Saturday, October 12, 2013

Coretan Mingguan 5-10 Oktober 2013


Hai semua... Chewah.. macam la ada yang ramai sudi singgah di blog kecik nie. Alhamdulillah Mr.H masih lagi mampu melakarkan coretan kehidupan Mr.H disini... Kita mulakan dengan hari ahad(5/10/2013). Pagi nie Mr.H masih lagi di rumah mama sebab kelas petang. So lepas update instagram, Mr.H ke dapur untuk bawak balik bekal breakfast+lunch sekali. Selalu macam nie sebab biasa la masakan mama rugi pulak kalau tak bawak balik. Jemu la makan lauk kedai kan? Menu hari nie nasi goreng je dengan lempeng pisang. Lepas je salam terus bertolak balik ke Jitra. Perjalanan dari rumah mama ke rumah sewa nie mengambil masa lebih kurang 40 minit la. Alahai malasnya nak balikkk... Sampai je kat rumah seperti biasa kena la pegang penyapu. Biasa la bilik kalau tinggal sehari dua pun dah berhabuk.

Selesai je kemas bilik terus makan bekal yang Mr.H bawak balik tadi sambil layan Running Man sebelum nak study untuk Test wireless petang nanti... Rasa takut jugak sebab test untuk subjek nie rasanya cuma ada 1 je. So time nie la nak score markah habis-habisan pun. Lebih kurang pukul 2:45, Mr.H dah sampai ke poli untuk test. Risau jugak sebab rasa macam tak berapa nak ingat sebab ye la study last minute. Nasib la Mr.H duduk sebelah Cik Pieja, boleh la jeling-jeling tengok jawapan dia sikit. Seriously memang tak boleh nak ingat gambarajah yang kena lukis tu. Habis je test 1 kelas mintak buat re-test semula sebab soalan susah sangat.

Cerita pada isnin, hari nie hari yang sangat indah untuk berehat dan relax sepuas-puasnya sebabnya kelas untuk hari nie ada yang dibatalkan dan ada yang ditunda gara-gara pembentangan projek akhir semester 6. So pagi nie, Mr.H bergolek-golek je la di tempat tidur sehinggalah dapat sms dari Cik Pieja nak datang rumah sewa dalam pukul 10 macam tu la... Mr.H pesan la dekat dia jangan lupa call bila sampai sebab Mr.H nak sambung tidur. Maklumlah, pukul 4 pagi baru tidur, mata nie mengantok lagi la... Sebelum nak tidur tu Mr.H mandi dulu. Memang best la lepas sejuk-sejuk mandi dan terlelap semula sampai la dapat berapa kali miss call baru terjaga. Owh, nak mintak tolong tentang pendrive rupanya. Ingatkan ape la yang penting sangat. Lepas dah settle hal pendrive tu, Cik Pieja ada la call lecturer nie bertanyakan kelas untuk keesokan harinya.
mood: bosan...
Berita gembira.... Kelas ditunda jugak untuk esok dan maknanya still cuti maaa... hehe aduhai bestnya. Seharian Mr.H layan movie sampai malam... Selasa, tak payah cerita la sebab seharian Mr.H layan movie je. Memang tak ada buat apa pun kecuali malam la ada study sikit untuk test pada petang esok. Hari rabu tekak nie teringin pulak nak makan nasi kerabu antara yang best dekat Jitra nie. So keluar la pergi beli dekat tepi jalan tu. Alhamdulillah tak ramai sangat orang so tak perlu nak tunggu lama... Kalau tak memang lambat la nak kena beratur menunggu. Petangnya pulak beli nasi lemak royale tapi kureng best sebab terlebih pulak minyak dalam kuahnya... Aiiii story bab makan je kan hari rabu nie? hehe well memang hari nie keje makan la... 

Test pada petang nie alhamdulillah, soalan boleh tahan susah tapi jawapan still boleh ingat dan boleh jawab kira ok la kan? Sebelum tamat kelas. Mr.H dan Cik Pieja ada la jumpa lecturer nie nak mintak dia ajarkan kami berdua bab yang kureng faham la. Tapi sayangnya dia ada kursus pulak. It's ok la BFF.. Nanti kita plan lain ok? Ye la, final dah tak lama tapi bab tu memang susah sikit. Kalau tak study, sah-sah 20 markah untuk soalan tu dah melayang tau.. Kisah pada malamnya. Geng kelas Mr.H nie la nak buat makan-makan & bakar-bakar katanya. So tak kan nak duduk rumah sensorang kan? Join je la diaorang buat dekat dengan rumah awek-awek kelas nie di Taman Mahsuri.

Tapi geng Trio(Cik Pieja dan Cik Kamila) tak join la. Alahai dah kureng best dah kat situ... Hehe aktiviti tu start pukul 9:00 malam sehinggalah pukul 12:30 pagi... Memang meriah la dengan gurauan dan gelak tawa kami semua. Gambar?? ada la dua tiga orang yang snap guna camera Cannon diaorang... Mr.H tak bawak En.Nikon Mr.H. Ye la nanti kesian dia tak ada geng... Hahaha tapi time nie rasa bosan pun ada... Mr.H duduk je tengok diaorng bakar-bakar. Tak larat nak buat apa sebab sakit pinggang, tak boleh nak berdiri lama-lama... Yang paling Mr.H risau jiran-jiran dekat situ la. Takut jugak ganggu diaorang nak tidur ke. Faham-faham je la dah pukul 12 lebih kan? tapi kami semua still riuh rendah. Pukul berapa Mr.H tidur pun tak sedar dah malam tu sebab penat sangat.

Khamis adalah last day dan hari nie nak balik ke rumah mama.... Sebelum balik tu ada la keluar kejap pergi ke ATM keluarkan duit dan lalu la dekat dengan banggunan C-Mart Jitra yang runtuh hari tu. Teruk jugak la kerosakan dia... Dah la baru bukak je C-Mart tu. Rasanya masa raya puasa hari tu je baru bukak. Rasanya tak ada yang begitu menarik sangat dalam life story Mr.H minggu nie. Nak mencipta entry yang touching lagi tapi macam susah je idea nak datang sekarang nie... Suka menaip macam tu tapi rasanya semakin kekeringan idea. Mungkin disebabkan final exam yang akan menjelma pada 22, 23 dan 31 Oktober ini... Wish me luck.. Hope semuanya dipermudahkan. Insyaallah akan update jugak 1 or 2 entry lepas nie... Thanks for reading k.... 

Sekian Coretan Diari Hati....

No comments: