Monday, October 28, 2013

Coretan Kenangan Bersam BFF di Minggu Final Exam


Hai, Mr.H kembali lagi untuk melengkapkan diari mingguan Mr.H disini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk melukiskan cerita kehidupan sepanjang minggu ini. Seriously minggu nie sememangnya penuh dengan tekanan Final Exam la sebabnya Mr.H lambat nak start study dek kerana lama sangat stay kat rumah mama. So kerja online je la 24 jam. Hari sabtu Mr.H balik rumah sewa, dah mula pegang pen dan kalkulator. Aiiii maklumlah first paper Engineering Math 5 kot. Memang kena study dengan sebaiknya la. So cerita hari sabtu tak ada yang best sangat sebab Mr.H cuma berkepit dengan buku math je sampai malam.



Hari Ahad 20 Oktober 2013, haaaa hari nie Mr.H dah janji dengan BFF Mr.H iaitu Cik Pieja nak jumpa lecturer dekat poli. So Mr.H tunggu je la sms dari Cik Pieja sebab nak confirm pukul berapa nak pergi jumpa lecturer tu. Lepas dah confirm nak pergi pukul berapa akhirnya kami jumpa jugak di Bengkel pendawaian sebelum berjalan menuju ke tingkat 3 untuk jumpa dengan lecturer math terlebih dahulu. Tapi sayangnya lecturer math tak ada pulak sebab cuti kecemasan. So destinasi seterusnya kami berdua tunggu di makmal komunikasi data(MKD) sebab semua pensyarah ada mesyuarat pagi nie. Sambil menunggu tu masing-masing meluahkan kerisauan nak dekat final nie.


Alhamdulillah jam 10.00 pagi kelibat lecturer yang kami berdua nantikan pun tiba. Yang Cik Pieja gelak je bila lecturer tu pegang hanphone sebab Mr.H teka yang lecturer tu nak call Mr.H. Memang tepat rupanya. Hehe so kami berdua tunggu la dalam lab sementara lecturer tu prepare nota & soalan untuk ajar kami berdua. Wah bestnya dapat study berdua, rasa tenang dan selesa je. Mudah je faham. Banyak persoalan yang kami berdua tak tau lecturer tu terangkan. 2 jam kami study bersama tak terasa sebab seronok sangat. Selalunya dalam kelas memang tak larat nak tahan la walaupun sejam.

Masa kami berdua tengah study ada la rakan kelas kami yang lain pun datang untuk tengok markah Penilaian Berterusan dan ambil assignment. Lebih kurang pukul 12:30 kami dah stop study dan balik. Bagi Mr.H memang 1 kepuasan la bila dapat study sampai faham topik tu sebab rugi kot kalau tak jawab soalan dalam topik tu. 30 markah boleh terbang begitu saja... Aktiviti malamnya cuma study math sahaja sehingga jam 2.00 pagi walaupun hari selasa baru start paper. Apa-apa pun study awal la untuk keselamatan sebab subjek math nie pun merisaukan jugak buat Mr.H sebab rasa markah PB macam rendah je.

Hari Isnin 21 Oktober 2013, masih lagi melekat dengan buku math sampai ke tengahari la sebelum keluar beli menu lunch untuk hari iaitu nasi kerabu je. Selesai lunch cuma rehat, mandi, solat zohor dan tidur je sampai petang... Aktivit petangnya kalau pegang buku memang tak boleh blah la kan petang-petang nie. So on lappy kejap dan layan Jodoh Itu Milik Kita je. Lepas je magrib terus bersambung aktiviti study math. Tapi kali nie lain sikit sebab Mr.H nie suka study sensorang je, malam nie ada ramai jugak kawan-kawan masuk bilik dan study sama-sama. Bukan apa, Mr.H nie jenis study suka buka lagu kuat-kuat... Memang selesa je macam tu. Lagipun math kan? bukan nak kena menghafal sangat.Setakat jam 2.00 pagi saja mata nie mampu bertahan dan terus dibuai mimpi. Tapi sebelum tu dapat sms dari Cik Pieja. Alahai sian dia demam pulak...


Selasa, 22 Oktober 2013, hari nie adalah hari yang tersangat penting la. So lepas mandi terus Mr.H sambung study sehingga jam 1.00 petang. Lebih kurang pukul 1.50 petang, Mr.H dan kawan-kawan kelas dah bertolak ke poli. Mr.H tumpang kereta kawan je sebab hujan dah mula turun masa tu. Ya Allah, perasaan takut dan gemuruh mesti ada setiap kali nak masuk bilik exam nie. Bila tengok soalan memang agak susah la dan terus pandang Cik Pieja. Dua-dua buat muka stress... Hehe jawab je la setakat mana yang termampu.

Dan pada sebelah malamnya tak boleh nak rehat sebab esok ada paper penting lagi. Microwave Devices, memang Mr.H takut sangat sebab power jugak la subjek nie. Subjek yang Mr.H dan Cik Pieja study bersama pada hari ahad yang lepas. Memang Mr.H fokus gila study subjek nie sebelum pukul 1 pagi... Lepas je pukul 1 mula la hilang fokus... Takut tersangkut je sebab memang susah. Banyak Mr.H fokuskan kepada bab 4 dan 5 je sebab rasanya banyak soalan yang akan ditanya dari bab tu. Kali nie lewat sikit la tidur sebab makan nasi la, main WIFI jiran la... Hehe

Dan hari yang dinanti pun tiba, rabu 23 Oktober 2013, masuk je bilik kuliah 24 kiri kanan depan belakang semua pandang Mr.H sebab Mr.H ada usya soalan kat bahagian belakang... Memang susah dan ada bahagian yang Mr.H tak study langsung. Tersalah spot. Alahai memang rugi sebab markah mudah je boleh dapat. Tapi apakan daya, lain dibaca lain pulak ditanya. Dah usaha sebaik mungkin. Tawakal dan redha je la dengan apa hasilnya. Masa dah balik Mr.H ada dapat sms dari BFF Mr.H tanya tentang soalan tadi...


Apa-apa pun dah lepas dua paper nie baru la dapat menarik nafas lega sikit sebelum mengadap 1 lagi paper pada 31 Oktober nanti. Now rehat-rehat dulu di rumah mama. Tapi mama dan abah pulak tak ada kat rumah sebab pergi ke Melaka dan Johor sempena Konvokesyen Kakak Mr.H. So sensorang je la Mr.H kat rumah sehingga hari isnin nie. Sunyi jugak, takut pun ada tapi yang paling penting malas nak keluar beli makan.. Hahaha rasanya itu saja coretan lambat minggu nie... Busy sangat dengan mendownload tak habis-habis. Nanti Mr.H update lagi. Yang request ayat-ayat jiwang tu nanti lepas final Mr.H update.. Tengah mencari sumber inspirasi lagi... Thanks for reading.

Sekian Coretan Hati....


Wednesday, October 16, 2013

Hari Raya Aidiladha Keluarga Samprit Ungu 2013


Hai... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua... Hari nie raya kedua, masih ramai yang ingin menjalankan ibadah korban dan tak melepaskan family Mr.H pun ada jugak buat korban seperti tahun-tahun yang sebelumnya anjuran pihak taman perumahan nie... Well raya haji tahun nie nampaknya agak kurang meriah la... Biasa la kalau kat pantai timur je nak meriah bila raya haji nie.... Tambahan pulak kali nie ahli keluarga Mr.H pun tak semua yang dapat berkumpul beraya bersama... Akak kedua Mr.H kena demam campak so 1 family tak balik beraya dan abang Mr.H pulak kena kerja.

Tinggal akak Leen Mr.H je la yang ada bersama anak-anak buah... Cerita di pagi raya, Mr.H kembali terlelap lepas subuh dek kerana jam 4:00 pagi baru mata nak terlelap... Solat sunat aidiladha memang tak pergi la sebab dah lewat bangun. So lepas mandi terus kedapur untuk isi kuih raya kat dalam balang... Eh bukan kerja orang perempuan ke? Hahaha dah mama mintak tolong so buat je la... Adik Mr.H pun entah kemana hilangnya. Nak mengelak je kejenye. Lepas dah makan pagi ada jiran yang datang ziarah kat rumah. Siap bawak lemang dan rendang sekali... Thanks taw. 

Sedap rendang tu tapi lemang Mr.H tengok je sebab memang tak makan lemang... Rasanya dah bertahun dah tak makan. Pilihan Mr.H lebih kepada ketupat daun palas je. Oh ya sebut pasal ketupat nie. Tahun nie seperti raya yang lepas jugak, mama Mr.H ada tempah ketupat. Ok jugak la rasanya tapi kureng lemak. Tak macam ketupat yang mak sedara buat. Cukup dengan lemak dan makan dengan serunding ikan memang sedap...Kat bawah nie Mr.H nak share sikit gambar-gambar yang sempat snap semasa balik ke kampung kelmarin...


Mama Borong kuih...
Ketupat yg ditempah... 80 biji Rm50... Tak rebus lagi...
Yang nie setelah direbus... makan bersama kari daging.. memang sedap...
Mama dan Adik...
Adik Mr.H
On The Way nak balik kampung sekejap...
Kuih Raya....
Mr.H dan Anak buah no. 9... Nisa Zafira...
Ketupat, Serunding Ikan dan Teh O panas.. Maklumlah cuaca hujan...
Auni dan Nisa Zulaikha..
Nafis dan Hazeem...
Acu dan Anak-anak buah...
Uncle dan Nisa... *tangan yang teruk dengan urat... Kuruih sangat... hahha
Acu dan anak-anak buah...
Uncle dan anak-anak buah...
Zafira yang keletihan... 
Poyo kejap... Posing rayban...Boleh teqa tu??  #pinjam saja... haha
Snap gambaq pemandangan...
Suka tengok awan... ada burung kat bendang tu...
Rumah burung, awan disamping air yang tenang...
Sawah padi yang kuning...
Dah nak sampai dekat rumah... baru balik dari kampung... Sempat snap gambaq masjid nie..
Best jugak la dapat meluangkan masa dengan anak-anak buah kesayangan nie. Ye la. Jarang-jarang diaorang semua nie balik rumah mak tok dan tok ayah diaorang so nak jumpa tu susah la... Masa raya nie la nak dapat berkumpul sekali dan eratkan hubungan sesama keluarga... Setakat itu saja cerita raya Mr.H untuk kali nie... Dah nak dekat dengan FINAL EXAM... Wish me luck... 22, 23 dan 31 Oktober... Hari peperangan... Hehe Insyaallah Mr.H cuba yang terbaik buat kali terakhir...

Sekian Coretan Hati...

Sunday, October 13, 2013

Senja Nan Pergi...


Di suatu petang, 
Aku duduk bersendirian dihalaman, 
Menanti suasana senja yang hampir tiba,
Sudah sekian lama aku tak menikmati detik ini,
Lalu fikiranku dibawa pergi seketika,
Pergi membawa kepada apa yang akan kulalui selepas ini,
Dimanakah aku membawa laluan hidupku,
Risau, dan takut untuk menhadapi hari esok,
Arghhh lupakan seketika segala rasa itu,
Apa yang aku inginkan disaat ini cumalah ketenangan,
Suatu rasa yang aku amat perlukan diketika ini,
Usah biarkan ia mengganggu saat yang indah,
Tidak selalu suasana indah ini dapat aku nikmati,
Ya Allah,
Dengan izinMu aku dapat melihatnya,
Subhanallah cantiknya pemandangan ini,
Terasa ruginya kerana jarang melihatnya sebelum ini,
Kini kurasakan inilah keindahan yang sering aku abaikan,
Disaat keseluruhan matahari terbenam,
Cahaya jingga dan kicauan burung membawa kepada akhirnya,
Sesungguhnya saat itu adalah bermakna walau cuma seketika,
Andai itu kali terakhir aku melihatnya, 
Itulah detik yang terindah yang aku tidak akan lupakan,
Senja nan pergi akan terus pergi,
Cuma apakah aku masih berpeluang melihatnya lagi?,
Belum pasti apakah ketentuan Illahi untukku pada esok hari,
Semoga masih berkesempatan menikmati detik ini,
Insyaallah semua dengan izinNya.

Sekian Coretan Nota-Nota Hati... Diari Samprit Ungu...

Saturday, October 12, 2013

Coretan Mingguan 5-10 Oktober 2013


Hai semua... Chewah.. macam la ada yang ramai sudi singgah di blog kecik nie. Alhamdulillah Mr.H masih lagi mampu melakarkan coretan kehidupan Mr.H disini... Kita mulakan dengan hari ahad(5/10/2013). Pagi nie Mr.H masih lagi di rumah mama sebab kelas petang. So lepas update instagram, Mr.H ke dapur untuk bawak balik bekal breakfast+lunch sekali. Selalu macam nie sebab biasa la masakan mama rugi pulak kalau tak bawak balik. Jemu la makan lauk kedai kan? Menu hari nie nasi goreng je dengan lempeng pisang. Lepas je salam terus bertolak balik ke Jitra. Perjalanan dari rumah mama ke rumah sewa nie mengambil masa lebih kurang 40 minit la. Alahai malasnya nak balikkk... Sampai je kat rumah seperti biasa kena la pegang penyapu. Biasa la bilik kalau tinggal sehari dua pun dah berhabuk.

