbagai halangan dan dugaan yang mendatang yang membuatkan tarikh pernikahan mereka dipercepatkan dua minggu lebih awal.

Terdapat juga situasi dimana Dian merasakan dirinya dikurung dan terpenjara di dalam mahligai indah dek kerana Karn yang kuatir akan keselamatan Dian. Semasa Karn ke Bangkok untuk bertemu dengan penyiasat persendirian untuk mencari Sakda, Krissada membawa Dian ke Le Grand untuk mencuba anggur-anggur terbaik disitu. Hal ini mencetuskan konflik dan kemarahan teramat sangat oleh Karn yang bimbangkan keselamatan isterinya kerana telah terjadi 1 pembunuhan semasa ketiadaannya di Villa.

Sewaktu majlis perkahwinan mereka berlangsung. Kawalan keselamatan diperketatkan kerana bimbang akan diuji dengan permainan Sakda yang mungkin akan muncul sewaktu hari bahagia mereka. Namun ternyata jangkaan mereka meleset kerana Sakda tidak muncul semasa majlis itu berlangsung. Tapi setelah majlis itu tamat. Rumah-rumah pekerjanya dibakar oleh Sakda. Semasa situasi ini. Watak Dian sangat penting kerana menjadi penguat semangat Karn untuk terus tidak mengalah dengan masalah yang sedang mereka hadapi.

Dian juga menunjukkan watak keberaniannya apabila merancang untuk mengeluarkan Sakda dari persembunyiannya dimana tindakan ini membuatkan Karn semakin takut dan bimbang akan kehilangan isteri tercintanya sehinggalah suatu ketika Karn tergesa-gesa menyuruh Dian untuk mendapatkan perlindungan di Bangkok. Disaat ini mereka diserang bertubi-tubi oleh orang-orang Sakda yang akhirnya membawa mereka ke suatu tempat.

Disini segalanya telah terjawab dimana Sakda telah munculkan dirinya dan ternyata sesuatu yang tidak dijangkakan. Sakda adalah Krissada Sakdikul iaitu sepupu Karn dan orang yang sangat dia percayai. Ternyata pada mulanya keinginan Krissada hanyalah untuk memiliki kesemua harta Karn namun kini Dian menjadi keutamaannya. Hinggalah pada suatu saat Dian ditembak oleh orang suruhannya sendiri lalu Dian yang bernafas lemah memohon untuk Krissada melepaskan suaminya. Situasi ini sangat menyentuh perasaan Karn kerana disaat ini Dian masih mengutamakan suaminya dari dirinya sendiri yang akhirnya Krissada melepaskan mereka berdua.

Pada akhir bab kita dibawa oleh penulis semasa Dian sedang hamil dan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk sesi bertemu peminat novel Chan Rak Ter... karyanya sendiri. Disini jugak Dian berasa sakit untuk bersalin dan akhirnya seorang bayi perempuan bernama Irisa. Dalam bab nie jugak ada moment sweet semasa Dian dan Karn menantikan kehadiran jururawat untuk memberikan bayi mereka. Dan tangisan bahagia diluahkan semasa Dian menggendong puterinya.

Dalam epilog novel ini, kita dibawa kepada 5 tahun selepas kejadian itu. Dian dan Karn membawa Irisa bermain-main di Pak Chong. Ada jugak babak-babak romantis dan sweet dalam bab nie.. Alhamdulillah tamat sebuah cerita indah...

Komen dan Ulasan..

Novel nie pada mulanya macam tak menarik je tapi bila Mr.H dah dibawa dengan watak Dian Damia, mulalah jatuh Cinta dengan watak nie... Siap oleh terbayang lagi siapa pelakon Malaysia yang sesuai bawak watak nie... Yang Mr.H nampak of course la Eja atau Lisa Surihani. Diaorang sesuai rasanya. Antara part yang Mr.H suka bila Karn sanggup mengorbankan dirinya untuk melepaskan Dian pergi. Kat situ kita dapat lihat bertapa bertanggungjawabnya seorang lelaki... Alahai.. Berangan jugak nak jadi macam tu. hehehe 

Kemudiannya watak Dian yang menitikberatkan soal agama yang menarik perhatian Mr.H. Fuh.. Mudah-mudahan dikurniakan seorang wanita yang sangat menjaga aurat dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Sejuk hati nie taw. hahaha antara part yang sweet bila Karn menarik Dian untuk mandi bersama. Well terbayang-bayang dah nie, hehe bukan nak menggatal tapi moment nie jarang la k0t suami isteri nak buat. Tapi seriously nampak bahagia dan sweet sangat la... 

