Saturday, October 5, 2013

Coretan Mingguan 29 September- 4 Oktober 2013...


Alhamdulillah coretan minggu ini kembali lagi dalam kisah kehidupan Mr.H sebagai seorang pelajar. So Mr.H mulakan dengan hari Isnin sebab hari Ahad tak ada yang menarik sangat pun nak diceritakan. Kelas pagi Isnin nie dimulakan dengan kelas Microwave devices oleh Puan Habshah. Seperti biasa siapa datang lewat kena stay kat luar kelas, sampai kedatangan semua pelajar yang datang awal diambil, baru lah boleh masuk. Mr.H dah pernah kena sekali hari tu so sekarang dah insaf laa. Hahaha hari nie cuma belajar 2 subtopik je untuk kuiz pada hari Rabu nie. 

Dua subtopik pun bila dah ada huraian memang penuh nota Mr.H tu dengan nota-nota tambahan. Pergghhh memang berat la kepala nie nak hafal semua tu. Klystron dan Reflex Klystron... Cara nak lukis, fungsi setiap bahagian. Memang susah la. Habis je kelas Microwave ada masa rehat sejam. Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina tengah buat mesyuarat agung nak lepak dekat kafe yang mana satu. Akhirnya Cik Pieja dan Cik Kamila je yang pergi beli makan dekat kafe tengah. Mr.H dan Zalina tunggu je dekat Bengkel Pendawaian(tempat yang selalu kami sekelas berkumpul). Masa kami berempat tengah santai dekat Bpen tu, ada la junior dari meja sebelah nie pandang je kat meja kitaorang. So timbul la persoalan Cik Pieja dekat Mr.H. "Depa tu awat dok tengok kat sini?". Lama jugak Mr.H pandang je kat meja diaorang nak cuba ingat sapa la agaknya adik-adik nie. Baru teringat rupanya adik-adik nie selalu bertukar kelas dengan kitaorang lepas kelas engineering math.

Tapi cara pandangan diaorang macam heran agaknya kenapa la Mr.H bersama dengan awek-awek nie. Nak buat macam mana. Depa nie la sahabat Mr.H yang paling rapat kat poli nie. Tak salah pun berkawan. Bukannya berChenta. Kelas math hari nie cuma masuk Bab yang terakhir iaitu bab 4. Alhamdulillah faham jugak la bab nie daripada bab 3.Habis je kelas math terus pergi beli makan tengahari dan rehat je kat rumah sampai malam.. Menu makan malam hari nie agak melampau ye sebab first time makan nasi lemak royale secara berlebihan. Nasi, ayam goreng, telur rebus, tambah nasi, dan tambah lagi sekali nasi... Kiranya macam nak makan untuk 3 orang la. Ish ish ish teruk sungguh selera malam nie.

Tapi akhirnya habis jugak bila Mr.H makan. Ikut nafsu sungguh makan malam nie. Yang penting sekali jangan membazir. Memang lena dengan nyenyaknya Mr.H tidur malam tu ditemani hujan malam yang dingin. Memang terbaik la. Pagi selasa Mr.H ada kelas Wireless dan hari nie ada kuiz ke test ntah. So masuk dalam lab macam biasa la. 1 meja cuma dua orang je yang dibenarkan. Tempat Mr.H of course la sebelah Cik Pieja. Hehe well BFF tak akan terpisah. Plan nak share jawapan tak menjadi la sebab Puan Nui ada sekali jaga dalam lab kali nie... Memang kena perah otak je la apa yang study semalam... Nak pandang Cik Pieja kat sebelah pun Mr.H takut walaupun Cik Pieja ada jugak berbisik tanya jawapan. Sorry awk, Mr.H tak dapat nak bantu.. Cik Khaizilah dan Puan Nui asyik pandang je ke arah Mr.H

Tak berani nak ambil risiko untuk kantoi memberi tiru... Hehe so habis je kelas macam biasa la beli lunch dan balik rumah sewa makan sambil layan Running Man... Aktiviti yang hampir sama bila kelas pagi... Kisah pada petangnya, Mr.H ada jumpa Yu, kawan facebook dan poli Mr.H sebab dia nak bagi balik hardisk yang Mr.H pinjamkan hari tu serta nak copy movie baru untuk rakan serumahnya Cik Syaz dan Cik Nabila. Dalam pukul 6 lebih jugak Mr.H pergi jumpa dia sebab Mr.H busy sikit petang nie.Pada rabu pagi nie dimulakan dengan Mr.H ke taman siswa untuk cari breakfast, selalunya beli dekat dengan rumah sewa nie je. Tapi dah jemu je rasanya so cuba la nasi lemak kat tempat lain pulak. Ok jugak nasi lemak kat taman siswa nie. Sambal dia memang best.

Pada sebelah petangnya Mr.H ada kelas Microwave dari pukul 3.15 sehingga 6 petang. Aduhai timbul urat kepala tau bila overlimit dah nak study subjek nie. Dah la subjek nie berat. Lec nie pulak nak sumbat banyak-banyak. Memang sakit kepala la hari tu. Sebelum nak balik Mr.H singgah dekat rumah sewa Yu nie, tapi dia tak ada pulak sebab tak balik rumah lagi. Lewat dah nak tunggu pun, so balik asar dulu sebelum keluar semula beli makan malam dan jumpa Yu nie sekali lagi...Menu hari nie nasi kahwin je. Simple dan cepat. hehe so sampai je dekat rumah sewa Yu, Mr.H sms dia bagitau yang Mr.H dah sampai. Lama jugak la menunggu, akhirnya Yu sampai jugak. Dia pergi print rupanya. Mr.H ingat dah sampai kat rumah. Hehe dekat pukul 7 jugak Mr.H balik ke rumah sewa, terus mandi dan ready untuk magrib. Aktiviti malamnya cuma melayan game je sehingga terlelap. Tak tau nak buat apa. 

Nasi Kahwin... Menu para students... hehe
Dan last day Mr.H kat rumah sewa, hari khamis. Hujan turun dengan lebatnya pagi tu sehingga tidur pun hampir terlajak. Siap je mandi untuk ke kelas hujan masih lebat. Bila check fon rupanya Cik Pieja ada hantar sms tanyakan Mr.H samada nak tumpang dia ke x. Tapi lewat pulak Mr.H baca sms tu. Alahai dia dah sampai poli dah pun. Huhuhu So pagi tu Mr.H tumpang Cik Miera je la sebab dah terlewat dah untuk ke kelas math. Alhamdulillah sampai jugak walaupun terlewat. Lagipun ini kelas terakhir untuk subjek nie so kena la pergi jugak. Kalau tak tak faham pulak subtopik terakhir nie. Habis je kelas Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila, Cik Miera dan Zalina ke Jabatan Teknologi Maklumat untuk jumpa lec math nie nak tengok markah kuiz dan test. Hadoi bila tengok markah  je rasa takut pun ada sebab markah ada yang ok dan ada yang ko... 

Cuaca pagi Khamis yang masih hujan...
Selesai je dekat Jabatan kami semua bergerak ke parking kereta. Zalina dan Cik Miera balik berdua. Cik Kamila drive kereta sendiri dan Mr.H pulak Cik Pieja tolong hantarkan. Hehe biasa la kami kan BFFDalam perjalanan balik tu ada jugak topik kami berborak bersama. Itu la kan, bila dah namanya kawan baik nie. Mesti ada je cerita nak dikongsikan bersama.. Rasa hilang bosan dan sunyi nie seketika. Mr.H plan nak bawak adik Mr.H dan Cik Pieja santai di Pantai Murni, tak pun ke Kuala Perlis duduk tepi laut dan makan laksa. Tapi mama pulak tak bagi Mr.H drive gebu(kereta) kesayangan dia tu. So aktviti Mr.H pada jumaat nie cuma basuh motor dan tidur je lepas balik semayang jumaat. Alahai bosannya... Layan instagram je la seharian nampaknya. Asyik nak update je. Rasanya itu je kot coretan minggu nie yang tak begitu banyak cerita. Tapi moment Mr.H bersama BFF bagi Mr.H, terlalu bernilai kerana senyuman ini sentiasa terukir disaat Mr.H bersamanya. Thank You so much sahabat dunia akhirat. Thanks for reading...

Sekian coretan hati...

No comments: