Showing posts with label suka. Show all posts
Showing posts with label suka. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Cinta Hati 29 Oktober... Selamat Tinggal Mr.H...



29 Oktober 2014

Setelah sekian lama Mr.H menyepikan diri ini. Hari nie baru la berkesempatan dengan sedikit masa yang ada untuk meng-update sedikit kisah gembira dalam kehidupan.  Ada apa dengan Cinta? Ada apa dengan tarikh yang dinyatakan? Meh Mr.H nak kongsikan buat pengetahuan semua. Selamat datang ke dalam kehidupan Mr.H buat Cik Aein Mushi Comel. Siapa pulak Cik Aein nie? Inilah story yang Mr.H nak kongsikan untuk entry kali nie. Nama diberi Nurul Ain Binti Baharum. Perkenalan yang tidak diduga suatu masa dahulu telah menjadikan hubungan Mr.H dan Cik Aein nie kepada hubungan yg kami sendiri tak menduga akan seperti sekarang.



 

Jom back to da past kejap dimana perkenalan kami bermula. Cuba tengok dekat gambar di atas, pada gambar nie perkenalan kami bermula. Mr.H ada komen untuk mintak izin nak gunakan gambar Cik Aein nie untuk tukar DP Insta Mr.H. Saja ja rasa nak guna gambar orang lain dekat Insta tu. Kebetulan nampak gambar Cik Aein nie comel jugak. So request la untuk mintak izin untuk gunakan gambar dia. Ada 2 gambar yang Mr.H pilih. Diantara 2 gambar tu gambar yg kiri seperti yg tertera di bawah nie Mr.H gunakan untuk DP Insta Mr.H.





Lepas dah bertegur dan pinjam gambar nie. Ada jugak la tegur menegur dari Cik Aein nie dekat wechat bertanyakan tentang handphone je. Memang tak ada la topik-topik berkaitan perasaan nie sebab mode berkawan je masa tu. Tapi siapa sangka kan akan terjalin suatu hubungan yang tak diduga. Pernah jugak hati nie terdetik "kalau la dia jadi awek aq", dan akhirnya pada 29 Oktober 2014 tercapai jua apa yg diharapkan. Selama berkenalan dengan lebih mendalam nie, masing-masing mengharapkan yang terindah dalam hubungan nie. Apa yang kita harapkan tak semuanya akan bisa jadi kenyataan, kerana sebaik-baik perancangan itu adalah datang dariNya. Mr.H mendoakan yg terbaik utk hubungan nie ye sayang.




Semalam Cik Aein nie ada la men-story-kan sedikit tentang Mr.H kepada Mamanya. Feedback yang dapat Alhamdulillah respond yang baik dan suatu petanda yang baik jugak untuk berusaha mendapatkan Cik Aein ini dengan cara yang sebaiknya. Apa yang Mr.H plan sekarang cuma nak kerja dan simpan duit cepat-cepat. Tak nak buang masa takut apa yg digenggam terlepas kepada yang lain. Cinta tu mesti la dah ada kan? Cuma nak lagi best bila dah halal bersama. Lagi sweet kot? Insha Allah. Semoga ini sebaik-baik pilihan hati buat Mr.H dan keluarga. Welcome to my heart Nurul Ain. Love You dear. Selamat tinggal kenangan lalu. Izinkan daku mulakan hidup yang baru dengan insan ini. Terima kasih utk segalanya. Mungkin ini penutup buat Mr.H. Selepas ini tiada lagi Mr.H di dalam entry akan datang. Mr.Apit akan menggantikan Mr.H disini. 


 


Thanks for reading. Entry baru bersama orang yang baru.  Mr.Apit & Mrs.Aein...

Tuesday, August 12, 2014

Daku Kembali Merncoretkan Disini...



Lamanya tak mengupdate apa-apa kat blog tersayang nie. Dan tahun nie merupakan tahun yang paling malas buat Mr.H disebabkan pelbagai aktiviti dalam kehidupan nie. Dari habis study, menganggur, kerja dengan abang Mr.H seketika  then kerja di Prai Power Plant sampai la sekarang nie sambung training di UUM Sintokyo nie. Seriously tahun 2014 nie adalah tahun yang teramat sibuk la.

Update yang dijanjikan iaitu Koh Lipe For Da Second Time pun tak sempat nak update lagi sebab nak mengadap laptop nie pun rasa malas yang amat la. Bila on ja confirm layan movie saja. Then shut down. Facebook pun dah semakin Mr.H tinggalkan sebab masa dan malas nak mengadap lama-lama. Cuma yang aktif sekarang hanya di :


  1. Instagram- pena_jiwa23
  2. Wechat- samprit_ungu
  3. Whatsapp- mintak ler no I ok?... hehe


Entry nie pun sebenarnya malas nak update. Tapi disebabkan Mr.H bosan mengadap suasana bosan dalam makmal komputer nie so menaip la kejap. Oh ye cerita di UUM Sintok nie. Mr.H bukan la sambung buat degree ke ape cuma ada training untuk aplikasi fon. So selama 3 bulan nie memang Mr.H stay dekat sini la dan sekarang nie dah sebulan lebih Mr.H berada disini. Aplikasi fon yang Mr.H study kat sini macam game-game yang anda download kat Playstore dan Apps Store tu la. Tu la tujuan program nie sebanarnya. Tapi rasa lawak pun ada sebab memang tak ada kena mengena langsung dengan kos yang Mr.H belajar dulu. Memang main redah je nie.

Diharapkan selepas program nie maka hadirlah wahai kerja-kerja yang akan membina masa depan Mr.H. Dah umur 22 tahun dah tapi masih tak menetu lagi arah tuju kehidupan. Risau jugak. Insha Allah ada la kot nanti. Cuma tak  sampai lagi masa untuk rezeki tu hadir. Rasanya cukup la buat masa nie nak merepek dekat sini. Nanti ada masa Mr.H story lagi. Sekali lagi maaf dari Mr.H atas kesepian blog nie. Mood raya masih ada kot? Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berpuasa 6 dibulan syawal.

Sekian Coretan Hati...

Saturday, March 15, 2014

Semalam bersama adik angkat ke-4 (Shada)


Semalam bersama adik angkat? Haaaa jangan fikir bukan-bukan pulak ye? Hehe ceritanya tentang malam 13 Mac 2014. Actually dah lama jugak la plan nak jumpa dan makan bersama dengan adik angkat Mr.H nie. Tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing so terpaksa ditangguhkan dulu la sehingga malam jumaat, akhirnya kami dipertemukan. Mr.H stay di Seberang Jaya dan adik Mr.H nie pulak stay di Teluk Kumbar. Jauh jugak la nak ke sana. Lebih kurang pukul 6.45 petang Mr.H bertolak ke sebelah Pulau.

Atas jambatan Pulau Pinang memang banyak jugak la kerendaan sebab time orang balik kerja kan? So Mr.H dah plan nak solat magrib di masjid Sungai Batu sebelum jumpa adik Mr.H lebih kurang pukul 8 malam. Selesai je solat, terus Mr.H bergerak ke Restoran Nasi Arab yg terletak berhadapan tempat kerja Mr.H yang lama. Dari jauh Mr.H dah nampak adik Mr.H dengan orang perempuan lain. So Mr.H bergerak la ke meja yang diaorang duduk. Eh ingatkan jiran yang adik Mr.H pernah cerita sebelum nie. 

Rupanya kawan baik dia iaitu Cik Mimi bersama adik dia. Cik Mimi nie Mr.H pernah jumpa pada pertemuan pertama kali Mr.H dan adik Mr.H nie. Orangnya kelakar dan slumber. Memang menceriakan suasana buat orang yg pendiam dan pemalu mcm Mr.H nie taw. Haha adik Cik Mimi nie pun comel jugak. Nampak matang sangat. Boleh jugak lau nak jadi adik angkat Mr.H yang ke-6. Amboi mai dah gatai Mr.H nie. Back to da story, menu malam nie Mr.H serahkan dekat adik Mr.H dan Cik Mimi je nak order ape pun.

Sambil-sambil tunggu order sampai sempat la borak-borak kosong. Eh lupa nak story menu apa kitaorang makan. Ok la. Mr.H tak berapa tau sangat. So adik Mr.H order nasi arab lauk ayam setengah kilo sesuai untuk 4 orang, 1 telur dadar mayonis, Mushroom soup dan air ape ntah masing-masing. Macam Mr.H standard la, mesti minum babrican la. Ok jugak la nasi arab di Teluk Kumbar nie. Tapi tak sesedap di Nasi Arab Yamen di Manjung. Kat situ memang power. Sambil-sambil makan tu sempat jugak borak-borak dan tengok gelagat masing-masing.

Alhamdulillah niat Mr.H nak jumpa dan makan-makan dengan adik Mr.H nie dah pun tercapai. Lama jugak plan, baru nak sukses.Gambar makan malam tu memang tak ada sangat pun. Cuma sekeping kat bawah nie ja yang sempat snap. Insya Allah akan diupdate lagi dari semasa ke semasa ye. Thanks for reading.

Nasi arab ayam.. Lupa nak snap gambaq adik Shada, cik Mimi dan adiknya.


Sekian Coretan Hati....

Wednesday, January 15, 2014

Kenangan Kursus Di Akedemi Binaan Malaysia(ABM) Wilayah Utara(Sintok)


Hai, alhamdulillah dapat juga Mr.H kembali di sini untuk update ke-2 bagi tahun 2014 nie. Agak lama jugak kan menyepi lepas ucapan aluan untuk pembuka tahun 2014 nie. Maklumlah, Mr.H semakin busy dengan kursus di Akedemi Binaan Malaysia. Haaaa meh nak story sikit... Sebenarnya Mr.H ada plan lain untuk kursus nie. Sepatutnya Mr.H dah hadiri kursus di Sungai Petani pada 10 Januari yang lepas... Tapi disebabkan ada kursus di ABM nie rasanya rugi pulak kan lepaskan begitu saja... Bukan apa, kursus di ABM nie percuma aja sih... *Ngomong indonesia dikit... hahaha

Sepatutnya abang Mr.H bagitau awal la ada kursus di situ. Tapi disebabkan dah lewat, Mr.H dah ketinggalan 1 hari la masa pembelajaran. Dengan tempat kursus pun tak tau dekat mana. Pukul 11 pagi jugak la Mr.H sampai di ABM tu. Bila sampai je tengok ramai orang tengah pasang dah besi-besi tu. Eh lupa lak nak story kursus ape yang Mr.H ambil kat ABM nie... Kat ABM nie Mr.H ambil kursus Scaffolding Erection Level 1, kiranya basic la untuk bidang scaffoldding nie. Untuk first day nie memang penat la sebab dah lama tak berpeluh badan nie... tambahan pulak main dengan besi-besi yang memang berat. Hadoi... Sakit 1 badan... 

Meja makan yang dah jadi meja study Mr.H
Scaffolding yang hampir siap dipasang...
Barang-barang scaffolding...
Kertas Pengiraan.. Fuhhh susah beb...
Pemasangan Scaffolding...
Bersama semua peserta....
Peserta kursus pun kebanyakan lebih tua dari Mr.H rasanya. Tengok macam otai-otai je... Hari demi hari dah macam-macam benda baru Mr.H belajar dan dapat berkenalan dengan semua abang-abang nie. Mr.H je yang paling muda kat sini. Wahhh rasa macam adik pulak. Untuk pengetahuan korang, kursus yang Mr.H ambil nie kursus personal so cuma perlukan 10 hari je iaitu 8 hari kelas dan 2 hari untuk exam. Cerita bab exam memang susah la sebab ada 4 bahagian untuk level 1 nie iaitu Kertas Objektif, nak kena jawab soalan berkaitan akta dan segalanya tentang scaffolding nie. Kertas Pengiraan, nak kena selesaikan pengiraan yang agak susah la dari soalan 1-7... Bahagian ke-3 pulak kena buat pemasangan Scaffolding mengikut rekabentuk yang diminta dalam masa 2 jam dan terakhir sekali, tali. Kena buat ikatan dan jalinan.

Memang mencabar gila semua exam nie. Paling tak bleh blah masa pasang scaffolding tu la... Baju nie entah brapa kali perah dengan peluh pun tak tau... Dengan panas dalam gudang tu, dengan besi berat dan pasang laju gila.. Hahaha tapi memang best sebab Mr.H dah berjaya atasi rasa gayat bila berdiri di tempat tinggi. Bab ujian tali pulak Mr.H diberi tanggungjawab untuk jadi ketua kumpulan so Mr.H la kena bagi arahan nak kena buat apa dan apa. Alhamdulillah selesai jugak 7 jenis ikatan dan 1 sulaman. Memang perlukan seni dalam pengakap la nak buat simpulan tali nie. Maklumlah Mr.H nie ahli PBSM yang setia dari sekolah rendah sampai zaman poli... Hahaha

Masa kursus nie jugak Mr.H dapat ramai kawan baru la. Contohnya abang Helmi. Dia nie safety officer dekat KL. Orangnya ramah dan kelakar. Mr.H selalu berborak dengan dia, banyak la ilmu dan pendapat dia share kat Mr.H nie. Siap bagi contact number lagi sebab nanti dia ada projek nak on di langkawi, mana tau ada ruang-ruang kosong untuk Mr.H join bersama kan? Boleh jugak cari pengalaman baru lagi. Memang bertuah la Mr.H dapat kenal orang yang tak kedekut ilmu nie. Banyak lubang-lubang kerja yang boleh Mr.H dapat nanti. Insya Allah. 

Masa kursus dekat ABM nie jugak la mama bagi Mr.H pinjam si gebu(kereta mama) tu sebab ada 1 pagi tu hujan. Alahai memang lepas rindu nak drive la. First day tu takut-takut tu ada lagi tapi dah 2-3 hari bawak, rasa dah selesa sikit. Kereta nie pun lama-lama kalau tak bawak memang rasa tak cekap je. Last day Mr.H di sini sempat jugak la ambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan terindah kami bersama. Memang suatu pengalaman yang seronok sebenarnya menghadiri kursus-kursus pendek sebegini. Selain tujuan untuk dapatkan sijil, kita jugak dapat luaskan contact kita jugak. Biasa la, bidang kerja macam nie. Hubungan antara orang lain tu sangat penting.