Terdapat 1 perumpamaan "Secebis rumput yang melekat pada istana" page 256, perghhh memang mendalam maksudnya. Tinggi betul bahasa-bahasa novelis nie yerk? Alahai nak jugak tulis cerpen yang ada guna bahasa-bahasa indah macam tu. Haaaa bab 34 jugak best sebab kita diceritakan dengan lamaran Karn terhadap Dian. "Will you.... Marry me?" Sporting giler watak Karn nie. Kalau Mr.H la, mau ketaq lutut jugak nak cakap macam tu. hehehe dan akhirnya lamaran Karn tu diterima pada mukasurat 262. 

Dan dalam novel nie ada berlaku 1 je typing error iaitu pada Bab 67 page 515. "Tuan Kalaharn cuma terlalu sayangkan [tuan], dan tak sanggup kalau apa-apa jadi kepada puan". Perkataan dalam kurungan tu je ada silap sikit... Hehehe sorry kalau terlalu detail. Mr.H memang minat dengan karya Kak Sara Aisha nie.. So review kali nie Mr.H bagi 4 bintang la dari jalan cerita yang menarik, situasi romantik, keadaan kemuncak dan ending yang mendamaikan. Tahniah. 

Sekian Ulasan dan Komen.. Thanks for reading. ^^

Wednesday, June 12, 2013

Lagu dan Cuaca... Seiringan Dalam Hariku...


Selamat Pagi semua... Alahai, pagi-pagi lagi dah mengeluh... Entah la kenapa dengan Mr.H hari nie... Rasa kehidupan untuk hari nie nak menyendiri je buat seketika tanpa buat apa-apa... Seriously... Mood untuk hari nie, sama macam cuaca je... Mendung je... Nak kata fikir something tak ada sangat pun yang memberi tekanan... Cuma rasa ingin bersendirian tu dari semalam lagi Mr.H rasakan... So aktiviti Mr.H hari nie cuma nak layan lagu, teruskan membaca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu sampai habis, sambil-sambil siapkan draft reivew novel nie, dan tidur dengan tenang tanpa apa-apa gangguan...

Tinggal lebih kurang seminggu je lagi untuk Mr.H nikmati baki cuti semester nie sebelum kembali jalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang normal.... So masa yang ada nie la Mr.H nak manfaatkan dengan segala aktiviti yang Mr.H ingin lakukan dengan sepuas-puasnya. Novel pun dah masuk bab ke-26, masih ada berpuluh bab lagi untuk sampai ke bab-77... Tak ape la.. Pelan-pelan baca. Nak baca novel nie kena ada penghayatan baru ada feel nak layan... Setakat baca saja tanpa perasaan, baik baca komik upin & ipin je...

Pagi nie jugak Mr.H dengar lagu yang sangat menyentuh perasaan Mr.H... Entah la kenapa setiap kali mendengarkan lagu ini bersendirian... Mata nie seolah-olah berkaca menanti pecah dan berguguran je air mata nie... Entah apa hebatnya lagu nie sampai mampu buatkan jiwa nie mudah tersentuh dengan lirik-liriknya yang sangat bermakna buat Mr.H iaitu lagu Bunga-Exist.

Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi

Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya

Ku mohon kau yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta

Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya

Setiap kali mendengarkan lagu ini, rasa macam sedih sangat... Entah la. Mungkin sebab Mr.H nie jenis lelaki yang berjiwa lembut dan mudah tersentuh agaknya... Dan pagi nie jugak ada 1 lagu lagi yang mengimbau kenangan kesedihan iaitu lagu Permata Yang Dicari-D'Hearty. Banyak kenangan dengan lagu nasyid nie jugak... Memang layan perasaan sensorang je la dalam bilik nie... Tak ape la, bukan selalu nak layan macam nie... Hidup nie kalau asyik gelak je, tak lengkap la kehidupan tu kan?

Alahai tak sabar nak post ulasan novel Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu nie.... Lepas subuh tadi dah 40% draft Mr.H dah taip dah... Insyaallah yang selebihnya akan Mr.H siapkan selepas tamat membacanya, tersentuh jugak layan novel nie bila watak utama yang hilang ingatan dan pengorbanan seorang lelaki untuk membantu memulihkannya.. Setakat yang Mr.H baca 75% Mr.H berpuas hati la... Jalan cerita yang menarik... Nanti tunggu je la Mr.H buat ulasan penuh... Tak best la cerita kat entry nie...  Rasanya setakat itu saja luahan rasa untuk hari nie.. Thanks for reading...


My mood today...

Sekian Coretan Hati...





Tuesday, June 11, 2013

Ringkasan Aktiviti Cuti Semester...


Hai semua... Tetiba je rasa nak menaip pulak jari jemari nie... Hari nie dah 11 JUN 2013, alahai tinggal beberapa hari lagi nak sampai tarikh 19 JUN 2013 iaitu hari pendaftaran poli... Rasa macam kejap pulak cuti yang hampir 2 bulan nie.. Ye la banyak sangat aktiviti Mr.H untuk cuti kali nie... Mula cuti je dah start kerja di Penang lebih kurang seminggu je sebelum stay je kat Perak nie sehingga habis cuti sem nie... 

Seriously cuti kali nie adalah cuti yang paling banyak masa Mr.H dengan berkurung dalam rumah dan bilik tidur je... Perghhh kalau sesetengah orang la terutamanya lelaki boleh jadi tekanan jiwa kot... Cuba bayangkan macam korang tinggal dalam penjara la... Hahaha sama kot situasi tu dengan Mr.H nie... Tapi Mr.H suka jugak sebab rasanya banyak masa Mr.H dihabiskan dengan download movie yang non stop dan edit blog nie je... 

Dalam cuti semester nie ada jugak la beberapa kenangan yang terjadi dalam hidup Mr.H. Ada suka dan ada yang duka... rasanya semua tu akan tetap Mr.H ingat la... Malas nak ulas satu per satu kenangan tu sebab rasanya kesemuanya dah tertera dalam entry sebelum nie... Bagi Mr.H semuanya tetap indah untuk dikenang walaupun kenangan itu adakalanya menyedihkan.. Biarkan semua tu terbuku disini dan diingatan Mr.H saja... Nak mulakan semester baru dengan buku baru je... Malas nak ingat apa-apa dah...

Novel... Aduhai target masa cuti nie nak habiskan dua buah novel tak tercapai la... Baru 3 hari lepas Mr.H mulakan pembacaan novel pertama untuk cuti semester nie iaitu Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu by Sara Aisha... Hadoi.. Harap sempat la habis dan buat review di blog nie... Setakat nie dah 15 bab selesai dibaca oleh Mr.H. Menarik jugak novel nie... Tapi Mr.H rasa novel nie masih tak dapat tandingi karya pertama si penulis la iaitu Jodoh Itu Milik Kita...

Salah 1 novel terbaik dan favourite Mr.H
Terlalu banyak kenangan Mr.H dengan novel tu... Ye la, banyak cerita kehidupan Mr.H ada berkait dengan novel tu jugak... Alahai kenangan indah yang hadirnya cuma seketika... Account personal facebook Mr.H? Entah la.. ada yang suruh active semula facebook Samprit Ungu tu... Tapi Mr.H pulak rasa selesa je bila deactive. Rasa hidup nie lebih tenang... Masa Mr.H pun terisi dengan baik je.. Kalau berterusan macam nie sehingga habis diploma nie.. Insyaallah, impian bersama Cik Pieja boleh tercapai rasanya...Chaiyok.. hehehe

Hari nie masa Mr.H banyak dihabiskan dengan download, dengar lagu di handphone dan meneruskan bacaan novel je... Bosan jugak... tapi tak ape la... 16 JUN nie Mr.H dah nak kembali ke Kedah dah.. Kemas barang dan balik rumah sewa... Tak sabar nak mulakan semester baru dengan jayanya... Lupakan seketika apa yang tak perlu difikirkan... Yang penting sekarang fokus je 6 bulan terakhir nie... Kalau nak tau update terbaru boleh je tengok kat blog nie, fan page, twitter dan instagram... Insyaallah akan sentiasa update disitu je... 

Tak tau dah nak merepek ape petang-petang nie... Nak pergi main dengan baby akak je... Penat dah berbelas jam dalam bilik tidur nie... hehehe biasa la Mr.H nie.. tak ada idea nak update so merepek je la kat blog nie... Kira ok lagi dari cakap dengan dinding sorang-sorang kan?? Yang tu parah la... hahahaa Thanks for reading... 

Sekian coretan hati



Friday, December 28, 2012

Jodoh Itu Milik Kita(Sara Aisha)-Novel Review...

Jodoh Itu Milik Kita-Sara Aisha...


Salam,

Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha merupakan novel yang telah aq selesai membacanya... So aq nak buat sedikit ulasan tentang novel yang bagi aq antara yang paling best dan menjadi pilihan pembaca... jom kita tengok sinopsis novel nie dulu yg aq copypaste dari pada blog penulis novel nie sendiri Sara Aisha..

___________________________________________________

Sinopsis

Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia
__________________________________________________________________

My Review & Comment

Kalau dari sinopsis nie pun dah cukup menarik minat untuk si pencinta novel seperti aq untuk membaca... Secara jujurnya Novel ini sangat membawa mesej yang lengkap untuk sebuah kehidupan .. Seriously watak Dahlia Darius sangat memberi kesan yang mendalam kepada pembaca... Seorang isteri yang comel, manja, setia pada Aariz Danial dan seorang yang baik terhadap ibu bapanya serta mentuanya... Watak Aariz Danial, seorang yang dihimpit dengan sejarah silam, sangat menyayangi isterinya, seorang jurutera yang berjaya, sangat menyayangi keluarganya...Bagi aq watak aariz nie sangat baik dan rasanya susah nak jumpa lelaki macam nie... Berangan-angan kejap aq jadi Aariz Danial.. haha prasan.. Watak Syafiq iaitu adik kepada Aariz Danial yang cukup membuatkan semua pembaca menyampah, meninggalkan Dahlia pada hari pernikahannya gara-gara ingin mencari kekasih lamanya, seorang yang merasakan kurang perhatian dari umi dan abahnya, menyimpan dendam terhadap Aariz, dan dihantui dengan sifat dengki terhadap Aariz... Hidupnya seakan-akan dibayangi segala kelebihan pada Aariz... 

Watak sampingan iaitu Teja dan Redza iaitu sahabat baik Dahlia, Redza menganggap Dahlia seperti adiknya sendiri, sangat menyayangi Dahlia, suami kepada Teja... Manakala Teja pula adalah sahabat baik Dahlia... Tempat Dahlia meluahkan masalahnya... Selain tu watak Joshua jugak memaikan peranan dalam novel nie iaitu sebagai sahabat baik Aariz di tempat kerjanya, seorang suka menyibuk dan kelakar... Itulah serba sedikit tentang watak-watak dalam Novel nie.. Plot penceritaan pulak sangat menarik dimana dimulakan dengan mood yang sedih iaitu semasa hari pernikahan Dahlia, dimana dia mendapat nota ringkas daripada Shafiq mengatakan pernikahan ini tidak dapat diteruskan... Disitu kita dapat lihat mood sedih yang dimainkan oleh penulis dan peranan Aariz mula kelihatan disaat kemunculannya pada hari pernikahan tersebut sebagai pengganti Syafiq... Selepas selesai dari situasi di hari perkahwinan, bermula sedikit konflik diantara Aariz dan Dahlia yang merupakan mangsa keadaan... Sedikit demi sedikit adegan kemesraan dan romantik mula dimasukkan untuk menambah keceriaan dalam novel... 

