Showing posts with label sakit aty. Show all posts
Showing posts with label sakit aty. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Stress Cari Kerja... Hadoi....



Hahaha dengar tajuk pun macam dah teruk kan? Memang rasa tekanan la sebab bila dah habis belajar nie mesti nak cari kerja kan? So sementara nie menganggur la kejap. Tapi menganggur nie buat tekanan nie lagi tinggi sebab bila seseorang itu memikirkan tentang masa depan, rasanya lagi lambat dapat kerja lagi bertambah tekanan hidup nie. Bukan apa, kawan-kawan banyak yang update dah kerja tapi Mr.H still dekat rumah dan mencari kerja.


Family pun banyak bagi support dan bagi semangat supaya perlahan-lahan cari kerja. Da most Mr.H perlu hargai ialah mama, abah dan akak Mr.H di Manjung nie la sudi bagi Mr.H tinggal di rumah dia. Rasanya dekat 3 minggu Mr.H kat sini. Segan pun ada tapi memang target nak kerja di Manjung, Perak nie je lepas nie. Tak nak dah stay area Kedah dan Penang. Bukan apa, memang la dekat dengan mama abah, tapi rasanya nak jugak tinggal jauh sikit. Baru ada rasa berdikari sedikit. Kalau tak sampai bila kan asyik mintak tolong diaorang je.


Lagipun sebagai anak lelaki dalam family nie Mr.H kena lebih berdikari dan tak boleh sangat nak harapkan bantuan orang lain je. Dah 21 tahun umur nie so masa untuk berubah fasa pemikiran remaja nie kepada awal dewasa dah la. Target Mr.H rasanya nak survey kerja dan dapatkan kerja secepat yang mungkin la. Tak kisah kerja apa pun sekarang nie. Yang penting ada. Sesuai atau tak lantak lah. Tak boleh terlalu memilih sangat sekarang nie. Sebab peluang makin terhad dan bagi Mr.H, situasi untuk hidup Mr.H sekarang adalah TERDESAK.



Apa-apa pun harapan Mr.H agar dapat kerja cepat-cepat dan fokuskan untuk kehidupan Mr.H yang seterusnya. Opss sebelum terlupa. Account Personal Facebook Mr.H deactive-kan buat seketika sebab nak fokuskan cari kerja dan nak hilangkan masalah yang melanda account tu. So sesiapa yang nak contact Mr.H boleh je add di Wechat (samprit_ungu). Cuma wechat dan instagram je yang Mr.H active buat masa sekarang nie... Rasanya itu je kot nak merepek buat masa nie... Nanti Mr.H update lagi... 

Thank for reading...

Sekian Coretan Hatiku...


Saturday, October 5, 2013

Coretan Mingguan 29 September- 4 Oktober 2013...


Alhamdulillah coretan minggu ini kembali lagi dalam kisah kehidupan Mr.H sebagai seorang pelajar. So Mr.H mulakan dengan hari Isnin sebab hari Ahad tak ada yang menarik sangat pun nak diceritakan. Kelas pagi Isnin nie dimulakan dengan kelas Microwave devices oleh Puan Habshah. Seperti biasa siapa datang lewat kena stay kat luar kelas, sampai kedatangan semua pelajar yang datang awal diambil, baru lah boleh masuk. Mr.H dah pernah kena sekali hari tu so sekarang dah insaf laa. Hahaha hari nie cuma belajar 2 subtopik je untuk kuiz pada hari Rabu nie. 

Dua subtopik pun bila dah ada huraian memang penuh nota Mr.H tu dengan nota-nota tambahan. Pergghhh memang berat la kepala nie nak hafal semua tu. Klystron dan Reflex Klystron... Cara nak lukis, fungsi setiap bahagian. Memang susah la. Habis je kelas Microwave ada masa rehat sejam. Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina tengah buat mesyuarat agung nak lepak dekat kafe yang mana satu. Akhirnya Cik Pieja dan Cik Kamila je yang pergi beli makan dekat kafe tengah. Mr.H dan Zalina tunggu je dekat Bengkel Pendawaian(tempat yang selalu kami sekelas berkumpul). Masa kami berempat tengah santai dekat Bpen tu, ada la junior dari meja sebelah nie pandang je kat meja kitaorang. So timbul la persoalan Cik Pieja dekat Mr.H. "Depa tu awat dok tengok kat sini?". Lama jugak Mr.H pandang je kat meja diaorang nak cuba ingat sapa la agaknya adik-adik nie. Baru teringat rupanya adik-adik nie selalu bertukar kelas dengan kitaorang lepas kelas engineering math.

Tapi cara pandangan diaorang macam heran agaknya kenapa la Mr.H bersama dengan awek-awek nie. Nak buat macam mana. Depa nie la sahabat Mr.H yang paling rapat kat poli nie. Tak salah pun berkawan. Bukannya berChenta. Kelas math hari nie cuma masuk Bab yang terakhir iaitu bab 4. Alhamdulillah faham jugak la bab nie daripada bab 3.Habis je kelas math terus pergi beli makan tengahari dan rehat je kat rumah sampai malam.. Menu makan malam hari nie agak melampau ye sebab first time makan nasi lemak royale secara berlebihan. Nasi, ayam goreng, telur rebus, tambah nasi, dan tambah lagi sekali nasi... Kiranya macam nak makan untuk 3 orang la. Ish ish ish teruk sungguh selera malam nie.

Tapi akhirnya habis jugak bila Mr.H makan. Ikut nafsu sungguh makan malam nie. Yang penting sekali jangan membazir. Memang lena dengan nyenyaknya Mr.H tidur malam tu ditemani hujan malam yang dingin. Memang terbaik la. Pagi selasa Mr.H ada kelas Wireless dan hari nie ada kuiz ke test ntah. So masuk dalam lab macam biasa la. 1 meja cuma dua orang je yang dibenarkan. Tempat Mr.H of course la sebelah Cik Pieja. Hehe well BFF tak akan terpisah. Plan nak share jawapan tak menjadi la sebab Puan Nui ada sekali jaga dalam lab kali nie... Memang kena perah otak je la apa yang study semalam... Nak pandang Cik Pieja kat sebelah pun Mr.H takut walaupun Cik Pieja ada jugak berbisik tanya jawapan. Sorry awk, Mr.H tak dapat nak bantu.. Cik Khaizilah dan Puan Nui asyik pandang je ke arah Mr.H

Tak berani nak ambil risiko untuk kantoi memberi tiru... Hehe so habis je kelas macam biasa la beli lunch dan balik rumah sewa makan sambil layan Running Man... Aktiviti yang hampir sama bila kelas pagi... Kisah pada petangnya, Mr.H ada jumpa Yu, kawan facebook dan poli Mr.H sebab dia nak bagi balik hardisk yang Mr.H pinjamkan hari tu serta nak copy movie baru untuk rakan serumahnya Cik Syaz dan Cik Nabila. Dalam pukul 6 lebih jugak Mr.H pergi jumpa dia sebab Mr.H busy sikit petang nie.Pada rabu pagi nie dimulakan dengan Mr.H ke taman siswa untuk cari breakfast, selalunya beli dekat dengan rumah sewa nie je. Tapi dah jemu je rasanya so cuba la nasi lemak kat tempat lain pulak. Ok jugak nasi lemak kat taman siswa nie. Sambal dia memang best.