Apa-apa pun pengalaman di ABM Sintok nie suatu pengalaman yang indah la bagi Mr.H sebagai permulaan tahun baru 2014 nie... Harapan Mr.H agar final exam hari tu lulus dan boleh ready untuk level 2 pada bulan 8 nanti. Settle ja level 2 nie, Insya Allah banyak kerja boleh Mr.H buat. Rasanya cukuplah setakat itu dahulu coretan Mr.H buat kali ini. Terima kasih sudi singgah dan layan celoteh Mr.H nie... 

Sekian Coretan Hati.... 



Sunday, December 29, 2013

Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland...


Hai semua, alhamdulillah Mr.H dapat meneruskan update sebelum melangkah pergi meninggalkan tahun 2013 dengan penuh warna warni kenangan... So update kali nie kisahnya tentang 25 Disember 2013. Iaitu public holiday la sempena cuti Hari Natal @ Krismas. Sebenarnya Mr.H pun tak tau yang akak Mr.H plan nak datang ke Cameron Highland nie. Ingatkan nak rehat kat rumah je sebab cuti pun sehari je. Kami bertolak dari Manjung, Perak lebih kurang pukul 8:30 pagi dan sampai di Cameron Highland dalam pukul 11 pagi. 

Destinasi pertama menjadi tempat persinggahan kami adalah di Tringkap.Kat sini macam-macam jugak barangan yang dijual. Kalau dari segi harga tu rasanya kat sini lebih murah la dari 1 lagi tempat yang ramai orang akan singgah selepas Tringkap nie... Contohnya kalau kat sini boleh dapat magnet yang lekat dekat peti ais tu cuma Rm1 setiap satu tapi dekat lagi satu tempat dah jadi Rm2 dah. So dekat sini ada la beli jugak keychain dan magnet di peti ais tu untuk bagi dekat kawan-kawan akak... Cer tengok gambar yang sempat di ambil di sekitar kawasan nie... Hehehe

Jom tengok apa yang ada...
KG. Tringkap
Sekitar pemandangan di sini...

Next destination of course la ke tempat yang jadi tujuan utama datang ke Cameron nie iaitu Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland untuk menikmati segala tumbuh-tumbuhan di sini. Tiket masuk cuma Rm3.00 sahaja bagi dewasa Rm1.50 bagi pelajar dan percuma kepada kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah. Tempat nie memang sangat sesuai dilawati sebab anda boleh menikmati pelbagai jenis tumbuhan disini yang memang cantik-cantik. Strawberi pun ada. Mr.H sempat jugak la mencuba ais krim strawberi yang dijual di kawasan tanaman strawberi nie. Jom tengok sekitar pemandangan disini...

Matahari silau la... mana spek mata hitam nie?
Nature... 
Mr.H di laman bunga... hehe skemanya..
Anak buah Mr.H...
Kuning yang seksi...
Cantik kan??
Menikmati suasana taman bunga...
Warna torquise yang menarik... Suka tengok pokok nie...
No Caption...
Ketenangan...
Boolat... hahaha
Unik... 
Eh ada lebah la... 
Strawberi... Nampak sedap je kan? hehe
Single... Alone... 
Purple... hehe favourite colour...
Lambatnya berjalan... lapaq nie... haha
Candid sekeping hahahaha
Bunga Matahari besaq gedabak...
Tomato atau dalam bahasa omputehnya Tomatoes... Macam sama ja.. Hahaha
Love this picture...
Buah Kundur yang besar.. banyak autograph kat buah nie...
Kelembutan....
Snap-snap lagi... Sronoknya baby....
tengah Instagram la... hehe 
View from da top... Sejuk bak hang...
Power of camera... Nikon D90...
Sekuntum Mawar Merah...
Symbol of Attraction...
Setelah puas mengelilingi kawasan disini, Mr.H sekeluarga bersiap untuk pulang. So tak kan la tak bawak balik buah tangan kan? Kami singgah sebentar di pasar yang berdekatan dengan hotel equatorial nie. Jom tengok apa yang ada dekat sini...

Hadoi.. Menggoda sangat strawberi nie.. aummm....
Sekitar pemandangan...
Macam-macam ada disini... Hehe
On the way nak balik... Sejuk sangat...
Dah siap membeli belah terus bertolak pulang ke Manjung,Perak. Perjalanan seharian di Cameron Highland nie sememangnya sesuatu yang memenatkan tapi best la. Insya Allah akan kembali lagi disini bersama my big family... Hope enjoy dengan update Mr.H kali nie.. 

Sekian Coretan Hati...