Pada bab yang berikutnya, tercetus konflik antara Syafiq dengan bekas kekasihnya dan rakan baik kekasihnya semasa syafiq mencari bekas kekasihnya di Wellington... Pada masa yg sama juga, Aariz dihimpit dengan konflik yang melanda dirinya diantara Umi dan Isterinya kerana permintaan uminya untuk mencari Syafiq... Pemergian Dahlia ke Tawau juga serba sedikit mewujudkan adegan romantis dimana Aariz meluahkan rasa rindu pada isterinya dan pada masa yang sama kepulangan Syafiq ke Malaysia telah mewujudkan sedikit konflik antara Syafiq dan Aariz... Aariz semakin rasa serba salah dengan kepulangan Syafiq kerana takut akan kehilangan Dahlia dan membuatkan Dahlia kecewa dengan sikapnya mencari Syafiq kembali... Berlaku lagi konflik antara ayah dan Syafiq akibat terlalu marakan Syafiq yang memalukan keluarga Dahlia dan keluarganya sendiri... Situasi cemas juga berlaku apabila Dahlia yang masih belum tahu kepulangan Syafiq ingin melawat Uminya di rumah, namun Aariz sampai pada masanya untuk melindungi isterinya... Berlaku konflik antara mereka bertiga, sedikit demi sedikit mencalarkan hubungan yang baru dibina antara Aariz dan Dahlia... 

Tekanan dari Syafiq membuatkan Aariz merasakan dirinya tidak layak untuk Dahlia... Berlaku konflik antara Aariz dan isterinya sehingga hampir-hampir melepaskan Dahlia dari hidupnya... Pengorbanan Dahlia dalam mempertahankan rumah tangganya juga dapat dilihat apabila beliau sanggup berhadapan dengan Syafiq dan mendapatkan Umi bagi mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang bernama Aariz Danial iaitu suaminya... Banyak situasi-situasi romantis dalam novel ini salah satunya dimana Aariz telah sedar kesalahan dirinya dan kembali mencari Dahlia di rumah ibu bapa Dahlia di Kelantan... Konflik kemuncak berlaku apabila Dahlia diperdayakan oleh Syafiq yang mengatakan umi sedang sakit dirumah, dan dia telah merancang untuk membalas dendam kepada Aariz, namun begitu rancangannya gagal apabila Umi datang menyelamatkan Dahlia. Umi ditolak oleh Syafiq dan kemudiannya Aariz tiba untuk menyelamatkan isterinya... Umi dan Dahlia dibawa ke hospital, pada masa yang sama Dahlia disahkan mengandung... Syafiq mula dihuni rasa bersalah yang teramat sangat akibat perbuatannya itu... Berlaku 1 situasi dimana Dahlia memberikan hukuman kepada Syafiq dengan memaafkannya... Maaf dalam bermaksud memenjarakan rasa bersalah Syafiq atas kesemua kesalahannya... Pengakhiran novel ini dimana Dahlia dan Aariz telah dikurniakan sepasang anak kembar sebagai simbol kekuatan cinta mereka.....

Seriously panjang jugak ulasan aq mengenai serba sedikit plot perjalanan Novel nie.. Pendapat aq memang best sangat novel nie... Kalau betul-betul menghayati ada bab yang dimana Dahlia bergaduh dengan Aariz dan bagi aq memang sedih sangat part tu... Dan part paling terharu dimana Dahlia berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina... untuk novel Jodoh Itu Milik Kita nie aq bagi 5 Bintang penuh untuk situasi-situasi romantis, watak yang comel dan penyabar, jalan cerita yang tersusun, cover novel yang menarik dan ending yang baik... Setakat itu sahaja ulasan novel yang aq dah baca dan kaji... Kesimpulanya anda tak akan rugi membaca novel nie... Thanks for reading...

Sekian..