Selesai je kemas bilik terus makan bekal yang Mr.H bawak balik tadi sambil layan Running Man sebelum nak study untuk Test wireless petang nanti... Rasa takut jugak sebab test untuk subjek nie rasanya cuma ada 1 je. So time nie la nak score markah habis-habisan pun. Lebih kurang pukul 2:45, Mr.H dah sampai ke poli untuk test. Risau jugak sebab rasa macam tak berapa nak ingat sebab ye la study last minute. Nasib la Mr.H duduk sebelah Cik Pieja, boleh la jeling-jeling tengok jawapan dia sikit. Seriously memang tak boleh nak ingat gambarajah yang kena lukis tu. Habis je test 1 kelas mintak buat re-test semula sebab soalan susah sangat.

Cerita pada isnin, hari nie hari yang sangat indah untuk berehat dan relax sepuas-puasnya sebabnya kelas untuk hari nie ada yang dibatalkan dan ada yang ditunda gara-gara pembentangan projek akhir semester 6. So pagi nie, Mr.H bergolek-golek je la di tempat tidur sehinggalah dapat sms dari Cik Pieja nak datang rumah sewa dalam pukul 10 macam tu la... Mr.H pesan la dekat dia jangan lupa call bila sampai sebab Mr.H nak sambung tidur. Maklumlah, pukul 4 pagi baru tidur, mata nie mengantok lagi la... Sebelum nak tidur tu Mr.H mandi dulu. Memang best la lepas sejuk-sejuk mandi dan terlelap semula sampai la dapat berapa kali miss call baru terjaga. Owh, nak mintak tolong tentang pendrive rupanya. Ingatkan ape la yang penting sangat. Lepas dah settle hal pendrive tu, Cik Pieja ada la call lecturer nie bertanyakan kelas untuk keesokan harinya.
mood: bosan...
Berita gembira.... Kelas ditunda jugak untuk esok dan maknanya still cuti maaa... hehe aduhai bestnya. Seharian Mr.H layan movie sampai malam... Selasa, tak payah cerita la sebab seharian Mr.H layan movie je. Memang tak ada buat apa pun kecuali malam la ada study sikit untuk test pada petang esok. Hari rabu tekak nie teringin pulak nak makan nasi kerabu antara yang best dekat Jitra nie. So keluar la pergi beli dekat tepi jalan tu. Alhamdulillah tak ramai sangat orang so tak perlu nak tunggu lama... Kalau tak memang lambat la nak kena beratur menunggu. Petangnya pulak beli nasi lemak royale tapi kureng best sebab terlebih pulak minyak dalam kuahnya... Aiiii story bab makan je kan hari rabu nie? hehe well memang hari nie keje makan la... 

Test pada petang nie alhamdulillah, soalan boleh tahan susah tapi jawapan still boleh ingat dan boleh jawab kira ok la kan? Sebelum tamat kelas. Mr.H dan Cik Pieja ada la jumpa lecturer nie nak mintak dia ajarkan kami berdua bab yang kureng faham la. Tapi sayangnya dia ada kursus pulak. It's ok la BFF.. Nanti kita plan lain ok? Ye la, final dah tak lama tapi bab tu memang susah sikit. Kalau tak study, sah-sah 20 markah untuk soalan tu dah melayang tau.. Kisah pada malamnya. Geng kelas Mr.H nie la nak buat makan-makan & bakar-bakar katanya. So tak kan nak duduk rumah sensorang kan? Join je la diaorang buat dekat dengan rumah awek-awek kelas nie di Taman Mahsuri.

Tapi geng Trio(Cik Pieja dan Cik Kamila) tak join la. Alahai dah kureng best dah kat situ... Hehe aktiviti tu start pukul 9:00 malam sehinggalah pukul 12:30 pagi... Memang meriah la dengan gurauan dan gelak tawa kami semua. Gambar?? ada la dua tiga orang yang snap guna camera Cannon diaorang... Mr.H tak bawak En.Nikon Mr.H. Ye la nanti kesian dia tak ada geng... Hahaha tapi time nie rasa bosan pun ada... Mr.H duduk je tengok diaorng bakar-bakar. Tak larat nak buat apa sebab sakit pinggang, tak boleh nak berdiri lama-lama... Yang paling Mr.H risau jiran-jiran dekat situ la. Takut jugak ganggu diaorang nak tidur ke. Faham-faham je la dah pukul 12 lebih kan? tapi kami semua still riuh rendah. Pukul berapa Mr.H tidur pun tak sedar dah malam tu sebab penat sangat.

Khamis adalah last day dan hari nie nak balik ke rumah mama.... Sebelum balik tu ada la keluar kejap pergi ke ATM keluarkan duit dan lalu la dekat dengan banggunan C-Mart Jitra yang runtuh hari tu. Teruk jugak la kerosakan dia... Dah la baru bukak je C-Mart tu. Rasanya masa raya puasa hari tu je baru bukak. Rasanya tak ada yang begitu menarik sangat dalam life story Mr.H minggu nie. Nak mencipta entry yang touching lagi tapi macam susah je idea nak datang sekarang nie... Suka menaip macam tu tapi rasanya semakin kekeringan idea. Mungkin disebabkan final exam yang akan menjelma pada 22, 23 dan 31 Oktober ini... Wish me luck.. Hope semuanya dipermudahkan. Insyaallah akan update jugak 1 or 2 entry lepas nie... Thanks for reading k.... 

Sekian Coretan Diari Hati....

Saturday, October 5, 2013

Coretan Mingguan 29 September- 4 Oktober 2013...


Alhamdulillah coretan minggu ini kembali lagi dalam kisah kehidupan Mr.H sebagai seorang pelajar. So Mr.H mulakan dengan hari Isnin sebab hari Ahad tak ada yang menarik sangat pun nak diceritakan. Kelas pagi Isnin nie dimulakan dengan kelas Microwave devices oleh Puan Habshah. Seperti biasa siapa datang lewat kena stay kat luar kelas, sampai kedatangan semua pelajar yang datang awal diambil, baru lah boleh masuk. Mr.H dah pernah kena sekali hari tu so sekarang dah insaf laa. Hahaha hari nie cuma belajar 2 subtopik je untuk kuiz pada hari Rabu nie. 

Dua subtopik pun bila dah ada huraian memang penuh nota Mr.H tu dengan nota-nota tambahan. Pergghhh memang berat la kepala nie nak hafal semua tu. Klystron dan Reflex Klystron... Cara nak lukis, fungsi setiap bahagian. Memang susah la. Habis je kelas Microwave ada masa rehat sejam. Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina tengah buat mesyuarat agung nak lepak dekat kafe yang mana satu. Akhirnya Cik Pieja dan Cik Kamila je yang pergi beli makan dekat kafe tengah. Mr.H dan Zalina tunggu je dekat Bengkel Pendawaian(tempat yang selalu kami sekelas berkumpul). Masa kami berempat tengah santai dekat Bpen tu, ada la junior dari meja sebelah nie pandang je kat meja kitaorang. So timbul la persoalan Cik Pieja dekat Mr.H. "Depa tu awat dok tengok kat sini?". Lama jugak Mr.H pandang je kat meja diaorang nak cuba ingat sapa la agaknya adik-adik nie. Baru teringat rupanya adik-adik nie selalu bertukar kelas dengan kitaorang lepas kelas engineering math.

Tapi cara pandangan diaorang macam heran agaknya kenapa la Mr.H bersama dengan awek-awek nie. Nak buat macam mana. Depa nie la sahabat Mr.H yang paling rapat kat poli nie. Tak salah pun berkawan. Bukannya berChenta. Kelas math hari nie cuma masuk Bab yang terakhir iaitu bab 4. Alhamdulillah faham jugak la bab nie daripada bab 3.Habis je kelas math terus pergi beli makan tengahari dan rehat je kat rumah sampai malam.. Menu makan malam hari nie agak melampau ye sebab first time makan nasi lemak royale secara berlebihan. Nasi, ayam goreng, telur rebus, tambah nasi, dan tambah lagi sekali nasi... Kiranya macam nak makan untuk 3 orang la. Ish ish ish teruk sungguh selera malam nie.

Tapi akhirnya habis jugak bila Mr.H makan. Ikut nafsu sungguh makan malam nie. Yang penting sekali jangan membazir. Memang lena dengan nyenyaknya Mr.H tidur malam tu ditemani hujan malam yang dingin. Memang terbaik la. Pagi selasa Mr.H ada kelas Wireless dan hari nie ada kuiz ke test ntah. So masuk dalam lab macam biasa la. 1 meja cuma dua orang je yang dibenarkan. Tempat Mr.H of course la sebelah Cik Pieja. Hehe well BFF tak akan terpisah. Plan nak share jawapan tak menjadi la sebab Puan Nui ada sekali jaga dalam lab kali nie... Memang kena perah otak je la apa yang study semalam... Nak pandang Cik Pieja kat sebelah pun Mr.H takut walaupun Cik Pieja ada jugak berbisik tanya jawapan. Sorry awk, Mr.H tak dapat nak bantu.. Cik Khaizilah dan Puan Nui asyik pandang je ke arah Mr.H

Tak berani nak ambil risiko untuk kantoi memberi tiru... Hehe so habis je kelas macam biasa la beli lunch dan balik rumah sewa makan sambil layan Running Man... Aktiviti yang hampir sama bila kelas pagi... Kisah pada petangnya, Mr.H ada jumpa Yu, kawan facebook dan poli Mr.H sebab dia nak bagi balik hardisk yang Mr.H pinjamkan hari tu serta nak copy movie baru untuk rakan serumahnya Cik Syaz dan Cik Nabila. Dalam pukul 6 lebih jugak Mr.H pergi jumpa dia sebab Mr.H busy sikit petang nie.Pada rabu pagi nie dimulakan dengan Mr.H ke taman siswa untuk cari breakfast, selalunya beli dekat dengan rumah sewa nie je. Tapi dah jemu je rasanya so cuba la nasi lemak kat tempat lain pulak. Ok jugak nasi lemak kat taman siswa nie. Sambal dia memang best.

Pada sebelah petangnya Mr.H ada kelas Microwave dari pukul 3.15 sehingga 6 petang. Aduhai timbul urat kepala tau bila overlimit dah nak study subjek nie. Dah la subjek nie berat. Lec nie pulak nak sumbat banyak-banyak. Memang sakit kepala la hari tu. Sebelum nak balik Mr.H singgah dekat rumah sewa Yu nie, tapi dia tak ada pulak sebab tak balik rumah lagi. Lewat dah nak tunggu pun, so balik asar dulu sebelum keluar semula beli makan malam dan jumpa Yu nie sekali lagi...Menu hari nie nasi kahwin je. Simple dan cepat. hehe so sampai je dekat rumah sewa Yu, Mr.H sms dia bagitau yang Mr.H dah sampai. Lama jugak la menunggu, akhirnya Yu sampai jugak. Dia pergi print rupanya. Mr.H ingat dah sampai kat rumah. Hehe dekat pukul 7 jugak Mr.H balik ke rumah sewa, terus mandi dan ready untuk magrib. Aktiviti malamnya cuma melayan game je sehingga terlelap. Tak tau nak buat apa. 

Nasi Kahwin... Menu para students... hehe
Dan last day Mr.H kat rumah sewa, hari khamis. Hujan turun dengan lebatnya pagi tu sehingga tidur pun hampir terlajak. Siap je mandi untuk ke kelas hujan masih lebat. Bila check fon rupanya Cik Pieja ada hantar sms tanyakan Mr.H samada nak tumpang dia ke x. Tapi lewat pulak Mr.H baca sms tu. Alahai dia dah sampai poli dah pun. Huhuhu So pagi tu Mr.H tumpang Cik Miera je la sebab dah terlewat dah untuk ke kelas math. Alhamdulillah sampai jugak walaupun terlewat. Lagipun ini kelas terakhir untuk subjek nie so kena la pergi jugak. Kalau tak tak faham pulak subtopik terakhir nie. Habis je kelas Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila, Cik Miera dan Zalina ke Jabatan Teknologi Maklumat untuk jumpa lec math nie nak tengok markah kuiz dan test. Hadoi bila tengok markah  je rasa takut pun ada sebab markah ada yang ok dan ada yang ko... 

Cuaca pagi Khamis yang masih hujan...
Selesai je dekat Jabatan kami semua bergerak ke parking kereta. Zalina dan Cik Miera balik berdua. Cik Kamila drive kereta sendiri dan Mr.H pulak Cik Pieja tolong hantarkan. Hehe biasa la kami kan BFFDalam perjalanan balik tu ada jugak topik kami berborak bersama. Itu la kan, bila dah namanya kawan baik nie. Mesti ada je cerita nak dikongsikan bersama.. Rasa hilang bosan dan sunyi nie seketika. Mr.H plan nak bawak adik Mr.H dan Cik Pieja santai di Pantai Murni, tak pun ke Kuala Perlis duduk tepi laut dan makan laksa. Tapi mama pulak tak bagi Mr.H drive gebu(kereta) kesayangan dia tu. So aktviti Mr.H pada jumaat nie cuma basuh motor dan tidur je lepas balik semayang jumaat. Alahai bosannya... Layan instagram je la seharian nampaknya. Asyik nak update je. Rasanya itu je kot coretan minggu nie yang tak begitu banyak cerita. Tapi moment Mr.H bersama BFF bagi Mr.H, terlalu bernilai kerana senyuman ini sentiasa terukir disaat Mr.H bersamanya. Thank You so much sahabat dunia akhirat. Thanks for reading...

Sekian coretan hati...

Thursday, October 3, 2013

Cinta dan Persahabatan... Bisakah Bersatu?


Dalam menjalinkan sebuah hubungan persahabatan antara lelaki dan wanita, pastinya akan wujud secebis perasaan diantara satu sama lain. Sukar untuk dinafikan perasaan nie bagi seseorang kerana hadirnya tanpa diduga... Disaat sesebuah persahabatan itu terjalin, maka akan terbitlah rasa disayangi, ambil berat serta perhatian diantara dua jiwa ini... Namun untuk meluahkan pastinya akan ada rasa ragu-ragu dan takut kehilangan serta memulakan onar dalam sebuah hubungan yang telah lama dibina. Benar. Kadangkala, rasa itu ingin dilontarkan mengikut kata hati yang meronta-ronta untuk meluahkan apa yang terbuku selama ini. Tapi pastinya akan berbelah bahagi perasaan itu seketika, samada ingin melafazkan atau sekadar memendam rasa di dalam hati. Andai tidak mencuba kuatir si dia hilang dari pandangan mata untuk selamanya dan jika mencuba belum pasti si dia dapat menerima hubungan yang terbina atas tiket persahabatan... Memang benar ramai orang berkata, sahabat baik tak mungkin boleh jadi kekasih. Impaknya jika sesuatu hubungan itu menemui kegagalan, belum tentu hubungan persahabatan yang telah lama terbina akan menjadi jernih seperti sebelumnya. Sanggupkah untuk mengorbankan ikatan Persahabatan yang bertahun lamanya dibina bersama dek kerana rasa Cinta yang belum pasti apakah penghujungnya? Dan tidak salah jugak untuk mencuba kerana siapa tahu si dia juga menyimpan rasa yang sama terhadap dirimu? Pastinya sebuah hubungan itu akan menjadi lebih indah dan bahagia. Konflik dan perselisihan faham sememangnya menjadi seperti gigi dan lidah dalam sesuatu perhubungan. Begitulah jua dalam perjalanan sebuah kehidupan, pastinya akan ada gelora yang akan menggugat keutuhan sebuah ikatan. Apa yang sebaiknya adalah perbincangan dan fikiran yang matang mendahului segumpal emosi yang membuak di dalam hati. Usah biarkan emosi itu disebarkan tanpa sempadan. Setiap patah kata yang tercipta dari sepasang bibir harus dipelihara. Kerana ular gagah pada bisanya, manusia membunuh dengan kata-katanya... Jangan kerana emosi yang tidak mampu dikawal, hilang kewarasan kita dalam berbicara. Implikasinya hanya meninggalkan sebuah luka yang mendalam diatas sekeping hati yang lara. Sahabat dan Kekasih adalah berbeza, namun pabila disatukan keindahannya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Namun keindahannya akan jauh lebih bermakna andai gelaran Kekasih itu berubah kepada si dia yang ditakdirkan sebagai Jodoh kita. Nikmat perhubungan yang tidak dapat dibayangkan kemanisannya. Impian setiap insan yang ingin mencintai dan dicintai dalam sebuah perhubungan yang diredhai Illahi. Semoga akan kumiliki detik itu bersamanya... Insyaallah, segalanya terserah padaNya yang menentukan segalanya... Buatmu Jodoh yang terindah, toleransi antara kita adalah kunci kebahagiaan yang ingin kita miliki bersama...

Coretan Nota-nota hati Diari Samprit Ungu...