Pada sebelah petangnya Mr.H ada kelas Microwave dari pukul 3.15 sehingga 6 petang. Aduhai timbul urat kepala tau bila overlimit dah nak study subjek nie. Dah la subjek nie berat. Lec nie pulak nak sumbat banyak-banyak. Memang sakit kepala la hari tu. Sebelum nak balik Mr.H singgah dekat rumah sewa Yu nie, tapi dia tak ada pulak sebab tak balik rumah lagi. Lewat dah nak tunggu pun, so balik asar dulu sebelum keluar semula beli makan malam dan jumpa Yu nie sekali lagi...Menu hari nie nasi kahwin je. Simple dan cepat. hehe so sampai je dekat rumah sewa Yu, Mr.H sms dia bagitau yang Mr.H dah sampai. Lama jugak la menunggu, akhirnya Yu sampai jugak. Dia pergi print rupanya. Mr.H ingat dah sampai kat rumah. Hehe dekat pukul 7 jugak Mr.H balik ke rumah sewa, terus mandi dan ready untuk magrib. Aktiviti malamnya cuma melayan game je sehingga terlelap. Tak tau nak buat apa. 

Nasi Kahwin... Menu para students... hehe
Dan last day Mr.H kat rumah sewa, hari khamis. Hujan turun dengan lebatnya pagi tu sehingga tidur pun hampir terlajak. Siap je mandi untuk ke kelas hujan masih lebat. Bila check fon rupanya Cik Pieja ada hantar sms tanyakan Mr.H samada nak tumpang dia ke x. Tapi lewat pulak Mr.H baca sms tu. Alahai dia dah sampai poli dah pun. Huhuhu So pagi tu Mr.H tumpang Cik Miera je la sebab dah terlewat dah untuk ke kelas math. Alhamdulillah sampai jugak walaupun terlewat. Lagipun ini kelas terakhir untuk subjek nie so kena la pergi jugak. Kalau tak tak faham pulak subtopik terakhir nie. Habis je kelas Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila, Cik Miera dan Zalina ke Jabatan Teknologi Maklumat untuk jumpa lec math nie nak tengok markah kuiz dan test. Hadoi bila tengok markah  je rasa takut pun ada sebab markah ada yang ok dan ada yang ko... 

Cuaca pagi Khamis yang masih hujan...
Selesai je dekat Jabatan kami semua bergerak ke parking kereta. Zalina dan Cik Miera balik berdua. Cik Kamila drive kereta sendiri dan Mr.H pulak Cik Pieja tolong hantarkan. Hehe biasa la kami kan BFFDalam perjalanan balik tu ada jugak topik kami berborak bersama. Itu la kan, bila dah namanya kawan baik nie. Mesti ada je cerita nak dikongsikan bersama.. Rasa hilang bosan dan sunyi nie seketika. Mr.H plan nak bawak adik Mr.H dan Cik Pieja santai di Pantai Murni, tak pun ke Kuala Perlis duduk tepi laut dan makan laksa. Tapi mama pulak tak bagi Mr.H drive gebu(kereta) kesayangan dia tu. So aktviti Mr.H pada jumaat nie cuma basuh motor dan tidur je lepas balik semayang jumaat. Alahai bosannya... Layan instagram je la seharian nampaknya. Asyik nak update je. Rasanya itu je kot coretan minggu nie yang tak begitu banyak cerita. Tapi moment Mr.H bersama BFF bagi Mr.H, terlalu bernilai kerana senyuman ini sentiasa terukir disaat Mr.H bersamanya. Thank You so much sahabat dunia akhirat. Thanks for reading...

Sekian coretan hati...

Saturday, July 20, 2013

Hari Ke-10 Ramadhan... Ada Suka Duka...


Uhuk3 Hadoi, tak laratnya bila dapat penyakit 3 beradik (demam+batuk+selsema) nie... Seriously memang tak larat sangat hari nie.... Semalam Mr.H online dengan seorang sahabat nie dari tengah malam sampai la dekat subuh. Lepas mandi dan solat terus tidur je sampai pukul 11.30 jugak la. Biasa la demam kalau nak kebah(cepat sembuh) kena la mandi masa subuh dan lewat malam. Kalau ikut petua orang-orang tua dulu la. 

So balik je dari solat jumaat memang tak buat ape pun selain baring dan tidur je... Teruk sungguh bila banyak tidur. Nak buat macam mana sebab dah tak larat sangat. Oh ye, ada jugak story semalam yang mendukacitakan la. Bulan-bulan puasa nie la nak jadi perselisihan faham antara Mr.H dan Akak Mr.H nie. Gaduh besar jugak la kitaorang. Mr.H pun salah & dia pun salah.. Adil la kan? Part tak boleh terima sekali bila dia send sms tu. Mr.H dengan adik memang terasa sangat. Dah la. Tak nak ingat lagi la detik hitam tu. 


Jom story bab menu pulak. so kat bawah nie ada menu pada 18 Julai dan 19 Julai 2013... Sepatutnya nak buat 1 entry untuk 18 Julai tu tapi tak sempat sebab tak larat sangat... so layan je la gambar-gambar kat bawah nie ye. hope enjoy.



Menu 18 Julai 2013... Nasi Daging bersama Air Asam dan Ayam Masak Merah....
Sambil-sambil tu mama ada buat agar-agar kering... Juadah semasa raya...
Agar-agar Kering versi Merah Oren....
Menu 19 Julai 2013... Kari Ayam bersama Rebung... Terbaik...
Murtabak Daging....
Telur Rebus Kicap... Hehe simple tapi best jugak layan...
Budu... Penambah selera.... hehe
Agar-Agar Gula Merah... Favourite Mr.H
Cucur Udang... Kuah pulak tak ada... Sos pun boleh je.. sedap..
Bubur Kanji Masjid... 
Haaaa sebelum terlupa 19 Julai 2013 adalah suatu tarikh yang penting jugak dalam hidup Mr.H sekarang nie. Nak tau kenapa? Sebabnya hari nie hari lahir Kak Bunga Cheinta Kobis. Mesti pelik je kan nama tu. Akak nie kawan Mr.H kat fb. Seorang yang comel, peramah, kelakar dan rasa selesa la bila borak dengan akak nie. Rasa macam tengah borak dengak akak kandung lak. So 19 Julai adalah bufday akak nie dan Mr.H tak lepaskan peluang untuk wish la kat chat dan update status...


Ucapan dari Mr.H...tepat jam 12.00 a.m

Status di Facebook Mr.H
Apa-apa pun ada suka dan duka dalam masa dua hari nie... Sebagai manusia, happy dan sedih tu adalah asam garam kehidupan kita yang ibarat cuaca... Tak selamanya matahari akan terus menyinari, dan bukan sentiasa hujan membasahi bumi. Semua itu adalah kenangan kehidupan yang Mr.H perlu simpan di dalam Diari hati ini... Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati...


Tuesday, July 16, 2013

Hari ke-6 berpuasa... Terbaik....


Hai sorry dah terlambat dah update... Sepatutnya entry nie Mr.H update sebelum pukul 12 tengah malam. Tapi sekarang dah masuk hari selasa dah. So dah 7 hari dah kita menjalani ibadah puasa kan? So dah lewat pun tetap nak story jugak tentang kisah kehidupan Mr.H dalam Diari Samprit Ungu nie. 

Coretan Mr.H bermula pada jam lebih kurang 5:25 pagi bila terjaga dari tidur. Eh dah lewat la nak bersahur nampak gayanya. Ape yang sempat cuma minum air dan kembali terbaring je menanti waktu subuh. Tapi dah biasa macam tu kalau kat rumah sewa. Memang malas nak bangun sangat. Sementara menunggu waktu subuh terbaring la seketika sehingga azan dari surau belakang rumah berkumandang. Malas nak buang masa lama-lama sebab mata masih lagi layu so terus solat dan terlelap kejap sebelum bersiap untuk pergi ke kelas. 

Bangun dari tidur rasa sakit je bahu sebelah kanan nie. Rasanya mungkin salah mengiring masa tidur nie. Hadoi serius sakit. Lebih kurang pukul 8:00 pagi dah sampai ke poli. Sampai je di makmal Telekom, lecturer pun sampai pada masanya. On time betul. Topik hari nie memang mengantok dan membosankan sebab teori je. Sampaikan rasa macam nak sembam muka kat meja nie. Lebih kurang pukul 9:45 pagi. Lecturer tu bagi rehat kejap dalam 5 minit. Ramai keluar pergi toilet. Mr.H stay kat meja je sambil tengok fon. 

Entah macam mana tergerak hati nie nak buka sms-sms lama dari Dahlia Darius. Tersenyum sensorang bila baca sms-sms tu. Antara sms yang best masa si dia kena balik ke Kuantan untuk daftar di KPTM dan sms semasa nak skype. Best sangat sebab baca je terbayang balik sweet memori tu seketika. 

Habis je kelas terus tunggu di bangku sementara geng trio dan zalina pergi ke toilet. Siap je terus Mr.H dan tiga orang kawan perempuan nie berjalan menuju ke banggunan tingkat 7 untuk kelas Engineering Math 5. Sampai je kat tingkat 5 kami lepak je kat kerusi depan pintu lift sebab kelas masih ada orang guna. Sambil-sambil tu sempat jugak la study math kejap sebab takut ada kuiz. Masa tengah study tu ada la seorang junior yang ramah nie tegur. Ingatkan muda lagi rupanya dah nak masuk 24 tahun umur dia. Budak Bridging rupanya. Dia kerja dulu dalam dua tahun sebelum sambung diploma. 

So dah pukul 11:15, semua kawan dah masuk ke kelas. Baru je duduk ada seorang lecturer bagitau, kelas batal sebab puan tu cuti. Hadoi reaksi pertama Mr.H tengok muka Cik Pieja dulu baru gelak. Hadoi gila punya happy k0t.Memang tak ready la untuk kelas hari nie. Macam tau-tau je puan nie. So kelas dah cancel terus Mr.H balik ke rumah sewa, salin baju dan terus balik rumah mama. Tak larat sangat bawak motor pun. Nasib la cuaca tak panas sangat. Laju jugak la Mr.H bawak sebab takut. Mana tak takutnya. Depan Mr.H lori tanah dan belakang pulak pun lori tanah. Bahaya duduk tengah-tengah nie. Sampai je suatu simpang lori tu belok. Fuhh lega. Bahaya bila ada diantara dua gergasi nie. Risiko tinggi.

Masa nak balik tu Mr.H ada la follow lori jugak. Tetiba je nampak 1 motor yamaha LC datang dari belakang. Laju jugak dia bawak so cucuk je dia dari belakang potong lori, kereta berapa biji entah. Memang laju giler la dan baru perasan. Bukan lelaki yang bawak motor tu. Awek rupanya. Mak Aiii laju sungguh. Akhirnya sampai jugak Mr.H kat rumah mama. Letak je beg terus online facebook sampai ke petang la Mr.H mengadap laptop nie. Sambil-sambil tu ada la jugak buka instagram. Sampai la dekat waktu berbuka ada la snap beberapa gambar menu untuk hari nie. Jom kita tengok... 

Dimulakan dengan Kurma...

Mee Kari Kak Zuraidah(Jiran Sebelah rumah)... Terbaik la...

Murtabak Masjid... Memang sedap.

Bubur Kanji Masjid...

Sambal Tumis Udang Petai...

Ikan Goreng...

Ayam Masak Merah ala mama....

Sup Ayam bersama ubi kentang....

Wah macam best je kan menu hari nie. Nasib la Mr.H balik. Tak ada la bosan sangat makan lauk beli je. Apa-apa pun dah seminggu kita berpuasa. Kejap je masa berlalu. Semoga kita mampu meneruskan sehingga ke akhirnya bulan ramadhan. Thanks for reading.

Sekian Coretan Hati...

Saturday, June 22, 2013

"Jangan Paksa Aku"


Hai masih lagi sempat untuk jari ini meluahkan rasa disini. Tengok tajuk macam geram je kan? Memang geram sangat pun. "Jangan Paksa Aku", macam tajuk novel pulak. Hahaha sempat lagi nak cerita bab novel tu. Ish ish ish.. Sebenarnya macam nie, Mr.H tak suka la bila kena paksa buat sesuatu yang Mr.H tak minat. Kalau korang pun mesti tak suka kan bila kena paksa macam nie. 



Bukan la nak kurang ajar tapi fikir la perasaan orang lain jugak kan? If nak buat something tu jangan la terlalu kejar duit sangat. Ye tau, berniaga nie memang boleh dapat banyak duit tapi tengok la keadaan jugak. Macam Mr.H nie kan masih lagi study. Tambahan pulak semester akhir nie lagi la pack jadual nie so mana la ada masa nak setup semua benda dalam berniaga nie. Lagipun minat tu 'ZERO' la.

Kalau boleh pun rasanya bila bulan 12 nanti la baru free dari study nie mungkin boleh la cuba-cuba buat. Tapi sekarang nie fokus Mr.H cuma nak habiskan 4 paper final nie je. Hope tak nak la fokus nie terganggu dengan desakan untuk libatkan diri dengan perkara yang Mr.H langsung tak minat. Nanti lain jadinya. Menyesal nanti tak guna dah. Seriously memang rasa tertekan la dengan arahan buat itu buat ini. Hadoi, rasa macam nak jerit "Aku nak bagi habih study dulu laaaaa", tapi tak ape la. Jerit dalam hati suda. Malas nak bising-bising.

Hope mama boleh la nasihatkan anak dia yang sorang tu supaya jangan ganggu Mr.H nak fokus study bagi habis dulu. Bukan masanya lagi untuk buat semua tu. Memang la betul cakap orang. Kita nak mulakan sesuatu perniagaan kena mula dari awal. Tapi untuk Mr.H nak fokus dua perkara dalam 1 masa, Mr.H tak mampu la. Mr.H bukan jenis macam tu. Hope orang tu faham la. Tadi dah mengadu kat mama dengan abah. Tak tahan sangat la bila rasa pressure macam nie. Mr.H nak fokus study je sekarang nie. Bukan fikir tentang kerja lagi. Tolonglah faham. 

Maaf luahkan disini. Sebab bukan ada sesiapa yang akan dengar pun apa yang Mr.H nak. Serabut sangat walaupun baru nak mulakan semester baru nie. Hope lepas selesai 1 perkara nie. Stop cakap pasal projek bisness tu atau nak angkat call pun Mr.H dah tak mau. Ingat la. Tak semua orang ada minat yang sama dengan kita, kalau tidak semua yang ada di dunia nie nak jadi yang sempurna kan? Memang semua orang nak berjaya. Tapi setiap orang ada corak kehidupan masing-masing dan hormati kehendak orang lain jugak. Thanks for reading..

Sekian Coretan Hati...

Tuesday, June 11, 2013

Menanti dari Mencari...

Hidup ini kadang-kadang terasa sunyi bila sendiri,
Melihat orang lain berpacaran,
Aku juga punya keinginan yang sama,
Melihat orang lain ceria dan kelihatan bahagia bersama orang tersayang,
Terdetik juga di hati ini ingin merasainya,
Namun aku sedar siapa diri ini,
Hanya insan sepi yang tidak punya apa-apa,
Cuma punya keinginan untuk memiliki sebuah rasa,
Rasa yang pastinya terindah dalam kehidupanku,
Pernah suatu masa dahulu,
Aku dibuai rasa dengan rasa yang tidak pernah aku rasakan sebelumnya,
Suatu rasa yang amat indah,
Itulah rasa Cinta yang membuatkan dunia ini cuma milik aku sahaja,
Tapi semua itu sekadar awan cerah yang hadirnya cuma seketika,
Sebelum hadirnya awan gelap yang melenyapkan segalanya,
Benarlah kata orang Cinta itu tak selalunya indah,
Bila bahagia, Kau Aku cuma kita yang ada dalam dunia kita,
Walaupun saat indah itu cuma untuk seketika,
Kenangan yang tercipta cukup kuat untuk terpahat dihati ini buat selamanya,
Kerana senyumanmu, gelak tawamu, sentuhanmu sentiasa berlegar diingatanku,
Kini kau tiada lagi bersamaku,
Melenyapkan janji kita yang dulu,
Kau pergi meninggalkan aku dengan 1001 kenangan,
Sedih...
Namun itu cuma seketika,
Kerana aku tidak mahu terus sakit menanggung derita yang kau tinggalkan,
Tak guna untuk terus bersedih dengan pemergianmu,
Kerna mungkin ini adalah takdirku,
Pertemuan kita adalah suatu permulaan,
Sebelum aku menemui insan yang benar-benar mengerti diriku ini,
Biarlah kenangan itu menjadikan aku lebih matang dalam hidupku,
Aku yakin suatu hari nanti aku akan temuinya,
Insan yang pastinya melengkapkan kehidupanku ini,
Seseorang yang akan buatkan bahagia dalam kenangan bersamamu,
Berulang kembali dengan keindahan yang jauh lebih indah,
Sehinggakan aku mampu tersenyum disaat hembusan nafas terakhirku ini,
Kini aku sendiri dalam kehidupan ini,
Masih menanti ketibaan insan yang dinanti,
Tidak ingin lagi aku untuk mencari,
Biarlah hadirnya dengan sendiri,
Ingin aku bercinta lagi,
Tapi bukan seperti Cintaku yang telah berlalu,
Aku idamkan Cinta dalam ikatan,
Suatu perasaan yang pastinya lebih bermakna antara aku dan dia,
Kerana dia adalah insan terakhir dalam hidupku,
Insan yang kekal abadi sebagai Takdirku,
Akan ku tunggu saat kau tiba wahai Jodohku.




Sekian Coretan Hati....


Tuesday, June 4, 2013

Cuti Semester Yang Akan Berakhir...


Selamat malam... Eh awal pulak ucap selamat malam... Hehe alahai tadi masa online baru perasan kalender dekat laptop nie dah pun 4 Jun 2013. Alahai cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dekat nak habis dah cuti semester nie... Baru je kelmarin Mr.H buka  facebook All About Polimas untuk tau info-info terbaru dengan gunakan fan page Diari Samprit Ungu nie... Dan ada la nampak link untuk Surat Lapor Diri Senior... Cer tengok kat bawah nie...

19 Jun 2013... Registeration day...

Alahai 19 Jun 2013 dah nak masuk poli balik... Kejap sangat masa berlalu... Dan masa semak surat Lapor Diri nie jugak baru perasan ada sedikit perubahan la...

WHAT!!! Rm85?? amboi naik lagi? Dulu Rm50 je... 

Hadoi banyak pulak perbelanjaan untuk semester akhir nie.... Tapi bab Yuran Pelbagai tu ramai orang pertikaikan kenaikannya.. sebab rasanya sepanjang Mr.H stay dekat poli tu. Tak nampak pulak aktiviti yang dianjurkan untuk students... Tak tau la kalau Mr.H tak terlibat... 

Mahu tak mahu tetap kena bayar jugak... Bab rumah sewa pun 1 hal lagi... Rasa macam nak berulang je sebab tak banyak dah subjek Mr.H untuk semester nie... Kebetulan mama Mr.H baru je sampai petang tadi terus tanya pendapat mama macam mana... Last last mama cakap "tak payah la, bahaya berulang." bila fikir balik betul jugak... Risiko sangat...

Tapi apa-apa pun nak kena confirm dulu dengan geng rumah sewa yang lain, takut diaorang tak nak stay dah untuk sem last nie... Tak sabar nak mulakan semester baru bersama geng trio nie... Lama tak bertemu mereka.. 

Gambar lama, kenangan semasa AKJ di Alor Setar.
Dari kiri, Mr.H, Cik Pieja dan Cik Kamila... 
Apa la depa dua orang nie buat time cuti nie... Senyap ja... Cik Pieja ada la mesej jugak tanya pasal result. Cik Kamila nie senyap terus... Kemana menghilang tak tau la... Mr.H nak mesej memang tak la... Sentiasa menunggu je untuk orang mulakan mesej... hehe kat Miss.H pun sekadar ber-twitter je sejak facebook deactive.. Tak ape la... Still connected kan sahabat? Opsss salam kat mama tu esok ye Mr.H sampaikan ye Miss.H.
Rasanya, setakat itu saja coretan malam nie... Still not in mood.. Alahai... Selamat Malam. Thanks for reading.

Sekian Coretan Hati...





Thursday, May 30, 2013

2 Minggu Yang Terindah...


Ya Allah, kenapa diri nie rasa down sangat hari nie... Entah la... Dari semalam lagi rasa macam sedih sangat... Kenapa la hati nie je mudah sangat terasa dalam perkara yang remeh temeh nie... Si dia dah mintak maaf so terima dan lupakan je la... Kenapa la Mr.H nie nak panjangkan lagi hal-hal macam nie... Hurmm entah la...

Sekarang memang rasa kehilangan yang sebenar-benarnya sangat... Perkenalan yang seketika telah mengembalikan lagi sekali lagi duka dalam hidup Mr.H... Entah la, kenapa perlu sekali lagi Mr.H lalui saat-saat macm nie... Mungkin sebab sikap Mr.H yang terlalu sensetif dalam semua perkara yang buatkan ramai orang tak selesa bila bersama dengan Mr.H.

Alahai, lepas seorang demi seorang tinggalkan Mr.H... Sekarang giliran Miss.A pulak... Memang rasa sedih sangat bila jadi macam nie.. tapi nak buat macam mana memang silap Mr.H pun... Rasanya nie pengajaran yang amat bermakna la sebab dalam tempoh 2 minggu je perkenalan dah jadi konflik pergaduhan kerana hal yang kecik je. Hadoi, Mr.H nie, umur dah nak masuk 21 dah. Tapi tak matang-matang jugak..

Nie kalau kahwin nanti habis la si isteri asyik terasa je dengan Mr.H nie... Rasanya biarlah Mr.H mengudur diri buat seketika di facebook Samprit Ungu tu... Lagipun bukan ada siapa sangat nak tegur lepas Miss.A dah tak ada... Yang tinggal cuma page Diari Samprit Ungu je yang diuruskan oleh adik Shada.. Hope adik uruskan baik-baik la page tu ye.. Abang wan tak sempat dah nak uruskan...

Entah ada ke tak orang baca blog nie, Mr.H tak tau la... Tapi insyaallah Mr.H akan terus update dekat sini sentiasa.... Hope kalau kawan-kawan di facebook tu nak inform something tentang poli ke, nak share masalah ke dan hal-hal lain boleh je beritahu di fan page Diari Samprit Ungu or chatbox di sebelah kanan bawah nie... Sorry la last minit Mr.H tetiba je tutup account personal tu.. Tapi memang ada dalam perancangan jugak nak deactive buat seketika... Tak sangka hari nie jadi kenyataan jugak... 

Apa-apa pun buat Miss.A, terima kasih atas perkenalan kita selama 2 minggu yang penuh keceriaan dalam hidup Mr.H, semoga Miss.A berjaya dalam kehidupan akan datang... Sekali lagi Mr.H mintak maaf atas sikap Mr.H nie... Mungkin kita tak kan contact lagi lepas nie tapi doa-doa Mr.H buat Miss.A sentiasa berterusan... Teruskan keceriaan Miss.A bersama orang yang lebih faham dengan Miss.A ok??

Rasanya setakat itu saja coretan duka untuk hari ini... Hope lepas nie Mr.H dapat la mencari kesilapan diri Mr.H yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan untuk diperbaiki... Terima Kasih untuk 2 minggu yang cukup indah dan bahagia buat Mr.H... Selamat Tinggal... Thanks for reading...



Sekian Coretan Duka...


Wednesday, May 29, 2013

Penantian yang Penuh Debaran...Berakhir Jua..


Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk Mr.H mencoretkan kisah kehidupan disini... Ok lah, kali nie Mr.H nak share tentang keputusan peperiksaan yang telah diumumkan pada 28 May 2013 (kelmarin la). Semalam ingat memang nak update entry nie, tapi disebabkan masalah teknikal sikit so terpaksa postpone hari nie... 

Mr.H memang rasa berdebar sangat nak tunggu result nie keluar, bukan apa takut sejarah semester lalu berulang lagi... Tak sanggup la nak carry paper Circuit Analysis yang susah sangat tu... Malam pada 27 May 2013, Mr.H ada dapat sms dari seorang sahabat dari Politeknik lain yang bagitau Mr.H yang result dah keluar iaitu Cik Eida... Tapi Mr.H masa tu masih dalam perjalanan nak bertolak balik ke Manjung, Perak. So mintak la Cik Eida nie tolong semakkan, tapi result untuk Politeknik Mr.H nie lambat dikeluarkan...

Sampai je di Manjung, Perak dah pukul 1 pagi... Letak je beg terus on laptop dan cuba nak check... Tapi masih belum dikeluarkan lagi... Alahai penat menanti dalam penuh debaran dan kerisauan nie... Pukul 2 lebih baru Mr.H tidur kerana letih dalam perjalanan dari Kedah ke Perak nie... Keesokan paginya, Mr.H buka la facebook sambil-sambil menunggu untuk check result... Refresh kat news feed dan ternampak status kat bawah nie:

Rakan Politeknik Mr.H

Terus Mr.H log in untuk check result la... Ya Allah, risau sangat nak tengok... Bila buka je tgk sebelah kanan dulu... fuhh lega... Semua lulus... Syukur alhamdulillah... 

Semua subjek lulus....

Nak kata terlalu ok tu tak la... Tapi lebih baik la dari semester lepas... Lepas je check result terus cari handphone dan bagitau dekat sapa lagi kalau bukan kawan baik di Poli nie, Cik Pieja... So Cik Pieja pun mintak Mr.H tolong check kan result dia... Alhamdulillah dia pun lulus semua paper jugak... Tak sia-sia kita buat study group bersama kan?

Insyaallah next semester kita pulun macam yang kita plan tu... Mesti boleh punya...Lega sangat bila dah tau pasal result nie... Now boleh sambung cuti dengan ketenangan... Hari nie 29 May 2013, mood slow je. Entah la sebab apa... Rasa nak diam je.. So tiada status dari Mr.H untuk hari nie di facebook... Kepada Adik Shada, thanks sebab tolong promote page Diari Samprit Ungu nie... Yang mana belum like tu ringankan tangan untuk Like ye. >>KLIK SINI<< Terima kasih semua yang sudi baca dan like page nie.. Mr.H bukanlah orang yang pandai sangat dalam dunia blog nie... Masih dalam proses pembelajaran lagi... So support Mr.H k sahabat semua.. Love you all...

Sekian Coretan Hati... 


Thursday, May 16, 2013

Memori Cuti Sem Di Penang




Hai semua, alhamdulillah masih diberi kesempatan buat jari- jemari ini terus menulis di blog ini... Entry sebelum nie Mr.H ada bagitau kan Mr.H kena pergi mana? Hehe yes Penang la... Rumah abang Mr.H... Nak buat kerja part time sekejap sementara result diumumkan.. So jom kita tengok coretan kehidupan Mr.H ok? Hehehe

1 mei 2013

Mr. H bertolak la dari rumah mama ke Penang... Masa dari rumah mama tu jam tepat pukul 4.10 petang... Risau jugak nak pergi Penang nie sebab Mr.H dah lama tak bawak motor jauh-jauh setelah hampir setahun yang lalu adalah kali terakhir Mr.H bawak motor dalam setahun yang lepas. Masa tu Mr.H tengah cuti semester dalam 2 bulan la jugak... So kerja la di Segari, Perak. Kerja Mr.H masa tu jadi maintenance person untuk bahagian Calibration and Instrument(CNI) di Lumut Power Plant. Memang banyak pengalaman dan kenangan Mr.H disitu antaranya dapat kakak angkat la iaitu Kak Erni dan Kak Syaimaa... 

Ok lah, kali nie Mr.H nak ceritakan pengalaman Mr.H di Penang pulak... Hampir dua jam jugak perjalanan Mr.H ke Penang nie... So masa dalam perjalanan tu, syukur la tak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Mr.H berhenti untuk isi minyak di RNR Gurun sebelum mmeneruskan perjalanan... Masa dari RNR  Gurun tu.. Ada la konvoi parti parti politik nie bergerak menuju ke Sungai Petani.. Ramai jugak. Tepat jam 6:10 petang Mr.H selamat tiba di rumah abang Mr.H di Seberang Jaya... Terus naik ke tingkat atas solat dan berehat kejap sebelum bersiap untuk ke masjid Seberang Jaya untuk solat Magrib berjemaah dengan abang dan anak-anak dia...

Selesai je solat magrib terus singgah di kedai tomyam untuk beli makan malam. Nasi putih 2 bungkus, nasi goreng kampung, nasi goreng ikan masin, tomyam ayam dan teh O ais... Masa oreder tu ada la dua orang awek nie tengah makan kat kedai tu. Cun jugak. Tengok je la dengan muka kosong Mr.H. Nak senyum? Memang tak la. Dapat la cuci mata kejap sementara menunggu pesanan siap... Tetiba je abang yang ambil order bagitau yang nasi habis... Terus balik ke kedai dekat rumah abang nie beli makan malam. Lepas je makan terus kami solat berjemaah dan awal sangat tidur malam nie... Penat sangat agaknya.. Esok dah nak mula kerja so Mr.H perlu rehat yang secukupnya... Bersambung...

2 Mei 2013

Selamat Pagi, hari nie Mr.H akan mulakan kerja... Dalam jam 6:30 pagi Mr.H dah bangun mandi dan solat subuh. Selesai je terus turun ke bawah dan sidai baju dan tunggu arahan dari abang Mr.H. Tak lama lepas tu cousin Mr.H sampai untuk bagi borang-borang yang di perlukan masa Mr.H buat kerja nanti. Opsss... Lupa nak cerita Mr.H kerja apa dekat sini. Ok lah. Mr.H kerja kat Penang nie sebagai Standby Person untuk proses Main Hole Cleaning di tapak Pembinaan Bunglow oleh syarikat IJN The Light... Kalau nak tau dekat mana, bila korang turun dari Jambatan Penang, tengok sebelah kanan... Ada macam rumah bunglow dan condo tepi laut tu... Haaaa kat situ la Mr.H buat kerja... Standby Person nie tugasnya menjaga orang-orang yang akan turun dalam ruang terkurung(confined space) la... 

Boleh nampak Jambatan dari sini.. hehe

Kerja nie berisiko jugak la sebab melibatkan nyawa orang... Tugas standby person nie macam pastikan orang nak masuk dalam lubang tu selamat la... Lepas blower dah pasang baru mereka dibenarkan turun.. Untuk first day nie, ada 5 orang Mr.H perlu jaga keselamatan diaorang.. 4 orang dah turun dalam lubang, seorang lagi standby kat atas... Sementara diaorang buat kerja mencuci di dalam lubang tu, Mr.H lepak je la dalam bunglow yang dah siap nie.. Tak tahan la cuaca panas... Kalau korang tengok memang terpesona jugak la rekabentuk bungalow nie. Simple dan nice je... 4 tingkat keseluruhannya, 1 tingkat ada bawah tanah dan menghadap ke pemandangan Jambatan Penang.

Pemadangan pagi...

Snap snap kejap.... Selamat pagi...

Ya Allah, bosan sangat bila cuma duduk saja je tanpa buat apa-apa... Duduk je dari pagi sampai tengahari. Dalam pukul 12.30 tengahari hujan lebat, so abang Mr.H datang ambil Mr.H dan bawak pergi lunch di Pelita Nasi Kandar Tesco Penang... Menu hari nie Nasi goreng biasa dan Milo kosong ais je... Tetiba teringat kat Miss.Lia pulak sambil sedut Milo Kosong nie.. Tak habis jugak makan nasi goreng nie.. Bukan apa, memang selalu tak akan pernah habis pun kalau makan dekat kedai. Macam Cik Pieja la jugak. Dah selesai makan terus abang hantar Mr.H kembali ke tapak pembinaan untuk sambung kerja...

So duduk dan pantau je la para pekerja dibawah arahan Mr.H nie buat kerja diaorang... ada dua orang indonesia, dua orang vietnam dan seorang bangla... Yang bangla nie je Mr.H faham dia cakap apa... hehehe so lebih kurang setengah jam sekali tu Mr.H pergi la jugak tengok dekat lubang-lubang yang diaorang masuk nie... Ye la, kena jugak tengok takut-takut diaorang tak buat kerja pulak. Dalam pukul 5:30 petang diaorang dah siap buat kerja dan cousin Mr.H pun dah sampai ke tempat Mr.H untuk buat toolbox talk sebelum tamatkan kerja disini.. sebelum tu Mr.H dah pun selesaikan kerja Mr.H iaitu buat rekod dan dapatkan tandatangan dari supervisor para pekerja nie...

Fuhhh hari yang memenatkan la buat Mr.H hari nie... So merempit la Mr.H dan cousin nie melalui Jambatan Penang untuk kembali ke Seberang Jaya... Jalan memang jammed teruk la kan kat jambatan tu... Sebelum nak hantar Mr.H ke Seberang Jaya, kitaorang singgah dulu di pejabat Renzo Ventures di banggunan MARA sebab nak hantar gas detector. Kebetulan abang Jafni pun ada kat situ... Abang Jafni nie partnerships abang Mr.H dalam syarikat Renzo Ventures nie... Lama tak jumpa dia... Still macam dulu lagi... hehehe tapi kitaorang lambat sikit la sampai office, rugi la.. Kalau tak boleh jumpa kakak yang kerja kerani kat office tu... Dengar suara macam comel je orangnya... Alahai... teringat pulak telatah Cik Pieja... hehehe

Sampai je rumah memang letih dan penat sangat... Biasa la first day kan? so memang memenatkan... Malamnya menu makan malam nasi putih, kari ayam, sayur kangkung kot?, telur dadar dan sambal belacan.. Kakak ipar yang masak... Lepas je makan terus naik atas, solat berjemaah dan bersiap untuk solat isyak di masjid pulak.. magrib dekat rumah je sebab tak sempat. Aktiviti malamnya cuma berehat je dan Mr.H siapkan borang-borang yang diperlukan untuk kerja Mr.H pada keesokan harinya... Haaaa sebelum nak masuk rumah, Mr.H keluar kejap nak isi minyak motor, so pergi la area Sunway Carnivall Mall nie... Ye la 3 tahun Mr.H tak datang area nie... Keluar pulak malam, last-last sesat... Hehehe cuak jugak... tapi main belasah je jalan-jalan kat sini... Akhirnya jumpa jugak jalan keluar di Megamall... Jauh jugak Mr.H pusing malam-malam nie... Hadoi.. Hari pertama yang memenatkan... Rindukan Miss.H la... Bila nak dapat jumpa agaknya... Alahai... Bersambung...

3 Mei 2013

Pagi nie seperti biasa la. Awal je Mr.H bangun mandi dan solat subuh... Dah siap beg dan jaket biru, terus Mr.H turun bawah dan selesaikan sikit kerja rumah seperti sidai baju, basuh pinggan mangkuk dan buang sampah sebelum pergi ke kerja... Untuk hari nie Mr.H kena pergi sendiri la sebab cousin Mr.H kena buat kerja dekat tempat lain... It's ok la... Dah hafal jalan nak ke tempat kerja tu so rasanya tak sesat dah kot... Dengan hujan pagi tu Mr.H bawak motor melalui jambatan penang sendirian.. Wahhh first time lalu Jambatan Penang sendirian memang pengalaman tak dapat lupakan la buat Mr.H yang penakut nie... Jalan memang jammed la kan tambah-tambah dekat tol tu... Atas jambatan tu rasanya lebih kurang 100 km/j jugak la Mr.H bawak... 

gila punya bosan muka Mr.H... hehe 

Mat Bangla standby kat atas.. Mr.H lepak dalam banglo je...

Memang ramai bawak laju macam tu kalau motor la... Kereta pun lebih kurang je lajunya... So 8:30 pagi Mr.H dah sampai kat tempat kerja... Sampai je macam tak ada orang kerja...Sebab hujan lebat dan kemungkinan diaorang tak boleh nak turun dalam lubang tu hari nie... So tunggu je la sehingga jam 3 petang jugak la sebelum dapat arahan dari abang suruh balik... Korang bayangkan korang duduk tanpa buat apa-apa selama lebih kurang 7 jam. Fuhhh penderaan mental dan kesabaran jiwa tu... Memang tekanan kalau kerja macam nie...

Pemandangan....

So merempit la Mr.H balik ke Seberang Jaya dan melalui jambatan Penang nie... Baru pukul 3.30 petang pun jalan dah jammed teruk dah... Biasa la... Bandar yang semakin maju macam tu la gayanya... Sampai je seberang jaya Mr.H singgah kejap di 1 gerai nasi ayam yang dijaga oleh seorang pak cik tu... Bersih je tengok gerai dia... So order la nasi ayam sebab Mr.H tak makan apa-apa lagi... lebih kurang 10 minit jugak la nak kena tunggu sebab step by step pak cik nie buat dan slow serta lemah lembut sangat... Alahai...

Sampai je rumah terus makan, mandi dan solat... Dan aktiviti malamnya cuma bersama family bro ke masjid Seberang Jaya solat berjemaah dan balik je terus menonton tv bersama-sama sehingga mengantok.... Hari yang kosong dan tak begitu indah.... Bersambung...

5 Mei 2013

Hari nie adalah hari mengundi bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftar sebagai pengundi... Untuk Mr.H tak layak lagi sebab masih kanak-kanak bawah umur.. hehehe so perang politik nie macam-macam gaya dan lama dah dalam cara mereka berkempen Mr.H dapat lihat... dengan kain rentang, bendera yang direka dalam pelbagai bentuk seperti wau bulan, kereta kebal, roket dan macam-macam lagi... Untuk hari nie Mr.H cuti dari kerja sebab tempat kerja pun tak ada orang yang kerja... Mereka diberi cuti sempena hari mengundi...

Untuk abang Mr.H, dia kena mengundi di Pedu bersama Mama dan abah... Mr.H memang nak ikut tapi tak boleh sebab lewat habis kerja kelmarin... So aktiviti Mr.H hari nie cuma mengadap televisyen je untuk mengetahui keadaan semasa proses pengundian... Ingat nak keluar jalan-jalan tapi rasa takut pulak sebab rumah abang nie dekat dengan kawasan panas iaitu Permatang Pauh... So confirm la ramai orang kan yang keluar untuk mengundi... So lepak kat rumah je la sehingga malam...

Aktiviti malamnya, masih menonton televisyen untuk menantikan keputusan PRU13 yang akan menentukan siapa yang akan memimpin kerajaan Malaysia untuk 5 tahun akan datang... Syukur alhamdulillah dengan izin Allah masih lagi kerajaan sebelumnya memimpin Malaysia... Dan paling best Kedah dah kembali diterajui oleh anak kepada Mantan Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr.Mahathir. Dan paling mengejutkan bila ramai pengundi cina melakukan tsunami politik mereka di Penang dan Johor dan mengharapkan kaum lain melakukan gelombang yang sama seperti PRU12 dulu...

Susah bila cakap pasal politik nie... Ada sokong kerajaan dan ada sokong pembangkang... No komen la... Bersyukur je negara kita aman je... Tak macam negara-negara lain yang tak bernasib baik seperti Malaysia kita nie... Mr.H menonton tv je menanti keputusan bersama abang Mr.H. Sambil-sambil tu ada la sms dari kawan-kawan abang yang bagi info-info dan keputusan tidak rasmi... Mr.H cuma mampu bertahan sehingga jam 11 malam sahaja sebelum dibuai mimpi... Lagipun esok nak kerja so kena rehat awal la... Mata nie terlalu sensetif di penang nie.. Tak mampu bertahan lama... hehe tak banyak story sangat... hari sejarah yang biasa-biasa saja buat Mr.H... Bersambung...


8-9 May 2013

Permulaan buat dua hari nie adalah suatu tragedi dalam hidup Mr.H... Hari yang cukup tekanan dalam hidup Mr.H... Terasa sayu dan kehilangan sangat... Ye la, salah Mr.H jugak tak jujur dalam perhubungan... Bila dah kantoi akan ada hati yang terluka... Susah sangat nak dapat sahabat yang menghargai Mr.H dan keinginan Mr.H untuk bersahabat... Baik buruk seseorang itu, berkawanlah kerana kita jugak punyai kekurangan seperti orang lain jugak...

Pergi kerja pun masih terfikirkan tentang masalah ini... Cuma sekali je Mr.H akan pujuk seseorang, andai gagal Mr.H akan diamkan diri dan biarkan orang tu tentukan apa yang terbaik buat dirinya... kali nie Mr.H akui la kegagalan dalam menjadi seorang sahabat bila hilang kunci dalam persahabatan itu sendiri iaitu kejujuran. Bila kehilangan kejujuran, kita akan hilang sebahagian lagi element penting dalam hubungan iaitu kepercayaan yang perlukan suatu masa yang lama untuk kita bina...

Susah sangat bila Mr.H berada disuatu persimpangan samada perlu memilih salah satu diantara dua sahabat nie... Rasa macam tersepit pun ada... Pelik pun ada bila dalam situasi nie... susah nak explain macam mana masalah nie... rumit gila macam final exam killer paper... Entah la apa yang Mr.H perlu buat... Rasa macam nak undur diri je dari kedua-duanya... Rasa macam Mr.H la punca hubungan dua sahabat nie jadi renggang... Alahai, semoga diaorang berdua akan kembali ok la... Sebab Mr.H anggap diaorang sahabat yang sama rata je... Tak ada yang lebih walaupun panggilan yang bagi sesetengah orang tu tak sesuai la sebagai kawan... 

Tapi bila mudah panggilan tu so maksudnya perasaan tu tiada yang istimewa melainkan kawan sahaja... Lagipun Mr.H nie jenis mudah mesra dan setakat panggilan "sayang" tu dengan kawan-kawan bagi Mr.H adalah sesuatu yang normal dan tak perlu dipertikaikan... Semakin tertekan hidup nie bila berada dalam keadaan macam nie... Cuma berharap semuanya akan kembali seperti masa lalu... Dapat bergurau bersama, berchatting bersama... Memori indah bila 3 sahabat bercerita... Rindu sangat detik-detik tu kembali...

Tak tau nak katakan apa lagi namun diriku masih mengharapakan semuanya akan kembali ok seperti sediakala... Sayang sangat untuk hilang sahabat... Banyak sangat kenangan bersama mereka... Walaupun baru je kenal, kemesraan diantara mereka seolah-olah dah lama berkawan... So memang akan terasa andai kehilangan mereka berdua... Cuma yang terbaik sekarang nie, Mr.H sekadar menanti dan menanti keputusan yang terbaik dari salah seorang sahabat nie... Semoga kesudahan yang baik buat persahabatan ini.. Insyaallah....

11 Mei 2013

Hari nie aktiviti Mr.H seperti biasa cuma stay kat rumah abang je melakukan aktiviti kemas rumah dan jadi babysitter untuk 4 orang anak buah Mr.H sebab abang Mr.H kerja dan wife dia pun ada kursus dekat sekolah so duduk dekat sofa sambil layan movie je la dekat tab... Broadband ada tapi malas rasanya nak online, so sampai waktu tengahari abang Mr.H call mintak tolong tukarkan mentol lampu yang terbakar... 

So keluar la kejap tinggal budak-budak nie untuk pergi ke kedai hardware untuk beli mentol dan lunch untuk hari nie... Menu hari nie nasi puteh, ayam tandoori dan kuah campur... Mr.H beli kedai mamak dekat dengan rumah je... Tak larat nak keluar pergi jauh-jauh... Lagipun bahaya tinggal budak-budak nie lama-lama kat rumah... Macam-macam diaorang boleh buat... 

Dah selesai beli terus balik rumah dan bagi budak-budak nie makan terus Mr.H naik atas mandi dan solat zohor... Lebih kurang pukul 3 petang macam tu la dengar anak buah Mr.H jerit kat bawah, "Pak Cik, Mak Tok dengan Tok Ayah mai.". Aik heran jugak Mr.H sebab mama tak cakap pun nak datang ke Penang nie... Rupa-rupanya mama datang kenduri dekat Lunas, Kulim. So terus la datang Seberang Jaya, Penang tengok anak mama nie dan singgah sembahyang zohor...

Hehehe macam biasa la kalau jumpa mama, cium dan peluk puas-puas... Soalan pertama mama, "awat gelap sangat nie.". Mr.H gelak je la... Mama datang dengan abah dan kakak Tini je, ingatkan anak-anak kakak Tini datang sekali. Kalau tak lagi riuh la rumah abang nie dengan budak-budak. So sementara mama, kakak Tini dan abah solat. Mr.H pergi dapur siapkan minum petang dulu... Bila semua dah siap solat, kami semua berkumpul diruang tamu berborak bersama-sama sementara menunggu abang dan wife dia balik...

Lebih kurang pukul 4 jugak la baru abang dengan wife dia balik bersama, biasa la hari nie birthday abang so dating berdua la pergi mana entah dan Mr.H la jadi bibik kejap.. Fuh stress... hahahaha lama dah k0t tak jalankan aktiviti jaga budak-budak kecik nie. Memang penat. Dan masa berborak jugak abang ada plan nak kumpul semua ahli keluarga dan makan malam di Restoran Nurul Ikan Bakar di Kulim... Untuk pengetahuan korang Restoran nie dekat je dengan susur keluar dari highway BKE. Makanan kat sini pun boleh tahan jugak la...

So malamnya kami semua berkumpul la di Restoran Nurul Ikan Bakar... Memang meriah la sebab ada 1 family sebelah meja kitaorang pun makan besar macam family kitaorang jugak... Siap ada kek lagi... Nasib la menu kitaorang dah tempah petang tadi oleh sepupu Mr.H so datang je 8:30 malam dah boleh menjamu selera 1 family... Seronok dapat makan-makan macam tu... Cuma kali nie adik Mr.H je Fiza yang tak ada sebab tak boleh dari asrama minggu nie... Memang 1 kenangan best la buat kami 1 family yang semakin membesar anggota keluarga nie... Kalau tak silap Mr.H dekat 20 orang jugak la ahli keluarga En Abd Hamid dan Puan Zainab nie...




Semoga akan bertambah lagi cucu mama nanti... Mr.H tak pikir lagi pasal kahwin nie... Insyaallah adik Mr.H dulu rasanya akan bertemu jodoh dari abangnya nie... hahaha marah mama lau dengar Mr.H cakap macam nie... Sekian Coretan Mr.H selama berada di Penang... Ada suka ada yang tak best jugak... Apa-apa pun Penang memang terbaik lah.

Sekian...